Aug 8, 2014

Cirit-birit dan penawarnya

Hari raya pertama yang lepas saya terkena cirit-birit..3-4kali ulang masuk tandas .pagi raya kedua saya ingatkan saya sorang sahaja yang kena,rupanya hampirg semua keluarga mertua kene cirit birit ni termasuk maid dan anakanda husna..Yang tak kena hanya encik suami sahaja..




Saya rasa penangan dari tapai kot punca cirit ni.Padahal saya hanya cubit sedikit sahaja.Abah mertua cakap memang usus nak kene cuci..haha..abah yang selalu positif:-)

Apa punca cirit?

Ada beberapa punca terjadinya cirit-cirit iaitu:
  • Meminum air yang tercemar.
  • Memakan makanan yang tercemar.
  • Alahan makanan pedas atau makanan tidak sesuai untuk perut
  • Jangkitan virus, bakteria atau parasit pada usus, contohnya Rotavirus, Shigella dan ameba.
  • Penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman.
Antara tips yang boleh di lakukan jika terkena cirit-birit:
  • Minum banyak air kosong/mineral.
  • Kurangkan makanan berbentuk pejal dan keras.
  • Elakkan makanan pedas dan berempah.
  • Elakkan minuman beralkohol, berkafein dan susu.
  • Minum 100 plus atau Performance drink untuk menggantikan cecair yang banyak hilang dari badan dan untuk mengelakkan dehidrasi.
  • Ambil makanan yang lembut seperi bubur, biskut kraker atau roti bakar, atau epal atau pisang yang dimasak.
  • Elakkan makanan berlemak, daging dan sayur-sayuran mentah, yang lebih susah untuk dihadam.
  • Banyakkan berehat dan berjumpalah doktor sekiranya keadaan makin sukar dan berlarutan.
Ketika cirit birit yang lepas,saya minum air teh pekat yang di campur dengan sesudu madu dan juga air jus delima gulsen.Sebenarnya hubby dah belikan saya ubat pil chek teon,ubat kecik-kecik tuh saya tak makan pun sebab saya menyusu bayi dan rasanya memang tidak elok untuk bayi.

Jus delima gulsan


Pada 2 hari lepas pula,anakanda umair juga terkena cirit birit ini..Hampir 5-6 kali cirit dan muntah.Risau dengan keadaanya saya ke klinik as salam berdekatan rumah. Doktor memberi ubat angin,ubat ORS atau Oral Rehydration Salt berupa serbuk oren tu dan juga 'aiskrim malaysia',ubat yang memberi kepejalan kepada najis dan sangat mudah di hisap oleh kanak-kanak.

ubat oral cirit birit

Sekiranya kanak-kanak terkena cirit,ibu boleh berikan bubur nasi dan juga banyakkan pengambilan air masak.Juga elakkan makanan berempah dan juga coklat.Pastikan juga bayi/kanak-kanak kerap di tukar pampersnya untuk mengelakkan melecet dan juga masalah ruam.

Doktor juga menyarankan untuk mengambil probiotik seperti vitagen untuk bakteria baik dalam ususnya.

Saya ada membaca bahawa pil chik teon tu tidak bagus di ambil ketika cirit birit kerana ia hanya pejalkan najis dan ia tidak merawat jangkitan bakteria/virus.Wallahua'alam.



3 comments:

  1. aduh..x bestnya kena cirit birit plak time raya...nak beraya xdptla, asyik ke tandas je..huhu

    ReplyDelete
  2. Kesiannya k.su kena cherry berry..mmg x dpt nk p beraya la kan kalo dah kena.
    Apa rasa pati delima gulsan tu k.su?

    ReplyDelete
  3. paling tak suka bila kena cirit birit..sbb asik nak ke toilet..kdg2 tu smpi tak sempat2..huhu

    ReplyDelete