Assalamualaikum,
Hari ni kat opis saya ada kuliah bulanan
oleh ustaz Johari..penerangan ringkas mengenai adab sambutan hari raya
dan bagaimana cara sebenarnya sambutan aidilfitri mengikut sunnah nabi..
Sekarang pelbagai adat muncul bila
menjelang syawal..Ada yang selepas habis ramadhan terakhir tu,ada yang buat
solat sunat tasbihla,solat hajat dan macam-macam lagi..Mengikut cara nabi,Malam
raya adalah malam yang kita perlu perbanyakkan takbir raya memuji kebesaran
Allah.
Antara salahlaku perbuatan/adab semasa perayaan:
- Bermaafan pagi raya..Nabi kita galakkan bila buat kesilapan terus mohon maaf,bukan time raya je perlu minta maaf..dan kalau nak bersalam-salaman tu dengan nada ceria dan gembira bukan linangan air mata.
- Ziarah kubur pagi 1 syawal – Nabi suruh kita bergembira di pagi syawal..boleh pergi ziarah kubur pada hari lain bukan pada hari untuk kita bergembira
- Takbir mendayu-dayu..takbirlah dengan penuh bersemangat tanda kemenangan!
- Tabur bunga atas kubur – ini sama macam budaya hindu dan kristian
Mungkin 1 syawal ni dah lepas tapi mungkin peringatan yang baik
untuk kita pada masa akan datang
Ustaz juga ada berpesan mengenai puasa 6 syawal iaitu rancanglah
untuk berpuasa 6 sama macam kita merancang untuk pulang kampong berhari
raya..Hanya perlu 6 hari sahaja..Kita ni kaum wanita’ sampai masa ada time
period kan..so pepandaila adjust masa sendiri jangan sampai kita jadi orang
rugi..
Bila perlu mula puasa 6?
Bila keriangan syawal dah berakhir..Maksudnya tiada khusus bila
boleh mula berpuasa 6..Boleh buat sederet 6 hari terus @ bila-bila masa
sepanjang syawal selama 6 hari..
Ganjaran berpuasa 6 syawal
Barangsiapa yang berpuasa pada
bulan Ramadan laludiiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal,maka
seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.
Hadis
riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya, no: 1164
Menersi hadis di atas dapat kita fahami bahawa keutamaan puasa
sunat pada bulan Syawal adalahseolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun. Menurut
Syaikh ‘Abdullah al-Bassam:
Barangsiapa
berpuasa enam hari pada bulan Syawalsetelah Ramadan maka seakan-akan dia
berpuasa fardusetahun. Ini adalah kerana satu kebaikan di balas dengan sepuluh
kali ganda sepertinya. Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran
bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari
(pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan
60 hari),yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala
beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke
atashamba-Nya.
Taudhih
al-Ahkam min Bulughul Maraam,jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.
Juga di ingatkan bagi kaum wanita’ untuk berpuasa 6 syawal
ni,pastikan adik kakak tidak gabung puasa qhada dan puasa sunat ya!
Boleh dahulukan mana-mana samada ganti dulu @puasa 6 syawal dahulu
atau sebaliknya..
Ini antara petikan saya ambil dari ustaz zaharudin Abd Rahman
(UZAR) mengenai gabungan antara 2 puasa ini:
• Jika anda mengatakan boleh gabung
puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu
selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan
solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan
tahiyyatul masjid atau dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan
solat sunat tahiyyatul masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul
dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh
campur istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah
Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat
bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau
sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah
bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan
kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan
kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
|
|
• Tindakan A’isyah ra yang
melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan
kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (
tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya)
|
Ok,selamat meneruskan kunjung mengunjung dan saling bermaafan sepanjang syawal ni:-)
Kt kg sue buat solat sunat tasbih. Nampaknya ada berlaku salah laku di situ. Thanks 4 sharing.
ReplyDeletetq for sharing k su. byk pencerahan atas kesilapan2 sebelum ni. :)
ReplyDeletethank u for the sharing...kan, patutnya gembira di pagi raya...tp ramai duk nangis sedu sedan
ReplyDeleteseronok dengar bila majikan anjurkan kuliah ilmu mcm ni..secara tak langsung ilmu tu akan terus dtg ke kita..kalu nk cari sndr tentang kemushkilan sesuatu, risau tak sahih plak nanti.
ReplyDelete