nak menyelit cerita anakanda sulong sikit..semalam lepas dah mengaji dia tanya kenapa dah takde apps piano dalam handphone ummie..terus ummie cari dalam playstore tu dan install jap apps tu..terus main sampai tak nak makan malam..
Ummie,kenapa ummie tak beli je piano kat rumah kita?
Mahal sangat ke?
ummie tak yahla pergi umrah lagi nanti kalau cukup duit,belila piano pulak..
Aduhai anak..permintaan tinggi betul..
Al kisah berminat dengan piano ni selepas dia pernah wakili sekolah pastinya dulu untuk persembahan akhir graduasi..Malu-malu anakanda sorang ni boleh jugak cikgunya cungkil bakatnya..
Hebat cikgu sekolah pasti siti sarah ni..
Even dah hampir setahun persembahan tu berlalu,dia masih boleh mainkan lagu dengan baik..lagu perpisahan tu..
Insyaallah anakanda ku yang comel,dimurahkan rezeki nanti,ummie suruh papa belikan ya:-)
Semoga dikau membesar dengan sihat dan menjadi insan berguna kelak sayangku..
alahai kakak hanis ni la, so sweeet sgt tau, cair ummi dia ;)
ReplyDelete