Anak membesar memang sangat banyak ragamnya.Setiap anak ada pelbagai karekter sendiri yang memang kadang-kadang memeningkan kepala kita ibu bapa juga.
Beberapa perkara yang perlu di ambil berat ketika marah anak:
1- Tegurlah perbuatan bukan diri anak itu. Jangan kata perkataan macam ni ' Kamu ni memang jahat!' kerana ini menuduh dan mengidentitikan diri anak itu. Katalah perkataan seperti ini,' Janganlah berperangagai tidak baik macam tu...sayang anak yang baik'
2- Guna senjata marah ini pada tempat-tempat yang tertentu saja. Jangan asyik marah. Senjata tu dah jadi tidak kuat kesannya.
3- Sebelum marah akan sesuatu perbuatan, pastikan anak sudah jelas bahawa perbuatan itu salah. Sudah diterangkan berkali-kali. Anak-anak dibawah 4 tahun akan mengambil masa yang lebih lama untuk faham, sebab perkembangan otak belum maximum.
4-Bila marah gunalah sandwich method. Ibu dah terangkan cara ini sebelum ini, nanti Ibu akan terangkan sekali lagi.
5- Beri ruang untuk anak memproses apa yang ditegur itu. Setelah anak agar tenang, nyatakanlah kasih anda kepadanya dan keyakinan anda bahawa dia boleh membetulkan kesilapannya. Serta nyatakan kasih anda.
6- Elaklah mengatakan kata-kata begini.."mak marah ni sebab mak sayang..' semasa tengah memarahi anak. Ini langsung tidak berkesan untuk anak-anak zaman sekarang.
Menggunakan SANDWICH METHOD dalam memarahi anak
Tujuannya ialah supaya jati diri anak tidak tercalar.
Tujuannya ialah supaya jati diri anak tidak tercalar.
Anak mudah memproses kata-kata kita dan menerima sebab kita memberikan sangkaan yang baik.
Apa yang bukan mengenai method ini ialah ia BUKAN untuk kita manipulate atau reverse psychology.
Cara
1- Ingatkan anak akan kebaikan yang telah dia lakukan.
2- tegur PERBUATAN yang salah itu.
3- Beri harapan bahawa dia boleh membetulkan diri.
Contoh:
Malas menolong.
'Hari tu kan, Mama happy sangat sebab sayang tolong mama angkat barang berat tu. Tangan sayang kecil lagi tapi sayang kuat. Happy sangat mama rasa. Itulah sebabnya Mama sedih sikit hari ini sebab sayang tak mahu kemaskan katil sayang ni. Perbuatan menyemak bilik ni tak baik, sebab nanti banyak pest, udara tak segar. Memanglah kadang-kadang kita letih. Dan mungkin sayang letih sekarang ni. Okay, mama bagi 10 minit untuk rehat, lepas ni mama yakin sayang boleh kemas dengan baik, macam sayang angkat barang berat tu. Sebab sayang ni suka menolong.'
Makin marah makin degil?
Ketahuilah, anak yang selalu dimarah, dilontarkan kata-kata negatif akan menjadi anak yang degil atau anak yang penakut.
Ketahuilah, anak yang selalu dimarah, dilontarkan kata-kata negatif akan menjadi anak yang degil atau anak yang penakut.
Disebaliknya, anak yang sering dihargai dan ditunjukkan kefahaman dan kesabaran dengan perangainya, akan menjadi anak yang mudah untuk mendengar kata dan mudah untuk memberi kerjasama.
Namun, jika anak itu telah lama sangat terdedah dengan kemarahan, maka dia hanya akan tahu bertindak bila dia dimarah. Itulah sebabnya ada ibu bapa yang berasa putus asa bila hendak berubah kepada menjadi lebih sabar. Mereka menghadapi masalah anak tidak mendengar kata bila mereka berlembut.
Cara mengatasinya bukan dengan kembali kepada cara memarah, tetapi dengan cara bersemuka dan menyatakan kepada anak itu bahawa anda mahu mengubah cara demi kebaikan dia dan anda. Nyatakan matlamat yang hendak anda dan dia capai untuk kebaikan pertalian anda. Minta kerjasama dia. Anak mudah bekerjasama.
Jom aplikasikan teknik ini kepada anak-anak kita.Semoga kita sebagai ibu bapa pun dapat belajar menekan butang pause ketika marah.Memang bukan mudah,tapi jika selalu kita ingatkan diri kita dan amalkan insyaallah akan jadi mudah.
Credit: FB Prof. Dr. Rozieta Shaary
No comments:
Post a Comment