May 24, 2014

10 CONTOH PENTING BAGAIMANA RASULULLAH MELAYANI ISTERI BAGINDA

Jom para suami dan bapa-bapa sekalian,kita contohi dan ikut akhlak nabi ni.Indahnya rumahtangga anda para suami mengamalkan dan mencontohi cara Nabi ketika melayani isteri-isteri baginda.


1. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga maupun untuk dijual.


2. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan,sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan bajunya untuk
membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan‘Ka lau Nabi berada di
rumah,beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.


4. Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu
itu..Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada
kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.Maka Nabi bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Humairah?’ (Humairah adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti‘Wahai yang kemerah-merahan ’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah,‘Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.’Ras ulullah lantas berkata,‘Jika begitu aku puasa saja hari ini.’tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut
wajah baginda.


5. Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya.Rasul ullah menegur,‘Mengapa engkau memukul isterimu?’ Lantas dijawab dengan agakgementar, ‘Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga,jadi akupukul lah dia.’‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Rasulullah Shallahu 'alaihiwassalam,.‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’


6. Pernah baginda bersabda,’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah
lembut terhadap isterinya.’ Prihatin,sabar dan rendah hati baginda dalam menjadi ketua
keluarga langsung tidak sedikitpun menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat


7. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan rasa kehambaan yang
sudah melekat dalam diri Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam menolak sama sekali rasa kesombongan.


8. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa
lebih dari yang lain,ketika di depan ramai maupun dalam kesendiriannya.


9. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .


10. Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh
Sayidatina ‘Aisyah,‘Ya Rasulullah,bukankah engaku telah dijamin Syurga?
Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’
Jawab baginda dengan lunak,‘Ya ‘Aisyah,apakah aku tak boleh menjadi hamba-Nya yang
bersyukur... semoga same-same kite dapat contohi baginda s.a.w



Allahuma solliala Muhammad..hebatnya baginda sehingga isteri-isteri Nabi sentiasa saling cemburu dan sentiasa ingin menjadi terbaik..


No comments:

Post a Comment