Sep 3, 2013

Senaman untuk ibu hamil

Ibu-ibu hamil juga perlu membuat senaman ringkas dan tidak terlalu berat untuk membantu lebih cergas,kuat dan mudah untuk bersalin..

Jom kita tengok senaman ape ibu-ibu boleh buat ye:-)



senaman ibu hamil


Untuk Senaman lebih mudah,bolehla ibu-ibu mencuba senaman yoga yang amat bagus dalam membantu kelahiran nanti,juga bagus untuk meningkatkan kekuatan stamina dan tenaga serta mengelakkan masalah kejang,sakit pinggang dan kaki : Senaman Yoga untuk ibu hamil

Senaman-senaman lain yang elok untuk ibu hamil:

  • Berjalan
Bentuk senaman kardiovaskular adalah yang paling baik untuk wanita hamil. Salah satunya adalah berjalan. Berjalan membina kecergasan tanpa menyakitkan lutut dan pergelangan kaki. Ia juga mudah untuk dilakukan di mana-mana dan tidak memerlukan peralatan melainkan kasut yang baik sebagai sokongan kaki. Ia juga selamat untuk dilakukan selama sembilan bulan kehamilan.

  • Berenang
Pakar kecergasan dan penyedia penjagaan kesihatan menyatakan berenang ada lah senaman terbaik dan paling selamat untuk wanita hamil. Senaman lebih ideal kerana ia menggerakkan kumpulan otot yang besar (lengan dan kaki), memberi kelebihan kardiovaskular dan meringankan berat badan wanita hamil yang biasanya bertambah beberapa kilo sewaktu hamil.

  • Aerobik Berimpak Rendah
Satu perkara yang menarik tentang kelas aerobik adalah jadual waktunya yang konsisten untuk setiap senaman. Sekiranya anda mengambil kelas untuk wanita hamil, anda akan berkongsi pengalaman bersama bakal ibu dan dapat memastikan setiap gerakan yang dilakukan adalah selamat untuk diri anda dan bayi.

  • Tarian
Jantung akan dipam setiap kali anda menari mengikut rentak dan perlu selesa ketika melakukannya. Boleh dilakukan di rumah atau mengikuti kelas tarian yang ditawarkan namun elakkan daripada rutin yang memerlukan anda melompat mahupun berpusing-pusing.

  • Regangan
Senaman berbentuk regangan amat baik untuk menstabilkan gerakan badan dan merehat serta melindungi otot dari kecederaan. Jangan lupa untuk menambahkan senaman regangan dalam rutin senaman kardiovaskular anda.

  • Latihan Mengangkat Berat
Anda tidak perlu berhenti dari melakukannya latihan mengangkat berat sekiranya ia telah menjadi sebahagian daripada rutin harian anda. Namun, anda dinasihatkan agar mengurangkan jumlah berat sebelum ini. Latihan sebegini dapat membantu menguatkan otot jika dilakukan dengan langkah yang selamat dan teknik yang betul (pergerakan perlahan dan terkawal).





Sebelum mulakan senaman,eloklah ibu-ibu menitikberatkan soal keselamatan dan kesihatan..Jom kita tengok pula tips dan peraturan senaman selamat


5 Peraturan Senaman Selamat


1. Dapatkan Nasihat Daripada Doktor
Jika anda telah biasa bersenam dan kandungan anda tidak mempunyai masalah, senaman boleh diteruskan seperti biasa. Bagi sesetengah wanita hamil yang kehamilannya berisiko, mereka perlu mendapatkan nasihat doktor untuk meneruskan rutin senaman harian.

2. Lebihkan Pengambilan Kalori
Ambil sekurang-kurangnya 300 ke 500 kalori tambahan setiap hari terutama apabila anda melakukan senaman ketika hamil. Makan dengan baik bagi mendapatkan tubuh yang lebih sihat.

3. Elakkan Senaman Berbahaya
Aktiviti menunggang kuda misalnya tidak sesuai untuk wanita hamil. Lebih berbahaya kerana mereka berisiko untuk terjatuh ketika melakukannya.

4. Pakai Pakaian Yang Bersesuaian
Pakaian yang longgar dan selesa perlu menjadi keutamaan. Jika boleh pakai pakaian berlapis, jika panas anda boleh membuang lapisan baju yang pertama. Pastikan juga anda memakai coli yang menyokong pergerakan anda dengan baik. Dapatkan juga kasut yang bersesuaian untuk wanita hamil seperti anda.

5. Memanaskan Badan
Senaman memanaskan badan membolehkan otot dan sendi bersedia untuk melakukan kerja-kerjanya sekali gus membuatkan denyutan jantung naik secara perlahan-lahan. Jika anda terus melakukan senaman, anda boleh menyebabkan kecederaan.



Selain bersenam,jangan lupa ambil pemakanan yang sihat dan seimbang ye..Jika anda berminat dengan vitamin semulajadi yang selamat,boleh rujuk di sini: Set KEHAMILAN HEBAT

Saya Pengedar Shaklee yang sah ( ID 889806)
Berminat untuk mendapatkan pelbagai vitamin semualajadi dengan harga JIMAT ?

Hubungi saya segera:
COD Area : Sungai Ramal ,Kajang,Bangi,Uniten,Mines
Pos laju ke seluruh Malaysia




No comments:

Post a Comment