Aug 29, 2014

Kelebihan AL kahfi pada hari Jumaat

Assalamualaikum...

Jumaat yang sungguh indah..Alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita hari ini

Syukur Alhamdulillah..

Hari Jumaat seperti biasa jangan lupa baca surah Al-Kahfi ya..Banyak fadhilat membaca surah ni..patut menjadi amalan bacaan 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir untuk elakkan dari fitnah dajjal pada akhir zaman ni..


1.  Abu Sa`id al-Khudri radhiAllahu `anhu beliau berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa membaca surat al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ALLAH terangi ia dengan cahaya di antara dua Jumaat.”  
(HR al-Hakim dan Baihaqi, disahihkan oleh al-Albani)

2.  Daripada Ali yang meriwayatkan daripada Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dirinya terpelihara hingga lapan hari, daripada segala fitnah yang melanda, dan jika keluar Dajjal sekalipun, dia akan terpelihara daripadanya.” 
(Al-Dhurr al-Manthur oleh al-Suyuti 5:355)

3.  Daripada Abu al-Darda’ bahawa Nabi sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada dajjal.” 
(HR Muslim 809)


Bacaan oleh Imam Mishary..Subhanallah..semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita dan kita sentiasa dalam Rahmat dan Kasih SayangNya..






Aug 28, 2014

5 Cara Menghukum Anak yang Tidak Dibenarkan Dalam Islam

1. Memukul wajah
Rasulullah S.A.W melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, “Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah.”

2. Menampakkan kemarahan yang sangat

Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bukanlah orang yang kuat itu diukur dengan kuatnya dia berlawan, tetapi orang yang kuat adalah yang mampu menahan dirinya ketika marah."

3. Memukul di dalam keadaan sangat marah

Dari Abu Mas’ud al-Badri, dia berkata, “(Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerena kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah S.A.W dan Baginda berkata, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud!’ Maka aku pun melempar cemeti dari tanganku, kemudian beliau bersabda, ‘Ketahuilah, wahai Abu Mas’ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kami seksakan terhadap budak ini,’ maka aku pun berkata, ‘Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."

4. Bersikap terlalu keras dan kasar

Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan.”

5. Memukul dengan benda keras sehingga berbekas

Ini juga dilarang oleh Rasulullah S.A.W. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.

Aug 27, 2014

Segmen I LOVE MALAYSIA bersama Cik POP

Sempena bulan kemerdekaan dan beberapa hari sahaja lagi kita bakal menyambut kemerdekaan negara pada 31 OGOS ni,saya amat berminat untuk join GA bersama CIK POP untuk segmen I LOVE MALAYSIA ni..




Syarat-syarat join segmen 

1. Follow blog CIK POP kat atas..pastu like dan follow beliau
2. Then bagitau anda blogger dari negeri mana..


Dan saya asal dari NEGERI CANTIK BUDAYA MENARIK:-)



Jom kawan-kawan meriahkan GA ini sempena cintai negara MALAYSIA kita!!


Aug 26, 2014

Hilangkan parut jerawat secara semulajadi

Parut jerawat memang sukar nak hilang..Lebih-lebih lagi parut yang suka di picit!

So hati-hati ya jika naik jerawat.Biarkan jerawat hilang sendiri..



Beberapa petua yang boleh di cuba untuk hilangkan parut jerawat ni

1. Ambil sedikit madu. Campurkan dengan bedak sejuk. Tekapkan bedak tersebut ke tempat yang ada kesan jerawat. Lakukan sekurang-kurangnya dua hari sekali.


2. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Tempelkan pada parut jerawat dan amalkan selalu.


3. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.


4. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.


5. Rendam beberapa helai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.

6. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat . Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

7. Ambil sebiji vitamin E dan cucuk menggunakan jarum. Picit minyak vitamin E dan sapu pada seluruh wajah sebelum tidur. Amalkan seminggu tiga kali, parut jerawat cepat pudar dan semakin hilang.






Credit: Majalah PAMA

Selamat  mencuba:-)

Aug 25, 2014

Tips memilih B complex yang baik

B complex amat penting untuk kesihatan harian.


Terdapat pelbagai jenis vitamin B di pasaran.Hari ni saya nak share mengenai vitamin B Complex Shaklee dan kenapa ia begitu istimewa 

Para saintis shaklee telah mencipta asid folic secara semulajadi yang pertama di dunia dengan kadar boleh serapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti.

Tahukah anda bahawa hampir 99% asid folic yang terdapat di pasaran kebanyakannya adalah sintetik.


Perbezaan B Complex Shaklee

Ia mengandungi 8 jenis komponen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik.Kesemua 8 komponen penting vitamin B ini perlu ada untuk mendapatkan keseimbanagn dan keberkesanan yang sempurna.

Sumber Vitamin B dan Manfaatnya



Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Kesan kekurangan B Complex


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

Shaklee B-Complex


Tips memilih B Complex yang baik

  •     Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B - B1,B2,B3,B5,B6,B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dalam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  •  Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3, dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B complex yang menawarkan rumusan larut air (sustained release)


B Complex shaklee 100% semulajadi,TIDAK sintetik,TIADA pewarna,perisa @ campuran


Jom cubalah B complex hari ini.Hanyalah RM53.75 sahaja untuk 1 botol (120 biji) 

Sangat bagus untuk bakal ibu,ibu yang hamil,ibu berpantang dan ibu menyusu.

Juga boleh di ambil oleh lelaki dan wanita dewasa.

Anda ingin mencuba ?

Jangan lupa hubungi saya seperti berikut:

SMS/WASSAP : 016 358 9018 (SUE)
PM melalui FB : SUHAILA JOHAR @ FB page: Impianz Shoppe
SID NO: 889 806


Aug 24, 2014

Kenali Indeks Glisemik(GI) dan kesannya

Anda tahu tak GI tu ape? Siapa yang perlu mengambil GI yang rendah?Apakah bahaya yang menanti jika mempunyai GI yang tinggi?


Apakah Indeks Glisemik?


Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I yang rendah pulak memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. 


Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.



Siapa yg memerlukan index glisemik yg rendah? 

1. pesakit diabetes
2. mereka yang ingin berdiet.
3. mereka yang mempunyai tahap kolestrol tinggi



Contoh pemakanan GI rendah dan tinggi


Jom kita tengok makanan apakah yang mengandungi GI yang tinggi dan rendah supaya kita dapat berhati-hati dan mengambilnya dalam kadar berpatutan..




Carta pemakanan GI



Carta pemakanan GI


Panduan mengenai GI ini adalah seperti berikut:


GI tinggi  : 70 dan ke atas
GI sederhana : 56-69
GI rendah : 55 dan ke bawah



kebanyakan sayur adalah dalam lingkungan GI yang rendah manakala nasi putih,bihun,kentang mengandungi GI yang tinggi.



Kenapa GI yang tinggi MERBAHAYA?


Sebuah kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition (Juli 2002) menyimpulkan bahwa makanan ber-indeks glikemik tinggi meningkatkan risiko terkena diabetes type.

Artikel lain dalam jurnal yang sama menyebutkan adanya korelasi antara makanan tinggi indeks glikemik dengan kenaikan risiko kanser kolorektal, kanser payudara dan mungkin juga kanser ovarium dan prostat. 

Dr Atkins dalam New Diet Revolution menyebut hubungan antara kanser dengan indeks glikemik yang didasari oleh fakta bahwa sel kanser “mendapatkan makanan dari gula.” Buku itu juga menyebutkan bahwa penderita kanser payudara lebih mungkin untuk selamat dan kurang mengalami kekambuhan jika tingkat insulin tubuh mereka lebih rendah.

Risiko penyakit jantung meningkat selari dengan jumlah kolesterol tubuh Anda. American Journal of Clinical Nutrition juga melaporkan bahwa diet rendah indeks glikemik mengurangi kolesterol jahat dan trigliserida dalam waktu satu bulan.

Makanan dengan indeks glikemik rendah menciptakan rasa kenyang yang lebih besar dan bertahan lebih lama.



ESP dan GI



Untuk pengahuan anda,pesakit diabetes,sesiapa yang ingin kurus dan sedang diet serta sesiapa yang mempunyai kolestrol tinggi amat di galakkan mengambil GI yang rendah.

ESP adalah sangat sesuai di minum oleh golongan-golongan ini.

Ketahui pelbagai khasiat ESP yang telah saya kongsi di sini:  Khasiat ESP

Sebab itu ESP di sarankan kepada sesiapa yang nak kurus dan boleh di ambil oleh pesakit diabetes.

Selain merendahkan paras gula, ESP juga memberi tenaga dan mengekalkan temph kenyang lebih lama.

Jika anda ingin membaca testimoni ESP,boleh rujuk di sini--> TESTIMONI ESP


Bagi anda yang ingin mencuba ESP, cepat hubungi saya ya..

Harga 1 canister - 850 gram hanyalah RM 150 dan bertahan sehingga 2-3 bulan penggunaan.

Nak harga lebih jimat dan murah? saya ada caranya..Jangan lupa hubungi saya seperti berikut


Hubungi:

SMS/WASSAP : 016 358 9018 (SUE)
PM melalui FB : SUHAILA JOHAR @ FB page: Impianz Shoppe
SID NO: 889 806




Aug 23, 2014

khasiat HALBA


Ibu-ibu menyusu amat di galakkan untuk minum atau mengambil halba ni..di katakan halba dapat meningkatkan pengeluaran susu badan bayi..

Penggunaan halba banyak juga di guna dalam masakan belah negeri terengganu dan kelantan..Ada dalam nasi dagang,kuah bekang,nasi himpit sambal,gulai ikan tongkol dan macam-macam lagi..

kebaikan halba

sebab tu makan makanan ni penuh je terasa susu..haha...tak percaya?

haa,try nanti ya ibu-ibu:-)

Banyak rupanya kebaikan halba ni untuk kesihatan kita.


Kebaikan Halba:

  1. Mencuci perut. 
  2. Mencuci darah kotor
  3. Merembes insulin, mengurangkan kadar glukosa darah Mengurangkan berlaku pengumpulan lemak-lemak baru dlm badan. 
  4. Membantu penggunaan kalori untuk meningkatkan tenaga secara semulajadi. 
  5. Membantu masalah kegemukan
  6. Menguatkan fungsi jantung. 
  7. Merawat masalah sembelit & buasir. 
  8. Melancarkan perjalanan darah. 
  9. Mengatasi masalah senggugut (kesakitan / ketegangan sewaktu haid & pra-haid). 
  10. Melegakan masalah sakit kepala / migraine. 
  11. Menguatkan fungsi rahim, merangsang & menyubur rahim 
  12. Mengetatkan & meremajakan rahim
  13. Menghilangkan lendir & sakit tekak. 
  14. Membantu mengatasi masalah kekurangan darah. 
  15. Membantu mengurangkan ketagihan rokok & dadah. 
  16. Membantu kecerdasan kanak-kanak yg meningkat usia baligh, memelihara kekuatan badan & menggalakkan tumbesaran badan. 
  17. Memperbanyakkan air susu ibu. 
  18. Mengaktifkan kalenjar susu, meningkatkan saiz payudara secara semulajadi! 
  19. Memanaskan buah pinggang & organ pembiakan. 
  20. Menjaga, memulih & menambah tenaga seksual lelaki & wanita. 
  21. Memelihara keseimbangan kadar hormon dlm badan. 
  22. Memelihara keanjalan kulit 

Selain untuk makan,halba juga boleh di minum..

Caranya:

Ambil 1 sudu besar halba, cuci sikit.. Letak dlm mug, tuang air panas dan tunggu dlm setengah jam, boleh la minum..

Air tu akan brtukar warna mcm air teh bunga cina tu.. tiada rasa pahit langsung,cuma bau halba je kuat..


Cuba jangan tak cuba tau:-)


Aug 22, 2014

Mengenang MH17



Dari Allah kita datang kepadaNya kita akan kembali..

Walau amat perit untuk menerima kenyataan cara pemergian mereka yang ditembak,namun ia telah di tetapkan sebaga qada dan qadar Allah..Walau bagaimanapun,beruntungla mereka kerana seulurh dunia mendoakan kesejahteraan dan menghadiahkan Al-fatihah buat mereka

Apapun,semoga Allah ampunkan dosa-dosa mereka semua dan memberi seribu ketabahan buat ahli keluarga mangsa nahas MH17 ni..

Al-fatihah

Foto-foto mencuit hati saya mengenai MH17 ini:




















Sama-sama kita sedekahkan alfatihah buat mereka yang telah pergi

Photo: Salam takziah kpd keluarga mangsa.
Al fatihah...

#mh17


Power Pumping ibu menyusu

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah satu teknik mengepam susu ibu yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tak langsung akan meningkatkan hasil susu ibu yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?

1- Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
2- Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
3- Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Macam Mana Nak Buat Power Pumping?

Jika anda menggunakan Single Pump: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.

Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 20minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.




Sangat mudah bukan? Ibu-ibu dalam pantang sangat di galakkan untuk membuat power pumping ni kalau nak buat stok untuk kerja nanti..

saya dah mencuba..Anda pun perlu buat tau!!:-)

Selamat mencuba ya ibu..

Sumber Kalsium dalam pemakanan seharian

Pengambilan kalsium mencukupi sangat penting kepada kita semua..Dari usia sekecil bayi sehinggalah ke peringkat usia emas,jangan sesekali abaikan kepentingan kalsium ni sebab ia adalah untuk tumbesaran bagi kanak-kanak,menguatkan tulang,menjauhkan dari masalah osteoporosis dan juga masalah sakit tulang atau sakit badan.

kepentingan kalsium


Bagi ibu hamil dan menyusu,lagilah sangat penting kalsium ni..kalau tak habislah sakit pinggang dan sengal-sengal seluruh badan.Lagi takut,dengan gigi pun boleh tertanggal..erk..

Dulu kalau cikgu kat sekolah tanya,apakah sumber kalsium?

Terbayanglah susu,keju,yogurt..Haaha..sempitnya fikirankan..

tapi rupanya banyak lagi sumber kalsium yang boleh di dapati dalam makanan seharian kita..


sumber kalsium

Haa tengok tu,minum segelas jus oren pun dah ada sekali dengan kalsium tu..
Kebanyakan makanan kat atas tu sangat mudah di dapati di pasaraya berdekatan rumah kita kan?

Tapi,kadang-kadang ada juga hari kita tak ambil zat kalsium ni secukupnya. Ada hari kita tak minum susu,tak makan sayur,makan ayam je..so camna nak cukup bekalan kalsium tu?

Untuk mudah dapat bekalan kalsium ni,saya cadangkan anda mencuba pil kalsium ostematrix ni..Pernah saya share mengenai ostematrix ini dalam entry yang lepas -->Kebaikan Pil kalsium Ostematrix


Saya dah amalkan vitamin ostematrix ni sepanjang kehamilan anak ke 4 yang lepas,sepanjang berpantang dan sehinggalah sekarang menyusu..

Alhamdulillah,jarang sangat kena cramp masa mengandung dulu,sakit pinggang akibat salah tidur dan mengiring menyusu tu cepat je hilang dan paling best lawas dan mudah bangun tidur..

Syukur alhamdulillah..tak salah kalau mencuba kan..


Jika anda ingin mencuba Ostematrix atau ingin hadiahkan buat mak ayah atau yang tersayang,bolehlah hubungi saya untuk dapatkannya.Saya sangat rekomen untuk anda!!

Harganya pun sangat berpatutan- RM 61 untuk 120 biji..memang tahan berbulan2.

Ok,hubungi saya seperti berikut untuk order 



Aug 21, 2014

Petua Untuk Menambahkan Susu Badan

Terdapat pelbagai cara untuk menambah susu badan yang boleh diperolehi daripada pemakanan seharian kita dan dari dapur..

Jom cuba:


`

Pilihan 1: Amalkan memakan jantung pisang celur. Jantung pisang yang dicelur enak dimakan dengan sambal belacan. Ia bukan sahaja sedap malah ia membantu menambah susu ibu.

Pilihan 2: Kikis lobak putih dan parut. Campur lobak putih dengan 1 gelas air panas dan biarkan sehingga suam. Minum 2 kali sehari.

Pilihan 3: Daun betik memang enak dibuat ulam walaupun rasanya sedikit pahit. Cicah dengan sambal belacan. Ia berupaya menambah susu badan.

Pilihan 4: Longan yang kering yang biasa boleh didapati di kedai singseh elok diamalkan. Rebus longan kering dalam anggaran 1 cawan kecil dengan beberapa cawan air (3 - 4 cawan air) dan biar sehingga longan tersebut kembang. Minum air rebusan tersebut.

Pilihan 5: Daun sirih boleh menambah susu ibu yang sedikit dan kurang lancar. Ambil daun sirih dan sapu dengan minyak kelapa. Layurkan daun tersebut pada api dan tekap pada sekeliling payudara anda.

Pilihan 6: Semakin kerap anda menyusukan bayi, semakin banyak susu yang akan terhasil. Galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan hingga 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin menghasilkan lebih banyak susu.

Pilihan 7: Orang Melayu lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Antara jenis makanan yang dipercayai dapat menambah susu ialah ulam-ulaman seperti cekur manis, pegaga, peria, ulam raja, turi, betik, jantung pisang batu dan lobak putih.

Pilihan 8: Rempah halba boleh menambahkan pengeluaran susu. Cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian, simpan dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari.

Pilihan 9: Jintan hitam juga boleh menambahkan pengeluaran susu. Cara pengambilannya sama seperti halba.

Pilihan 10: Anda perlu minum air sehingga 8 gelas sehari. Yang paling penting anda perlu minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain daripada air kosong, anda juga boleh mengambil minuman lain seperti susu dan air kacang soya.

Pilihan 11: Kerap melakukan urutan payudara ketika sedang mandi atau beberapa kali sehari. Lebih afdal jika anda meminta suami anda urutkan. Di samping itu, perhatikan diet anda. Jangan memakan makanan segera atau minuman berkafein. Ia tidak sihat untuk ibu dan bayi. Amalkan lebih banyak memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Pilihan 12: Kisar buah sengkuang dan rebus dengan sedikit gula. Minum air sengkuang selalu.

Pilihan 13: Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian, layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payudara anda. Amalkan setiap hari.

Pilihan 14: Ambil bunga melur dan giling hingga halus. Tampalkan padal sekeliling payudara anda di waktu pagi sebelum mandi.

Pilihan 15: Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum 2 atau 3 kali sehari

Pilihan 16: Ambil 2 kelopak daun kobis bulat dan tekap pada payudara anda. Anda juga boleh lenyek-lenyekkan kelopak daun kobis bulat tersebut dan tampalkan pada payudara. Petua ini juga boleh mengurangkan bengkak susu semasa dalam pantang.

Pilihan 17: Bubur kacang hijau dicampurkan dengan beras merah baik untuk memperbanyakkan air susu badan serta memekatkan susu ibu.

Pilihan 18: Ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Amalkan memakannya bersama nasi.

Pilihan 18: Ambil petola, bayam dan daun turi . Masak lemak manis dan amalkan selalu sewaktu makan tengah hari.

Pilihan 19: Sayur bendi dibuatkan sebagai ulam dan cicah dengan sambal.

Sumber : SAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

DHIYA'S FIRST GIVEAWAY


Hari ni jalan-jalan ke blog dan terjumpa give away ni..Ramai rupanya yang buat GA ni ya.. pemilik blog ni berminat untuk menjalinkan ukhwah dengan rakan-rakan baru..

Jom kita berkenalan dan untung besar anda akan dapat hadiah istimewa dari korea nanti hasil dari giveaway ni..

Syaratnya sangat mudah:


1) Tempoh kempen: 18 Ogos 2014- 31 Ogos 2014 ( jam 12 tengah malam)
2) Follow blog Dari Diri Dhiya dan nyatakan anda follower yang ke berapa
3) Post kan entri ini (copy and paste) sahaja di blog anda
4) Ajak rakan-rakan pembaca blog anda untuk menyertainya 
5) Tinggalkan link entri tersebut di ruangan komen entri ini
6) Pemenang akan dipilih secara rawak menggunakan random.org
7) Ada 7 pemenang bertuah akan dipilih! 7 tau! 

Hanya klik pada imej di atas untuk tahu lebih lanjut..

Masih ada 10 hari lagi..jom join sekarang!!



Motivasi Pagi

Assalamualaikum..

selamat pagi..Senyum-senyum selalu..




Success Need Energy


Selain dari Ilmu & hubungan yg baik dengan Allah
Serta beberapa faktor lain
Tahukah kita..
Kejayaan sangat memerlukan tenaga
Adakah kita mempunyai cukup tenaga untuk berjaya??

Tip terpenting dan paling asas dalam memelihara tenaga kita ialah :
dengan minum air yg cukup
Tanpa air yg cukup, kita akan menjadi lemah & lemau serta mudah penat
Tip mudah ini sering diabaikan oleh ramai orang
Minumlah  air secukupnya !!!


Secara asasnya keperluan air adalah mungikut berat badan

formula asas pengambilan air secara minimum yg diperlukan oleh tubuh  :

Berat (pound)/2 = _________ oz (jumlah air min yg diperlukan)

Contoh;
Berat saya 56kg. Jika 1 kg = 2.2.462262 pounds; maka 56 kg = 125.7886672 lbs

Mengikut formula;
125.789/2= 62.8945 oz (jika 1 US fluid oz = 0.0295735296 liters); oleh itu
62.9 oz = 1.86 liters.


Ingat ini pengambilan minimum
Anda perlu ambil air lebih lagi dari jumlah ini!!!

Keperluan air juga dipengaruhi oleh:
  • Jantina
  • Umur
  • Aktiviti harian
  • Cuaca
  • Keadaan kesihatan

Semoga bermanfaat:-)

Aug 20, 2014

Tempat baru Shaklee Home Office (HQ) Malaysia

Untuk makluman semua pengguna shaklee dan juga pengedar,Shaklee Home Office (HQ) akan beroperasi di tempat baru bermula 25 ogos ni di alamat berikut:




Pastinya tempat baru Shaklee menyediakan tempat lebih luas,mesra pengguna dan selesa.

Sekiranya anda ke sini dan mahu membeli produk shaklee boleh menggunakan ID saya untuk pembelian (889 806) -Suhaila Johar dan hubungi saya untuk konsultasi cara makan supplemen atau cara penggunaa produk.

Namun sekiranya anda tidak mahu walk in ke stokis atau HQ shaklee ni,saya boleh menghantar supplemen / produk anda terus ke alamat rumah anda menggunakan pos laju /GDEX

Hubungi saya seperti berikut:

SMS/WASSAP : 016 358 9018 (sue)
Shaklee ID : 889 806
sufiyah44@gmail.com