May 17, 2014

Cara hilangkan tanda putih kolestrol bawah mata

Biasa lihat tak tanda biji putih bawah mata? Takutkan bila tanda-tanda ni dah wujud kat kulit sendiri.Di katakan punca keluar tanda biji putih ini adalah disebabkan kolestrol tinggi dalam badan.





Jangan main-main dengan kolestrol ye.Kolestrol tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat.


Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. 


Faktor Kolestrol Tinggi


Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. 



  1. Pemakanan - pengambilan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang boleh menyebabkan kolestrol tinggi dalam badan
  2. Keturunan daripada ibu bapa - boleh diwarisi kepada anak-anak
  3. Hati telah rosak - Organ yang bertindak balas dengan kolestrol tidak normal.Hati akan terus menghasilkan kolestrol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kolestrol tinggi
Oleh itu amat penting seseorang yang mempunyai kolestrol yang tinggi mengubah gaya pemakanan.Kurangkan pemakanan yang mengandungi garam MSG,makanan segera,makanan telah process seperti nugget,hotdog dan sebagainya.

Senaman juga amat penting untuk menghancurkan kandungan kolestrol dalam badan.


PEMAKANAN UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Menurut Pakar Pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
1. Makanan Bijirin Penuh Dan Tinggi Serat
Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.

Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol
2. Ikan Dan Asid Lemak Poli-tidak Tepu Omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
3. Kekacang Badam, Walnut, Pistachio Dan Soya
Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.
4. Buah-buahan Kaya Antioksidan Mengandungi Vitamin A, C Dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.
Jika anda ingin mengambil Supplemen,anda boleh mencuba OMEGA GUARD,LECITHIN dan GARLIC COMPLEX untuk menurunkan paras kolestrol jahat dalam badan serta menghilangkan tanda putih di bawah mata.
OMEGA mengandungi asid lemak - omega 3 yang amat penting yang tidak di hasilkan oleh badan dan kita perlu mengambilnya dari makanan.DHA dan EPA dalam omega juga membantu mencegah penyakit saluran darah dan strok,membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL,mengawal masalah obesity dan mengurangka risiko sakit jantung.
GARLIC COMPLEX membantu menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid dan kelikatan darah,meningkatkan HDL,melindungi jantung dan menghalan strok dan penyakit koronari.Ia juga antibiotik yang selamat dan semulajadi yang boleh meningkatkan sistem immune dan menghalang penyakit berjangkit seperti selsema,kulat,kuman,virus dan lain-lain.

LECITHIN membantu dalam menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik(HDL). Ia juga membantu mengawal paras triglycerides dan mengurangkan lemak-lemak yang tersendat dalam pembuluh darah. Lecithin juga dapat membantu mengurangkan kesan yang buruk wujud dari masalah kolestrol
Jadi jangan ambil mudah ye dengan penyakit kolestrol ni. Jika anda berminat nak dapatkan supplemen seperti di atas boleh hubungi saya untuk konsultasi cara makan dan order
CEGAH sebelum PARAH.




Biji Kolestrol semakin berkurangan selepas pengambilan Omegaguard & Lecithin



Nasihat saya,amalkan pemakanan yang betul,kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berlemak serta berjumpalah dengan doktor untuk sahkan masalah anda yang sebenar.
Sekiranya anda berminat untuk dapatkan set kolestrol (Omegaguard ,Garlic Complex dan Lecithin) boleh hubungi saya seperti berikut atau boleh buat sendiri pembelian dengan menggunakan kad kredit/debit anda di sini:



Segala penulisan tentang produk bukan bertujuan utk merawat, menyembuhkan, menganalisa apa jua penyakit/ masalah kesihatan. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yg berkaitan.



2 comments:

  1. Terimakasih atas informasinya karena saya lagi cari informasin tentang cara menghilangkan jerawat secara alami
    .

    ReplyDelete