Showing posts with label rahsia awet muda. Show all posts
Showing posts with label rahsia awet muda. Show all posts

Sep 5, 2016

Rahsia Nenek Berusia 54 Tahun Kelihatan Cantik dan Awet Muda

Hari ni dalam group business dan newsfeed FB kawan-kawan, ramai yang share dan kagum dengan kecantikan seorang wanita yang juga seorang nenek berusia 54 tahun ni

Nama beliau Puan Khadijah.


Haa percaya tak kalau tengok gambar ni usia 54 tahun?? Ramai yang teka akhir 30an atau awal 40 an usianya..CANTIKKAN?





Rahsia Puan Khadijah kelihatan awet muda dan cantik 



Beliau konsisten ambil ESP setiap hari. Ini ibu vitamin katanya.. ESP adalah protein terbaik untuk lengkapkan keperluan protein dan asid amino penting dalam badan. Sangat penting untuk hasilkan sel-sel badan yang sihat,






Selain itu , Puan Khadijah juga konsisten dengan pengambilan Alfafa Complex lebih 5 biji sehari. Raja Segala Tumbuhan ni bantu singkirkan toksin daripada badan..Haa badan dah takde toksin memang kulit confirm cantik. Beliau juga konsisten multivitamin Vitalea,B Complex dan Vitamin C.

dan sekali-sekala beliau ambil Vivix dan Collagen Powder yang memang dah sedia maklum vitamin untuk awet muda dan kulit cantik:-)



Paling penting kene konsisten. Beliau sudah ambil shaklee selama 19 tahun..Haaa bukan sehari dua atau sebulan tau!


Jadi kita yang muda-muda ni nak kelihatan cantik,awet muda dan jelita di usia 50 an nanti,amalkan la pengambilan suplemen dengan konsisten.


Yang penting carilah suplemen semulajadi yang di jamin selamat dan berkesan.



Bulan September ni pun ada promosi ESP dan Vitamin C. Memang best time untuk grab promosi ni pada harga lebih jimat.






Jom sape-sape nak cantik ,awet muda macam Puan Khadijah,mehla PM sue ya:-)





Jan 29, 2016

Rahsia Awet Muda & Bebas Kedutan di Kulit Wajah

Masalah penuaan kulit adalah satu masalah yang selalu dihadapi apabila seseorang individu meningkat umurnya. Ia menyebabkan seseorang kelihatan lebih tua daripada umurnya. Ini adalah sangat lumrah kerana negara kita ini sentiasa mendapat pancaran cahaya matahari yang terik dan panas.





Bahagian tubuh yang sering mengalami penuaan ialah bahagian tubuh yang terdedah dengan cahaya matahari seperti muka, tengkuk, leher, tangan, lengan dan bahagian atas dada.


Masalah penuaan kulit akibat pancaran matahari yang berpanjangan akan menyebabkan pelbagai masalah pada kulit.

Antaranya akan menyebabkan kedutan, garis halus, kulit mengendur, tona kulit tidak sekata, masalah jeragat, kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar dan kutil kecil.

Masalah yang lebih serius seperti telangiectasias, seborrhoiec keratosis, solar elastosis, actinic purpura, kanser kulit dan melanoma.


Ketika umur seseorang itu meningkat maka kolagen dan elastin dibawah kulit akan mengendur dan mengakibatkan masalah kedutan dan garis halus.
Kesannya, kulit menjadi longgar, kendur, hilang lemak, nipis dan kasar. Lama kelamaan akan menjadi kendur ke bawah. Faktor merokok, dan faktor genetik menambahkan lagi masalah kulit kedut ini.

Kulit akan mengalami masalah penuaan sebelum tiba masanya jika ia terdedah pada cahaya mata hari setiap hari dalam tempoh yang lama.


Bahaya kesan ultraviolet dari cahaya matahari

Kesan ultraviolet dari cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung atau tidak lansung.

Radiasi ultra ungu ini menyebabkan reseptor pada sel-sel pada kulit (keratinosit dan fibroblast) menghasilkan tidakbalas yang menyebabkan kerosakan kepada kolagen dalam lapisan kulit dan menyebabkan penghasilan kolagen berkurangan. Secara ringkasnya pendedahan yang melampau kepada radiasi UV ini merosakkan kolagen dan penghasilannya dalam lapisan kulit.

Kita tidak boleh lari dari cahaya matahari ini, tetapi kita boleh mengambil beberapa langkah untuk mencegah kesan buruk akibat pendedahan melampau cahaya matahari pada kulit.

Satu kajian yang dilaporkan oleh oleh Department of Dermatology, Cambridge University Hospital pada tahun 2013, menyatakan pengambilan anti oksidan boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang.

Anti oksidan ini perlu dimakan dan disapu pada kulit. 

Kajian juga menunjukkan, sistem pertahanan antioksidan semula jadi kulit manusia juga dipengaruhi oleh suplemen dan nutrisi yang dimakan dan kombinasi pelbagai anti oksidan yang diambil bertindak secara sinergi bersama-sama untuk mengekalkan kesihatan kulit. - Dr Norman Norawi.

Suplemen Terbaik untuk Antipenuaan






Vivix adalah suplemen antioksidan tinggi yang kaya dengan resveratrol dan polifanol yang membantu keremajaan kulit dan mengatasi penuaan kulit.



Bagaimana VIvix Membantu Kulit dari Antipenuaan & Kekal Awet Muda




  • Vivix membantu melindungi dan membaiki selular DNA dari serangan radikal bebas.
  • Vivix membantu mengaktifkan satu pengawalan genetik utama bagi melambatkan penuaan tahap selular
  • Vivix membantu mengalakkan pembentukan baru metochodria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel
  • Penimbunan protein AGE yang menganggu keutuhan sel dan panjang umur, Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan protein AGE.

Rahsia kecantikan pelakon Rita Rudaini



Detoks dengan vivix selama 14 hari - kulit bebas masalah jerawat dan parut

Detoks dengan Vivix selama 9 hari - Kulit semakin bersih dan cantik

Rahsia kecantikan pelakon Ayu Raudhah


Untuk masalah kulit mengendur dan menggeleber, Collagen Powder boleh membantu menganjalkan kulit ,memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan.










Cara Menjaga Kesihatan Kulit daripada Sinaran Matahari



  • Gunakan krim pelindung matahari yang mempunyai faktor pelindung matahari (SPF) yang lebih dari 30 apabila keluar melakukan aktiviti ditengah panas.
  • Elakkan terdedah dengan terik matahari seperti elakkan kulit dari terdedah secara terus sinaran matahari di antara pukul10 pg- 3 ptg.
  • Penggunaan alat perlindung matahari seperti topi dan payung boleh memberikan perlindungan dari cahaya matahari.

Kulit cantik bebas jerawat dan masalah kulit memang menjadi impian semua. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan VIVIX atau Collagen Powder boleh hubungi saya segera.


Credit: Dr Zubaidi FB




Jul 10, 2015

5 Rahsia Awet Muda untuk 'hot' mama

Kecantikan dan awet muda impian semua wanita walau sudah beranak 4,5 orang sekalipun. kita tidak berupaya untuk mengurangkan jumlah umur saban tahun tetapi kita mampu untuk mengawet usia..Kata orang 'wah awak awet mudala walau dah masuk usia 40 tahun.



tips awet muda


Rahsia awet muda untuk hot mama:


1) makan buah dan sayur

Kandungan vitamin c dan beta karotena di dalam sayur dan buah sangat bagus untuk mengekalkan kesegaran wajah.Kedua-dua sumber ini penting sebagai antioksidan utk melindungi sel-sel tubuh daripada radikal bebas.Walaubagaimanapun,jangan masak terlalu lama sayur dan makan buah yang fresh.


2) Amal makan ulam-ulaman

Ulam-ulaman kaya dengan vitamin dan kandungan galian seperti kalsium,fosforus,zat besi,kalium dan natrium.Ulam juga diperlukan oleh sistem penghadaman kita dan ia juga mempunyai bahan antioksidan.


3) Ambil Vitamin C

Sumber vitamin C dapat diperolehi daripada buah-buahan segar terutama buah oren,sayur-sayuran berwarna hijau seperti brokoli. Juga boleh mengambil vitamin C sebanyak 1000 mg sehari. Vitamin C membantu meningkaykan daya tahan tubuh,melindungi daripada risiko kanser dan melindungi tubuh daripada kesan masalah pencemaran.


4) Makan antioksidan

Antioksidan merupakan makanan antipenuaan. Semua jenis makanan berwarna gelap memiliki zat antioksidan seperti tomato,brokoli. Ambil 5 jenis makanan yang mengandungi antioksidan setiap hari.Salah satunya makanan mengandungi resveratrol. ini mengandungi tinggi antioksidan



5) Banyakkan Serat

Jaga sistem pencernaan merupakan salah satu kunci untuk awet muda.Sentiasa detoks supaya dapat singkirkan kotoran daripada usus.Anda juga  memerlukan 25g serat setiap hari.Serat bertindak sebagai penjaga zat pemakanan yang anda ambil di dalam tubuh dan ia hanya melepaskan zat-zat itu apabila di perlukan.


Jangan lupa amalkan tips di atas ya..Untuk mengetahui rahsia kekal cantik dan jelita menggunakan bahan dapur?? Klik di Rahsia Kulit Cantik..Ianya sangat mudah diperolehi dan menjimatkan.gi

Bagi yang alami masalah kulit jerawat bertahun-tahun tak hilang juga,jom tengok video ini






Selamat Mencuba:-)