May 18, 2015

Al Fatihah Buat Arwah Ayah - 180501

Hari ini genap 14 tahun pemergian Arwah ayahanda yang tercinta..

Arwah yang banyak berkorban untuk keluarga.

Arwah yang sangat teliti orangnya

Arwah yang sangat kuat semangat dan penyabar orangnya

Arwah ayah tidak memiliki kenderaan motokar dan sebarang lesen kenderaan..Hanya kayuhan basikal tua..

Pernah sekali ketika di Matrikulasi dahulu,kakakku bercerita..

Begitu semangat ayahanda kayuh basikal ke pejabat pos di tengah terik mentari untuk pos buku-buku yang diriku inginkan..Ingat lagi ketika itu,cikgu minta tengok balik buku-buku rujukan SPM untuk ulangkaji kerana ada tajuk-tajuk yang lebih kurang sama dan perlu di refresh balik..

Ketika sampai buku-buku tersebut di pangkuanku,hampir jatuh air mata..

Buku-buku tersebut elok rapi di ikat sekemas-kemasnya dengan tali rapia..

Itulah arwah ayah..begitu cakna orangnya..

Arwah ayah peniaga kedai runcit dahulu..Even untuk menyusun makanan ringan/jajan.arwah akan susun cantik-cantik dalam balang..Strategi marketing katanya.

Arwah sangat teliti orangnya..Akan di tulis perbelanjaan bulanan dalam buku log. Perbelanjaan perkahwinan abang,kakak semuanya di tulis rapi untuk ketahui perbelanjaan samaada membazir atau tidak.

Arwah sangat cekap Matematik..Congak-congak sahaja di kepala..Tidak perlu tekan calculator sepertiku..

Allahu..Banyak kenangan bersama arwah..

Arwah menghembuskan nafas terakhir di petang Jumaat selepas jatuh ketika mengemas lalang di belakang rumah.

Ya Allah,semoga Engkau ampunkan dosa-dosa arwah ayah ibuku..Tempatkan roh-roh mereka di syurgaMu dan semoga roh mereka di kalangan orang-orang beriman..Ameen

AL FATIHAH

No comments:

Post a Comment