Hari ni saya nak share sikit mengenai 1 program istimewa 'Program Back To School 2015' bersama anak-anak yatim yayasan Tengku Budriah di Cheras.Program ini adalah anjuran bersama kawan-kawan SID dalam group shaklee saya(RichFamily).Insyaallah program ini akan di jalankan pada 14 Disember 2014 nanti.
Insyaallah di sana nanti kami akan serahkan barang-barang sumbangan kepada mereka dan mengadakan beberapa aktiviti menarik bersama.
Kenali RKKTB
Institusi ini ditubuhkan bertujuan untuk menyediakan jagaan dan perlindungan gantian kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik agar menjamin pertumbuhan jasmani dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat. Kanak-kanak yang diperintah masuk ke RKK adalah terdiri daripada kanak-kanak yang didapati didera dan terabai.
Berdasarkan maklumat daripada RKKTBC, seramai 70 orang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 7 tahun sehingga 12 tahun dikenalpasti akan menjalani sessi persekolahan 2015 nanti.
Dengan ini, kami melancarkan program 'Kempen Back To School 2015' yang bertujuan untuk membantu anak-anak ini bersedia untuk kembali ke alam persekolahan dengan keadaan yang gembira dan ceria sama seperti anak-anak kita.
Sumbangan yang kami kumpulkan ini akan terus di salurkan kepada tabung untuk pembelian peralatan persekolahan mereka.Program ini juga mendapat kerjasama bersama pihak Mydin untuk mendapatkan peralatan persekolahan yang di perlukan mereka.
Cara untuk Menyumbang
Saya sangat berbesar hati ingin turut bersama mengajak kawan-kawan semua untuk menyumbang program murni ini..Insyaallah semoga usaha ini dapat membantu anak-anak di sana gembira menyambut alam persekolahan baru nanti.
Terdapat 3 cara untuk menyumbang 'Program Back to School 2015' ini..
1. Membeli sambil beramal
Sekiranya anda membeli set kesihatan shaklee dari saya,setiap 10% dari hasil keuntungan jualan akan di sumbangkan ke dalam tabung program ini.
Terdapat pelbagai set kesihatan shaklee untuk kesihatan diri dan keluarga..Bukan itu sahaja,anda juga boleh mendapatkan set kesihatan rumah,set penjagaan diri dan kecantikan luaran dari set rangkaian shaklee ini..
Nak tahu set kesihatan shaklee ini boleh baca di sini..
Untuk mendapatkan set-set kesihatan ini,anda bolehlah CALL/SMS/WHATSAPP saya seperti berikut : 016 358 9018 (SUE)
2. Sumbangan peribadi ke atas keperluan barang
Sekiranya anda ingin menyumbang secara peribadi mengikut keperluan berikut pun sangat di alu-alukan.
1)Tajaan Kelengkapan Sekolah : RM150
2)Tajaan Set Pakaian Sekolah: Rm100
3)Tajaan Sepasang Kasut : RM30
4)Tajaan Korporat : RM1500 (minima 10 orang)
Selain dari keperluan persekolahan, pihak RKKTBC juga sangat memerlukan bantuan seperti selipar, lampin pakai buang saiz S – XXL dan juga tikar. Jika kutipan Tabung Back To School mencukupi untuk menampung keperluan 70 orang anak yang bersekolah, baki wang tersebut (jika ada) akan digunakan untuk membantu belanja dapur dan keperluan-keperluan lain pula.
3. Sumbangan peribadi
Anda juga boleh menyumbang berapa ringgit pun untuk melengkapkan tajaan kelengkapan sekolah ini. Kami menerima berapa sahaja sumbangan ikhlas anda untuk program ini..Insyaallah saya yakin sumbangan sedikit jika di kumpul akan bertambah banyak.
Dengan ini, kami sangat berbesar hati agar anda semua, dapat menyumbangkan sedikit bakti kepada aktiviti ini. Kutipan atau tajaan boleh disalurkan terus ke akaun:
Puan Norliza Rusman
(CIMB 7602390876 notify ke lydzar@gmail.com)
Mohon juga tuan/puan mengisi borang ini :
Sekiranya anda sebarang pertanyaan mengenai program Back To School 2015 ini bolehlah hubungi saya seperti berikut
Sue - 016 358 9018
Insyaallah semoga sumbangan anda semua menjadi saham di sana nanti dan mudah-mudahan rezeki makin bertambah-tambah dan diberkatiNya..
'Surah Al-An’am : Ayat 152 – “Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya, sehingga ia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri); dan sempurnakanlah segala sukatan dan timbangan dengan adil.”
Sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( Hadis Riwayat Tabrani )
No comments:
Post a Comment