Pengunjung tak berapa ramai lagi ketika kami tiba.Kat depan pintu masuk ada diletakkan giant bubble..Apa lagi seronok la kami berbubble pagi-pagi. Seronok anak-anak bermain PERCUMA. Hanya kami sahaja di situ. Para pekerja yang bertugas hanya memandang kami dengan tersenyum..Haha..seronok tengok suami tiup,anak-anak mengejar belon.
Kemudian kami ke bahagian 'Festival Pets' dahulu memandangkan cuaca baik dan masih belum panas,jadi kami habiskan masa di sini dahulu.Di sini ada pameran burung,kucing,ular dan arnab. Kawasan ni kecil sahaja. Jadi jika anak-anak nak pegang burung,nak pegang kucing atau arnab,so bolehlah nak bermesra-mesra dengan haiwan jinak ni.
Oh ya,untuk masuk ke sini bayaran RM4 di kenakan untuk orang dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Ada juga aktiviti lain di sini seperti main giant bubble,menaiki kuda, cycle riding dan pelbagai lagi.
Di pintu masuk di tulis pembakaran kalori sebanyak 1000 kalori akan dilakukan..Wah..boleh kurus ni..
Selepas habis masa hampir setengah jam di bahagian ini, kami kemudian menuju ke bahagian bawah lagi.Terpaksa menuruni tangga lagi.Anak-anak turun dengan gelongsor. Jadi tak rasa penat sangat semasa menuruni bukit ini.
Kemudian kami panjat bukit kembali dan mulakan pengembaraan di dalam pusat sains negara. Banyak aktiviti menarik di dalam ini. Kami di beri sekeping borang di mana kami perlu minta cop pada booth-booth terlibat untuk menebus hadiah menarik.
Terdapat banyak aktiviti sains menarik yang ada di dalam Pusat Sains negara ni..Macam-macam anak-anak boleh eksplore..Ini memberi mereka pengalaman baru dan teruja belajar mengenai dunia sains.
Di ruang legar utama berlangsung acara membuat aiskrim menggunakan air kotak,ais cube dan tuala besar. Saya dan suami tidak dapat turut serta kerana anak-anak sudah teruja ke tempat lain.
Banyak juga aktiviti anak-anak join. Menjawab kuiz mengenai kesihatan gigi, menampal gambar kambing menggunakan kapas, Menjawab soalan berkaitan buku cerita, Pelajari sains menggunakan lego dan banyak lagi.
Masih ada masa lagi jika anda ingin membawa mereka ke sini. Festival ini berlangsung sehingga 27 November ini. Jadi, ibu ayah yang ada cuti banyak lagi bolehla ambik cuti habiskan masa bersama anak-anak di sini.
No comments:
Post a Comment