Nov 8, 2014

Doa dan cara merawat demam dalam Islam

Assalamualaikum..


selamat berhujung minggu buat semua..Apa khabar semua? didoakan semua sihat..Musim panas hujan ini memang kita perlu sentiasa jaga kesihatan terutama anak-anak ya..

Minggu lepas anak-anak kurang sihat..Anakanda husna dan hanis on off demam mereka..Hujung minggu lepas kami kebetulan pulang ke kampung..Husna dah start demam dan di ikuti oleh anakanda hanis..Anakanda hanis demam sampai menggigil-gigil dan meracau..



Ketika demam panas tersebut,kakak ipar saya seorang ustazah menyarankan supaya membaca ayat di bawah sambil mengelap badannya dengan towel basah..

Caranya adalah seperti berikut:


1) Ambil 1 botol air mineral
2) Baca 1x Alfatihah
3) Baca 1x Ayat kursi
4) Baca selawat syifa berulang-ulang 

"Allahumma sholli 'alaa sayyidinaa Muhammadin thibil quluubi wa dawaaihaa, wa 'aafiyatil abdaani wa syifaaihaa, wa nuuril abshoori wa dhiyaaihaa, wa 'alaa aalihi wa shohbihi wa sallim fi kulli lamhatin wa nafasi 'adadi maa wasi'ahu 'ilmullooh". 
Artinya :


 "Ya Allah, semoga Engkau tetap memberikan shalawat dan salam kepada Nabi Muhammad Saw, yang merupakan penyejuk hati sekaligus obatnya, penyembuh anggota badan sekaligus obatnya, cahaya mata hati sekaligus yang menyinari, juga kepada keluarga dan sahabatnya, dalam setiap saat dan setiap nafas, dengan sebanyak mungkin ilmu Allah". 

5) Baca ayat di bawah:

Doa Nabi Ibrahim a.s (1x)
Maksudnya:
Wahai api, jadilah engkau sejuk kepada Ibrahim dan peliharalah kesejahteraannya! (Surah al-Anbiyaa’ : ayat 69)
ATAU 
Doa demam panas (1x)
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Besar, aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung daripada kejahatan setiap urat yang menggelegak dan daripada kejahatan panas api neraka.

Selepas tu bolehlah minum air tersebut atau masukkan sedikit ke dalam mangkuk dan celup kain ke dalam mangkuk tersebut dan lap ke seluruh kaki,badan dan muka anak yang sakit..

Berdoalah semoga Allah sembuhkan demam panas tersebut.

Jangan biarkan ya jika anak-anak demam terutama demam panas kerana boleh menyebabkan lumpuh,mata juling dan pelbagai lagi..

Saya doakan anda yang membaca ini semua di anugerahkan kesihatan yang baik..Insyaallah..ameen

1 comment: