Aug 11, 2014

Khasiat buah delima

Siapa suka makan buah delima? dahulu saya masih ingat arwah mak selalu pesan jika mengandung cubalah cari dan makan buah delima kerana ia amat bagus untuk kesihatan dan amat di galakkan dalam islam..


Arwah mak juga begitu bersungguh-sungguh mencari siapa yang tanam pokok delima untuk dapatkan sebiji untuk kakak-kakak saya ketika mereka hamil.Keliling kampung rasanya mencari,,Al maklum kat kampung payah nak dapat buah ni..Tapi alhamdulillah memang rezeki kakak-kakak saya memang dapat merasai buah ni..Dahulu nak mintak sedikit pun tak dapat..hehe



Kisah delima dalam Alquran


Di dalam Al-Quran disebut tiga tempat tentang buah delima.


 Pertama Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:”Dan Dia yang menurunkan air(hujan) dari langit kemudian kami mengeluarkan dari air(hujan) itu segala macam tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan sebahagian daripadanya dedaunan yang hijau(sayur mayur) dan Kami keluarkan pada sebahagian daripadanya biji-bijian yang bersusun dan Kami jadikan pula daripadanya pokok kurma yang mayangnya ada segerombolan buah kurma yang dekat untuk ambil, dan daripadanya pula Kami keluarkan kebun-kebun anggur, zaitun dan delima yang sebahagiannya mempunyai kemiripan daunnya, tetapi rasa buah yang satu berbeza dengan yang lain. Lihatlah buah-buahnya ketika sedang berbuah dan ketika telah ranum.Sesungguhnya di dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Kami bagi orang-orang beriman.”(Al-An’am:99)

Kedua Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:”Dan Dialah yang menjadikan kebun-kebun yang bersusun dan kebun-kebun yang tidak bersusun, pokok kurma, tanaman-tanaman yang berlainan rasanya, pokok zaitun dan pokok delima yang serupa atau yang tidak serupa. Makanlah buahnya jika telah berbuah dan bayarlah zakatnya di hari kalian memetiknya. Dan janganlah kalian melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.: (Al-An’am:141)

Dan ketiga Allah S.W.T. berfirman:” Di dalam kedua syurga itu terdapat mata air yang memancar keras terus-menerus. Maka tanda-tanda kekuasaan Tuhan kalian yang mana lagi yang akan kalian dustakan?Di dalam kedua syurga itu terdapat buah-buahan, pokok kurma dan pokok delima.”( Al-Rahman:66-68)




Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)dan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.” (HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi).


Khasiat Buah delima


Rawatan kanser khususnya kanser payudara serta semua jenis ketumbuhan.
Mengekalkan keadaan jantung dan hati yang sihat
Membersihkan hati dan saluran perkumuhan
Menyingkirkan lemak berlebihan
Meningkatkan tenaga seksual suami/isteri
Mencegah rasa mual
Menstabilkan hormon semasa haid dan melancarkan kitaran haid
Mencantikkan kulit muka
Membantu memulihkan pesakit kencing manis
Berupaya menghapuskan kahak
Memberi tenaga dan mencegah keletihan
Mencegah angin ahmar bagi warga emas
Meningkatkan peredaran darah
Mencegah dan merawat kanser
Membantu menstabilkan tahap kolestrol dalam darah
Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
Membantu menguatkan sistem percernaan dan usus
Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
Membantu mengurangkan batuk dan lelah
Membantu merendahkan dan menstabilkan tekanan darah
Membantu mencerdaskan minda dan daya ingatan kanak-kanak dan pelajar
Membantu membaik pulih sistem hati dan limpa
Membantu mencuci buah pinggang dan saluran kencing
Membantu menstabilkan hormon wanita yang menopous
 


Banyak sangat khasiat buah delima ni..kalau beli kat pasaraya mahal sedikit harganya..sekarang ni pun makin mudah dan dah banyak jus delima di jual kat pasaran.



Bagi ibu hamil,antara khasiat buah ini adalah:

*Membantu mengurangkan alahan ibu mengandung
*Membantu memberi tenaga untuk ibu mengandung dan menyusu
*Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan
*Membantu mendapat bayi yang sihat dan kulit yang cantik
*Mencegah rasa mual

ketika hamil anak ke 4 hari tu,saya juga ada amalkan buah delima ni dan minum jus delima gulsan tu untuk tingkatkan kesihatan..Jus delima gulsan tu sedikit masam tapi sangat banyak khasiatnya..Sama seperti merasa buah delima ni..

Bagi ibu hamil,jangan lupa makan buah delima ni ya:-)




2 comments:

  1. buah delima ni mmg feveret sue dr kecik, sedap tp susah sket la time nak makan, asingkan buah dgn kulit dia...

    ReplyDelete
  2. since preggy anak 1st, delima dah jadi feveret..slalu amik pati delima je sbb nak cari buahnya jarang bleh dapat.

    ReplyDelete