Showing posts with label Cara Hilangkan Jerawat. Show all posts
Showing posts with label Cara Hilangkan Jerawat. Show all posts

Sep 7, 2016

Cara Hilangkan Jerawat dengan Vitamin Semulajadi

Kulit berjerawat biasa terjadi bermula daripada usia remaja sehinggalah dewasa. Masalah kulit ini boleh di selesaikan dengan merawat puncanya.





Kini terdapat lambakan produk untuk hilangkan jerawat. Pelbagai jenis krim anti kulat ,anti jerawat di pasaran. Namun hati-hati ya. Jangan pula sampai tersalah pilih produk, boleh menyebabkan kulit muka akan jadi semakin teruk.

Hati-hati dengan penggunaan krim yang mengandungi agen pemutih berbahaya seperti  merkuri ,hidroquinone dan pelbagai lagi. Boleh semak senarai di sini samada produk anda gunakan selamat dan berdaftar dengan KKM atau tidak.


Kulit berjerawat boleh disebabkan pelbagai faktor, antaranya

  • salah menggunakan produk skincare
  • Masalah resdung yang teruk
  • Kurang pengambilan air kosong
  • Masalah hormon
  • Banyak pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurang mencuci muka
  • Kehamilan
  • Persekitaran , habuk yang tidak bersih

Masalah jerawat ketika hamil kebiasaanya disebabkan oleh perubahan hormon. Ketika ini ibu perlu banyak bersabar. Kekadang jerawat sangat subur di belakang badan dan kulit wajah. Amalkan minum air kosong yang cukup,dan  kurangkan pengambilan makanan berminyak.Insyaallah selepas bersalin nanti masalah kulit ini akan hilang dengan sendiri.


Bagi yang mempunyai masalah berjerawat bukan di sebabkan kehamilan sangat penting untuk merawat dari dalam. Pemakanan yang baik seperti pengambilan protein yang mengcukupi bantu membina sel-sel kulit baru yang lebih baik menggantikan sel-sel yang telah rosak. Air kosong juga sangat penting untuk bantu buangkan lebihan toksik daripada badan. Sesekali boleh ambil air kelapa untuk detoks.


Ok sebelum tu, jom tengok dulu video ni. 

Kisah Cik Farizan yang mempunyai masalah jerawat kronik selama 7 tahun di sebabkan salah menggunakan produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia. Macam-macam cara beliau buat untuk atasinya. Haa bagaimana akhirnya beliau dapat atasi masalah jerawat kronik ni sampai muka beliau sekarang dah licin,cantik dan gebu.






Selain mencuci muka dengan pencuci muka yang betul, pengambilan suplemen atau vitamin juga sangat penting untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan bermasalah ini.


Cara Menghilangkan Jerawat dengan Suplemen Semulajadi

Antara vitamin atau suplemen yang baik di ambil untuk kulit berjerawat dan bermasalah adalah seperti berikut:

- Vitamin C
- ESP
- Vitalea
- B Complex

Kesemua ni sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Ini adalah set asas kulit dan tambahan yang lain adalah seperti berikut:

Alfafa Complex ( boleh di ambil sekiranya anda sanggup minum air kosong lebih) - sebagai detoks
Garlic Complex - antibakteria DAN antibiotik semulajadi 
Zinc Complex - membantu mengecutkan jerawat
GLA Complex  - mengawal keseimbangan hormon badan


Kesemua suplemen ini boleh di ambil mengikut jadual makan di tetapkan. Namun sangat-sangat penting untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat dan masalah kulit ni mengambil air kosong dengan cukup.


Berat 25 KG = 1 liter air

Jadi anda boleh kira sendiri berapa banyak jumlah air diperlukan setiap hari. Paling senang isi siap-siap air dalam 1 botol ( 1 liter). Cuba habiskan setiap separuh hari. Insyaallah anda akan kalih dan biasa selepas konsisten.


Cara hilangkan jerawat secara semulajadi









Vitamin C,vitamin E dan ESP antara pilihan ramai pengguna yang alami kulit berjerawat dan berparut ni. 

Penting untuk kita baiki dalaman badan kita, 

- ESP bantu rawat sel-sel rosak dan gantikan dengan sel-sel baru supaya tidak berulang masalah sama dalam tempoh lama.

- Vitamin C bertindak sebagai kolagen , membantu mengecutkan jerawat , mencerahkan kulit

- Vitamin E bantu pudarkan parut jerawat dan sebagai antioksidan membantu menentang radikal bebas yang juga boleh menyebabkan kerosakan sel dan kulit.


Bulan september ini ada berita gembira untuk peminat protein ESP dan Vitamin C kerana ada promosi hebat yang boleh anda grab! 


Promosi ESP & Vitamin C :  Beli 6 Percuma 1 @ beli 2 less 5%


Untuk dapatkan promosi ini, anda boleh buat pembelian sendiri di SINI dan hubungi saya untuk panduan cara makan atau boleh contact saya seperti berikut:




Mar 2, 2016

Kulit Cantik Berseri,Jerawat Makin Hilang Selepas Minum Soya ESP

Linda sangat risau..Babynya yang baru berusia 3 bulan kerap menyusu..Seolah-olah 'tidak puas' minum susu..

Linda : Mien, aku risau la susu badan aku ni macam sikit je. Si Wafiy tu minum macam tak puas. Asyik ngempeng je kerjanya..Letih,sakit pinggang semua ada.



Mien : Ke susu ko tak pekat? Nak try tak minum soya tanpa GMO,ESP tu? Memang ramai tiap bulan mak-mak menyusu ni beli..ESP ni milkbooster jugalah.ramai yang ambik puas hati.

Linda: Boleh la try..aku nak order 1 ESP ok.


Selepas beberapa minggu Mien Whatsapp kat Linda.

Linda: Eh sedaplah Mien ESP tu..aku try semua resepi ESP ko bagi kat aku tu..Paling best campuran ESP dengan kurma dan badam..Jadi smoothies yang sangat mengenyangkan..

Mien: Alhamdulillah Linda..seronok dengar ko suke minum ESP tu.Memang kenyang kan kalau ambik ESP ni..Sedap dan lazat gitu..

Linda : Eh paling best husband aku tegur muka aku nampak makin gebu dan berseri..aku ingat laki aku ni saje je nak ngusik kan..tapi adik dan kakak aku pun tegur benda sama..Suka betul...

Mien : Wah,mesti makin cun ko sekarang

Linda : Mana ada..tapi paling best muka dah kurang berminyak takla macam dulu lagi, jerawat pun payah nak naik dah..Kalau naik pun cepat je surut jerawat ni.

Mien : Wah..best tu hasilnya.

Linda : Ha ah,aku kan selalu berjaga malam..adela 'dark cycle' bawah mata ni haa..ko tahu dah hilang lingkaran hitam ni..owh suka betul aku..memang tak sia-sia la aku try ESP ni..All in 1..Wafiey pun dah tak menyusu lama macam dulu..Kulit aku pun dah makin sihat ni..Alhamdulillah






Alhamdulillah, Puan Linda telah mendapat kesan baik dan positif lepas konsisten mengambil soya tanpa GMO ESP ni..Banyak khasiat ESP ni..Bukan setakat untuk penyusuan sahaja malah kulit pun turut cantik dan berseri.









Nikmati penjimatan ESP bulan ini - 


Beli 6 ESP Percuma 1 dan Mendapat Keahlian PERCUMA atau boleh beli twinpack ESP Beli 2 Diskaun 5%


Hubungi saya untuk pembelian dan nikmati harga lebih jimat!









Aug 11, 2015

10 Cara Hilangkan Jerawat dengan bahan di dapur

Menginjak usia remaja,jerawat mula hidup subur di muka seiring dengan perubahan hormon badan.Namun ada juga yang mengalami jerawat di bahagian belakang badan..Fuhh,menyakitkan!!! Boleh sakit-sakit badan di buatnya..Haa jangan ingat jerawat tumbuh kat muka je tau..paling menyakitkan ia tumbuh dalam hidung,atas kepala,bawah ketiak..Erkkk..ngerinya...

Hari ni sue nak share sedikit tips nak hilangkan jerawat dengan bahan yang ada di dapur kita..Sangat mudah dan murah.







Sebelum tu anda boleh cek dulu gambarajah kat bawah ni,jerawat yang keluar menunjukkan petanda masalah yang dihadapi dan menunjukkan sebab keluarnya jerawat kat muka dan badan anda.



Kebiasaan ramai yang hadapi masalah jerawat di 'zon T'. Kalau dah tahu punca jerawat keluar,jadi senangla sikit kita nak atasinya kan..


Kebiasaannya jerawat yang keluar di kalangan usia remaja hingga awal dewasa adalah disebabkan perubahan hormon,gaya pemakanan,stress dan tidur yang tidak menentu. 



 Apakah punca keluar jerawat dimuka dan badan?



  • Perubahan hormon yang kebiasaan berlaku pada usia belasan tahun dan awal 20an
  • Penghasilan minyak berlebihan pada sebum kulit
  • Lebihan peluh
  • Stress dan pemakanan tidak sihat
  • Pemakaian alat kosmetik tidak bersesuaian bagi kulit muka
  • Penggunaan pil perancang dan ubat-ubatan

Cara Menghilangkan jerawat dimuka dan badan

Sekiranya jerawat mula muncul di wajah dan badan anda,anda boleh cuba tips berikut:




  
1. Hilangkan Jerawat Dengan Tomato.

Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato.


2. Hilangkan Jerawat Dengan Kulit Kayu Manis.
Mula-mula ambil satu kulit kayu manis dan asahkannya pada tembikar atau alas pengasah campurkan dengan sedikit madu. Jika tidak ada madu boleh juga gunakan air biasa. Jadikannya sebagai masker dan sapukan ke seluruh muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Peringatan ketika mencuba untuk kali pertama, letakkan nipis-nipis sebab kulit kayu manis sedikit “panas” dan boleh menimbulkan rasa kurang selesa.

3. Hilangkan Jerawat Dengan Lidah Buaya.
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jerawat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Ulangi langkah ini pada setiap pagi dan waktu petang. Paling pentig, usaha ini hendaklah dilakukan secara berterusan.
4. Hilangkan Jerawat Dengan Ubat Gigi.
Sebelum tidur, letakkan ubat gigi pada bahagian yang ditumbuhi jerawat. Biarkan semalaman/sampai pagi kemudian baru dibilas dengan air yang suam. Kandungan ubat gigi mampu membantu untuk mengeringkan jerawat dan ia juga mampu untuk menyerap minyak pada wajah.
5. Hilangkan Jerawat Dengan Putih Telur.
Mula-mula pisahkan kuning telur dengan putih telur. Ambil putih telurnya sahaja. Pukul sebentar lalu pakaikan ke wajah anda selama 15 minit. Putih telur ini berfungsi membantu mengurangkan minyak di wajah anda yang seringkali menjadi penyebab tumbuhnya jerawat.

6. Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu.
Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam.
7. Hilangkan Jerawat Dengan Air Basuhan Beras.
Air basuhan beras jangan dibuang. Ia turut mempunyai banyak khasiat tradisional. Basuh muka dengan air basuhan beras tersebut. Jangan dikeringkan, biarkan hingga kering sendiri. Selepas kering, cuci dengan air suam.

8. Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup.
Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
9. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Putih Telur, Tepung Jagung Dan Minyak Zaitun.
Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.


10. Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa.
Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang

Cara Elakkan Jerawat di Muka dan Badan dengan Cepat






Bagi yang mengalami masalah nak hilangkan parut jerawat pula boleh lihat tips di sini ya:




Bagi yang alami masalah jerawat,amalkan selalu pengambilan Vitamin C setiap hari..Insyallah jerawat pun payah nak muncul dan paling best kalau ada cepat kecut dan hilang. Boleh juga buat masker dengan vitamin C semulajadi ni..

Selamat dan Berkesan:-)


Bagi yang berminat nak dapatkan vitamin C Plus di atas ni boleh hubungi sue ya..Harga mampu milik sangat. RM92.50 ada 180 biji dan boleh tahan sehingga 6 bulan maksimum penggunaanya. Berbaloi-baloi sangat tau..Kira-kiranya anda melabur hanya 51 sen sahaja setiap hari untuk kulit cantik ni..Murah ke tak?

Vita C Plus ni best sebab dia akan di lepaskan secara perlahan-lahan dalam badan setiap jam selama 5 jam..Jika kita mengambil vitamin C berlebihan,ia tidak akan di simpan dalam badan kita malah akan di salurkan melalui proses pembuangan air kecil..Jadi takdela merbahaya dan jadi toksin dalam badan kita..Sue pun dah cuba dan amalkan sendiri setiap hari secara konsisten.Alhamdulillah dah jarang sangat dah jerawat nak muncul kat muka dan badan..

Jika ibu-ibu hamil ada alami masalah jerawat badan juga boleh ambil vitamin C ni. Ia daripada bahan semulajadi,selamat untuk ibu hamil,dewasa,warga emas.

Mendapat Kelulusan KKM dan Halal.

Ok,bagi yang berminat boleh PM/SMS/WHATSAPP sue seperti berikut ya:

SUE 016 358 9018
FB PAGE : Impianz Shoppe
FB : SUHAILA JOHAR
COD Area: Bangi,Kajang,Cyberjaya,Seri Kembangan
Pos Laju/GDEX seluruh Malaysia