Aug 28, 2018

Tiroid: Punca-Punca dan Cara Mengurangkan Kesannya

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki dan ia juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan.
Kelenjar tiroid terbahagi dua sama seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan triiodotiroksin (T3).



Hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi badan yang dipanggil metabolisme
Peningkatan hormon ini bermakna metabolisme badan meningkat dan begitulah sebaliknya jika hormon terbabit berkurangan.
Penghidap metabolisme tinggi mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya.Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan berlangsung pada kadar yang selamat dan berkesan.

Terdapat ujian dan pemeriksaan yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid. Penghidapnya juga mungkin akan menghidap penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Bagaimana Ingin Tahu ada Penyakit Tiroid atau Tidak?

Perhatikan kawasan leher kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.
Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid

Hipotiroidisma

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
Juga di kenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid
Sementara itu, cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma.

Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan penghidapnya sememangnya menghidap hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon normal, mungkin individu itu mempunyai penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.
Penyakit hipertiroid ini boleh juga menyebabkan ribut tiroid terutama apabila individu itu mengalami masalah kesihatan lain yang akut. 

Simptom-simptom Hipertiroid
  • Jantung berdebar
  • sesak nafas
  • cemas
  • tangan menggeletar
  • berpeluh walaupun di dalam cuaca atau persekitaran dingin
  • gelisah
  • cepat marah
  • haid tidak teratur 
  • susut berat badan dengan mendadak walaupun selera makan bertambah


Dapatkan Rawatan Segera

Sekiranya individu itu mendapati ada bengkak kecil iaitu nodular pada kelenjar tiroid, pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengetahui sama ada ia kanser ataupun masalah nodular biasa.
Pemeriksaan ultrabunyi dan juga biopsi atau penggunaan jarum perlu dilakukan. Rawatan lanjut akan dibincangkan doktor dengan pesakit ketika sesi rawatan kesihatan susulan.


Jom baca Pengalaman dua insan tabah dan kuat ini, Pn Hanisah yang di uji dengan penyakit multinodularThyroid dan Pn Hasnida yang di uji penyakit HyperTiroid.


Kisah 1: Pengalaman di uji dengan multinodularThyroid

Sikit-sikit nak marah, mudah sentap
Tak nak bergaul dengan orang
Penat, letih melampau
Pelupa
Jerawat
Rambut gugur
Tak tahan sejuk, menggigil

Dalam hati fikir mungkin sebab dah lebih sebulan tak jaga makan, minum, tak exercise dan skip semua supplements
Dah lepas tu baru rasa susah menelan air, rasa tercekik
Pegang di leher, baru perasan ada ketulan/ benjolan
Mula2 ke klinik, doktor refer untuk ke hospital
31/1/2018 Pergi hospital, check darah & buat ultrasound
Doktor cakap results darah untuk hormon NORMAL. Bukan hyperthyroid atau hypothyroid.
Cuma ada ketumbuhan (bukan cyst-cecair), pelbagai saiz 10 biji semua dalam thyroid
Doktor kata TAKDE UBAT, cuma perlu MONITOR saiz ketumbuhan
Lepas tu mula develop debar2, nafas pendek. Makin kerap.
Sendiri fikir la option dah takde ubat. Sampai bila nak hidup dengan asyik zikir "tak larat, penat" Jadi Mama, mana boleh asyik nak baring aje. Lagipun tak sanggup tengok muka sendiri, jerawat teruk sangat. Rambut pun penuh atas lantai.
Mama mula amalkan Vivix lepas seminggu (6-7/2/2018) sebab rasa dah termampu nak tanggung tahap kesihatan yang teruk macam tu.
Mama memang ambek extra dose. Satu sudu besar waktu pagi dan satu sudu besar sebelum tidur.
Mama ambek Vivix saja, tanpa supplement yang lain yang biasa Mama ambek setiap hari.
Alhamdulillah boleh rasa perubahan. Dah boleh la nak buat kerja rumah, dah mula masak dan kemas rumah setiap hari. Jerawat cepat kecut dan takde jerawat baru. Rambut pun kurang gugur walaupun masih gugur.
Habis sebotol, lepas dua minggu, Mama pergi hospital semula untuk follow up. Walaupun doktor suruh datang 3-6 bulan lagi.
Alhamdulillah, doktor buat ultrasound dan saiz ketumbuhan (nodules) Mama mengecil.
Multinodular thyroid (ketumbuhan thyroid) ni doktor kata memang raaamai yang kena sekarang. Dan doktor kata kesan radiasi smartphone, tv, internet tambahan kalau yang bekerja di kawasan kilang lebih terdedah. Belum masuk stress dan pemakanan tak sihat lagi.
Dan doktor kata, ketumbuhan Mama ni dah lama. Mama je baru perasan. Sebab banyak, ada 10 semuanya.
Orang selalu kata, tak perlu lah supplement ni, makan ubat je. Malangnya ayat ni tak terpakai untuk Mama. Sebab memang takde ubat.
Apa yang penting, dah makan supplement pun, Jangan sesekali tinggalkan follow up di hospital. Baru tau supplement tu baik atau bahayakan kesihatan.
Terasa terpanggil untuk share kebaikan Vivix atas diri sendiri. Bukan self-claimed tapi ada bukti perubahan kesihatan dari hospital.



Kisah 2 : [HYPERTHYROID SUDAH STABIL & TAK PERLU BERGANTUNG DENGAN UBAT LAGI]

Saya, Norhasnida Mohamad Nayan atau lebih mesra dengan panggilan Nieda. Saya disahkan menghidap penyakit tiroid atau lebih tepat lagi hyperthyroid sejak tahun 1999.
Banyak komplikasi akibat penyakit hyperthyroid ni terpaksa saya tanggung sampai sekarang. Penyakit tiroid ni biasanya berpunca daripada keturunan dan ia akan kekal dengan kita seumur hidup. Cuma tahap keseriusan tu je boleh berbeza-beza. Kadang-kadang boleh jadi teruk dan kadang-kadang pesakit tiroid ni akan sihat seperti biasa.
Bagi saya, saya alami masalah rambut yang sangat kronik dan terus botak, saya juga jadi sangat kurus akibat penurunan berat badan yang mendadak kerana ketidakstabilan hormon, muka nampak cengkung, period tak teratur dan selalu letih, bernafas sampai tercungap-cungap akibat degup jantung yang terlalu laju.
Pada peringkat awal dulu, saya memang tiada pilihan dan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ubat untuk tiroid dan ubat untuk stabilkan degupan jantung. Bayangkan degup jantung saya melebihi 100 beat seminit dalam keadaan saya duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti! Kalau keadaan ni dibiarkan, saya mungkin akan mendapat kegagalan jantung sebab jantung bekerja lebih daripada yang sepatutnya.
Penyakit tiroid ni banyak menjadikan hidup saya agak huru-hara tapi apa yang saya nak kata ini adalah miracle dari Allah. Syukur sangat sebab saya pun dah tak perlu lagi bergantung hidup dengan ubat.
Pernah suatu malam tu saya ambil ubat untuk selsema dan asthma sebab saya memang kena selsema teruk dah seminggu. 3 hari lepas kena selsema, saya batuk pulak. Bila dah batuk maka bermulalah episod nak start kena asthma. So doktor bagi pulak ubat asthma. Sebelum tu kat klinik dah kena nebulizer dah. Ini kali pertama saya kena nebublizer semula selepas lebih kurang 3 tahun saya berjaya mengelak.
Lepas makan ubat-ubat tu, saya terus rasa menggigil. Jantung jadi laju... Allahuakhbar!. Ini lah masalah saya yang ada penyakit tiroid (hyperthyroid) ni. Walaupun penyakit tiroid (hyperthyroid) saya dah stabil tapi penyakit ini jenis yg kekal dengan kita seumur hidup tau. Sebab tu masih banyak hal berkaitan yang perlu dijaga rapi. Penyakit ini boleh berulang bila-bila masa saja dan dia datang tanpa sebarang signal pun. Jadi ada beberapa pantang-larang yang perlu dipatuhi oleh orang yang menghidap penyakit tiroid macam saya ni sebenarnya.
Bila jantung jadi laju, badan gigil saya pun mulalah penat. So saya tidur awal malam tu. Pukul 5.00 pagi dah terbangun. Langsung tak boleh tidur sebab masih menggigil dan jantung masih laju. Tak selesa sungguh.
.
Saya terus ambil megadose Vivix & NutriFeron. Lebih kurang 30 minit lepas saya dah boleh rasa degup jantung saya semakin sekata & reda dan slow semula.
.
Orang yang hyperthyroid macam saya ni, sistem imun kami sangatlah tipis dan rapuh. Masa saya mula-mula kena hyperthyroid ni dulu, sakit, demam, selsema tu memang jadi rutin lah. 2 atau 3 bulan sekali mesti kena. Itu belum termasuk dengan alahan yang macam-macam tu. Alahan dengan seafood, dengan cahaya matahari lah. Saya dulu tak boleh kena cahaya matahari lebih-lebih tau. Kalau kena, confirmed lepas tu mata saya akan jadi merah yg teruk dan bengkak sampaikan saya terpaksa dapatkan rawatan khas daripada pakar mata masa tu. Kalau makan seafood pulak habis gatal sana sini. Bibir pun jadi bengkak.
Kalau kena gigit dengan serangga sikit pun saya boleh jadi bengkak-bengkak yang teruk sampai berminggu-minggu menanggung. Saya jadi super sensitive. Tapi semuanya berubah sekelip mata bila saya disahkan menghidap hyperthyroid. Sistem pertahanan badan saya roboh. Askar-askar yg menjaga benteng semuanya tewas.
Lama-lama bila saya kenal Shaklee, saya start amalkan pengambilan suplemen. Antaranya Vitamin C, B-Complex, Ostematrix, ESP & Vivix. ini antara yang paling konsisten saya ambil.
Selain daripada semua tu saya jugak ambil NutriFeron. NutriFeron ini lah yang bantu bangunkan benteng pertahanan badan saya danbantu kukuhkan balik sistem imun saya.
Saya bersyukur sangat sebab kenal Shaklee. Kalau tidak mungkin sampai ke hari ni saya bergantung hidup dengan ubat. Ubat bukanlah tak bagus, tapi kalau saya ada pilihan yang lebih semulajadi, berkesan pula tu, kenapa tidak kan?
Saya juga pernah terpaksa jalani 4 kali pembedahan untuk buang breast lump. Setiap 2 tahun lump tu akan berulang dan setiap kali tu lah saya terpaksa lalui pembedahan untuk buang dan ultrasound yang saya buat pada tahun 2014 menunjukkan masih banyak lagi ketulan yang berpotensi untuk menjadi lump tapi Alhamdulillah semuanya hilang.
Sekarang saya dah lebih sihat, bacaan TSH, T3 & T4 saya juga dah lama stabil, asthma pun dah jarang sangat menyerang, tiada lagi alahan kecuali pada habuk, kepala yang dulunya botak pun dah dipenuhi dengan rambut semula dan berat badan pun dah ideal. Tak lagi kurus kering macam dulu dan saya juga dah tak perlu keluar masuk bilik bedah untuk buang breast lump lagi.


Semoga di permudahkan urusan dan di beri kesembuhan terbaik bagi yang di uji penyakit ini.

Dapatkan rawatan doktor segera dan sekiranya ingin ikhtiar dengan tonik Vivix dan suplemen shaklee boleh hubungi saya melalui berikut:

 call / whatsapp 016 358 9018 atau boleh klik whatsapp di sini

Saya yakin vivix dan suplemen shaklee dapat menambah nilai kesihatan anda sekeluarga menjadi lebih baik.







No comments:

Post a Comment