Aug 13, 2018

Pengalaman Suami Terkena Batu Karang Secara Tiba-tiba

Penyakit Batu Karang bukan sedikit sakitnya..Macam sakit nak bersalin. 

'Eh,abang tahu ke rasa nak bersalin macamana?'

'Sakitlah..Dia tangkap pinggang macam nak putus..'

Allah Allah..

Begitulah pengalaman encik suami yang telah terkena penyakit batu karang ni pada bulan Syawal yang lepas..



Baru sempat nak cerita balik apa yang terjadi.

Seminggu selepas beraya, en suami mengadu sakit sakit pinggang..Dia ingat sakit perut biasa. Pergi buang air sakit sampai rasa seluruh pinggang ke perut. Sampai duduk sakit sangat. Lihat macam serius sangat terus saya drive bawak ke klinik 24 jam berdekatan. Terus masuk jumpa doktor since dah emergency. Doktor ingatkan sakit perut terus bagi injection sebelah bahu kiri.

Tapi doktor suruh buat ujian air kecil. Takut batu karang katanya. Terus husband ke toilet tapi tak boleh nak membuang..sikit pun tak boleh..kebetulan tak bawak air, kedai berdekatan juga dah tutup.. Nurse bagi segelas air pun tak cukup..Sehingga minum 4 gelas air baru boleh membuang..itu pun sedikit sangat dan confirmed jangkitan batu karang cuma tak tahu besar mana dan lokasi kat mana..Air kencing pun ada darah sikit..Terus doc inject painkiller bahu kanan pula..Bagi ubat tahan sakit dan antibiotics. Doktor suruh datang buat scanning.

Keesokannya seperti biasa, tiada sakit lagi..Mungkin ubat painkiller masih berfungsi dan badan pun dapatlah bertahan..Tapi keesokannya saya paksa buat scanning, pergi klinik sama..Doc nampak di salur kencing . Cuma tak tahu besar mana..Tambah ubat lagi. Tapi malam tu, husband dah tak tahan..Sakit pinggang sesangat..Terus saya drive ke  Hospital KPJ Kajang terus ke bahagian Emergency.. Jam dah lewat 11 malam. Selepas buat prosedur ambil darah,, ujian air kencing dan X-Ray baru nampak kedudukan betul batu karang tu..Rupanya ada 2 biji..1 biji yang besar dalam 3 mm lebih di bahagian salur kencing dan satu lagi masih kecil dia buah pinggang. Allahu



Malam tu terus doc suggest untuk buat Operation buang batu karang. Terus masuk warded dan terpaksa berpuasa. Saya pulang ke rumah uruskan suami hampir 1.30 pagi. Letih memang letih tapi kerisauan hanya Allah yang tahu.


Keesokkannya doc bagitahu operation tengahari. Tunggu punya tunggu rupanya doc ada emergency kes lain yang lagi kritikal. Operation di tunda esoknya lagi. Sementara tu ubat painkiller, masuk air berbotol-botol so masih boleh bertahan..Alhamdulillah tekanan darah ok, tiada masalah kesihatan lain.

Keesokannya, hari ditunggu telah tiba. En suami minta di bius sepenuhnya..Masuk pukul 2 lebih. Masuk dewan bedah tapi bukan bedah / belah pun..Hanya masukkan sejenis alat dan tarik keluar batu kat salur ureter tu..di buah pinggang doc ambil batu tu guna alat macam nett dan keluarkan juga sekaligus. Alhamdulillah prosedur sejam lebih dan selepas setengah jam dah sedar semula. Semuanya berjalan lancar, syukur.

Sebenarnya sebelum terkena serangan ni, husband pernah buat overall checkup dan ada masalah asid uric tinggi. Batu jenis Asid Uric ni yang doc assume di keluarkan dan perlu stop pengambilan daging 

Penyakit batu karang ni kena jaga makan, kena cukup pengambilan air kosong dan once dah kena ia boleh berulang lagi jika tak kawal.


Antara gejala-gejala batu karang ialah :
  • Air kencing berdarah
  • Air kencing keruh dan berbau busuuk
  • Kencing tak lawas
  • Rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan
  • Rasa sakit yang tajam pada testikel
  • Demam jika terdapat jangkitan kuman
  • Rasa sakitt dan sengal-sengal di belakang jika batu karang di buah pinggang
  • Loya, muntah dan sesak nafas bagi kes kronik (kegagalan buuah pinggang)


Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi peruut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain apa lagi mencegah sebelum merebakkk.

Tahu tak korang , batu karang boleh wujud dalam buah pinggang tetapi tak sakit..Ini yang saya dengar dalam slot kesihatan radio Ikim. Sehinggakan kekadang seseorang tu tak sedar pun ada Batu Karang. Tapi batu karang ni akan bergerak masuk ke saluran pundi kencing / ureter , masa tu baru rasa sakit sangat-sangat.

Diet pemakanan bagi Pesakit Batu Karang :

Makanan tinggi purine seperti  daging merah,sardin, seafood, ikan bilis, kekacang perlu di kurangkan atau stop terus sebaiknya.

Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, lemon, green tea dll


Secara umumnya, terdapat kajian yang menunjukkan yang pengambilan suplemen Vitamin C , boleh membantu mengelakkan pembentukan batu karang.
Malah gabungan antara Vitamin C, Magnesium Citrate dan Vitamin B6 dikatakan akan kesan pencegahan batu karang yang lebih menyakinkan.

Diet tinggi antioksidan juga sangat bagus kepada pesakit batu karang kerana antioksidan akan membantu menghalang pembentukan batu karang tersebut.
Salah satu suplemen yang sangat kaya antioksidan ialah Vivix.

dan selepas operation, saya berikan en suami antioksidan Vivix ni untuk bagi luka cepat baik. Sehingga hari ini pun masih consume vivix untuk pastikan penyakit ini tidak berulang lagi di samping minum air kosong secukupnya dan mengikut diet yang di tetapkan.







Pastikan MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA SETIAP HARI.

JANGAN TAHAN KENCING

IKUT DIET YANG DI TETAPKAN

AMBIL SUPLEMEN BERSESUAIAN SEPERTI VIVIX DAN VITAMIN C


Semoga dengan ikhtiar yang dilakukan ini membantu pesakit batu karang untuk sembuh dan juga terhindar daripada berulang kembali.

Untuk dapatkan suplemen antioksidan ini boleh hubungi / whatsapp saya seperti berikut : whatsapp 016 358 9018 atau klik di sini





1 comment:

  1. ya allah...seramnya baca kena batu karang...semoga sihat2 saja ye...

    ReplyDelete