Radikal bebas adalah suatu atom atau molekul yang tidak stabil dan sangat reaktif karena memiliki satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan pada orbit luar. Untuk mencapai kestabilan atom atau molekul, radikal bebas akan bereaksi dengan molekul di sekitarnya untuk memperoleh pasangan elektron. Reaksi ini akan berlangsung terus menerus dalam tubuh dan apabila tidak dihentikan akan menimbulkan berbagai penyakit kritikal.
Radikal bebas boleh di perolehi daripada faktor internal seperti metabolisma tubuh ( pencernaan makanan) dan juga daripada sumber luaran seperti asap rokok, asap kenderaan atau kilang, zat makanan yang mengandungi bahan pestisid, bahan kosmetik, pencuci toksik,radiasi dan pelbagai lagi.
Apa yang terjadi apabila tubuh terkena serangan radikal bebas?
Apabila tubuh kita terus menerus terdedah kepada radikal bebas dalam jangka masa lama, ini menyebabkan kerosakan oksidatif yang menyebabkan kerosakan DNA, penuaan sebelum tiba masanya, kedutan, kulit kusam, inflamasi yang juga menyebabkan terjadi penyakit kronik lain seperti sakit jantung, peparu, kanser, kencing manis dan lain-lain.
Sebagai perumpamaan,
Saat dibelah, buah epal dengan cepat akan berubah warna. Daging ayam yang tidak disimpan dalam peti ais lama-kelamaan akan menjadi basi. Inilah yang dinamakan proses oksidasi. Begitu juga dengan proses alam semulajadi yang terjadi pada sel tubuh manusia.
Penyakit kronik akibat radikal bebas:
Kanser
Diabetes
Penyakit ginjal
Arteriklorosis
Bagaimana mahu melawan atau berlindung daripada radikal bebas?
Adakah cara untuk lindungi badan kita daripada serangan radikal bebas sekeliling kita ni? Sudah tentu ada. Iaitu dengan pengambilan antioksidan.
Antioksidan adalah bahan yang dapat melindungi sel-sel tubuh badan kita daripada kesan buruk radikal bebas ni.
Pada masa kini, sekiranya kalian berada atau tinggal di bandar besar yang mempunyai pencemaran lebih tinggi ,setiap hari terdedah kepada asap kenderaan, asap kilang dan sebagainya, maka antioksidan sangat di perlukan.
Namun jangan fikir anda yang tinggal di kawasan kampung atau luar bandar selamat. Asap rokok, bahan pencuci, kosmetik dan kebanyakan bahan-bahan kimia daripada penyembur juga boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada radikal bebas ni.
Jadi bahasa mudahnya, semua orang memerlukan antioksidan untuk melindungi sel badan masing-masing di zaman moden kini.
Jenis dan Sumber Antioksidan
Terdapat berbagai jenis antioksidan. Sumber antioksidan adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna merah, oren, kuning dan ungu.
Seterusnya banyak bahan-bahan tumbuhan yang diperolehi dari tumbuhan yang dikenali sebagai “phyttonutrients” atau “phytochemicals” juga mengandungi ciri-ciri antioksidan contohnya, sebatian phenolic iaitu flavonoids yang diperolehi dari beberapa jenis buah-buahan, sayuran dan ekstrak tea hijau.
Selain buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan dan suplemen antioksidan adalah vitamin A,C, E dan Polifenol.
Produk Shaklee untuk antioksidan adalah Vivix, Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A (Caratomax).
- Vitamin C berperanan mencegah kerosakan dengan menuetralkan radikal bebas.
Amalkan vitamin C sebanyak 1000 mg sehari. Vitamin C dapat meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C berperanan sebagai antioksidan yang bertindak meneutralkan radikal-radikal bebas yang berbahaya dan boleh merosakkan kulit serta organ-organ penting dalam badan.
- Vitamin E dengan Selenium dapat membantu memecah rantai radikal bebas.
- Vitamin A ( Carotomax)
- Polifenol ( Vivix)
Bila tahu mengenai radikal bebas ni kita baru tahu betapa pentingnya pengambilan makanan antioksidan dan suplemen antioksidan ni. Kita tak boleh nak elak pencemaran, asap rokok, sinaran UV, pencuci dan bahan toksik sekeliling kita. tapi sekurang-kurangnya jika kita ambil cakna ada ilmu mengenai cara mengurangkan bahaya dan kesannya, insyaallah kita boleh kurangkan risiko penyakit merbahaya seperti di atas.
Kalau rasa kurang pengambilan sayur dan buah-buahan dalam kategori di atas, ambillah sekurang-kurangnya 1-2 suplemen ini. Insyaallah moga-moga ikhtiar kita dapat lindungi sel dan badan kita daripada bahaya radikal bebas ini.
Untuk dapatkan suplemen antioksidan di atas, boleh hubungi saya di whatsapp : 016 358 9018 ( klik sini) atau seperti berikut
Produk shaklee adalah produk semulajadi, Tiada pewarna, pemanis dan pengawet.
No comments:
Post a Comment