Aug 15, 2017

Resepi Kek Coklat Mudah Noxxa

Petang-petang redup ni sedapla kalau makan bubur atau masakan manis-manis ni..Teringat dulu masa kecik kalau musim tengkujuh gak arwah mak suka masak bubur..bubur kacang ke, bubur chacha ke...makan pulak sambil renung titisan hujan luar rumah kat tingkap..fuhh nostalgia betul.


Hari ni nak share pasal kek coklat simple guna periuk ajaib Noxxa ..Haa next time kita tulis pasal bubur ya.

Actually anak-anak tengah membesar ni suka makan kan..Kuat makan..Kalau apa jua umie masak semua habis..haha, alhamdulillah untung ada anak-anak kuat makan dan suka makan ni.

baru-baru ni che abang sayam ade beli 1 tin besar biskut Oreo..Owh mau fengsan tengok biskut oreo putih tu..Dah macam kat kedai runcit pulak..1 tin besar tau yang macam kedai runcit jual tu.

Dah kenapa abang beli biskut tin besar sangat ni?

Actually sebab dah tahu anaknya kuat makan, tu lagi seronok dia g beli tin besar tu.

Anak-anak apa lagi..berpesta gembira la..Umie bukan tak suka, tapi kalau boleh nak elakkan makanan manis-manis ni kat anak-anak..dah 1 tin besar ada jenuh plak apela resepi nak buat bagi cepaat habis ni.

Maka korekla resepi kat geng-geng mak beli periuk ajaib ni jumpalah resepi kek coklat simple noxxa ni..Jom tengok apa jadi..since saya tengah diet gula putih so saya gantikan dengan gula merah tapi tak bestnya sebab guna susu pekat manis juga.

Oh ya, sebelum ni saya ade share juga resepi kek coklat noxxa ni..Tapi yang ni paling simple lagi..haha, nak simple sangat kan..haa try jangan tak try..


Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko ( koko dah habis saya ganti guna vico)
1 sudu soda bikarbonat
1 cawan minyak masak ( saya guna minyak paling mahal tu..kekeke)
1 cawan gula ( saya ganti guna gula merah 3/4 cawan)
3/4 cawan susu pekat manis ( yang ni tak tahu nak ganti dengan susu ape untuk lebih sihat)
1 biji telur saiz B



Cara-cara:

Masukkan semua bahan di atas dan blend.


Haa dah selamat blend tu masukkan dalam inner periuk Noxxa tu. Lepas tu masukkanlah biskut Oreo tu..patah-patahkan..ikut sukala nak banyak mana..Salah satu saya tak guna gula putih juga sebab biskut ni pun dah sedia manis.

Then kalau ada kacang almond ke, biji kuaci ke , coklat chips ke haa just tabur sahaja atas adunan coklat ni..

Then, pusing tombol ke arah steam..pilih steam selama 25 minit.


Tadaa..ni lah hasilnya..







Ini anak-anak dara kat rumah yang buat..umie tolong pusing kan dan tekankan tombol periuk ajaib tu ja...

Kek ni dah beberapa kali buat..Anak-anak suka sangat..memang buat sebiji ni sehari je dah habis..dan yang pasti juga che abang sangat suka..tuh yang duk repeat rasa nak makan kek buat kek simple ni je..Sebab tu malas nak beli serbuk koko sebab asyik habis je..boleh je ganti dengan serbuk milo / vico..cuma colornya tak mengancam sikit je....


ok,selamat mencuba



No comments:

Post a Comment