Aug 10, 2017

Cara Solat Sunat Taubat

Kita sebagai hamba yang hina, hamba yang sering lalai, hamba yang sering tamak haloba, hamba yang selalu sangat tewas dengan hasutan nafsu...Seronok dan leka dengan mainan dunia..





Allahu, betapa banyak dosa kita lakukan setiap hari. Setiap hari kita tidak lari dari melakukan kesilapan. Mungkin dengan ibu bapa, dengan suami / isteri , dengan anak-anak, dengan boss di tempat kerja, rakan-rakan dan sebagainya.

Kita dituntut untuk bertaubat setiap hari. Nabi pun bertaubat 70 kali sehari. Lagikan diri kita manusia yang sangat kerdil hina dina ni..

Seluas mana pun dosa kita, selagi tidak syirik kepadaNya, Allah Maha Pengampun. Sentiasa ingat. Allah sentiasa rindukan kita untuk merintih ,merayu kepadaNya.

Pintu taubat  sentiasa terbuka untuk kita.

Sedikit perkongsian mengenai cara solat Taubat yang mudah dan baik untuk di amalkan. Perkongsian dari Ummi Rosmawati. Semoga menjadi panduan untuk saya dan juga buat kalian semua.


Solat Taubat ni elok buat pada waktu malam. Sebelum tidur atau sebelum subuh. Pada waktu sunyi malam.


Cara Solat Taubat

Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je..
Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu bebetul tenang..

Pastu baru niat..
Lafaz Niat: 

أصَلِّي سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

Ussoli sunnatan taubati rok 'ataini liLLaHi Ta'ala
[Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana ALLaH Taala]


- Baca do'a Iftitah dan al-Fatihah mcm biasa

Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1x
(Kalau ada yg tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je)
- Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1x
- Bila sampai waktu Sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do'a Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntu minaz dzhoo limiin”
Bacalah 10x atau 20x atau 30x.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi..
Kita berada dlm keadaan hina sehina hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita..
Sujudlah lama-lama..
Boleh juga seru nama Allah selepas bacaan sujud.
Ya Affuw Ya Ghoffar Ya Tawwab 7x
Ya Robb daku benar2 bertaubat.
- Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
- Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yg panjang sikit..
AstaghfiruLLaHhal'adziim /
AstaghfiruLLaHhal‘adziim, alladzi laa ilaha illaa huwal haiyul qoiyuum wa-atubu ilaih.
Baca seberapa banyak yg kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah...
Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do'a..
Bila berdo'a, kita kena bebetul menyesal dgn dosa2 kita..
Mohon ALLaH ampunkan dan terima taubat kita..
Sebagai permulaan, guna do'a sendiri dlm bahasa melayu..
Luahkan apa yg terbuku kat hati tu..
Menangislah.. Merayulah..
Mohon ALLaH ampunkan dosa tu..
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dgn ALLaH..
Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita..
Kejap lagi kita mati..
Agak-agaknya apa kita akan mohon pada ALLaH?
Istigfar dan baca doa.
Dalam bahasa melayu pon takpa.
Dah selesai berdo'a, tutup do'a kita tu dengan;
Robbana aatina fid dun-ya hasanah wa fil aakhiroti hasanah waqinaa adza bannar
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita..
Tengok apa yg boleh kita perbaiki lepas ni.
.
.
Imam al-Ghazali ada berkata..
Tanda hati kita sudah mula hitam,
[1] bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
[2] hilang kemanisan beribadah
[3] hati tak makan nasihat
Ya Robb Ya Ghoffur Ya Rohim.


1 comment: