Diabetes akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan hormon (insulin) dengan secukupnya.
Insulin yang di hasilkan oleh pankreas ini sebenarnya sangat penting iaitu:
- Ia mengawal jumlah gula dalam darah yang di gunakan untuk tenaga
- Membolehkan gula yang tidak diperlukan segera di simpan.
GDM boleh di kesan pada minggu ke 28 sehingga minggu ke 34 kehamilan bayi dan kebiasaannya akan hilang selepas kelahiran bayi.
Bagaimana GDM berlaku ketika hamil?
Badan ibu memerlukan lebih insulin daripada biasa semasa hamil untuk memenuhi keperluan bayi terutama ketika masuk pertengahan kehamilan dan seterusnya.
Ibu akan mengalami masalah diabetes ini apabila badan tidak boleh lagi menyediakan insulin tambahan di mana terlalu banyak gula dalam darah.
Uri mengeluarkan hormon rintangan insulin ini dengan banyak dan menyebabkan gula kebal kepada insulin.
Semakin membesar usia kandungan dan uri semakin membesar, makin banyak hormon di hasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin terjadi
Risiko Kencing Manis Semasa Hamil
- Bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah rendah dan jaundis.
- Berat bayi yang melebihi 4kg akan menyebabkan sedikit kesukaran semasa kelahiran
- Jaundis
- Bayi sukar bernafas
- Bayi berisiko tinggi untuk cacat
- Bayi berisiko tinggi meninggal dalam kandungan
Siapakah berisiko mendapat GDM ini?
- Mempunyai berat badan berlebihan semasa hamil
- berusia 35 tahun ke atas
- Mempunyai sejarah ahli keluarga mempunyai penyakit ini seperti ibu atau ayah
- Pernah mempunyai sejarah kencing manis (GDM) semasa kehamilan dulu
- Selalu makan makanan berlemak tepu dan karbohidrat tinggi
Bagaimana Untuk Bantu Atasi GDM semasa Hamil?
Jadi sangatlah penting untuk ibu menjaga kesihatan dan pemakanan ketika hamil ini.
- Diet khusus sangat penting selepas di sahkan mempunyai masalah GDM ini.
- Pastikan mengambil ujian MGTT ( minum air gula) untuk semak kondisi diri samaada mempunyai kencing manis atau sebaliknya
- Kurangkan makanan berkanji dan minuman/makanan manis
- Selalu bersenam
- Mengambil suntikan insulin yang cukup
Pengalaman Menghidapi GDM
Pengalaman pertama kehamilan saya dulu di sahkan menghidap GDM ini. Masyallah memang sangat rumit sekiranya mempunyai masalah ini ketika hamil.
Bayangkan perlu repeat 2 kali uuntuk minum air gula. Berat badan naik mendadak.. Memang saya suka minum milo ketika ini. Bila tak cukup info memang sedap je makan dan minum kan semasa hamil ni..
Saya perlu jumpa pakar pemakanan dan doktor sarankan untuk kawal dan stop terus minuman manis dan makanan manis-manis termasuk kuih muih dan gula putih.
Perlu cucuk kat jari untuk cek bacaan gula sebanyak 4 kali setiap hari selama 5 hari berturut-turut. Memang jenuh nak ulang alik klinik tapi alhamdulillah masa ni layankan jela..yang penting baby sihat
Alhamdulillah selepas kelahiran bayi ,masalah GDM ini hilang dengan sendirinya dan saya mula alert mengenai pemakanan dan berat badan.
Kehamilan anak-anak seterusnya saya bebas daripada masalah GDM ini..Lega sesangat.
Suplemen semasa hamil juga amat penting bukan setakat untuk lengkapkan zat nutrisi yang tidak cukup malah ia juga bantu untuk kawal dan elak terjadinya GDM ini.
Set kehamilan Shaklee berserta ESP sangat baik untuk ibu amalkan sepanjang kehamilan.
Ia bukan setakat memberikan tenaga, malah ia juga bantu mengawal berat badan ibu, mengawal gula dalam darah, mengurangkan risiko berlakunya gejala darah tinggi, membantu proses penghasilan susu badan dan memberi ketenangan kepada saraf ( elak stress).
ESP suplemen terbaik untuk Ibu Hamil
Tahu tak ESP ni mempunyai asid amino Arginine iaitu Arginine memainkan peranan yang penting dalam pembahagian sel, penyembuhan luka, mengeluarkan ammonia dari badan, fungsi imun, dan pelepasan hormon.
Boleh baca info lanjut mengenai kebaikan asid amino Arginine untuk Pesakit Diabetes di SINI
Saya percaya suplemen dan zat nutrisi yang seimbang dan cukup sangat mempengaruhi kesihatan dan mengelak masalah pelbagai penyakit ketika hamil.
Paling penting yang ibu perlu alert:
Jaga pemakanan, elakkan makanan manis dan minuman manis, rajin bersenam, makan suplemen baik dan konsisten setiap hari serta amalkan gaya hidup sihat - jauhi stress dan sebagainya dapat meningkatkan kesihatan terbaik untuk ibu dan bayi juga.
Testimoni Set Hamil Shaklee
-- Rahsia kakak ni cergas bertenaga walau sarat hamil ketika berpuasa
Cergas Bertenaga dengan Set Hamil Shaklee
Kisah ibu-ibu hebat cergas bertenaga dengan set Shaklee
Testimoni Set Hamil Shaklee
-- Rahsia kakak ni cergas bertenaga walau sarat hamil ketika berpuasa
Cergas Bertenaga dengan Set Hamil Shaklee
Kisah ibu-ibu hebat cergas bertenaga dengan set Shaklee
Proses kehamilan memang pelbagai cabaran dan dugaan dan setiap kehamilan sangat berbeza daripada anak pertama, kedua dan seterusnya.
Semoga dipermudahkan urusan sepanjang kehamilan dan diberikan juga kekuatan dan kesabaran untuk tempuhi apa jua cabaran dan ujian sepanjang kehamilan ini..
Miliki set Hamil shaklee berserta ESP hari ini..Insyaallah pengeluaran wang untuk set ini sangat berbaloi sepanjang hamil. Boleh juga amalkan makan sehingga proses berpantang.
Jadi ibu jangan tunggu lama-lama ye..Dapatkan segera set kehamilan ini melalui cara berikut:
No comments:
Post a Comment