Mar 30, 2017

7 Tips Ibu Cergas dan Bertenaga Sepanjang Berpuasa

Pejam celik pejam celik..dah masuk 2 Rejab..Lebih kurang 2 bulan lagi kita akan berpuasa Insyaallah. Mudah-mudahan Allah panjangkan usia kita untuk sampai ke bulan penuh barakah ni.

Saya pasti bulan ni dan bulan syaaban paling ramai yang mengambil kesempatan menggantikan puasa. Yang pasti ibu-ibu hamil dan ibu menyusu antara paling ramai berpuasa ganti ketika ini.




Suka saya nak share pengalaman saya berpuasa ganti sebagai ibu hamil dan ibu menyusu pada tahun-tahun lepas.


Tips Ibu Hamil dan Ibu Menyusu Berpuasa dengan Baik


1) Paling penting untuk berpuasa ni wajib bangun sahur..Lagi bagus lewatkan sahur..Jangan sesekali malas bangun sahur..Walau che abang tak bersahur, ajak dia teman sekali.. Kadang-kadang bila bangun sorang-sorang ni kemalasan tu sangat menebal..sudahnya bila tak bangun sahur terus tak jadi berpuasa..Haa hati mau tekad dan kental ye nak ganti puasa..Lagi lengahkan makin lambat habisnya.

2) Berpuasa dengan sedikit nasi atau makanan tinggi serat. Tak lalu nak makan nasi waktu pagi bolehla bancuh buat oat. Kalau rajin sebelum tidur buat overnight oat..Confirm makan sejuk-sejuk time sahur ni laju je habis.. Ni resepi overnight oat saya selalu buat dan memang habis licin makan ni..Tak makan nasi pun dah kenyang. Selalu time berpuasa memang saya buat overnight ni untuk anak-anak yang tak lalu makan nasi. Kadang siap minta menambah lagi oat ni.


Resepi overnight oat enak

Resepinya cukup senang : 

1 kotak air susu rendah lemak perisa strawberry. 
Oat secukupnya
Buah-buahan kering / Buah-buahan segar seperti hirisan epal, kiwi dll


Masukkan kesemua bahan dalam bekas bertutup..Kacau semuanya dan biarkan semalaman dalam peti sejuk. Esok pagi boleh terus makan.

Ada lagi resepi lain yang enak.. Boleh variasikan oat ni..Boleh tambah pisang, gantikan susu coklat, ESP, Performance Drink dan sebagainya.


Gabungan ESP + Performance Drink +  chia Seeds memang sangat enak..Seperti Air Vitagen Oren

3) Elakkan pengambilan caffeine atau teh semasa bersahur.

Tahu tak pengambilan minuman ini ketika sahur boleh menyebabkan kita kerap buang air kecil dan menyebabkan badan dehidrasi atau kering. Jadi cepat haus lagi-lagi musim cuaca panas sekareang ni..Jadi make sure pagi-pagi ambil minuman selain ini ye.

4) Ambil Buah Kurma

Kita semua tahu khasiat dan manfaat buah kurma untuk tenaga dan lebih kenyang. Jadi makanlah sebiji atau 2 biji semasa bersahur. Bagus sangat buah kurma ni. Zaman Nabi dulu bersahur dan berbuka puasa dengan kurma je kan..

Kalau nak resepi sedap lagi boleh blend buah kurma ni dengan ESP dan juga kekacang kering seperti buah badam dll.. Rasanya wallawehh..sedap, kenyang dan bertenaga:-) Yang ni memang tak tipu..Memang dah cuba dan milkbooster terbaik!




Lain-lain resepi enak time bersahur boleh lihat di sini


5) Elakkan makanan pedas atau berempah waktu pagi

Bila bangun sahur ni perut masih kosong. Yang ada masalah gastrik kena jaga-jaga sangat ye. Sebaiknya ambil sup sayur, telur atau buah-buahan waktu ini. Elakkan makanan pedas, berempah yang boleh menyebabkan perut meragam atau sakit perut sepanjang hari. 


6) Ambil minuman protein atau makanan berprotein tinggi

Tahu tak pengambilan protein waktu pagi dapat tingkatkan tenaga dan berikan tempoh kenyang lebih lama. Sebab tu ramai ibu yang mengambil minuman protein ESP time sahur bagitahu badan tak melepet sangat, perut takdela berdondang sayang sepanjang hari:-) 

Jadi ibu-ibu hamil atau ibu menyusu yang risau takut susu 'drop',badan lesu. boleh shake protein ESP ni ya.





Protien ESP memberikan tenaga berpanjangan

Campuran ESP bersama kurma dan susu sangat sedap dan kenyang

ESP membantu badan bertenaga dan tidak penat


Protein ESP juga sangat baik untuk pesakit gastrik. Sekiranya ibu ada masalah gastrik dan takut tak mampu berpuasa, minumlah ESP ni..Insyaallah akan nampak perubahan dengannya.

Nak tahu bagaimana gastrik 10 tahun lamanya tak menyerang lagi? Klik link di bawah:

Gastrik 10 tahun lamanya kini tidak menyerang lagi!


Makanan lain yang ada sumber protein adalah ayam, susu, telur dll

Kalau tak larat sangat mengantuk or malas sangat dah nak makan pepagi time sahur kan..haa shake je 3 sekawan ni..Confirm kenyang sampai berbuka..Suruh je abam sado tersayang tolong buatkan..Confirm minum sampai habis :-P 





7) Minum air kosong secukupnya

Pengambilan air kosong semasa bersahur dan berbuka puasa sangat penting bagi memastikan badan tidak dehidrasi. Kurangkan minuman manis ye!


Itu sahaja sedikit tips untuk ibu. Moga-moga dapat membantu ibu untuk gantikan puasa dengan baik sekaligus sebagai persediaan untuk memasuki Ramadhan nanti. Jadi takdela badan terkejut dan terasa terlalu penat.

Tips untuk ibu hamil bertenaga semasa berpuasa

Tips-tips ni saya dah amalkan dan alhamdulillah dapat berpuasa dengan baik sampai berbuka walau time lunch saya perlu masak tengahari untuk anak-anak, ambil anak sekolah dan menyusu badan. Insyaallah sangat membantu untuk berpuasa dengan baik dan jalankan kerja-kerja harian dengan baik juga.

Ibu-ibu hamil dan ibu menyusu juga boleh ambil set hamil dan set menyusu ni..Insyaallah kesihatan lebih baik, badan bertenaga, kurang stress dan bantu penghasilan susu badan dengan cepat

Alhamdulillah..Selamat menggantikan puasa. dan sebenarnya bulan Rejab ni juga kita boleh amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis serta puasa Nabi Daud Selang sehari. 

Wallahualam.

Nak dapatkan suplemen Shaklee boleh hubungi saya seperti berikut:









No comments:

Post a Comment