Feb 13, 2017

Elak Isteri Meroyan semasa Berpantang: Apakah Peranan Suami?

Baru-baru ni kita di kejutkan dengan kisah tular seorang ibu dalam pantang mengelar anak sendiri. Allahuakbar tidak tergambar pedihnya hati membaca kisah tersebut.



Mana mungkin seorang ibu yang telah mengandung selama 9 bulan membawa si comel ke mana sahaja , selamat berjuang melahirkan tetapi tetiba boleh mengelar bayi yang di sayangi dengan tiba-tiba?? Sudah pasti di sebabkan ia mempunyai masalah tekanan mental atau meroyan ketika sedang berpantang.

Banyak juga yang bekongsi di manakah peranan si suami ketika isteri berpantang. Bagaimanakah emosi si isteri ketika berpantang? Lagi-lagi jika ada anak-anak lain yang perlu di uruskan.


Kepentingan Ibu Berpantang dengan Baik

Jika di renung kembali, proses kelahiran itu sangat menyakitkan. Seluruh tenaga di keluarkan. Habis seluruh urat terputus semasa kelahiran. 

Apa yang perlu tahu mengenai kehamilan dan proses kelahiran bayi?

  • Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  • Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  • 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  • Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak. 

Masyaallah..Sebab tu sangat penting untuk ibu berpantang dengan baik dan berehat secukupnya supaya dapat elak diri daripada masalah Meroyan dan dapat pulihkan kembali kesihatan dalaman dan luaran.

Meroyan atau kemurungan posnatum adalah masalah yang sering berlaku kepada ibu selepas bersalin. Dahulu dalam 10 orang ibu bersalin hanya seorang yang hadapinya namun kini dalam 4 orang ibu seorang menghadapinya.

Tanda-tanda ibu menghidapi meroyan:

✔Perasaan putus asa
✔rasa bersalah
✔amat letih
✔muram dan sedih
✔Sering menangis
✔Sunyi

Sokongan suami sangat penting ketika isteri berpantang..suami perlu berikan perhatian dan kerjasama dengan isteri ketika ni.


Apakah peranan si suami sepanjang isteri berpantang?

  • Menguruskan keperluan isteri dan bayi selepas proses bersalin seperti menanam uri, mencari bidan urut , menguruskan pendaftaran nama bayi dan sebagainya
  • Mengurus anak-anak lain sekiranya ada. Menyediakan makanan, urus pakaian, mandi dan makan minum anak-anak. Sekiranya masih ada anak kecil lain yang perlu di uruskan, semasa berkerja perlu hantar anak ke taska atau mempunyai pengasuh untuk menjaganya supaya isteri dapat berehat dengan sempurna
  • Memasak atau menyediakan makanan untuk isteri sekurang-kurangnya 2-3 minggu selepas proses kelahiran bayi. Suami juga perlu ambik tahu pantang larang makanan. Jika tak mampu masak boleh beli atau upah orang lain untuk masak. Pastikan isteri diberikan makanan berkhasiat dan cukup zat untuk membantu membekalkan tenaga, mempercepatkan pembaikan luka dan membantu pengeluaran susu bayi
  • Menyediakan set keperluan berpantang seperti pakaian bersesuaian, bengkung, set berpantang bersesuaian,tungku dan lain-lain
  • Menemani isteri ketika lawatan ke klinik untuk pemeriksaan. Ini penting supaya suami juga dapat mengetahui details kesihatan isteri. 
  • Pastikan persekitaran isteri dan bayi sentiasa bersih dan kemas. Bantu isteri mengumpulkan pakaian kotor dan basuhlah pakaian-pakaian itu. Tidak susah sekiranya anda menggunakan mesin basuh. Jangan harapkan isteri untuk bangun berjalan untuk membasuh dan menyidai pakaian. Dalam tempoh berpantang, yakinkan isteri tugasan membasuh, menjemur dan mengangkat pakaian boleh dilakukan oleh anda. Setakat melipat tu, tak apalah dilakukan oleh isteri sebab ia termasuk dalam kategori kerja ringan.

Keprihatinan dan kerjasama suami sepanjang isteri berpantang pastinya sangat di hargai oleh isteri. Ketika ini emosi isteri bermacam-macam ada. Lagi-lagi jika luka bersalin lambat sembuh, bersalin czer,susu tidak keluar, anak meragam setiap masa dan sebagainya.

Pemakanan dan nutrisi sihat sangat penting untuk ibu. Ia bantu memberi tenaga kepada ibu, bantu mengawal tekanan perasaan, bantu mengurangkan masalah kesihatan seperti sakit badan, sembelit dan lain-lain ketika berpantang.

Suplemen terutama set berpantang juga sangat penting untuk ibu.ia boleh bantu topup zat yang berkurangan daripada makanan seharian yang diambil.


Antara set berpantang yang bagus dan baik di ambil oleh ibu berpantang adalah set berpantang / set bersalin shaklee




Ia membantu ibu mengawal stress, memberikan tenaga berpanjangan, membantu baikpulih luka dalaman dan luaran dengan cepat, membantu pengeluaran susu ibu , elak daripada masalah bengkak susu semasa menyusu badan dan menurunkan berat badan ibu.


Antara suplemen yang terdapat dalam set berpantang Shaklee:

1) B Complex - sangat penting untuk memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan dan melegakan sistem saraf. Ibu akan lebih bertenaga kerana B Complex membantu menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga. Memelihara kulit dan menstabilkan penghasilan melanin dan mengurangkan tanda regangan kulit seperti strech marks.


2) Vitalea with Iron ( multivitamin) - Sangat penting untuk membekalkan tenaga kepada ibu. Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh. Semasa berpantang banyak makanan yang perlu di elakkan dan kekadang ibu mengalami kekurangan zat nutrisi. Jadi sangat penting untuk mengambil multivitamin ni bagi memastikan ibu dan bayi mendapat bekalan zat yang cukup. Vitalea juga mengandungi zat besi yang penting untuk penghasilan darah merah yang menggantikan daeah yang banyak hilang semasa proses bersalin.

3) Vita C Plus - Vitamin C terbaik untuk ibu yang dapat membantu baikpulih luka dalaman dan luaran dengan cepat. Ia juga bagus untuk meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan ibu sekaligus turut memberi kesan kepada bayi melalui hisapan susu ibu.


4) Zinc Complex  - Zinc juga sangat penting dalam proses pemulihan luka dalaman dan luaran ibu. Bagi yang tidak suka megambil ikan haruan atau sukar memperolehinya boleh mengantikan dengan pengambilan zinc setiap hari untuk cepatkan proses penyembuhan luka.



5) Ostematrix ( pil kalsium) - Proses kelahiran dan penyusuan boleh menyebabkan kalsium cepat menyusut dan hilang daripada badan. Sangat penting untuk ibu mengambil keperluan zat kalsium yang mengcukupi untuk elak daripada masalah kesihatan seperti sakit pinggang,sakit-sakit badan dan sembelit sepanjang berpantang. Ostematrix juga membantu melegakan saraf ibu dan memberikan tidur berkualiti sepanjang hari.



Tambahan suplemen yang boleh ibu ambil:


6) ESP - Protein soya Non GMO yang dapat membantu membekalkan tenaga berpanjangan, memberikan tempoh kenyang lebih lama, membantu pengeluaran susu ibu dan susu lebih pekat. Pengambilannya juga membantu baikpulih luka luaran dan baiki sel-sel tisu yang rosak akibat proses kelahiran. 



7) Alfafa Complex - tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Kaya dengan pelbagai zat mineral yang dapat membantu ibu membanyakkan penghasilan susu ibu, mengatasi masalah keputihan, mengetatkan kembali faraj ( bertindak sebagai kacip fatimah moden) 


8) Lecithin - Suplemen ni nampak seperti tidak penting tetapi sangat membantu ibu mengembalikan berat badan kepada asal. Haa jadi sangat pentingkan? :-) Ia juga membantu mencantikkan kulit serta membantu mengatasi masalah bengkak susu yang sering terjadi semasa berpantang dan menyusu.


Banyaknya suplemen perlu di makan. Tak panas ke?

Ini bukan jamu ye ibu-ibu. Suplemen ni insyaallah sangat berbaloi dan terbaik untuk kesihatan ibu. ramai ibu di Malaysia yang mengambil set berpantang ni menunjukkan dan memberikan feedback yang positif dan sangat baik. Alhamdulillah.






Sebenarnya pemakanan dan zat nutrisi ni sangat penting daripada proses kehamilan lagi dan perlu di teruskan sehingga berpantang dan menyusu. Jadi sangat penting untuk ibu mantain dan dapatkan bekalan suplemen di atas untuk mendapat kesihatan terbaik insyaallah.

Bagi ibu-ibu yang berminat untuk dapatkan set berpantang shaklee ni boleh hubungi saya segera. Insyaallah berbaloi sangat dengan pengeluaran susu melimpah ruah dan badan bertenaga serta luka cepat pulih. Itu pengalaman sendiri yang pernah saya alami.


Lagi Testimoni Set Berpantang Shaklee

Untuk pertanyaan lebih lanjut dan ingin mendapatkan set berpantang di atas boleh hubungi saya seperti berikut:














No comments:

Post a Comment