Oct 25, 2016

Tips Atasi Masalah Kulit Kusam

Masalah kulit kusam dan tidak bermaya antara yang sering di hadapi oleh kita semua. Nak pandang muka sendiri pun malas, nak mengadap cermin pun takde mood..haa jangan stress-stress.




Untuk atasi masalah ini, jom ikuti tips berikut:


1.    Cuci muka setiap hari

Mencuci muka adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari tanpa alasan. Pencuci yang khas untuk rawatan wajah perlu dipilih agar sesuai dengan jenis kulit. Pencuci wajah yang berasaskan bahan-bahan semula jadi sangat digalakkan. Namun, dalam sehari tidak digalakkan untuk mencuci muka lebih dari dua kali. Sebaik-baiknya cuci muka selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Pastikan jika anda bersolek tebal, cuci sehingga bersih tanpa meninggalkan sisa solekan.


2.    Guna krim pelindung matahari

Wanita yang sering melakukan aktiviti di luar kawasan rumah lebih berisiko mengalami kulit yang rosak. Sinaran matahari yang melampau akan meresap jauh ke bawah kulit dan merosakkan sistem kulit daripada bawah. Oleh itu, sebarang aktiviti luar yang melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, jangan lupa pakai krim pelindung cahaya matahari untuk melindungi kulit wajah.


3.    Elak sikap suka memegang wajah

Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai tabiat memegang kulit wajah. Setiap kali timbul persoalan atau sedang memikirkan sesuatu, wanita akan menyentuh kulit wajahnya. Tabiat ini tidak elok kerana tangan yang kotor apabila menyentuh kulit wajah akan menambah kekotoran. Ini boleh dijadikan penyebab atau merangsang jerawat. Jika tangan anda dalam keadaan bersih maka tidak perlu berfikir sama ada boleh memegang wajah atau tidak.


Untuk rawatan dalaman juga boleh amalkan suplemen semulajadi yang baik untuk masalah kulit seperti berikut:






Credit : majalah Rapi

No comments:

Post a Comment