Showing posts with label atasi kulit kusam. Show all posts
Showing posts with label atasi kulit kusam. Show all posts

Apr 26, 2018

10 Cara Berkesan Mengatasi Masalah Kulit Kusam dan Gelap

Tahukah anda, masalah kulit kusam jika tidak di rawat dengan sebaiknya boleh menyebabkan kulit berjeragat dan masalah kulit semakin teruk.



Masalah kulit kusam dan gelap sering berlaku kepada ramai wanita. Ini menyebabkan kulit nampak tua dari usia sebenar. Keadaan ini menyebabkan timbul kurang keyakinan diri dan malu untuk berhadapan dengan orang ramai.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap. Antaranya:

  • Stress
  • Pendedahan secara terus kepada sinaran UV
  • Merokok
  • Kurang minum air kosong
  • Pengambilan makanan prosess dan segera dengan kerap
  • Pencemaran udara
  • Penggunaan alat kosmetik atau produk kecantikan kurang sesuai dengan kulit


Antara tanda-tanda kulit kusam :
  1. Kulit muka berminyak
  2. Muncul garis-garis halus atau kedutan pada kulit wajah
  3. Lingkaran hitam sekitar mata
  4. Kemunculan jerawat atau bintik-bintik halus
  5. Kulit kelihatan kering dan tidak segar


Individu yang mempunyai masalah kulit kusam juga sering keletihan dan cepat penat. Jadi sangatlah penting dan perlu atasi masalah ini.


Tips Atasi Masalah Kulit Kusam: 


  • untuk luaran , lakukan skrub pada muka sekurang-kurangnya 1 kali seminggu, dan buat masker muka sekurangnya 2 kali seminggu
  • Jangan malas mencuci muka. Sekurang-kurangnya cuci muka 2 kali sehari pada waktu pagi dan malam.
  • Gunakan pelindung matahari seperti krim atau mousterizer untuk lindungi kulit anda daripada sinaran UV
  • Amalkan pemakanan yang sihat : kurangkan makanan berminyak, yang di proses, bergula dan garam tinggi
  • Bersenam untuk melancarkan peredaran darah
  • Ambil air kosong yang cukup setiap hari
  • Tidur yang cukup dan berkualiti 
  • Ambil suplemen yang bersesuaian bagi menggantikan zat nutrisi yang kurang dalam badan.
  • Ambil sayur-sayuran dan buah-buahan secukupnya

Antara buah-buahan yang baik untuk di amalkan bagi mengatasi masalah kulit kusam:
  • Epal
  • Berries
  • Pisang
  • Betik
  • Lemon

Antara suplemen semulajadi yang baik untuk di ambil bagi mengatasi masalah kulit kusam dan gelap adalah :

1) Vitamin C



- Vitamin C tidak asing lagi dalam kecantikan kulit. Ia membantu kulit cerah sekata, membantu penghasilan kolagen, membantu menghilangkan jerawat. Ia juga sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran. 

- Bonus kulit berseri dan imuniti badan semakin kuat.




2) Protein ESP

- ESP adalah singkatan kepada 'Energising Soy Protein' - Ia adalah protein soya daripada sumber Non-GMO yang membantu melembapkan kulit, mencerahkan kulit, menganjalkan kulit dan payudara. 


- ESP sangat baik bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering dan bersisik, masalah rambut gugur dan tumit pecah.

- Bonus pengambilan ESP bukan setakat kecantikan kulit malah dapat bantu dalam kuruskan berat badan dan berikan tenaga berpanjangan.



3) B Complex

- 'B' for beauty. B complex yang kaya dan lengkap dengan kesemua vitamin B ini membantu sebagai pelembap kulit. Ia juga bertindak dalam mencegah pigmentasi, melambatkan tanda penuaan dan mengubati masalah jerawat



- Bonus bagi yang mengambil B Complex , badan akan lebih bertenaga 


4) Vitamin E 

- Vitamin E Shaklee lengkap dengan kandungan ' selenium'. Ia bertindak sebagai antioksidan kuat dalam melindungi kulit daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan penuaan kulit



- Membantu kulit daripada sinaran UV

- Melembapkan kulit

- Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit

- Memperbaiki parut 


Bonus bagi anda yang mengambil vitamin E bukan setakat kecantikan kulit, malah ia dapat melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, melindungi jantung dan mempertingkatkan kemampuan Reproduktif ke atas lelaki.


Pengambilan 1 biji vitamin E setiap hari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan ton kulit


Apa kata mereka yang telah mengambil set suplemen ini untuk masalah kulit?













Rawatan dari dalam sangat penting untuk hasilkan kulit yang cantik berseri. Dalaman sihat, akan terpancar di luaran. Betul tak? Jadi jangan membuang masa mencari produk kecantikan luaran jika dalaman tidak di rawat dulu. 

Seiring penggunaan skincare yang baik dan pengambilan suplemen insyaallah menghasilkan kulit cantik berseri dan kesihatan baik.



Untuk dapatkan set kecantikan shaklee atau suplemen lain , boleh whatsapp saya di 016 358 9018 ( sila klik)














Oct 25, 2016

Tips Atasi Masalah Kulit Kusam

Masalah kulit kusam dan tidak bermaya antara yang sering di hadapi oleh kita semua. Nak pandang muka sendiri pun malas, nak mengadap cermin pun takde mood..haa jangan stress-stress.




Untuk atasi masalah ini, jom ikuti tips berikut:


1.    Cuci muka setiap hari

Mencuci muka adalah perkara yang wajib dilakukan setiap hari tanpa alasan. Pencuci yang khas untuk rawatan wajah perlu dipilih agar sesuai dengan jenis kulit. Pencuci wajah yang berasaskan bahan-bahan semula jadi sangat digalakkan. Namun, dalam sehari tidak digalakkan untuk mencuci muka lebih dari dua kali. Sebaik-baiknya cuci muka selepas bangun dari tidur dan sebelum tidur. Pastikan jika anda bersolek tebal, cuci sehingga bersih tanpa meninggalkan sisa solekan.


2.    Guna krim pelindung matahari

Wanita yang sering melakukan aktiviti di luar kawasan rumah lebih berisiko mengalami kulit yang rosak. Sinaran matahari yang melampau akan meresap jauh ke bawah kulit dan merosakkan sistem kulit daripada bawah. Oleh itu, sebarang aktiviti luar yang melibatkan pendedahan kulit kepada cahaya matahari, jangan lupa pakai krim pelindung cahaya matahari untuk melindungi kulit wajah.


3.    Elak sikap suka memegang wajah

Boleh dikatakan hampir semua wanita mempunyai tabiat memegang kulit wajah. Setiap kali timbul persoalan atau sedang memikirkan sesuatu, wanita akan menyentuh kulit wajahnya. Tabiat ini tidak elok kerana tangan yang kotor apabila menyentuh kulit wajah akan menambah kekotoran. Ini boleh dijadikan penyebab atau merangsang jerawat. Jika tangan anda dalam keadaan bersih maka tidak perlu berfikir sama ada boleh memegang wajah atau tidak.


Untuk rawatan dalaman juga boleh amalkan suplemen semulajadi yang baik untuk masalah kulit seperti berikut:






Credit : majalah Rapi