Jun 8, 2016

Berpuasa dengan bertenaga dan cergas di musim panas

Musim panas terik masih melanda beberapa buah tempat di negara kita. Di Selangor /KL ni cuaca panas terik juga. Di bulan Ramadhan,banyakkan bersabar dan kuat semangat ya berpuasa dalam cuaca panas ni.


Apa khabar ibu2 hamil,ibu2 menyusu dan anak-anak comel yang sedang berpuasa? Sudah 3 hari kita mengerjakan ibadah puasa.Camna setakat ni? Letih,lesu? Macam nak mati tahan dahaga?

Saya ingat pengalaman saya berpuasa menyusu baby umair ketika usianya 7 bulan ketika itu. Cuaca panas terik dan ketika itu saya melawat ibu saudara di Penang. Anakanda Umair pulak ketika itu sangat kuat menyusu. Hampir kering kontang dan terasa mahu pengsan ketika jam 5 lebih waktu petang. Allahu,nak menangis pun ada. Mak mertua ketika itu turut sama ada minta saya susukan je baby umair..masa ni takde bekalan stok susu dan susu tepung.Saya belum campur susu ketika itu.Ketika azan maghrib berkumandang,saya rasa nak menitis air mata. Nikmatnya air mengalir ke tekak ketika musim panas!

Bila musim panas berpuasa saya teringat kenangan ni..Pasti ada ibu-ibu yang alami masalah sama seperti saya.

Tahun ni saya berpuasa masih menyusukan adik hannah berusia 2 tahun setengah. Begitu susah nak wean off! Lagi kita bagitahu tak boleh hisap susu umie,lagi kuat tangisannya😂😂

Subhanallah,hampir setiap masa bersamanya dan faham-faham jela anak berada dekat dengan ibu ni.Pantang duduk ke baring ke memang menempel la..Memang kene kuat semangat dan perlu tenaga. Kalau tak memang lembik lesu seharian camni.


Sebagai ibu menyusu,saya memang perlu titikberatkan pemakanan dan minuman ketika bersahur dan berbuka.

Ibu hamil atau ibu menyusu jangan sesekali skip waktu sahur ya.Walau tak mampu nak telan nasi atau makanan lain,bersahurlah dengan sedikit kurma dan air atau boleh ambil set ramadhan bertenaga ni.


Paling mudah boleh bancuh atau shake set ramadhan ini (ESP,Mealshake dan Performance Drink).

Ketiga-tiga suplemen ni sangat membantu ibu-ibu untuk bertenaga dan kenyang dalam tempoh lebih lama.

Saya bersahur dengan 2 sudu ESP dan campurkan 1 sudu performance drink. Memang sedap macam bliss oren. Saya ambil segenggam nasi dengan sedikit sayur dan ambil 2,3 biji buah kurma.

Alhamdulillah saya mampu bertahan berpuasa sehingga berbuka dalam keadaan adik Hannah menyusu hampir 6-8 kali pada waktu siang. dan saya masih cergas bertenaga tidak lemau atau lesu terbaring.

Alhamdulillah saya yakin apa yang kita ambil pada waktu sahur sangat penting dan membantu untuk sihat bertenaga.


Anda juga boleh campurkan sedikit chia seeds dalam minuman ESP/mealshake.

Chia seeds juga memberikan tempoh kenyang lebih lama dan berikan tenaga.

Semasa berbuka puasa.anda boleh bancuh performance drink 1 jug terus untuk hidangan seisi keluarga. Insyaallah PD ni dapat bantu bekalkan bendalir dalam badan,berikan tenaga dan atasi masalah dehidrasi selepas seharian berpuasa.


Bagi anak-anak yang sedang berpuasa,mealshake dapat bantu bekalkan tenaga dan berikan zat vitamin dan mineral sepang berpuasa.

Alhamdulillah anak-anak saya dapat berpuasa sehingga habis tanpa keluh kesah lambatnya waktu atau melempet seharian.


Kebanyakan kita selesai berbuka pasti merasa mengantuk. Lagi-lagi yang berkerja seharian di pejabat.Sebagai refreshment dan tambah tenaga,anda boleh bancuh secawan cinch energy tea mix ni.

Minum suam-suam campurkan sedikit lemon dan madu memang sangat enak dan segar. Insyaallah tiada lagi menguap atau sengguk ketika solat.

Pastinya set tenaga ramadhan ini sangat mudah dan membantu seharian berpuasa.

Alhamdulillah semua dengan izinNya. Bulan puasa kita di galakkan untuk cergas bertenaga bukan tidur melepet dan lesu sepanjang hari.

Dan jika ada suplemen yang dapat membantu (insyaallah dengan izinNya),pastinya lebih indah untuk beribadah dan laksanakan aktiviti harian.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan suplemen ini boleh hubungi saya segera untuk pesanan.


Cuba sendiri set ramadhan istimewa ini.Insyaallah anda akan temui perbezaannya. Jangan lupa juga untuk ambil minuman kosong sewaktu sahur dan selepas berbuka secukupnya.

Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya segera seperti berikut:

👇👇
Sms/Whatsapp 016 358 9018
Pm @ facebook page : impianz Shoppe


No comments:

Post a Comment