Oct 21, 2015

Tips Penting Penyembuhan Luka Bersalin Caesarean

Bersalin melalui 'ikut tingkap' atau caesarean sama perit seperti bersalin normal.Pembedahan caesarean ataupun pembedahan di abdomen bagi ibu bersalin berbeza bagi setiap individu. Secara amnya,penyembuhan adalah lebih lama berbanding kelahiran normal (kecuali jika ada koyakan/lecetan yang serius)



Ada yang mengatakan tempat yang dibedah menjadi bengkak dan ada yang mengatakan sedikit geli dan kebas, Kesakitan juga akan hilang sedikit demi sedikit.Ramai juga yang mengalami masalah gatal di kawasan perut semasa proses penyembuhan, Jika anda langsung tidak dapat menahan gatal tersebut,kebiasaan doktor akan memberikan krim untuk melegakan kegatalan tersebut. Jadi sangat penting unruk berbincang dengan doktor anda.

Ada juga wanita yang melalui pembedahan C-Sectionn mengadu mengalami kekejangan yangnnnnnm,disebabkan oleh angin di abdomen selepas pembedahan.Masalah ini akan hilang beberapa hari selepas pembedahan. akan tetapi ia boleh menjadi lama jika ibu langsung tidak bergerak. Jadi sebaik-baiknya jalan perlahan-lahan atau melakukan senaman ringan. Bincanglah dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah.



Aktiviti yang di larang selepas pembedahan



Beberapa aktiviti akan menjadi sedikit susah selepas pembedahan C-Section seperti batuk,bersin dan gelak boleh menjadi tidak selesa.



  • Mengangkat barang berat tidak dibenarkan sama sekali
  • Melakukan persetubuhan suami isteri
  • Memandu kereta lebih-lebih lagi jika merasa sakit ketika memakai tali pinggang keledar dan keluar masuk kereta


BERGERAK-GERAK SANGAT PENTING TAPI JANGANLAH SAMPAI LARI MARATHON YA:-p



Proses penyembuhan luka mengambil masa enam-lapan minggu dan ada wanita mengalami beberapa bulan.


Tips Penting untuk Penyembuhan Pembedahan C-Section




  • Terima bantuan - Ramai wanita suka buat pelbagai perkara dengan sendiri. Namun ini bukan masanya untuk menjadi superwoman. Sangat penting bantuan daripada suami,ibu-bapa,saudara-mara dan rakan-rakan.Jika mereka menawarkan pertolongan,terimalah!
  • Relaks dan jangan melebih-lebih
  • Jangan mengabaikan usus anda. Jika anda mengambil pil tahan sakit,pastikan anda tahu jenis apa yang boleh menyebabkan risiko masalah sembelit. Pelembut najis atau julap mungkin diperlukan ketika ini
  • Terima kekotoran dan kekurangan. Sekiranya anda mempunyai anak-anak lain yang perlu di uruskan,minta bantuan orang terdekat untuk uruskan mereka. Juga masa untuk mengemas rumah sebaik-baiknya di tangguhkan dahulu


Cara cepatkan penyembuhan luka


  • Minum air kosong secukupnya. Sangat penting pengambilan air ketika berpantang bagi mengelak masalah sembelit. Sembelit akan memberi tekanan kepada perut dan tempat luka.
  • Elakkan daripada menyapu sebarang ubat tradisional di kawasan luka pada 10 hari pertama selepas bersalin.Ada sesetengah ubat sapu boleh memberi kesan sampingan.Sebaiknya minta nasihat doktor yang merawat anda.
  • Ketika mandi cukup membasuh tempat luka sahaja. Jangan menggunakan sabun di kawasan luka.
  • Susukan bayi anda supaya dapat sembuhkan luka dengan cepat. Hormon oxytocin akan di rembeskan semasa ibu menyusu dan ia membantu mengecutkan rahim dan seterusnya mengurangkan risiko tumpah darah. Dapatkan bantuan daripada jururawat pada hari pertama bersalin tentang posisi dan cara sesuai untuk menyusu bayi dengan selesa.
  • Elakkan melakukan kerja-kerja yang boleh menyebabkan kesakitan seperti membongkok mengangkat barang-barang,aktiviti naik turun tangga dan sebagainya.Sebaik-baiknya dalam tempoh seminggu tiada aktiviti lasak dilakukan.
  • Pakai bengkung khas sekiranya mahu.Terdapat beberapa jenis bengkung sesuai digunakan selepas bersalin pembedahan.Pilihlah dari jenis lembut dan berasaskan kain
  • Amalkan pemakanan kaya dengan zat besi,zinc dan multivitamin. Kehilangan darah yang banyak semasa pembedahan adalah 2-3 kali lebih tinggi daripada bersalin normal. 

Pemakanan lengkap dengan nutrisi sangat terhad untuk di ambil ketika dalam pantang.Apatah lagi badan masih lesu dan lemah. Ibu-ibu boleh mengambil suplemen yang bersesuaian. 

Sangat penting supplemen ini untuk mengganti semula kehilangan darah yang menyebabkan perjalanan oksigen ke sel tubuh berkurang dan menyebabkan luka lambat sembuh. Zat besi dan multivitamin juga dapat meningkatkan paras hemoglobin dalam darah dengan segera dan seterusnya mempercepatkan penyembuhan luka.





Ibu boleh mengambil set berpantang ini yang lengkap dengan sumber zat besi,protein,zinc,kalsium dan multivitamin.Ia sesuai untuk ibu-ibu bersalin secara pembedahan atau bersalin normal. Boleh di ambil pada hari pertama selepas bersalin untuk mengembalikan tenaga dan mengelakkan kelesuan. 

Badan yang bertenaga memudahkan ibu untuk menyusukan bayi terutama pada hari pertama kelahiran akan keluar cecair kolostrum susu ibu yang sangat baik untuk bayi.



Manfaat setiap vitamin:
Vitalea 

multivitamin yang kaya dengan zat mineral yang boleh membantu ibu memberi tenaga pada kadar segera.ia membekalkan 23 jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan.Membantu ibu memulihkan fungsi penghadaman dan juga selera makan.Amat penting untuk pertumbuhan sel baru,menangani masalah letih dan lesu,masalah tekanan darah rendah/anemia.

B Complex

Kaya dengan 8 vitamin penting iaitu B1,B2,B3,B5,B6,B12,asid folic dan biotin.membantu ibu mengawal tekanan/stress ketika berpantang.Juga membantu menbina tenaga dan sel darah merah

Vita C Plus

vitamin yang membantu ibu menguatkan sistem imunisasi,mengawal penghasilan hormon stress,membina kolagen dan juga bagus untuk pertingkatkan peredaran darah ,mengelak gusi berdarah,simptom alahan

Zink Complex

Membantu merawat luka lebih baik dan dengan lebih cepat,menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur

ESP 

Soya protein non-gmo yang bermutu tinggi amat bagus untuk membantu ibu menjana tenaga,memberi ibu tenaga segera dan tempoh kenyang lebih lama.Protein sangat penting untuk ibu selepas bersalin bagi meningkatkan sistem immune,mencegah migrain,memberi tenaga segera dan mengelakkan tekanan.Ia juga penting dalam membina sel-sel baru dan juga mengelakkan masalah depresi dan lesu.

Ostematrix

Mengandungi zat penting kalsium,magnesium,fosforus dan vitamin D yang membantu ibu membekalkan kalsium mencukupi untuk keperluan diri ibu dan bayi.Penting pengambilan kalsium memandangkan ibu berpantang yang menyusu bayi perlukan zat mencukupi untuk mengelakkan dari kejang,sakit gigi dan lesu.Pengambilan Ostematrix juga membantu dalam proses pelawasan.


Alfafa Complex

Vitamin herba ini sangat membantu ibu dalam proses penyusuan bayi.Membantu ibu dalam menangani masalah sakit sendi,sembelit,sakit badan dan mengurangkan keasidan dalam badan.
Pengambilan alfafa tidak di galakkan kepada ibu yang mempunyai penyakit SLE dan anak yang di hidapi kuning.Jadi sebagai alternatif untuk anak mempunyai kuning perlulah menunggu sehingga habis tempoh berpantang barulah mulakan pengambilan alfafa ini.

Set ni saya dah ambil sepanjang berpantang anak ke 3 dan ke 4 dan saya amat berpuashati. Set ni boleh di gunakan sehingga 2-3 bulan selepas bersalin. Bukan semasa berpantang saja tau.Ada yang boleh di gunakan sehingga 5 bulan. Saya teruskan sehingga kini(baby dah 1 tahun 10 bulan) kerana ia bantu beri tenaga,elakkan masalah sembelit,banyakkan susu badan dan susu cepat keluar dan badan takdelah lesu sangat walau banyak kerja harian menanti.Yang penting jangan skip pengambilan air. 

Kebaikan set bersalin ini berbanding jamu atau jenama lain :
  • Boleh membantu memberi tenaga dengan cepat
  • Membantu dalam penyusuan bayi
  • Dapat pulihkan luka dengan cepat
  • Boleh mengambil seawal hari pertama bersalin
  • boleh di makan walau anak terkena jangkitan kuning
  • Harga berpatutan dan sangat jimat.boleh bertahan sehingga 2-3 bulan
  • Membantu mengelakkan keguguran rambut yang sering dihadapi oleh ibu lepas bersalin

Ketahui bagaimana Puan A yang mengambil set bersalin dan vivix cepat kering dan sembuh jahitan caesarnya dan badan bertenaga menguruskan anak-anak. Jom tonton video di bawah ni.




Jika ibu berminat nak set bersalin atau vivix ni boleh PM sue ya.

  Lagi JIMAT jika ibu join keahlian shaklee. Dapat harga ahli lebih jimat 15-30% daripada harga pasaran.




Kata orang-orang tua 'badan kita ni nak guna lama'..Maksudnya berpantanglah elok-elok dan ambillah makanan dan supplemen yang boleh bantu cepat sihat. Kita pun seronok nak menyusu bayikan jika tengok dia hisap sampai bunyi chup..chup..sebab susu sangat meriah:-)dan paling penting kita rasa bertenaga dan tidak stress walau anak kerap berjaga malam:-)

Jom ketahui apa kata customer lain yang dah cuba set berpantang ni:




Untuk pertanyaan atau pembelian set ini boleh hubungi sue seperti berikut. Setiap pembelian akan di sertakan konsultasi dan panduan cara makan yang betul.



Tahniah buat ibu atas kelahiran cahayamata.Semoga luka cepat sembuh dan badan sihat selalu:-)



Credit:Majalah mami baby











1 comment:

  1. setuju yang bab pil tahan sakit tu ... kalau boleh elakkan bagi ibu-ibu yang menyusu :)

    ReplyDelete