Sep 5, 2015

Ilmu Kewangan :"Fulus Yang Hilang"

Alhamdulillah pagi tadi Allah beri kesempatan untuk hadir ke Program Bahagia 4.0 - "Fulus yang Hilang" oleh pakar kewangan bertauliah Tuan Afyan Mat Rawi.


Banyak sangat saya belajar ilmu kewangan dalam seminar ni..Serius bayaran RM10 sahaja sangat-sangat berbaloi!! Mana ada seminar termurah macam ni?? Ikutkan kalau di pasaran normal rate seminar camni mau RM200 ke atas..Alhamdulillah Terima Kasih NGO Generasi Prihatin (GENP) atas inisiatif program ni..Rugi tau orang sekitar Bangi,Putrajaya or Kajang tak mai..hehe..Tempat fullhouse..sangat meriah..dapat pulak breakfast nasi lemak,karipap dan air teh free lagi..Alhamdulillah..


Haa back to topic.,Ingat-ingat sayala zaman sekolah dulu tak pernah belajar pasal pengurusan kewangan individu..Memang takde dalam silibus kan?? Kalau belajar Prinsip Akaun pun korang belajar camna nak manage akaun syarikat kan??

Sejujurnya ni 1st program saya join untuk ilmu pengurusan kewangan individu.. Beberapa point penting saya nak share kat sini

  • Ramai daripada kita guna dulu semua duit gaji baru nak simpan..Ni memang kesilapan besar..Last-last tiap bulan miss nak saving:-(
  • Dalam ekonomi meleset dan tinggal pulak di KL bandar besar serba serbi mahal lani,memang sangat penting kita mempunyai side income tambahan..Kalau gaji beso lain cite..Tapi kalau setakat cukup-cukup makan..nak menyimpan pun tarik sana tarik sini,kadang ada kadang takde tu..belajar-belajarlah buat side income..macam-macam ada lani - MLM,Unit Trust,Dropship dan pelbagai lagi..Kata orang nak seribu daya..tak nak seribu dalih.
  • Pelaburan paling terpenting adalah pelaburan ilmu. Berapa ramai yang sanggup keluarkan duit untuk menuntut ilmu..Carilah mentor atau guru supaya kita belajar resepi kejayaan mereka dan tidak buat kesilapan sama
  • 10% dari duit gaji kita dapat perlu agihkan untuk education.Maksudnya untuk penambahan ilmu diri sendiri..Beli buku,hadiri seminar dan pelbagai lagi.
  • Simpanan paling penting adalah simpan dan lupakan.Jangan simpan p korek pulak time raya,time anak nak sekolah dll.
  • Ajarkan pada anak-anak : Dapat sahaja duit,simpan sebahagian baru dibelanjakan lebihannya
  • Nak buat business hartanah ke,saham ke.emas ke,pastikan ada ilmu yang cukup.Bukan ikut-ikutan pastu menyesal.Baca 10 buah buku berkaitan,pergi 10 kali seminar berkaitan baru buat keputusan.

Banyak lagi sebenarnya point penting..seminar ni bukan teori semata-mata..banyak bukakan minda dan bagi kesedaran betapa pentingnya ilmu walau apa jua business kita nak buat..Duit simpanan sangat penting untuk masa depan kita..

Paling penting bukan sahaja untuk untung di dunia tetapi untung di akhirat dengan amalan infaq,sedekah dan zakat juga di ceritakan dalam seminar ni..Memang best sangat2..saya rekemen anda semua untuk hadiri majlis-majlis ilmu sebegini..

Teringat Tuan Afyan beritahu tadi orang yang berjaya tu kita tengok seronok je dia dah berjaya tapi sebelum dia berjaya tu dah beberapa kali atau berapa puluh kali jatuh tersungkur atau dia gagal.

Dan untuk berjaya perlu pengorbanan..Pengorbanan wang ringgit untuk menuntut ilmu,pengorbanan masa untuk hadiri seminar dan sememangnya pengorbanan tu sinonim dengan insan-insan yang inginkan kejayaann..


Insap kejap...Banyaknya ilmu Allah lagi yang perlu di pelajari..Insyaallah pelbagai seminar menarik di rancangkan pada masa akan datang..Boleh LIKE page Persatuan Generasi Prihatin untuk info-info menarik dengan harga sangat-sangat berpatutan.






No comments:

Post a Comment