Jan 31, 2015

Tanda-tanda penyakit SLE dan cara mengatasinya merebak lebih buruk kepada pesakit

Semalam dalam group Whatsapp saya dapat berita kawan baik kepada kawan saya sudah menghidap stage 4 untuk penyakit SLE.Keadaannya sangat lemah sehinggakan doktor membuat keputusan untuk korek bahagian leher.Saya pun tidak pasti sangat keadaanya dan dikhabarkan sangat menyedihkan.Suami dan ahli keluarga menitis air mata melihat keadaan pesakit.Tanda-tanda penyakit SLE ni pun lambat di kesan dan berbulan-bulan baru dapat tahu dirinya menghidapi penyakit SLE ini.

Masyaallah,ngeri pulak bila dengar tentang penyakit ini.Hari ini saya nak share sedikit info yang saya baca dan semoga kita sama-sama dapat menjaga kesihatan diri dan mendapatkan rawatan segera sekiranya mengetahui ada penyakit ini.


Apakah itu penyakit SLE?

Sistemik lupus eritematosus (SLE), atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindakbalas dengan tisu badan seseorang pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan.

 “Lupus” berasal dari perkataan Latin bererti “serigala”. (Ini adalah kerana seorang doktor Perancis yang mula-mula merawat pesakit lupus mengibaratkan tompok-tompok kemerahan di muka pesakit sebagai gigitan serigala.)

Gejala yang biasa dialami oleh pesakit ialah radang kulit dan sakit sendi (arthritis), selalunya di iringi oleh keletihan dan demam. Penyakit SLE ada masanya tidak aktif, iaitu dapat dikawal (remission), dan ada masanya menjadi aktif (relapse).


Puncanya tidak diketahui tetapi kemungkinan besar ia disebabkan oleh gabungan faktor-faktor keturunan, alam sekitar, serta hormon. Ia berlaku melalui pengeluaran auto-antibodi yang melawan sel-sel normal seseorang. Itu menyebabkan keradangan pada beberapa bahagian tubuh yang boleh merosakkan organ dan tisu.



Tanda-tanda penyakit SLE
  • Sakit dan bengkak sendi (arthritis) selama beberapa minggu
  • Demam, keletihan, dan penurunan berat badan
  • Tompok-tompok merah menyerupai kupu-kupu di pipi dan hidung
  • Tompok-tompok merah di kawasan kulit yang terdedah kepada sinaran matahari
  • Ulser di mulut dan hidung berlarutan lebih sebulan
  • Rambut gugur secara bertompok-tompok atau di sekeliling (hair line)
  • Sawan, strok dan gangguan mental
  • Risiko untuk mendapat darah beku
  • Kerap keguguran bayi
  • Darah atau protin dalam air kencing menunjukkan gangguan sistem buah pinggang
  • Bilangan sel darah putih atau sel darah merah rendah



Cara Menangani SLE

  • Pesakit-pesakit SLE perlulah sentiasa mengekalkan cara hidup yang sihat dan menjauhi dari gangguan fizikal dan emosi. Elakkan stress dan sentiasa berfikiran positif
  • Mengamalkan cara hidup yang aktif boleh membantu pergerakan sendi serta boleh mengelakkan risiko sakit jantung. Walaubagaimanapun seseorang pesakit itu tidak boleh terlalu aktif. Pendekatan yang terbaik ialah dengan melakukan senaman ringan berselang seli dengan berehat dan bersantai.
  • Mengambil ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor dan sentiasa membuat rawatan untuk mengetahui keadaan diri
  • Mengelakkan dari terkena sinaran cahaya matahari yang berlebihan. Ini kerana ia boleh menyebabkan terjadinya ruam pada kulit.
  • Memakai pakaian berlengan panjang,menyapu krim pelindung cahaya matahari (UV) dan memakai topi atau tudung sesuai untuk menlindungi diri dari komplikasi
  • Jauhi dari merokok kerana ia boleh aktifkan SLE ini



Saya juga sangat tersentuh hati membaca luahan dari pesakit SLE ni dan salah seorang master Shaklee iaitu Master Iffah..Beliau telah mencuba mengambil supplemen shaklee iaitu Vivix,cecair tonik yang sangat bagus untuk masalah penyakit kronik.







Ikhtiar SLE dengan Resveratrol



Kebiasaan pesakit SLE terpaksa mengambil ubat steroid seumur hidup yang boleh memberi kesan kepada kerosakan buah pinggang . Puan Rosmaini anak beliau di uji dengan SLE dan beliau berikan  vivix kepada anak beliau sebagai ikhtiar. Alhamdulillah badan semakin pulih dan sihat, dan steroid pun dah boleh tinggal sedikit.

Apapun,jangan berputus asa dengan ujian Allah ini. Banyakkan bersabar bagi anda penghidap SLE ni dan saya doakan anda kuat dan di beri kesembuhan dan kemudahan dalam menghadapi ujian ini..

Credit



2 comments:

  1. Macam mane nak dapatkan vivix ni?
    Saya nak beli.
    Tolong text saya di number 0163868654

    ReplyDelete
  2. Bagaimana nk amik vivix utk knk2 10 tahun yg suspected sLE

    ReplyDelete