Ramai dari kita rungsing berat badan naik dan masalah gemuk..Namun ada juga dari kita yang mengalami masalah terlalu kurus atau berat badan kurang..
Jangan risau..sangat mudah sebenarnya untuk tingkatkan berat badan berbanding menurunkannya..Namun pastikan anda mengetahui tips kenaikan berat badan secara betul untuk mengelakkan masalah kesihatan lain..Ada juga yang kurus tetapi mengalami masalah diabetes dan darah tinggi..
Tips tingkatkan dan tambahkan berat badan:
1) Pengambilan Makanan Berkarbohidrat – Mengambil sumber makanan yang berkarbohidrat sangat penting untuk menambah berat badan. Contoh makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, ubi. Jadi setiap kali makan, cuba lebihkan makanan dari sumber karbohidrat.
2) Makan Kerap Bukan Makan Banyak – Kesilapan yang biasanya di lakukan…nak gemuk makan banyak-banyak. Salah tu. Jangan makan terlalu banyak dalam satu-satu masa. Sebaliknya makan dengan lebih kerap. Contohnya kalau dah biasa makan 4 kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam…cuba ubah jadual makan tu dan jadikan 7 kali. 3 kali tambahan itu untuk snek yang berkhasiat contohnya seperti makan biskut, makan buah-buahan atau pengambilan minuman yang berkhasiat seperti susu atau yogurt.
3) Jangan Minum Sebelum Makan – Jika orang yang nak berdiet digalakkan untuk minum sebelum makan, orang yang nak tambahkan berat badan pula dilarang minum sebelum makan kerana amalan seperti ini akan membuatkan seseorang makan dengan sedikit sebab perut sudah kenyang dengan air.
4) Bersenam – Pasti ada yang pelik..nak tambah berat badan pun kena bersenam ke? Harus diingat orang yang nak naikkan berat badan ni biasanya makan tanpa mengira kalori. Jadi kalau tak bersenam, lama-lama nanti badan akan mula mengumpul lemak. Tiada siapa yang inginkan badan gemuk penuh lemak kan. Jadi senaman ini adalah untuk membina otot dan menyingkirkan lemak. Kena pandai pilih senaman yang sesuai.
5) Rehat Yang Mencukupi – Jika badan kurang rehat, selera makan pun pasti berkurangan. Orang yang nak menaikkan berat badan perlu mempunyai selera makan yang baik. Kalau tidak macam mana nak makan 7 kali sehari. Jadi pastikan mendapat tidur yang mencukupi agar badan rasa sihat dan segar.
6) Pengambilan Supplemen – Untuk menaikkan berat badan, pengambilan supplemen tambahan seperti vitamin sangat penting terutamanya untuk mereka yang tidak mempunyai selera makan yang baik atau pun kurang mendapat rehat yang secukupnya dan juga untuk mereka yang tidak mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang.
Supplemen yang sesuai untuk tambahkan berat badan dari shaklee adalah B complex,ESP dan Mealshake.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan supplemen ini boleh hubungi saya untuk order atau boleh buat pembelian secara ONLINE di sini-- PEMBELIAN SET TAMBAH BERAT BADAN
HUBUNGI SAYA SEPERTI BERIKUT:
No comments:
Post a Comment