Tuesday, June 28, 2016

First Aid Kits Selamat Sepanjang Bercuti dan Pulang Ke Kampung

Salam 23 Ramadhan. Saya doakan semua pembaca blog ini sihat-sihat selalu dan berada dalam rahmat kasih sayangNya.

pejam celik pejam celik begitu cepat masa berlalu.

Syawal juga bakal menjengah lagi seminggu jer lagi. Saya pasti ramai yang dah tak sabar-sabar nak bercuti berjumpa insan tersayang di kampung. Pastinya buah tangan untuk keluarga tercinta tidak dilupakan.




Ada yang nak hadiahkan suplemen untuk insan tersayang?

Musim raya ni macam-macam hidangan lazat dan enak bakal memenuhi meja-meja di rumah. Kuih raya, dodol,lemang,ketupat,rendang,nasi himpit antara hidangan enak yang selalu tersaji di pagi raya. Best kan nak jumpa makanan-makanan ni pun bukan selalu,setahun sekali 2 je..hehe

Namun jangan sesekali lupa,lemak-lemak dan kolestrol tinggi tersembunyi. Bagi yang sedia ada penyakit darah tinggi,kencing manis, kolestrol tinggi dan penyakit-penyakit lain ,jaga dan kawal pemakanan sepanjang musim perayaan ni ya.


Antara suplemen yang sangat baik di bawa bersama pulang ke kampung dan di ambil sepanjang bulan syawal ni adalah Lecithin, Alfafa ,Herblax,  dan Cinch Energy Tea.


Lecithin adalah pengemulsi lemak yang membantu menguraikan lemak-lemak daripada makanan termendap dalam salur darah. Ia juga membantu menurunkan kolestrol dan melancarkan peredaran darah. Suplemen terbaik yang perlu anda bawa kemana sahaja since raya ni memang makan jela nampaknya..so dapat bantu menurunkan berat badan dan mengelak kenaikan berat badan mendadak sepanjang syawal nanti.


Herblax suplemen khas untuk usus. Bantu detoks usus dan lancarkan proses pembuangan setiap hari. Raya ni for sure macam-macam makanan masuk dalam usus. So best time dah penat sangat makan-makan ni, detoksla usus seminggu 2,3 kali. Insyaallah memang sangat clear dan lega sangat.




Alfafa Complex pula membantu dalam proses detoks seluruh badan,menyingkirkan lemak-lemak dan toksin daripada badan, Amat baik juga untuk masalah bau badan,masalah dalaman wanita dan masalah keputihan.

Berat Badan Mantain Sepanjang Syawal

Ini antara suplemen yang dapat bantu kawal berat badan.Takdelah habis syawal sampai naik berkilo-kilo bila timbang berat badan nanti..haa menjerit nanti tau! Bulan puasa ni kita dah detoks badan kita, dah berjaya turunkan berat badan dan mantain dan harapannya raya nanti mestilah berat statik atau makin turun..best tak?

Suplemen-suplemen ini bebas bahan kimia. Daripada bahan semulajadi,tidak merbahaya dan mempunyai kelulusan KKM. 

Ubat Tahan Mengantuk Selamat Sangat Penting untuk Pemanduan Lancar


Cinch Energy Tea pula amat baik untuk memberi kesegaran dan membantu menahan mengantuk ketika memandu. Time raya ni confirm jammed. dan raya nanti pun jalan selalu jammed. Makan banyak ni mata pun cepat layu. Kalau anda atau suami driving balik kampung waktu malam, ambil cinch energy tea ni sangatlah bagus, Sangat mudah di bawa kemana sahaja since ia dalam bentuk sachet. Hanya tuang dalam botol atau belikan sebotol air lemon tea/green tea dan tuang 1 sachet cinch tea ni..Insyaallah segar dan mata tidak layu lagi.



Time raya ni juga perut cepat meragam since macam-macam makanan kita ambil. Campur pulak dengan air soda,tapai dan pelbagai lagi. Penyediaan awal Peppermint Ginger Plus juga membantu mengatasi masalah loya,ketidakhadaman makanan,melegakan ketidakselesaan perut dan masalah perut sebu.



Ada beberapa lagi suplemen penting seperti vitamin C, Nutriferon untuk menguatkan sistem imun badan ketika bercuti dan beraya ni. Pemakanan dan persekitaran boleh menyebabkan sakit berlaku bila-bila masa sahaja. Jadi sangat penting first aid kits ni time bercuti dan pulang ke kampung.

dan mostly klinik pun penuh dan kadang-kadang tutup time raya ni. Jadi penting untuk selitkan suplemen-suplemen ni dalam beg anda bagi memastikan kesihatan tiptop dan badan bertenaga.


Promosi Pembakar Lemak - Lecithin

Bulan ni tinggal 2 hari sahaja lagi untuk anda rebut promosi LECITHIN - BELI 3 PERCUMA 1.

Grab time promosi ni harga lebih murah dan jimat. dan sangatlah bersesuaian dengan musim raya bakal tiba ni untuk membantu anda sentiasa sihat insyaallah.




Antara Testimoni Lecithin 








Credit: YES ") We got #S'Effect


Sekiranya anda berminat untuk dapatkan suplemen-suplemen semulajadi ni atau nak grab promosi
hebat ni boleh hubungi saya segera ya.


Promosi ni bakal berakhir 30 June ni. dan untuk dapat suplemen sebelum raya pastikan anda membuat
order dan bayaran sebelum 29hb ini untuk memastikan kelancaran proses penghantaran barang.

ok,selamat meneruskan ibadah puasa dan jangan lupa gandakan amalan ibadah untuk memburu malam l
lailatul qadar..Semoga kita mendapat peluang keemasan ini, Insyaallah.

Boleh hubungi saya seperti berikut untuk pertanyaan dan pesanan:














Saturday, June 25, 2016

Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Thursday, June 23, 2016

Kelebihan Memberi Makan kepada Orang Berpuasa

Assalamualaikum..dah masuk 18 ramadhan kita berpuasa hari ini. Pejam celik tinggal lebih kurang 13 hari sahaja lagi akan tamat bulan keberkatan ini. Cepatnya masa berlalu.

Hari ni just nak share sedikit tazkirah mengenai Fadhilat Memberi Makan kepada orang yang berpuasa.

Teringat saya pada 1 tazkirah Ramadhan di Surau Al Umm 2 hari lepas mengenai keberuntungan orang-orang yang memberi makan kepada orang berpuasa sepanjang Ramadhan ini.



Bayangkan kita bagi makan / sponsor makanan berbuka puasa/iftar di sebuah madrasah Tahfiz. Di Madrasah Tahfiz kita tahu adik-adik atau pelajar-pelajar di sana tugas mereka mengaji/membaca alquran daripada selepas subuh sehinggalah waktu asar. Ada yang sambung lagi sebelum tidur. 

Bayangkan kita bagi makan contoh kepada 50 orang pelajar ini. Bukan sahaja kita dapat pahala berpuasa 50 orang yang berpuasa ni, malahan segala perkara / pahala bacaan alquran yang dibaca oleh mereka pun kita dapat. Itu baru membaca alquran. Bayangkan 50 orang pelajar ni buat amalan sunat lain seperti solat sunat dhuha,solat sunat tahajud dll..Subhanallah..Tak terhitung banyaknya pahala yang dapat kita kumpul dengan sangat mudah tanpa mengurangkan pahala orang berpuasa tersebut.

Mungkin dengan masa berbaki lebih kurang 2 minggu ni, kita dapat infaqkan sedikit harta dan wang kita ada dengan bersedekah berbuka puasa di masjid/masjid atau surau atau bawak sedikit 'potluck' supaya jika kita berbuka puasa di masjid/surau,kita dapat berkongsi juadah tersebut juga bersama jemaah lain.

dan ustaz pun tekankan untuk kita sama-sama muhasabah dan ceklist jadual harian kita.



Setiap hari banyak belek muka buku atau banyak belek baca alquran?

Setiap hari kita dah mula hafal lagu raya ke atau banyakkan bacaan zikir?

Setiap hari apa kebaikan yang kita lakukan dan kongsi kepada orang lain?


Setiap pekerjaan yang baik dan amalan ibadah kita lakukan di ganda 70X sepanjang ramadhan ini. Baiknya Allah kat kita. Allah bagi juga kita hadiah 'special' Lailatul Qadar di 10 malam terakhir.


Kenapa Allah anugerahkan Lailatul Qadar ni hanya kepada kita, umat Nabi Muhammad s..a.w?

Sebab umur kita tak panjang. Nabi kita wafat di usia 63 tahun. Range usia kita antara 60-70 tahun. Kata ustazah jika ada yang dapat hidup lebih daripada usia 63 tahun,itu adalah bonus.

Subhanallah.

semoga kita dapat manfaatkan masa sebaik-baiknya dan buat sehabis baik di baki Ramadhan ini.


Set  Ramadhan untuk Cergas Bertenaga sepanjang Berpuasa



Thursday, June 16, 2016

Teh sedap ini hilangkan mengantuk semasa terawikh

Pejam celik pejam celik dah melepasi 10 hari ramadhan..Apa khabar semua? Masih bersemangat bangun sahur? Bangun tau jangan tak bangun..rugi tak bersahur ni..Banyak keberkatan dan Allah pun suka. Sunnah nabi dapat lagi pahala.

Tak lalu nak makan pagi-pagi ni,sedap lagi tidur daripada makan kan..Tapi bangunlah walau minum air segelas pun.Lagi bagus shake-shake je set ramadhan ni..Kenyang pun kenyang dan pastinya tahan perut supaya tak lapar sangat dan beri tenaga


Set sahur ramadhan bertenaga

Kat rumah saya ada 4 suplemen atas ni..Paling mudah,saya shake je ketiga-tiga suplemen atas ni kecuali cinch tea..

Gabungan performance drink,mealshake dan ESP memang sangat sedap..nak lagi tahan kenyang lebih lama ,korang boleh masukkan sedikit chia seeds dalam ni..memang habis menjilat shaker...hehe


ESP with chia seeds

Ok,saya dah bercerita di entry lepas mengenai set ramadhan bertenaga ni..Memang mudahkan sangat time bersahur ni..Lagi-lagi anak-anak tak berapa selera jugak nak makan nasi.

Saya shake segelas mealshake dan buat overnight oats. Rupanya oat ni sedap di makan sejuk-sejuk dan letak bende-bende manis sikit macam buah-buahan.

Untuk beberapa hari lepas,saya cuba buat overnight oats ni,letak instant organic oat,air susu strawberry dlm kotak tu,sedikit chia seeds dan kismis.

Fuhh laju anak anak solehah berdua kt rumah ni makan time sahur..lagi banyak makan oats ni dari nasi. Serius memang sedap.Tak muak dan sejuk-sejuk sikit tu sungguh nyaman.


Kebetulan sebenarnya buat overnight oats ni..sebab buat detoks shaklee dengan kawan-kawan lain. Bila cuba resepi ni eh sedapla pulak dan anak-anak pun suka..Diorang request nak makan oat ni time sahur..so gigihla umie campurkan bahan-bahan ni sebelum tidur.

Banyak sebenarnya resepi overnight oats ni dalam internet.Mat-mat salleh lg terer makan bende ni..Sedap dan mengenyangkan.

Dan apa yang saya perhatikan anak-anak lebih bertenaga dan kurang rasa lapar..Time ramadhan ni diorang jarang sangat tidur lepas subuh..Ada je aktiviti yang dibuat.

Paling tak tahan main kejar-kejar dan sembunyi lepas subuh..ya Allah,macam mau runtuh umah😂😂


Satu lagi time berpuasa ni yang tak boleh miss adalah air cinch energy tea ni..lepas makan nasi waktu berbuka kebiasaan mata sangat layu dan mengantuk.

So nak berterawikh dah malas-malas,tapi rugilah kan..terawikh pun setahun sekali je..Bulan ni la nak gandakan pahala banyak-banyak. Jadi buatla siap-siap teh energy ni 1 cawan or boleh campurkan dengan performance drink.

Saya suka buat suam-suam letak sedikit hirisan lemon dan 1 sudu madu.Fuhh memang segar dan berpeluh-peluh.


Tryla minum cinch energy tea ni..memang tak tipu boleh hilangkan mengantuk. Teh ni juga saya suka bawak bila travel balik kampung. Lagi-lagi bila encik husband suka travel malam. Haa dah dekat nak raya ni memang kene standby cinch tea ni tau..


Cinch tea ni dalam bentuk sachet.Jadi mudah sebenarnya tuang sahaja dan boleh selit dalam beg or dalam kereta.

Insyaallah, semoga minuman-minuman yang saya kongsi ini dapat bantu anda semua kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan ni.

Saya dah cuba dan memang berpuas hati. Dan saya pasti anda juga alami masalah sama seperti saya.so,jangan lengah-lengah lagi untuk dapatkannya.

Ops nak raya ni,poslaju dan khidmat gdex dan citylink pun dah makin slow..So booking dan beli awal-awal ya.

Nak dapatkan set ramadhan bertenaga,set sahur ohsem tu atau cinch energy teh jangan lupa roger-roger ya✌:-)

Boleh pm/whatsapp di 016 358 9018

Like FB page : impianz Shoppe
Add friend : suhaila johar

Salam ramadhan.


Tuesday, June 14, 2016

Jeans Lama Kembali Boleh Sarung gara-gara Penangan Set Bajet ini

Kurus langsing cantik bergaya..Ramai yang idamkan nak turun berat badan.



Lagi-lagi menjelang syawal ni. Mestilah nak kuruskan..Selain untuk sihat,pasti untuk tingkatkan keyakinan diri,jumpa kawan-kawan sekolah lama takdelah kene tegur : woii awat berisi sangat ni!

haha..tu ayat-ayat biasa dengar kan.


Bagi anda yang ingin mencuba suplemen yang sinonim dengan diet dan 'pecahkan lemak' ni, boleh dulu berkenalan dan mencuba Lecithin.



Lecithin ni bukan pil kurus tau. Ia adalah suplemen tambahan yang membantu percepatkan penurunan berat badan dan lancarkan peredaran serta buang lemak-lemak dalam badan. Jika disertakan bersama senaman dan pemakanan yang sihat,berat badan anda dapat turun dan juga mendapat inchloss tau.


APA FUNGSI LECITHIN?


Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.



APA KANDUNGAN LECITHIN?


Lecithin Shaklee mengandungi sumber semulajadi daripada kekacang soya di mana setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolina dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.


APA FUNGSI KOLINA?

Kolina penting dalam diet harian kerana fungsinya menyokong kesihatan otak, hati, kardiovaskular dan pembiakan. Kolina adalah suatu komponen neuropenghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf. Maknanya selain untuk menghapuskan lemak degil, kolestrol dalam badan, Lecithin juga boleh membantu otak kita berfungsi dengan cerdas.


APA KELEBIHAN LAIN LECITHIN?

Ia boleh melindungi hati kita ~ Bagaimana?

Lecithin  boleh menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Yang baiknya ia juga boleh membantu memulihkan kesihatan hati.

Memecahkan lemak dan kolestrol ~ Caranya?

Lecithin bertindak sebagai 'pembersih' salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid dalam tubuh kita.

Melangsingkan ~ Menghalang obesiti. Kalau kita ambil Lecithin dalam kuantiti yang betul  maka makin cepatlah pembakaran lemak degil dalam tubuh kita berlaku. Lepas tu jadilah langsing semula  tanpa penyakit kerana ianya seimbang dengan tubuh badan kita.

Mencantikkan otot dan kulit. Ia mengelakkan kulit bersisik/kering terutama yang kerap menggunakan pendingin hawa. Lecithin boleh membentuk membran sel, melembabkan serta menghaluskan kulit supaya kulit kita jadi cantik, juga boleh mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

Memperbaiki alergi ~  Lecithin boleh menghalang platlet darah dari mengaktifkan tisu gegelang di dalam salur darah yang boleh menyebabkan alergi semakin paarah seperti penyakit kulis spt dermatitis dan demam alergi.

Menghalang kejadian batu karang ~ Batu karang tu terjadi akibat dari kolestrol yang berlebihan alam badan kita. Jadi Lecithin akan bertindak untuk pengemulsi supaya kolestrol yang mencanak-canak tu dapat dihalang dari menjadi batu karang.

Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ Kolina yang saya nyatakan di atas tadi akan berfungsi untuk penghantar/ agen saraf kranial yang boleh mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

Menghalang tekanan darah tinggi ~ Caranya? Lecithin boleh menghalang arterioklerosis, menggalakkan peredaran darah. Maknanya Lecithin menghalang darah daripada tersekat atau tersumbat.

Boleh juga untuk mengatasi masalah prostat lelaki

Meringankan sembelit ~ Fungsinya untuk melembutkan najis dengan cara melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.




Banyakkan fungsi lecithin ni..Haa ia bukan semata-mata untuk turunkan berat badan dan pecahkan lemak tetapi juga baik untuk minda.


Lecithin untuk Masalah Bengkak Susu

Salah satu lagi manfaat lecithin adalah ia dapat bantu kurangkan masalah bengkak susu yang sering terjadi kepada ibu berpantang.

Bengkak susu ni jika tak di rawat sebaiknya memang boleh menyebabkan demam.Bayangkan demam dalam pantang! Fuhh sungguh menyakitkan. Jadi,bagi ibu-ibu yang alami masalah ini,cubalah Lecithin ni.

Ambil 6 biji lecithin sekaligus pada waktu pagi. Jika masih terjadi bengkak susu,boleh consume lagi 6 biji pada waktu malam. Insyaallah bengkak akan berkurangan.



Bulan Jun ini,anda berpeluang mendapat penjimatan berganda dan mendapat 1 botol lecithin percuma dengan setiap pembelian 3 botol lecithin ini.

Beli 3 lecithin percuma 1

Ramai yang sudah beli promosi ni memandangkan bulan ni pun berpuasa. Jadi the best time untuk cepat turunkan berat badan dan juga pecahkan lemak-lemak makanan yang diambil selepas berbuka puasa.

Kurus dengan set diet shaklee
Jeans lama dah tak pakai boleh sarung balik!

Hati mana tak seronokkan. Lepas bersalin,dan menyusu biasanya badan naik berisi macam belon. Namun tidak bagi kakak comel ni.

Penangan Lecithin dan juga ESP,Soya protein tanpa GMO tu bantu beliau inchloss dan dapat berat ideal seperti sebelum berkahwin.

Memang tak rugi mencuba suplemen ni. Hanya RM53.75 untuk 1 botol (180 biji),bebas pewarna,pengawet dan pemanis. Serta mendapat kelulusan KKM.


Jom grab sempena promosi bulan ini.Boleh ready untuk persediaan syawal nanti..Macam-macam hidangan enak time raya nanti menanti. So cegah dulu siap2 telan lecithin sebelum ambil makanan berlemak/berminyak.


Nak dapatkan promosi Lecithin?

Sms/whatsapp 016 358 9018
@ PM FB page : Impianz Shoppe
Add Friend : Suhaila Johar

Monday, June 13, 2016

Bahaya bahan pewarna kepada kanak-kanak

Bahaya Bahan Pewarna Kimia kepada kesihatan diri terutama kepada anak-anak.

Pewarna makanan merupakan benda berwarna yang mengandungi bahan kimia terhadap makanan yang di warnainya. Tujuan pemberian warna berujuan agar makanan terlihat lebih berwarna sehingga menarik perhatian pengguna. Bahan pewarna umumnya dalam bentuk cecair dan serbuk yang larut di air.

Makanan olahan seperti kuih, minuman suplemen, dan aiskrim cenderung mengandungi kadar pewarna tambahan (aditif) yang tinggi. Pewarna tambahan buatan digunakan dalam industri makanan kerana berbagai alasan, di antaranya untuk:

> mengimbangi pemudaran warna kerana paparan cahaya, udara, perubahan suhu dan kelembapan
> memperbaiki variasi warna
> menguatkan warna yang terjadi secara semulajadi
> mewarnai bahan makanan yang tak berwarna
> membuat makanan lebih menarik sehingga mengundang selera

Beberapa kajian ilmiah telah mengaitkan penggunaan pewarna buatan dengan hiperaktif pada anak-anak. Hiperaktif adalah suatu keadaaan di mana anak mengalami kesulitan untuk memusatkan perhatian dan mengawal perilaku mereka.

Sebuah hasil penelitian yang diterbitkan di jurnal media terkemuka Lancet mengungkapkan bahwa beberapa zat pewarna makanan meningkatkan tingkat hiperaktif kanak-kanak usia 3-9 tahun. Kanak-kanak yang mengambil makanan yang mengandungi pewarna buatan selama bertahun-tahun lebih berisiko menunjukkan tanda-tanda hiperaktif. Selain risiko hiperaktif, sekelompok sangat kecil dari populasi kanak-kanak (sekitar 0,1%) juga mengalami kesan sampingan lain seperti: ruam, mual, asma, migrain dan mudah pitam.

Berikut adalah beberapa jenis pewarna buatan dan kesan samping yang ditimbulkan:

1. Tartrazine (E102 atau Yellow 5)

Tartrazine adalah pewarna kuning yang banyak digunakan dalam makanan dan ubat-ubatan. Selain berpotensi meningkatkan hiperaktiviti kanak-kanak, pada sekitar 1- 10 dari sepuluh ribu orang , tartrazine menimbulkan kesan samping langsung seperti urtikaria (ruam kulit), rinitis (hidung meler), asma, purpura (kulit lebam) dan anafilaksis sistemik (shock).

2. Sunset Yellow (E110, Orange Yellow S atau Yellow 6)

Sunset Yellow adalah pewarna yang dapat ditemukan dalam makanan seperti jus jeruk, aiskrim, keju, jeli, minuman soda dan banyak ubat-ubatan. Untuk sekelompok kecil individu, konsumsi pewarna aditif ini dapat menimbulkan urtikaria, rinitis, alergi, hiperaktif, sakit perut, mual, dan muntah.

Dalam beberapa penelitian sainstifik, zat ini telah dihubungkan dengan peningkatan kejadian tumor pada haiwan dan kerosakan kromosom, namun kadar konsumsi zat ini dalam kajian tersebut jauh lebih tinggi dari yang dikonsumsi manusia. Kajian Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) tidak menemukan bukti insiden tumor meningkat baik dalam jangka pendek dan jangka panjang kaerana konsumsi Sunset Yellow.

3. Ponceau 4R (E124 atau SX Purple)

Ponceau 4R adalah pewarna merah hati yang digunakan dalam berbagai produk, termasuk selai, kuih, agar-agar dan minuman ringan. Selain berpotensi memicu hiperaktiviti pada kanak-kanak, Ponceau 4R dianggap karsinogenik (penyebab kanser) di beberapa negara, termasuk Amerika Serikat, Norwegia, dan Finlandia. US Food and Drug Administration (FDA) sejak tahun 2000 telah menyita permis dan makanan buatan Cina yang mengandung Ponceau 4R. Pewarna aditif ini juga dapat meningkatkan serapan aluminium sehingga melebihi batas toleransi.

4. Allura Red (E129)

Allura Red adalah pewarna sinetis merah jingga yang banyak digunakan pada makanan dan minuman. Allura Red sudah dilarang di banyak negara lain, termasuk Belgia, Perancis, Jerman, Swedia, Austria dan Norwegia.

Sebuah kajian menunjukkan bahwa reaksi hipersensitif terjadi pada 15% orang yang menggunakan Allura Red. Dalam kajian itu, 52 peserta yang telah menderita gatal-gatal atau ruam kulit selama empat minggu atau lebih diikutkan dalam program diet yang sama sekali tidak mengandung Allura Red dan makanan lain yang diketahui dapat menyebabkan ruam atau gatal-gatal. Setelah tiga minggu tidak ada gejala, para peserta kembali diberi makanan yang mengandung Allura Red dan dimonitor. Dari pengujian itu, 15% kembali menunjukkan gejala ruam atau gatal-gatal.

5. Quinoline Yellow (E104)

Pewarna makanan kuning ini digunakan dalam produk seperti aiskrim dan minuman energi. Zat ini sudah dilarang di banyak negara termasuk Australia, Amerika, Jepang dan Norwegia karena dianggap meningkatkan risiko  hiperaktiviti dan serangan asma.

Hati-hati dalam pemilihan makanan kita ambil setiap hari. Lagi-lagi musim ramadhan ni macam-macam variasi penjual lakukan untuk jadikan daya tarikan berwarna-warni. Namun cantik semata-mata tidak ke mana jika ia merbahaya untuk kesihatan kita.

Credit: Alhazen Ibn AlHaytham


Sunday, June 12, 2016

Bagaimana anak kekal cergas bertenaga sepanjang Ramadhan

Sudah seminggu kita di bulan Ramadhan. Apa khabar anak-anak berpuasa? Ibu-ibu hamil ,ibu-ibu menyusu?

Alhamdulillah 2 orang anak solehah saya,along 9 tahun dan kak una 7 tahun dah berpuasa penuh tahun ni. Teringat minggu lepas,hari pertama berpuasa bersama atuk nenek di kampung, awal pagi dah terlupa makan roti secubit sahaja.

Alkisah malam sebelum berpuasa kami pulang kekampung penuhla dengan makanan untuk anak-anak. Terlupa nak keluarkan roti malam tu. Jadi pagi tu diorang masuk kereta terusla bukak roti dengan gembira. Harapla papa sempat masuk awal dalam kereta..Hehe,takpe terlupa di maafkan.Jangan buat- buat terlupa😀😀

Hari pertama berpuasa memang kesian tengok 2 orang ni. Umie,laparlah..Umie,macam nak mati la..Hehe, biasalah dah setahun tak berpuasa kan.

Alhamdulillah bukak puasa ramai2 dengan saudara mara memang meriah. Seronok diorang hari pertama berpuasa dah dapat hadiah coklat.


Hari kedua berpuasa dan seterusnya setiap kali sahur alhamdulillah mudah kejutkan dan terus bangun.

Setiap pagi time sahur,saya bancuhkan untuk mereka air mealshake ni.


Mealshake ni multivitamin dalam bentuk serbuk yang kaya dengan zat nutrisi. Bulan puasa ni biasalah kekadang takde selera nak makan sayur,buah-buahan pun bukan tiap hari ambilkan.Jadi pengambilan mealshake bantu cukupkan lompong-lompong zat nuttrisi yang berkurangan dalam badan.


Mealshake memang hidangan lengkap sesuai untuk tumbesaran anak-anak. Ia juga bantu atasi masalah sembelit dimana mealshake kaya dengan serat.

Minuman perisa vanilla ni sangat sesuai buat anak-anak yang susah mahu makan atau tiada selera makan.

Hanya bancuh 2 sudu dalam 1 gelas dan hidangkan setiap pagi bantu berikan kecergasan dan tenaga kepada anak-anak.


Alhamdulillah anak-anak dah takde merungut lapar atau haus sejak ambil mealshake ni. Diorang pun makan apa yang ada.tak memilih pun nak kuih itu ini..sonang kerja-kerja memasak umie tiap hari😂😂


Bagi anak-anak berpuasa,cubalah mealshake ni..Bantu anak-anak bertenaga sepanjang hari. Esok pun sekolah dah buka,lagilah perlukan tenaga tambahan.


Bulan ni ada promosi jimat - beli 3 canister mealshake ni dapat lagi 1 secara PERCUMA!

Memang masa terbaik bulan Ramadhan ni nak cuba mealshake dan berikan kepada anak-anak.

Apa yang ada dalam Mealshake?

1 : kalsium + vitamin D
● untuk tulang yang sihat dan kuat.Sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

2 : vitamin B6 + thiamin + riboflavin + #
asidfolik
● memelihara sistem saraf dan bekalkan zat vitamin

3 : vitamin A
● memelihara penglihatan yang baik

4 : vitamin C + E + B
● melawan jangkitan dan memperbaiki tisu badan

5 : protein + lemak + karbohidrat
● untuk perkembangan tumbesaran yang sihat, pemulihan dan tenaga..

6 : vitamin C
● memelihara gusi + gigi dan kulit yang sihat.

7 : sodium
● keseimbangan bendalir badan

8 : vitamin B
● penghasilan tenaga + fokus + daya tumpuan.

9 : serat pemakanan
● membantu sistem pencernaan dan mengatasi sembelit.

10 : vitamin A + C + E
● anti oksida untuk mengekalkan kulit yang cantik dan memperbaiki tisu..


Rasailah perbezaan dengan mealshake hari ini. Rasa vanilla berbau harum memang enak dan mengenyangkan.

Mealshake juga boleh di olah untuk hasilkan rezepi yang enak seperti lempeng mealshake, mealshake smooties dan sebagainya.


Mengapa anda dan anak-anak perlukan Mealshake?

1. Nutrisi Lengkap

Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’. Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.

*Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel

Kaya dengan protein (tidak manhandling  laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya.

*Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Tumbesaran

Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar.

*Sesuai untuk tumbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida

Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan.

*Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit

Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit.

*Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6. Detox

Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.

*Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.

Promosi JUN 2016 Buy 3 FREE 1.

Jom rasai mealshake enak hari ini. Insyaallah, mendapat khasiat yang baik,lebih kenyang dan bertenaga sepanjang hari.

Nak dapatkan promosi mealshake atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya seperti berikut:

Sms/whatsapp 016 358 9018
PM @ FB page : Impianz Shoppe
Instagram : @ vitaminsemulajadicorner


Wednesday, June 8, 2016

Berpuasa dengan bertenaga dan cergas di musim panas

Musim panas terik masih melanda beberapa buah tempat di negara kita. Di Selangor /KL ni cuaca panas terik juga. Di bulan Ramadhan,banyakkan bersabar dan kuat semangat ya berpuasa dalam cuaca panas ni.


Apa khabar ibu2 hamil,ibu2 menyusu dan anak-anak comel yang sedang berpuasa? Sudah 3 hari kita mengerjakan ibadah puasa.Camna setakat ni? Letih,lesu? Macam nak mati tahan dahaga?

Saya ingat pengalaman saya berpuasa menyusu baby umair ketika usianya 7 bulan ketika itu. Cuaca panas terik dan ketika itu saya melawat ibu saudara di Penang. Anakanda Umair pulak ketika itu sangat kuat menyusu. Hampir kering kontang dan terasa mahu pengsan ketika jam 5 lebih waktu petang. Allahu,nak menangis pun ada. Mak mertua ketika itu turut sama ada minta saya susukan je baby umair..masa ni takde bekalan stok susu dan susu tepung.Saya belum campur susu ketika itu.Ketika azan maghrib berkumandang,saya rasa nak menitis air mata. Nikmatnya air mengalir ke tekak ketika musim panas!

Bila musim panas berpuasa saya teringat kenangan ni..Pasti ada ibu-ibu yang alami masalah sama seperti saya.

Tahun ni saya berpuasa masih menyusukan adik hannah berusia 2 tahun setengah. Begitu susah nak wean off! Lagi kita bagitahu tak boleh hisap susu umie,lagi kuat tangisannya😂😂

Subhanallah,hampir setiap masa bersamanya dan faham-faham jela anak berada dekat dengan ibu ni.Pantang duduk ke baring ke memang menempel la..Memang kene kuat semangat dan perlu tenaga. Kalau tak memang lembik lesu seharian camni.


Sebagai ibu menyusu,saya memang perlu titikberatkan pemakanan dan minuman ketika bersahur dan berbuka.

Ibu hamil atau ibu menyusu jangan sesekali skip waktu sahur ya.Walau tak mampu nak telan nasi atau makanan lain,bersahurlah dengan sedikit kurma dan air atau boleh ambil set ramadhan bertenaga ni.


Paling mudah boleh bancuh atau shake set ramadhan ini (ESP,Mealshake dan Performance Drink).

Ketiga-tiga suplemen ni sangat membantu ibu-ibu untuk bertenaga dan kenyang dalam tempoh lebih lama.

Saya bersahur dengan 2 sudu ESP dan campurkan 1 sudu performance drink. Memang sedap macam bliss oren. Saya ambil segenggam nasi dengan sedikit sayur dan ambil 2,3 biji buah kurma.

Alhamdulillah saya mampu bertahan berpuasa sehingga berbuka dalam keadaan adik Hannah menyusu hampir 6-8 kali pada waktu siang. dan saya masih cergas bertenaga tidak lemau atau lesu terbaring.

Alhamdulillah saya yakin apa yang kita ambil pada waktu sahur sangat penting dan membantu untuk sihat bertenaga.


Anda juga boleh campurkan sedikit chia seeds dalam minuman ESP/mealshake.

Chia seeds juga memberikan tempoh kenyang lebih lama dan berikan tenaga.

Semasa berbuka puasa.anda boleh bancuh performance drink 1 jug terus untuk hidangan seisi keluarga. Insyaallah PD ni dapat bantu bekalkan bendalir dalam badan,berikan tenaga dan atasi masalah dehidrasi selepas seharian berpuasa.


Bagi anak-anak yang sedang berpuasa,mealshake dapat bantu bekalkan tenaga dan berikan zat vitamin dan mineral sepang berpuasa.

Alhamdulillah anak-anak saya dapat berpuasa sehingga habis tanpa keluh kesah lambatnya waktu atau melempet seharian.


Kebanyakan kita selesai berbuka pasti merasa mengantuk. Lagi-lagi yang berkerja seharian di pejabat.Sebagai refreshment dan tambah tenaga,anda boleh bancuh secawan cinch energy tea mix ni.

Minum suam-suam campurkan sedikit lemon dan madu memang sangat enak dan segar. Insyaallah tiada lagi menguap atau sengguk ketika solat.

Pastinya set tenaga ramadhan ini sangat mudah dan membantu seharian berpuasa.

Alhamdulillah semua dengan izinNya. Bulan puasa kita di galakkan untuk cergas bertenaga bukan tidur melepet dan lesu sepanjang hari.

Dan jika ada suplemen yang dapat membantu (insyaallah dengan izinNya),pastinya lebih indah untuk beribadah dan laksanakan aktiviti harian.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan suplemen ini boleh hubungi saya segera untuk pesanan.


Cuba sendiri set ramadhan istimewa ini.Insyaallah anda akan temui perbezaannya. Jangan lupa juga untuk ambil minuman kosong sewaktu sahur dan selepas berbuka secukupnya.

Untuk pertanyaan dan pesanan boleh hubungi saya segera seperti berikut:

👇👇
Sms/Whatsapp 016 358 9018
Pm @ facebook page : impianz Shoppe


Tuesday, June 7, 2016

Set Kolestrol Tinggi Shaklee Terbaik untuk turunkan bacaan kolestrol tinggi & bintik kolestrol

Kolestrol tinggi antara penyakit sembunyi yang boleh menyebabkan risiko penyakit kritikal dan merbahaya lain seperti sakit jantung, darah tinggi,stroke dan lain- lain.

Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia,hampir 9.6 juta rakyat Malaysia alami kolesterol tinggi..fuhh angka yang sangat tinggi. 



FAKTA NOMBOR

10,000   - rumah dipilih secara rawak bagi pengumpulan data NHMS 2015 30,000   - responden pelbagai umur dalam NHMS 2015

3.5 juta  - penduduk menghidap diabetes di negara ini  

1.8 juta  - penduduk tidak mengetahui mereka menghidap diabetes 

3.3 juta  - penduduk berumur 18 tahun ke atas mengalami obesiti 

1 juta     - kanak-kanak di negara ini mengalami masalah obesiti



Kolestrol tinggi boleh dikesan melalui tanda - tanda awal seperti

- kerap mengalami kebas kaki dan tangan
- kerap sakit kepala/migrain
- keluar biji-biji kolestrol/lemak kolestrol di sekeliling mata,muka dan leher
- sering alami kemurungan dan stress



Antara punca- punca terjadinya kolestrol tinggi :

Gaya hidup kurang sihat

Pemakanan tidak sihat - tinggi kandungan garam,makanan berproses,makanan segera

 sering stress/tekanan

 merokok dan mengambil alkohol

 masalah pada hati



Kolestrol terbahagi kepada 2 jenis iaitu ada koleastrol baik Hdl dan kolestrol jahat LDL..Tidak semua kolestrol perlu kita nyahkan. Kolestrol HDL penting untuk kesihatan kita.

Kolestrol kurang sihat/jahat/LDL yang merbahaya yang boleh menyempitkan salur darah dan boleh menyebabkan terjadinya serangan angin ahmar atau stroke.

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di atas segerlah bertindak menanganinya.

Kawal pemakanan tinggi garam,amalkan gaya hidup sihat dan berhenti merokok atau pengambilan alkohol.

Set Kolestrol shaklee dapat membantu anda yang mempunyai masalah kolestrol ini.

Terdapat beberapa suplemen yang bersesuaian yang boleh anda ambil untuk turunkan bacaan kolestrol.

Namun sangat penting juga anda menjalani ujian kolestrol atau berjumpa dengan doktor untuk kesan bacaan kolestrol anda.

Set kolestrol shaklee adalah suplemen semulajadi selamat tanpa bahan kimia merbahaya.

Salah satu suplemen terpenting dan khas untuk kolestrol yang perlu anda miliki adalah Phytocol -ST.

Phytocol - ST membantu menghalang penyerapan kolestrol tidak baik LDL dan merendahkan kolestrol tidak baik ini.

Kandungannya daripada campuran phytosterol seperti tumbuh-tumbuhan ,sayur-sayuran , buah-buahan dan bijirin.

Phytosterol adalah tumbuhan yang dijalankan lebih daripada 80 kajian dan ia terbukti berkesan menurunkan bacaan kolestrol ldl ini.

Pengambilan Phytocol -ST cukup mudah. Ambil 2 biji sebelum makanan berat seperti makanan berlemak,berminyak dll.

Ia bantu menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan yang di ambil daripada memasuki ke dalam salur darah.

Amalkan secara konsisten suplemen kolestrol ,Phytocol ini setiap hari.Pasti anda akan nampak perubahan dan dapat kurangkan bacaan kolestrol tinggi.

Ini adalah testimoni seorang pengguna Phytocol-ST. En Ethan memang mengamalkan suplemen shaklee yang lain tetapi untuk menguji keberkesanan penurunan kolestrol yang di alaminya,beliau berhenti seketika daripada pengambilan suplemen lain dan hanya mengambil Phytocol-ST sahaja. Dan keputusannya sangat positif dan mengalami penurunan dengan suplemen phytocol ini.

Testimoni kolestrol shaklee
Selain daripada Phytocol, Omegaguard juga dapat membantu menurunkan bacaan kolestrol dan memecahkan lemak yang sudah tersedia dalam badan.

Omegaguard juga bantu melancarkan peredaran darah,menurunkan bacaan darah tinggi dan membantu menghalang arteri darah daripada tersumbat.

Omegaguard di ambil selepas makan.

Sekiranya anda mengalami masalah kolestrol tinggi,saya cadangkan anda mengambil 2 suplemen ini.

Cuma suka saya nak highlightkan, suplemen ni bukan magic ya..Anda tidak boleh sesuka hati makan dan ambil makanan apa sahaja dan mengharapkan suplemen ini membantu turunkan dan cegah penyakit kolestrol anda.

Ambillah suplemen ini untuk bantu masalah kolestrol anda di samping pada masa yang sama anda ubahlah cara pemakanan,gaya hidup lebih sihat,jauhi alkohol dan berhentilah merokok.

Ada juga customer saya yang tanya memang confirm ke kolestrol atau biji kolestrol hilang?

Sekiranya anda amalkan pemakanan sihat,konsisten mengambil suplemen ini, ambil air kosong secukupnya,insyaallah sangat membantu.

Ia juga bergantung kepada individu.Yang penting anda perlu bertindak segera sekiranya mengalami masalah atau tanda-tanda kolestrol tinggi ini.

Cegah sebelum terlambat.

Cegah sebelum makin parah.

Sayangi diri ,jaga kesihatan diri sebaik mungkin. Nak- nak time berpuasa ni macam-macam makanan nak makan time berbuka dan time raya nanti pelbagai hidangan sedap dan enak menanti..Jadikan suplemen set kolestrol ini peneman diri anda setiap hari seperti anda nak kulit cantik

Sekiranya ingin mendapatkan set koleatrol ini boleh hubungi saya seperti berikut:.

SMS/Whatsapp 016 358 9018
PM @FB suhaila Johar

Jemput like  FB page : Impianz Shoppe 

/ Instagram @vitaminsemulajadicorner

Saturday, June 4, 2016

Rawatan yang di bolehkan ketika berpuasa


*REVISION RAMADHAN*

[FIKAH PERUBATAN]

Rawatan-rawatan yang tidak membatalkan puasa:

1) Ubat titis mata dan titis telinga.

2) Tablet nitroglycerin dan yang seumpama dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan untuk merawat sakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti vaginal suppository, pencucian (doush), vaginascope atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (digital examination).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan ke dalam badan melalui saluran kencing seperti
urethroscope, barium, pencuci urethra.

5) Menampal gigi, mencuci gigi atau menggosok gigi dengan siwak atau berus gigi selagi mana tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

6) Semua jenis suntikan kecuali Parenteral Nutrition (Fluid therapy).

7) Pendermaan darah atau menerima darah.

8) Bantuan oksigen atau gas pelali (anesthetic gases).

9) Semua jenis krim atau minyak yang disapu pada kulit walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang terserap ke dalam kulit.

10) Mengambil darah untuk ujian makmal.

11) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam saluran darah bagi tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana bahagian pada anggota badan (catheterization).

12) Laparoskopi yang dimasukkan ke dalam abdomen untuk tujuan pembedahan.

13) Semua jenis ubat kumur, seperti mouth-rinsing gargle dan penyembur mulut selagi mana tidak masuk ke dalam halkum.

14) Uteroscope atau IUCD (pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

15) Sampel organ yang diambil daripada badan seperti hati atau daripada mana-mana anggota badan (biopsy).

*Majoriti yang terlibat (pakar perubatan & Syariah) dalam persidangan tersebut memutuskan bahawa pesakit tidak batal puasa dengan rawatan berikut:*

1) Ubat titis ke dalam hidung (nasal drops) atau ubat asthma (inhaler).

2) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur). (Walaupun sebahagian ulama’ mazhab menghukumkan batal puasa, tetapi sebahagian yang lain tidak menghukumkan batal. –Untuk keluar dari khilaf elok jika rawatan dilakukan pada waktu malam selepas berbuka puasa- penulis).

3) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (general anesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

4) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui artificial kidney (dialysis) sama ada peritoneal atau hemodialysis.

5) Memasukkan gastroskop ke dalam perut dengan syarat tiada sebarang cecair atau apa-apa bahan rawatan disalurkan.

*Rujukan :*
*Persidangan IOMS ke-10 pada 1997 di Morocco bertajuk: “An Islamic View of Certain Contemporary Medical Problems” (Pandangan Islam terhadap Beberapa Masalah Kesihatan Kontemporari)*

*'Ilmuwan Berbakti, Teguh Sehati" "at-Taqwa, as-Syifa',ar-Rahmah"*

"Muslim Sejati,Generasi Rabbani"

*Unit Fikah Perubatan,*
*Jabatan Pembangunan Insan,*
*PERUBATAN 2016/2017.*

=====================
*Sedikit Pandangan saya*
=====================
Saya bersetuju dengan senarai perkara yang tidak membatalkan puasa berdasarkan kemudahan kepada para umat Islam untuk menjalankan rukun Islam tersebut. Tetapi perlu dilihat kepada beberapa keadaan:
1. Sakit itu sendiri sudah mengharuskan seseorang pesakit itu tidak boleh berpuasa. Sebagai contohnya pesakit yang diserang oleh serangan jantung. Pesakit akan diwajibkan mengambil ubat bawah lidah dan seumpamanya dan mungkin akan diberi bantuan gas oksigen bagi menyelamatkan nyawa beliau. Keadaan sebegini sudah tidak menjadi satu kewajipan untuk beliau berpuasa. Ini dinyatakan dalam Al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ.  أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

_"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa. (Iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka Barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), Maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (iaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, Maka itulah yang lebih baik baginya, dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"._ (QS Al Baqorah 183-184)

Boleh lihat ulasan berkaitan kategori sakit yang mengharuskan berbuka [http://suhazeli.com/wp/?p=1269]

2. Saya juga meraikan pandangan ulama setempat yang mengikut waqi mazhab yang digunapakai oleh mereka di sesatu firqah/negara. Terdapat perselisihan pendapat antara ulama fekah berkaitan penggunaan alat perubatan semasa puasa Ramadhan. Contoh yang biasanya menjadi perselisihan adalah penggunaan ubat sedut (Inhaler) bagi pesakit Asthma. Ulama Syafiiyyah lebih mengambil langkah berhati-hati dengan menghukumkan penggunaan Inhaler boleh membatalkan puasa ramadhan. Manakala ulama Hanafiah, Hanabilah dan Malikiyyah lebih longgar dalam menafsirkan definisi perkara-perkara yang membatalkan puasa Ramadhan. Di mana mereka menghukumkan penggunaan *inhaler bagi pesakit asthma adalah tidak membatalkan puasa*. Justeru tidak perlu diperdebatkan lanjut jika terdapat pesakit yang mengambil pandangan yang lebih memudahkan perjalanan ibadah mereka samada batal ataupun tidak.

Wallahua'lam

*Rijal Al Brangi*
Kuala Kangsar
4 Jun 2016


Friday, June 3, 2016

Promosi Shaklee Sepanjang Jun 2016

Assalamualaikum..welcome jun..pejam celik pejam celik haa dah separuh tahun 2016 dah kita berada.

Ramadhan pun tinggal beberapa hari sahaja lagi..Dah bersedia untuk menyambut ramadhan kali ni? Ibu-ibu menyusu mungkin dah get ready dengan bekalan stok susu untuk insan tersayang.

Bagi memeriahkan suasana Ramadhan yang bakal tiba,Shaklee telah perkenalkan  Set Ramadhan sejak bulan lepas lagi.

Set Ramadhan ini mengandungi suplemen yang terbaik yang dapat membantu badan cergas bertenaga,bakar lemak selepas berbuka dan membekalkan zat nutrisi yang seimbang.




Set Ramadhan ini terdiri daripada soy protein ESP,Mealshake,Performance Drink dan Lecithin.

Bagi ibu-ibu hamil dan menyusu yang risau tak larat,lesu dan risau tak cukup stok susu cubalah set ni..Insyaallah sangat-sangat membantu untuk berpuasa dengan baik.

Mealshake dan ESP boleh di ambil ketika waktu sahur. Kedua-duanya protein bermutu tinggi dan rendah GI yang bantu lepaskan tenaga secara perlahan-lahan. Jadi kenyang akan lebih lama dan perut dapat bertahan..takde lagi lemau-lemau lesu insyaallah.

Untuk mengekalkan kecergasan dan mengelakkan dehidrasi sepanjang berpuasa,Performance Drink dapat membantu bekalkan bendalir dalam badan.

Performance Drink perisa oren ini bebas pewarna,pengawet dan pemanis dan ia juga bebas karbonat. Ibu hamil dan menyusu juga boleh minum.

Selain itu,mealshake sangat penting untuk bekalkan zat nutrisi seimbang terutama kepada kanak-kanak. Bagi anak-anak yang mula berpuasa,pengambilan sepanjang sahur atau berbuka dapat lengkapkan zat yang lompong dan mealshake bantu bekalkan tenaga dan atasi masalah sembelit.

Mealshake enak perisa vanilla kegemaran kanak-kanak
Bulan ini juga Shaklee menawarkan promosi hebat untuk Mealshake. Promosi beli 3 canister percuma lagi 1

Mealshake boleh di ambil dari usia 1 tahun sehingga dewasa.

Lecithin juga terdapat dalam set ramadhan dan ia juga promosi untuk bulan ni di mana setiap pembelian 3 botol lecithin akan dapat percuma lagi 1 botol.

Lecithin bantu sebagai pengemulsi/pengurai lemak..Jadi sangat sesuai di ambil selepas waktu berbuka puasa untuk pecahkan molekul-molekul lemak .

Bagi anda yang sedang berdiet atau plan untuk turunkan berat badan, lecithin boleh bantu anda! Ia bukan ubat kurus tau.

Lecithin tiada bahan kimia merbahaya, 100% semulajadi,bebas pewarna,pemanis dan pengawet.

Harga sangat jimat jika anda beli time promo ni..

Saya sangat rekemen set ini kepada anda semua. Jika terbangun lambat sahur tidak perlu risau lagi nak makan sampai tercekik

Hanya shake kedua-dua protein yang terdapat dalam set ramadhan ni atau boleh cuba pelbagai resepi enak dengan ESP dan Mealshake ni.

Kalau time sahur tak lalu nak makan nasi atau makan berat,boleh shake protein ni atau buat lempeng oat + 1 sudu mealshake..fuhh sedap sangat.



Alhamdulillah ramai sudah buat persiapan Ramadhan dengan pembelian set ni..Insyaallah moga ia dapat membantu berpuasa dan melaksanakan ibadah sunat-sunat lain dengan penuh bertenaga dan sihat.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan promosi istimewa ini, samada promosi set ramadhan,promosi lecithin atau promosi mealshake boleh hubungi saya segera seperti di bawah.

Selamat berpuasa dan selamat menunaikan ibadah-ibadah lain.Semoga Allah terima segala amalan kita dan dipermudahkan segala urusan..Insyaallah ameen.

Untuk pertanyaan atau pesanan boleh hubungi saya segera

Sms/whatsapp 016 358 9018
PM FB Page : Impianz Shoppe
IG : @vitaminsemulajadicorner