Oct 13, 2015

Jus saderi dan epal hijau untuk turunkan bacaan darah tinggi

"An apple a day keeps the doctor away".

Pernah dengarkan kata-kata ni??Memang banyak khasiat buah epal ni.

Boleh bantu turunkan berat badan
Boleh bantu proses pelawasan/elak sembelit
Boleh kurangkan masalah kolestrol
Boleh bantu detoks usus

Hari ni nak share 1 resepi ringkas tetapi sangat berkhasiat iaitu jus epal + daun saderi.


Bagi anda yang mengalami masalah darah tinggi dan kolestrol,jus ini sangat baik untuk di amalkan dan insyaallah dapat membantu mengurangkan bacaan darah tinggi dan kolestrol.


Jus Saderi dan epal hijau

Cara membuatnya begitu mudah.

1.sediakan 2 batang daun saderi+1 biji epal hijau.basuh kesemuanya sehingga bersih
2. Potong kecil2 dan masukkan dalam blender..masukkan air secukupnya
3.blend dan tapis airnya. Jika tak nak tapis pun boleh.Tapi sedikit berserdak 
4. Sedia di minum.jangan campur gula ya..minum jus tanpa gula sudah enak dan sangat bagus untuk kesihatan.


Amalkan selalu selang sehari atau 4x seminggu. 

Insyaallah dapat membantu mengekalkan tekanan darah yang normal serta mengekalkan kesihatan yang lebih baik.

Selamat mencuba✌



1 comment:

  1. jus epal saya suka ... jus epal tambah saderi minum juga sebab nak sihat kononnya :)

    ReplyDelete