Jul 14, 2015

Pencuci Serbaguna dan Pencuci Pinggan Organik Mesra Alam

Menjelang hari raya,memang sangat sibuk uruskan pelbagai persiapan. Dari ruang tamu hinggalah ke dapur,semuanya mesti nak kelihatan cantik dan tersusun indah. Teringat pengalaman saya masa kecil-kecil dahulu,2,3 hari lagi sebelum menjelang aidilfitri,saya dan kakak akan membantu mengemop rumah,menukar langsir,tukar sarung kusyen dan pelbagai lagi. Hari tu memang hari cuci-cuci la..dari dapur,sampai ke ruang tamu..Habis semua tingkap kami kerjakan sampai cantik bersinar:-)




Kekadang sampai pedih jari-jari main sabun..Yerla seronok menyentalkan..Pasang pula lagu raya lagi bersemangat dan sakan nak beraya..hihi bestkan zaman kecik-kecik dahulu..

Tapi sekarang ni pun aktiviti mengemas memang rutin setiap hari. Memandangkan ada anak-anak dara sedang membesar,jadi saya sediakan kemudahan set pencuci yang selamat dan mesra alam supaya anak-anak pun boleh membantu dan dapat belajar seperti saya semasa kecil dulu.


Set pencuci yang mesti ada di rumah adalah Pencuci Serbaguna Basic H dan Hand Dish Wash yang organik,mesra alam dan selamat untuk kegunaan anak-anak.


Basic H 
Pelbagai jenis aktiviti cucian dapat di lakukan dengan Basic H ini..Sangat jimat dengan beberapa titis sahaja sudah berbuih dan dapat menangalkan kekotoran. Ia bukan sahaja untuk mencuci lantai,permukaan kotor,malah boleh membantu mengilatkan kereta,menghilangkan kotoran degil periuk dan menghilangkan bekas contengan dinding rumah.



                                                                                        Hand Dish Wash



Musim perayaan ni memang penuh selalu tetamu datang berkunjung. Dengan Dish Wash ini,hanya perlukan beberapa titisan sahaja bagi mencuci setimbun pinggan berminyak. 

Bestnya Hand Dish Wash ni:
  • Lembut pada tangan
  • Semulajadi, pencuci berasaskan tumbuh tumbuhan
  • Kaya dengan buih dan tahan lebih lama
  • Membuatkan pinggan bersih berkilau

Kegunaannya yang sangat jimat.Hanya beberapa titis sahaja dapat membersihkan timbunan pinggan mangkuk malah tangan pun tidak sakit dan mengelupas.





Keunikan Shaklee
Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan


Time raya nila nak ajak anak-anak membantu kita kan..Tapi kekadang sabun di pasaran ni sangat kuat toksik dan boleh merengsakan kulit.Lagi-lagi kulit anak-anak masih lembut cepat mengelupas dan pedih. Jadi dengan 2 cucian organik  ini iaitu pencuci serbaguna dan pencuci pinggan dapat membantu memudahkan kerja-kerja harian kita.


Harganya sangat berpatutan dan mampu milik untuk semua. Boleh di gunakan untuk aktiviti cuci-cuci di rumah keluarga atau keluarga mertua di kampung nanti,

Jika anda ingin mencuba produk BEBAS BAHAN KIMIA ini dan ingin membuat pembelian sendiri secara online menggunakan kad kredit/debit boleh click di bawah:




atau boleh juga boleh hubungi saya seperti berikut untuk mendapatkannya..




No comments:

Post a Comment