Jul 8, 2015

10 Cara Cepat Pulihkan Jahitan Selepas Bersalin agar Tidak Seksa Ketika Berpantang

Melahirkan bayi selepas 9 bulan membawa perut menjadi saat membahagiakan buat ibu. Tetapi jika mempunyai luka jahitan yang banyak dan teruk terutama luka episotomi amat mengerikan dan memerlukan penjagaan rapi.Namun jangan risau, beberapa tips luka jahitan cepat baik boleh anda lakukan dan insyaallah ia akan membantu cepat sembuh.


Masih teringat selepas melahirkan anak sulong dahulu,saya juga mengalami luka episotomi yang sangat menyakitkan. Doktor terpaksa koyakkan kerana saya tidak kuat untuk meneran bayi keluar dan hampir saya putus asa.Alhamdulillah selepas selamat melahirkan bayi baru terasa ngeri dan sakitnya di kawasan jahitan tersebut. Bayangkan nak duduk,nak bangun sangat sakit.

Saya merasa sangat stress menghadapi bayi yang baru lahir semasa di wad dalam kesakitan luka jahitan tu, Bersalin di hospital kerajaan,jadi semuanya perlu handle sendiri. Itulah pengorbanan seorang ibu yang tiada galang ganti,Ibu-ibu pernah tak alami situasi sama?? pasti tersenyum pahit bila teringat pengalaman istimewa ini,




Antara tips yang boleh pulihkan jahitan dengan cepat selepas bersalin:


  • Pastikan kerap menukar tuala wanita ketika pendarahan nifas banyak.Ini untuk mengelakkan jahitan kuman terjadi.
  • Lap kering di bahagian luka dengan kapas dan sapu minyak kuning yang diberikan. Kebiasaan doktor akan bekalkan ubat kuning untuk di sapu.
  • Basuhkan dengan air rendaman asam keping dan juga air garam.Ini untuk membantu luka cept baik
  • Elakkan dan atasi sembelit segera.Minum air kosong secukupnya supaya masalah ini dapat dielakkan. 
  • Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Gunakan bantal pelampung berbentuk bulat untuk mengelakkan tekanan pada luka.
  • Amalkan sitz bath iaitu merendam punggung dalam besin berisi air garam atau anda boleh membasuh luka dengan air garam
  • Lakukan senaman kegel seperti biasa.Ia membantu luka cepat sembuh.Lakukan setiap hari 100-200 kali sekali.
  • Sekiranya mengalami pembengkakan atau luka tidak sembuh dalam tempoh 2 minggu,berjumpalah dengan doktor sebelum keadaan semakin rumit.
  • Banyakkan pengambilan Zink dan Vitamin C bagi mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman. Supplemen set berpantang saya ambil ni alhamdulillah sangat membantu luka cepat baik dan badan pun bertenaga.
  • Minum air secukupnya.Jangan dengar khabar angin yang menyatakan jika mengambil air banyak akan menyebabkan rahim kembang. Ibu memerlukan air mengcukupi untuk penghasilan susu badan dan menggantikan semula air yang hilang.

Jangan biarkan diri terseksa sekiranya mempunyai masalah seram sejuk,masalah sembelit,masalah meroyan dan mudah letih dalam pantang. Hubungi saya segera supaya saya dapat bantu ibu atasi masalah tersebut. Hubungi saya seperti berikut:






1 comment:

  1. nice tips, tq for sharing ... follow jer nasihat nurse dan doktor kan, makan makanan seimbang, biasanya 3 minggu baik dah :)

    ReplyDelete