Oct 8, 2014

Perasmian Restoran Assam Jawa,Simpang Renggam

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

segala puji milik Allah..semua yang berlaku pada kita terjadi dengan izinNya..

Alhamdulillah pada 10 zulhijjah yang lepas,perasmian pembukaan restoren assam jawa telah di laksanakan di Simpang Renggam Johor.

Restoren ini adalah usaha bersama adik beradik suami..Alhamdulillah impian suami untuk buka restoren bersama  adik beradiknya  dah tercapai..Semoga Allah murahkan rezeki untuk kami..

Seronok tengok anak-anak 'JAWA' ni saling tolong-menolong..dari urusan kecil sehingga ke sebesar-besar perkara..Hasil usaha dan doa mak abah yang tak putus untuk kami jua..Syukur Alhamdulillah..

Semoga Allah murahkan rezeki kami hendaknya..

Di jemput semua yang berada di Simpang Renggam Johor terutamanya untuk singgah dan nikmati aneka masakan melayu johor..Bagi anda yang ingin ke sini,boleh exit ke tol simpang renggam dan menghala ke pekan simpang renggam..bangunan kami di sebelah kanan jalan utama.





Beberapa gambar yang sempat di ambil semasa program perasmian yang lepas..

Antara hidangan semasa majlis..


Daging Kambing masak kurma


Ubi rebus


Masak lemak sayur nangka


Kerabu pucuk ubi (yummy)










Insyaallah bakal beroperasi bermula 20 OKTOBER ini..

Jemput hadir ya anda semua jika berada di Johor :-)






3 comments:

  1. waa, bestnya ada kedai makan sendiri..tahniah Kak Sue!! :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tahniah k.su. mg terus dimurahkn rezeki sekeluarga.

    ReplyDelete
  3. terima kasih dee & sue..semoga kita dimurahkan rezeki sentiasa..ameen

    ReplyDelete