Sep 7, 2016

Cara Hilangkan Jerawat dengan Vitamin Semulajadi

Kulit berjerawat biasa terjadi bermula daripada usia remaja sehinggalah dewasa. Masalah kulit ini boleh di selesaikan dengan merawat puncanya.





Kini terdapat lambakan produk untuk hilangkan jerawat. Pelbagai jenis krim anti kulat ,anti jerawat di pasaran. Namun hati-hati ya. Jangan pula sampai tersalah pilih produk, boleh menyebabkan kulit muka akan jadi semakin teruk.

Hati-hati dengan penggunaan krim yang mengandungi agen pemutih berbahaya seperti  merkuri ,hidroquinone dan pelbagai lagi. Boleh semak senarai di sini samada produk anda gunakan selamat dan berdaftar dengan KKM atau tidak.


Kulit berjerawat boleh disebabkan pelbagai faktor, antaranya

  • salah menggunakan produk skincare
  • Masalah resdung yang teruk
  • Kurang pengambilan air kosong
  • Masalah hormon
  • Banyak pengambilan makanan berlemak dan berminyak
  • Kurang mencuci muka
  • Kehamilan
  • Persekitaran , habuk yang tidak bersih

Masalah jerawat ketika hamil kebiasaanya disebabkan oleh perubahan hormon. Ketika ini ibu perlu banyak bersabar. Kekadang jerawat sangat subur di belakang badan dan kulit wajah. Amalkan minum air kosong yang cukup,dan  kurangkan pengambilan makanan berminyak.Insyaallah selepas bersalin nanti masalah kulit ini akan hilang dengan sendiri.


Bagi yang mempunyai masalah berjerawat bukan di sebabkan kehamilan sangat penting untuk merawat dari dalam. Pemakanan yang baik seperti pengambilan protein yang mengcukupi bantu membina sel-sel kulit baru yang lebih baik menggantikan sel-sel yang telah rosak. Air kosong juga sangat penting untuk bantu buangkan lebihan toksik daripada badan. Sesekali boleh ambil air kelapa untuk detoks.


Ok sebelum tu, jom tengok dulu video ni. 

Kisah Cik Farizan yang mempunyai masalah jerawat kronik selama 7 tahun di sebabkan salah menggunakan produk kosmetik yang mempunyai bahan kimia. Macam-macam cara beliau buat untuk atasinya. Haa bagaimana akhirnya beliau dapat atasi masalah jerawat kronik ni sampai muka beliau sekarang dah licin,cantik dan gebu.






Selain mencuci muka dengan pencuci muka yang betul, pengambilan suplemen atau vitamin juga sangat penting untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan bermasalah ini.


Cara Menghilangkan Jerawat dengan Suplemen Semulajadi

Antara vitamin atau suplemen yang baik di ambil untuk kulit berjerawat dan bermasalah adalah seperti berikut:

- Vitamin C
- ESP
- Vitalea
- B Complex

Kesemua ni sangat penting untuk mendapatkan kulit yang sihat. Ini adalah set asas kulit dan tambahan yang lain adalah seperti berikut:

Alfafa Complex ( boleh di ambil sekiranya anda sanggup minum air kosong lebih) - sebagai detoks
Garlic Complex - antibakteria DAN antibiotik semulajadi 
Zinc Complex - membantu mengecutkan jerawat
GLA Complex  - mengawal keseimbangan hormon badan


Kesemua suplemen ini boleh di ambil mengikut jadual makan di tetapkan. Namun sangat-sangat penting untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat dan masalah kulit ni mengambil air kosong dengan cukup.


Berat 25 KG = 1 liter air

Jadi anda boleh kira sendiri berapa banyak jumlah air diperlukan setiap hari. Paling senang isi siap-siap air dalam 1 botol ( 1 liter). Cuba habiskan setiap separuh hari. Insyaallah anda akan kalih dan biasa selepas konsisten.


Cara hilangkan jerawat secara semulajadi









Vitamin C,vitamin E dan ESP antara pilihan ramai pengguna yang alami kulit berjerawat dan berparut ni. 

Penting untuk kita baiki dalaman badan kita, 

- ESP bantu rawat sel-sel rosak dan gantikan dengan sel-sel baru supaya tidak berulang masalah sama dalam tempoh lama.

- Vitamin C bertindak sebagai kolagen , membantu mengecutkan jerawat , mencerahkan kulit

- Vitamin E bantu pudarkan parut jerawat dan sebagai antioksidan membantu menentang radikal bebas yang juga boleh menyebabkan kerosakan sel dan kulit.


Bulan september ini ada berita gembira untuk peminat protein ESP dan Vitamin C kerana ada promosi hebat yang boleh anda grab! 


Promosi ESP & Vitamin C :  Beli 6 Percuma 1 @ beli 2 less 5%


Untuk dapatkan promosi ini, anda boleh buat pembelian sendiri di SINI dan hubungi saya untuk panduan cara makan atau boleh contact saya seperti berikut:




Sep 6, 2016

3 Doa Penting Jangan Sesekali Tinggal Ketika Sujud

Assalamualaikum.,

Sedikit perkongsian daripada Syeikh bin Baz mengenai doa yang sangat penting kita minta dan amalkan ketika sujud




1. Mintalah diwafatkan dalam keadaan khusnul khotimah
 ١. اللهم إني أسألك حسن الخاتمة
Allahumma inni as'aluka husnal khotimah
Artinya : " Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah "





2. Mintalah agar kita diberikan kesempatan Taubat sebelum wafat

٢. اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت
Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut
Artinya: " Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat "




3. Mintalah agar hati kita ditetapkan di atas Agamanya.


٣. اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi 'ala diinika
Artinya: " Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU "



Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, kerana tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Syurga Allah.





credit: http://www.kumpulankonsultasi.com/

Sep 5, 2016

Rahsia Nenek Berusia 54 Tahun Kelihatan Cantik dan Awet Muda

Hari ni dalam group business dan newsfeed FB kawan-kawan, ramai yang share dan kagum dengan kecantikan seorang wanita yang juga seorang nenek berusia 54 tahun ni

Nama beliau Puan Khadijah.


Haa percaya tak kalau tengok gambar ni usia 54 tahun?? Ramai yang teka akhir 30an atau awal 40 an usianya..CANTIKKAN?





Rahsia Puan Khadijah kelihatan awet muda dan cantik 



Beliau konsisten ambil ESP setiap hari. Ini ibu vitamin katanya.. ESP adalah protein terbaik untuk lengkapkan keperluan protein dan asid amino penting dalam badan. Sangat penting untuk hasilkan sel-sel badan yang sihat,






Selain itu , Puan Khadijah juga konsisten dengan pengambilan Alfafa Complex lebih 5 biji sehari. Raja Segala Tumbuhan ni bantu singkirkan toksin daripada badan..Haa badan dah takde toksin memang kulit confirm cantik. Beliau juga konsisten multivitamin Vitalea,B Complex dan Vitamin C.

dan sekali-sekala beliau ambil Vivix dan Collagen Powder yang memang dah sedia maklum vitamin untuk awet muda dan kulit cantik:-)



Paling penting kene konsisten. Beliau sudah ambil shaklee selama 19 tahun..Haaa bukan sehari dua atau sebulan tau!


Jadi kita yang muda-muda ni nak kelihatan cantik,awet muda dan jelita di usia 50 an nanti,amalkan la pengambilan suplemen dengan konsisten.


Yang penting carilah suplemen semulajadi yang di jamin selamat dan berkesan.



Bulan September ni pun ada promosi ESP dan Vitamin C. Memang best time untuk grab promosi ni pada harga lebih jimat.






Jom sape-sape nak cantik ,awet muda macam Puan Khadijah,mehla PM sue ya:-)





Sep 4, 2016

Cara Hilangkan Parut ChickenPox yang Hodoh

Nak hilangkan parut chickenpox bukan mudah bukan? Orang kata jika kena chickenpox jangan sesekali mengambil kicap dan terkena hujan..Nanti parutnya semakin teruk..Wallahualam.





Pengalaman saya terkena chicken pox ketika usia 10 tahun. Sorang demi seorang adik,kakak dan abang saya kena serentak,Memang sungguh menyeksakan. Masa tu kat kampung ada seorang bidan yang pandai buat tepung tawar. Beliau baca ayat-ayat alquran dan tiup pada tepung dan air.

Tepung tersebut kami bancuh dan sapu keseluruh muka dan badan. Manakala air tersebut pula untuk di minum. Alhamdulillah selepas 10 hari semakin baik dan tidak meninggalkan kesan parut yang teruk.


Chicken pox ini adalah di sebabkan oleh virus Varicella -zoster (VCV)


Chicken pox kebiasaannya bermula dengan biji air di sekitar perut,muka, dan seluruh badan. Gatalnya ketika chicken pox ni boleh menyebabkan nak menggaru sepanjang masa. Memang kesian jika masih bayi atau kanak-kanak menghadapinya.


Chicken pox boleh jadi lebih bahaya jika menjangkiti mereka yang mempunyai imun rendah seperti kanak-kanak,ibu hamil dan orang tua.

Cara Hilangkan Chicken Pox:

  • minum banyak air untuk elakkan badan dehidrat
  • ambil paracetamol sekiranya demam
  • sapu krim seperti calamine losyen
  • sapu krim herbal blend untuk atasi gatal-gatal
  • jauhkan makanan bergaram
  • jauhkan makanan bersitrus
  • Kuatkan sistem imun badan dengan vitamin C,Garlix dan Nutriferon
Ketika serangan teruk chickenpox, ambil nutriferon (immune booster)

Sekiranya anda mengalami masalah parut chicken pox yang banyak dan hodoh boleh ambil vitamin semulajadi berikut:


Suplemen Vitamin C, Vitamin E dan ESP sangat baik untuk masalah kulit dan hilangkan parut chicken pox yang hodoh ini.


ESP adalah protein terbaik yang bantu perbaharui sel badan dan membantu kulit lebih cerah dan sihat

Vitamin C adalah antioksidan yang baik yang bantu cantikkan kulit,cerahkan kulit dan bertindak sebagai kolagen dalam badan.

Vitamin E juga antioksidan terbaik untuk memudarkan parut chicken pox,parut jerawat dan sebagainya. Minyak vitamin E sangat baik dan boleh di gunakan untuk sapu pada kulit. Urut secara perlahan-lahan pada kawasan berparut,ia akan menembus jauh ke dalam kulit untuk membaiki tisu-tisu parut tersebut.


Kisah Pengalaman Ngeri Penghidap Chicken Pox

Saya nak kongsikan kisah En Zamri seorang pensyarah yang mengalami chicken pox ketika berusia 43 tahun.

**************



Nama saya Zamri Rosli. Saya merupakan seorang Pensyarah di salah sebuah universiti tempatan di Bintulu, Sarawak. Saya nak berkongsi pengalaman saya menggunakan produk Shaklee ketika dijangkiti virus chicken pox pada tahun lepas.

Pada 12 Oktober 2015 merupakan hari pertama saya dijangkiti virus chicken pox. Selepas 3 hari virus mula mengganas dan menjadi amat serius. Bayangkan seluruh badan dan muka saya mengelembung kesan virus cacar diusia 43 tahun pula tu. Doktor juga telah mengatakan bahawa cacar pada usia saya ini memang akan menjadi sangat teruk berbanding kesan cacar pada usia kanak-kanak.

Doktor bagi saya antibiotik yang paling power untuk saya makan bagi membunuh virus dan bagi mengekang ianya dari mengganas. Chicken pox ni kalau kena di usia dewasa memang boleh mencapai tahap yang paling teruk ya.

Saya bertahan di rumah sahaja, isteri menyuruh saya ke hospital melihatkan keadaan saya yang terbaring tidak bermaya, tetapi saya tidak mahu.Tiada ubat untuk cacar ni, saya hanya bergantung kepada painkiller dan antibiotik yang diberi oleh doktor sahaja. 

Bayangkan kesakitan apabila gelembung-gelembung cacar ni mulai pecah, pedih yang amat. 
Nak ambil air sembahyang dan ke tandas, Allah saja yang tahu pedihnya.. boleh nangis ooo.. Orang kata kesan parut cacar seperti yang saya alami ini akan mengambil masa hampir setahun lamanya sebelum ianya hilang.

setahun untuk hilangkan parut???

Ketika saya perasan saya dah dijangkiti oleh chicken pox, isteri saya mula memberi vitamin Shaklee untuk saya makan. Seingat saya, dia berikan saya satu sachet Nutriferon dan sebiji Garlic Complex. Katanya untuk tingkatkan antibodi saya. Saya tak pikir panjang saya ikut jer cakap dia, sebab saya nak sembuh cepat.Setiap hari “dipaksa” makan dan banyak minum air ok. 


Selepas hampir 2 minggu saya menahan kesakitan seluruh anggota badan dan muka akibat kesan cacar yang pecah, akhirnya atas saranan isteri, setiap hari makan Nutriferon dan Garlic Complex juga ubat dari doctor, saya telah sembuh. Kesan cacar tu pula cepat kering. Alhamdulillah masalah kepedihan semakin berkurangan dan waktu malam tu boleh tidur lena.

Satu lagi masalah kalau cacar ni bukan saja badan dan muka, tapi sampai ke tekak pedih tak terkira..nak makan pun tak selera. Tiga hari tak lalu makan ok, bertahan dengan air yang diberi oleh isteri sahaja.

Oleh kerana saya kurang selera makan masa tu, isteri saya menyarankan untuk mengambil ESP sebagai penambah tenaga walaupun saya agak kurang percaya kesan ESP ni.. magiknya ESP ni boleh buat saya rasa kenyang dan lebih bertenaga la pulak. Sebelum ni saya tak pernah sentuh pun ESP ni, tengok jer isteri saya duk kocok-kocok dan minum.

Sedar tak sedar setelah hampir seminggu selepas gelembung-gelembung bisa pecah, konsisten dengan mengambil ESP, Zinc Complex dan juga vitamin C secara megadose, kesan cacar pada muka dan badan saya telah mengering dengan kadar yang cepat.. happynya rasa masa tu tak tahu nak cakap.. saya masuk kerja minggu ketiga selepas kena cacar, berkurung dalam pejabat je,tak nak jumpa orang, malu.

Pada minggu ke empat ada gak kawan-kawan yang tanya.. "uihhh cepat kering cacar you boss" apa produk you guna..saya senyum je malas nak cerita..

Untuk mempercepatkan proses pemulihan kesan parut pada wajah, isteri saya juga telah menyarankan saya untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E Complex.. saya kata kat isteri.. mahal tu belanja nak cantikkan kulit muka.. tapi isteri saya kata cuba je dulu untung-untung lagi cepat pulih kesan parut cacar ni. Dia tak bagi saya ambil krim-krim untuk tepek kat muka, katanya kalau nak parut hilang terus, baik rawat secara dari dalaman, ada juga kawan-kawan yang cadangkan pakai krim itu krim ini, tapi saya tak ambil, hanya sapu Bio Oil sahaja dan makan vitamin Shaklee.

So saya ikut je saranan isteri untuk mengambil ESP, VITA C dan VITA E secara megadose, walaupun agak kurang yakin pada mulanya, pada usia saya ni mana mungkin kulit boleh pulih semula.. ahhh mustahilah fikir saya.. tapi dah sebab isteri yang suruh makan.. ambik je la..

Tapi berkat kesabaran isteri saya tu dalam masa duk makan dan tak makan ESP, VITA C & VITA E tu dalam masa sebulan je, saya nampak perubahan pada parut di badan saya semakin pudar dan hampir pulih sepenuhnya.. so ada la dalam hati saya kata (kalau ku tahu cepat kesan ambik ESP, VITA C & VITA E ni baik aku ambik tanpa miss satu hari pun.. hehe).




Customer lain yang dapat manfaat daripada set chicken pox ni:





Parut chicken pox hilang dalam masa 2 bulan selepas mengambil ESP dan Vitamin C Shaklee


Lihat, kulit semakin sihat dan cantikkan?? Memang rawatan dalaman sangat penting untuk ganti sel-sel badan yang baru dan lebih sihat.


Nak dapatkan set chicken pox ni boleh hubungi saya seperti berikut:




Sep 2, 2016

Rahsia Kulit Bertambah Berseri dan Bebas Jerawat dengan Set Cantik Vitamin Semulajadi

Assalamualaikum..

Masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kusam, masalah parut muka dan pelbagai lagi sering terjadi kepada sesiapa sahaja.


Hari ni nak share 2 suplemen yang sangat baik untuk kulit sihat dan berseri. Selain penjagaan diri, alat solek dan bahan kosmetik, rawatan dari dalam juga memainkan peranan penting bagi memastikan kulit berseri dan sihat.

Protein dan Vitamin C sangat penting untuk dalaman dan luaran yang sihat.



Protein boleh di dapati daripada ESP







Kebaikan dan Manfaat ESP :


ESP adalah protein soya non GMO bermutu tinggi yang mempunyai pelbagai khasiat. 



  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah

Pelbagai khasiat ESP di sini 



Manfaat ESP untuk kecantikan kulit :




1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan

Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan memperkuat otot bagi memastikan kita sentiasa bertenaga. Kandungan yang terdiri daripada Asid Amino membina dan memperkuat otot tubuh, kuku, rambut, darah, organ, kulit dan kelenjar. ESP juga mengandungi 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.



2. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal



 ESP merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan dan bertindak sebagai agen anti-penuaan. Mengembalikan keanjalan kulit supaya kulit kekal cantik dan gebu. Di samping memperkuat otot sekaligus mempercepat pemulihan luka dan menghilangkan parut.



3. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi



Ramuan utama ESP Shaklee adalah kacang soya non-GMO. Kacang soya atau nama saintifiknya Glycine Max dianggap salah-satu daripada 7 “super-foods” yang wujud di dunia. Hasil kajian para saintis telah membuktikan lecithin dalam soya dapat melancarkan peredaran darah, menyahtoksin bahan buangan sel dan mencegah berlakunya pigmentasi dan kulit berjeragat,

4. Membantu menguatkan akar rambut dan rambut gugur


Fungsi lecithin soya ini juga melambatkan proses rambut beruban, menyelesai masalah keguguran rambut dan rambut yang mudah putus. 

5. Menguatkan kuku rapuh


Kukuh rapuh atau mudah patah sangat menyukarkan kerja-kerja harian dan menyakitkan. Dengan pengambilan konsisten ESP dapat membantu mengatasi masalah kuku lembut atau mudah rapuh ini.



Artikel berkaitan protein ESP yang perlu anda tahu: (klik untuk baca)


Kenapa anda perlu memilih soya ESP non GMO?


Apakah soya punca GDM / diabetes ketika hamil?


Resepi enak bersama soya ESP


Testimoni ESP



1) Kepentingan Vitamin C ( Vita C Plus Sustained Release)


Vitamin C tidak dapat di hasilkan oleh badan, jadi perlu sangat mengambil vitamin C daripada buah-buahan,sayur-sayuran dan supplemen.



Jadi sangatlah penting untuk anda pilih vitamin C yang semulajadi. Hati- hati ya kerana banyak vitamin sintetik di jual di pasaran. 

Istimewanya Vitamin C Shaklee ini ia adalah 'sustained release' iaitu melepaskan vitamin c ke dalam badan setiap jam selama 5 jam. Jadi vitamin C tidak membazir dan jika berlebihan ia akan di salurkan melalui pembuangan air kecil.




Kebaikan Vitamin C

  • Menyembuhkan luka, kesan terbakar dan gusi berdarah
  • Mempercepatkan proses penyembuhan selepas pembedahan
  • Mengurangkan kolestrol dalam darah
  • Berfungsi mengelakkan jangkitan virus dan bakteria
  • Meningkatkan sistem imuniti badan
  • Mengurangkan risiko dari terkena kanser
  • Mengelakkan terjadinya nitrosamines (satu unsur yang menyebabkan kanser)
  • Pelembut najis yang semulajadi
  • Mengurangkan risiko darah beku di saluran darah
  • Membantu mengurangkan selsema
  • Menguatkan sel protein dalam badan dan bertindak sebagai anti-aging
  • Meningkatkan penyerapan zat besi
  • Merendahkan risiko terkena alergik atau alahan
  • Membantu badan untuk dapat tekanan darah yang sihat
  • Mengurangkan kehilangan ketumpatan tulang
  • Mengelakkan terkena penyakit scurvi

Artikel berkaitan Vitamin C Plus Sustained Release ( sila klik link di bawah)

5 sebab kenapa anda perlu memilih vitamin C Plus ni 


Testimoni Vitamin C Plus


Kebaikan Vitamin C Plus



Apa Kata Pengguna yang telah mengambil ESP dan Vitamin C



Kulit lebih lembut, jerawat hilang dan tumit kaki tak pecah
dark circle bawah mata dah hilang, jerawat susah timbul


Rambut kurang gugur dan kuku pun dah tak patah


Penangan set cantik - Kulit lebih halus,cerah dan tona sekata


kulit bersih glowing, tiada parut lagi


Kulit semakin baik,parut semakin pudar


Tiada lagi masalah kulit kering dan kusam


Kulit lebih cerah,gebu dan tidak berminyak


Kulit rasa licin,jeragat makin pudar,selulit hilang


Jerawat hilang ,kulit makin cantik

Ramai yang mengambil kedua-dua suplemen ni sangat berpuas hati. Bukan setakat kulit semakin cantik berseri, jarang-jarang jerawat naik dah, malah antibodi juga semakin kuat, jarang demam dan selsema,  dan rambut juga sudah kurang gugur.


Nak beli ESP atau Vitamin C menggunakan kad debit/kad kredit sendiri? boleh klik link di bawah ye. 


Pembelian ESP dan Vitamin C



atau sekiranya ingin membuat pembelian melalui saya boleh hubungi melalui whatsapp (klik di sini ) atau melalui cara berikut: