Showing posts with label Set berpantang shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set berpantang shaklee. Show all posts

Sep 4, 2018

Set Berpantang Shaklee: Bolehkah Di ambil Ketika Bayi Demam Kuning?

Set berpantang Shaklee sangat baik untuk ibu. Ia bukan setakat makan ketika berpantang tapi boleh teruskan makan sehingga menyusu.
Saya dapat beberapa pertanyaan dari ibu yang takut untuk mengambil sebarang set bersalin kerana takut demam kuning akan memberi kesan buruk kepada bayi.


Suka saya nak ingatkan, Set Berpantang Shaklee ni BUKAN daripada campuran herba kecuali Alfafa Complex
Jadi ia memang selamat untuk di ambil oleh ibu sejak hari pertama berpantang lagi.
Dan sekiranya bayi mengalami demam kuning, ibu TIDAK PERLU BERHENTI makan set ini kerana ia tidak memberi kesan merbahaya kepada ibu dan bayi Insyaallah

Set berpantang Shaklee ni telah di ambil oleh ramai ibu dan di akui oleh ramai ibu sangat baik untuk pemulihan badan dan penyusuan susu ibu.

Set berpantang Shaklee terdiri daripada Vitalea, B complex, ESP, Vitamin C dan Ostematrix. 
MULTIVITAMIN VITALEA :
  • Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
  • Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral.
  • Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin 
  • mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


B COMPLEX WITH ACID FOLIC :
  • melegakan sistem saraf, memberikan ketenangan kepada seluruh badan, mengelak masalah meroyan dan mengurangkan stress pada ibu
  • Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah
  • Menukarkan makanan yang di ambil kepada tenaga - ibu akan lebih bertenaga
  • Memelihara kulit dan lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin - kulit makin lembut dan cerah


ESP : 
  • Protein ESP daripada sumber soya Non GMO baik untuk penghasilan susu dan membantu susu lebih pekat
  • Pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan sel-sel badan
  • Meningkatkan tenaga
  • Memudarkan parut strechmark


VITAMIN C :
  • Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
  • Membantu pemulihan luka supaya cepat sembuh
  • Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit

OSTEMATRIX :
  • Pil kalsium ini sangat penting untuk ibu berpantang dan menyusu
  • Ia bukan setakat kalsium biasa malah mengandungi Magnesium, Vitamin D dan zat mineral lain
  • Pengambilan setiap hari membantu badan cergas, mengatasi masalah sembelit, mengelak serangan kejang kaki dan otot serta mengurangkan sakit pinggang


TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE:

Jom baca kisah menarik puan Nadim yang bersalin secara czer dan beliau mengambil set berpantang shaklee ini

[SIHAT, BERTENAGA DAN SUSU BANYAK DENGAN SHAKLEE MEMENUHI IMPIAN SEMUA IBU BERPANTANG]

Hai semua. Assalamualaikum!
Nadim nak share sikit pengalaman berpantang anak yang pertama ni dengan set berpantang Shaklee.
.

Sebenarnya set yang Nadim ada untuk berpantang ni adalah set vitamin yang memang Nadim dah makan sejak 3tahun lepas lagi.
.
Tapi sebab baru first time mengandung kan, so lagi konsisten la Nadim ambik setiap vitamin tu. Tak nak la pulak jadi apa-apa kat anak.
.
Lagi2 sejarah keturunan keluarga belah arwah mak Nadim memang banyak and hampir semuanya GDM masa mengandung yang terus lekat diebetes sampai akhir hayat dan keguguran banyak2 kali. And Nadim BEBAS GDM!
.
Masa berpantang Nadim ada vitamin B complex, zinc complex, vitalea, oste, vitamin C dan Omega guard. Tambah 1 lagi vivix yang memang Nadim beli khas untuk berpantang. Masa ni belum lagi minda terbukak untuk minum ESP yang super famous tu.
.
Alhamdulillah berkat konsisten makan setiap hari vitamin2 ni, hasilnya luka Nadim cepat baik. Cepat bercantum elok cumanya benang jahitan tu je lah rasa tak selesa.
.
Daripada dalam ward lepas bersalin lagi Nadim dah ada susu yang warnanya sangat kuning dan pekat. Zayyad dah menyusu daripada minit-minti pertama dia lahir lagi dan masa tu dia sangat bersih walaupon belum dimandikan. Menjadi ibu kepada anak yang pertama ni jadi igauan ramai ibu2. TAKUT TAKDE SUSU!
.
Tapi alhamdulillah, sejak daripada awal lagi memang dah follow bab penyusuan susu ibu. Segala ilmu dah dikorek dan hanya tinggal apply je. Dan alhamdulillah juga, berkat kerajinan dapatla 2 tong nasi besar bawak balik EBM frozen stock selepas 2bulan berpantang kat kampung. Zayyad takde jaundis yer walaupon Nadim darah O.
.
Nadim berpantang dengan inlaw yang mana tak bagi makan buah pon masa pantang. Bayangkan nutrisi apa je yang ada. Karbohidrat dari nasi dan protein dari ikan, dan sayur yang dah dibuat tumis air. Sayur kompem takde nutrisi sebab dah layu gila lepas dimasak.
Kurang nutrisi menyebabkan luka lambat sembuh dan ibu kekurangan tenaga!
.
Tapi semua berjalan lancar. Sepanjang berpantang, semua orang cakap macam tak pantang pon. Bertenaga! Mandikan anak sendiri, mandi sendiri,drive sendiri ke klinik untuk checkup sebulan, makan memang la sendiri. Hihi.
.
Muka Nadim pon tak pucat. Rambut masa tu pon tak gugur. Darah nifas sangat lancar. Kalau darah yang tak lancar ni bahaya yang boleh sebabkan ibu rasa sakit gila dalam perut macam nak bersalin lagi!
Owh lupa! Lepas 2 minggu, berat dah kembali 55kg dan habis pantang berat dah 54kg!
.
Tu lah pengalaman nadim dengan set berpantang shaklee. Sembelit pon takde bila konsisten makan ostematriks. Jangan tak taw, sembelit adalah salah satu mimpi ngeri yang amat bagi ibu berpantang.
.
Yang bestnya, set tu lah daripada dulu 3 tahun lepas hingga lah sekarang menyusukan anak yang dah berumur 10bulan. Stretchmark Nadim yang macam harimau belang dah hilang masa Zayyad umur 6-7 bulan lagi!
.
Vitamin Shaklee memang awesome! InsyaAllah takkan cari set lain dah untuk seterusnya pon!
.
Cadangan Nadim, kalau korang takut nak makan jamu2 yang akan menyebabkan anak terkena jaundis dan dalam masa yang sama nak kembali sihat, langsing dan bertenaga serta susu banyak, Shaklee PILIHAN PERTAMA!

================

Haa, cadangan Nadim ni saaya sokong sangat..Ramai ibu takut ambil set bersalin nanti tak boleh makan sebab baby kena kuning tak boleh nak makan. Jangan risau, set berpantang shaklee ni insyaallah boleh ambil time anak kena kuning pun...tak perlu nak tunggu..sejak hari pertama berpantang dan time anak kena kuning boleh makan dengan selamat. InsyaAllah badan pun cepat pulih, bertenaga nak jaga baby.

Lagi Testimoni set berpantang Shaklee di SINI

Berminat untuk dapatkan set berpantang/ Set bersalin shaklee boleh whatsapp saya di 016 358 9018 / boleh klik di sini

Mar 17, 2017

Resveratrol Bantu Pulihkan Luka dan Bagi Ibu Bertenaga sepanjang Berpantang

Ibu dalam pantang memerlukan penjagaan rapi dan berpantang dengan betul bagi membantu badan lebih sihat dan pulih sepenuhnya.

Di zaman moden sekarang ni ramai ibu yang mengambil mudah dalam konsep berpantang. Ada ibu hanya berpantang makanan , masih mengikut cara dan adat lama -- makan nasi putih bersama ikan kering. Ada yang catu bekalan air minuman dan pelbagai lagi.




Jika di ikut cara ini kemungkinan ibu akan mengalami kekurangan zat di samping sukar untuk menyusukan bayi. Proses berpantang memerlukan pemakanan yang lengkap zat nutrisi, air kosong yang cukup juga bagi membantu melawaskan aka mengelak masalah sembelit.


Pemilihan set berpantang juga sangat penting. Lagi-lagi sekiranya ibu mempunyai anak lain yang perlu di uruskan, risiko untuk penyakit kuning yang memerlukan ibu berulang-alik ke hospital, bayi yang kerap bangun malam dan sebagainya. Proses berpantang sebenarnya memerlukan rehat yang cukup, tenang ketika berpantang supaya tiada masalah stress / meroyan dalam pantang dan sebagainya. 

Set berpantang pilihan saya setakat ni masih saya guna Set Bersalin Shaklee. Dalam set bersalin shaklee ni ada B Complex, Multivitamin Vitalea, Vitamin C, Ostematrix, Alfafa Complex, Ostematrix dan ESP.

Manfaat Setiap Vitamin dalam set bersalin


Banyaknya kak..Boleh telan ke semua ni?? Haa ibu-ibu jangan risau.. ada jadual makan setiap vitamin ni..bukan telan sekaligus.

Alhamdulillah selepas amalkan dengan konsisten set ni saya perasan luka luaran cepat baik, badan bertenaga walau anak kerap berjaga malam, pengeluaran susu badan meriah, anak pun menyusu cepat kenyang dan walau anak kena jangkitan kuning still boleh makan. 

Suplemen ni bukan setakat bantu bekalkan tenaga kepada ibu, malah bantu juga ibu dalam penyusuan bayi, bantu elak masalah sembelit yang sering di hadapi oleh ibu-ibu berpantang, legakan saraf, kurangkan dan legakan sakit pinggang dan seluruh badan, serta bantu baikpulih luka dengan cepat.


Testimoni Set Berpantang Shaklee











Selain Set Berpantang ini, Resveratrol dalam vivix juga sangat baik bagi membantu baikpulih sel badan ibu dan berikan tenaga dan kesihatan menyeluruh kepada ibu.



Mengapa ibu berpantang baik untuk amalkan tonik vivix?

Kerana Vivix dapat bantu Memperbaiki sel

Proses kelahiran samada normal atau caesar, kedua-duanya akan melalui proses episiotomi, yakni dijahit.



Resveratrol di dalam Vivix membantu untuk memperbaiki dan menghasilkan sel-sel baru yang lebih sihat. Jadi luka jahitan cepat sembuh, kering dan kurang risiko bernanah.

Ada yang memberikan feedback bila mengamalkan Vivix, luka caesar mereka sembuh dalam masa seminggu.

Berbanding mengamalkan ikan haruan, doktor kurang menggalakkan kerana didapati akan menyebabkan adhesions.











Kebaikan vivix untuk ibu berpantang:

Menyembuhkan organ peranakan dan
Memulihkan kesihatan rahim selepas bersalin.
Memulihkan luka bersalin sama-ada luka luaran atau dalaman.
Mengembalikan kecantikan tubuh.
Mengelakkan stress atau gila meroyan


Sekiranya ibu sedang berpantang atau sedang menunggu masa kelahiran bolehla mengambil tonik kaya resveratrol ni. Jika ada luka pembedahan czer insyaallah luka cepat baik.

Pilihan terbaik untuk rawatan ibu agar dapat berpantang dengan mudah, hati lapang dan paling seronok jika luka cepat baik dan pengeluaran susu badan melimpah ruah kita pun dapat berpantang dengan hati gembira kan..

Ibu sihat insyaallah bayi pun sihat:-)

Sebarang pertanyaan atau inginkan set bersalin atau tonik vivix untuk tempoh berpantang ibu nanti boleh hubungi saya seperti berikut:







Nov 17, 2016

Set Berpantang Shaklee Bantu Ibu Cergas dan Tiada Masalah Sembelit

Bulan ni ada beberapa orang kenalan dan jiran selamat menimang cahaya mata..owh seronoknya hati kan..Yang mendengar pun seronok apatah lagi yang menerimanya.Bila tatap wajah anak di kandung buat pertama kali mesti tersenyum puas..pandang wajahnya,matanya,hidungnya, mulutnya..owh sungguh ketenangan tak dapat di ungkap dengan kata-kata. Speechless..walau banyak kali kehamilan perasaan itu tetap sama.

Image result for ibu berpantang


Proses kehamilan dan bersalin memang memerlukan tenaga tambahan dan kekuatan luar biasa. Ajaib sungguh Allah berikan kekuatan kepada wanita yang lemah dapat menahan sakit yang teramat. Sebab itu perlu kita hormati dan kasihi ibu kita selepas Allah dan Nabi.

Hari ni nak share sikit pengalaman Testimoni Set Bersalin Shaklee. Set berpantang ni memang saya dah makan dan ambil semasa berpantang anak ke empat. Memang tak terasa seperti berada dalam pantang. Badan cergas, bertenaga je walau anak kerap bangun malam dan susu pun alhamdulillah cepat terhasil.

Boleh baca pengalaman manis saya di sini: 

Pengalaman Berpantang anak ke 4 dengan bantuan suami sahaja


Jom baca perkogsian Puan Asilah yang berpantang dengan set Bersalin Shaklee untuk anak kedua beliau.

Set pantang Shaklee bantu berikan tenaga berpanjangan dan luka cepat sembuh


Hai, nama saya Asilah. Berumur 27 tahun, ada 2 orang anak. Sorang boy dan sorang girl. Yang boy tu, dah 3 tahun 4 bulan. Yang girl tu pulak, baru 7 bulan lebih.
.
.
Ok, saya nak share something yang bestt sangat dengan anda semua. Rugi sangat sapa yang tak baca sampai habis ni. Hihi..Saya ada pengalaman bersalinkan anak saya dengan cara yang berbeza. Si abg tu, bersalin secara czer. Yg si adik tu pulak, bersalin normal. Alhamdulillah anak2 saya sihat, saya pun ok. ;)
.
.
First time rasa betul-betul jatuh cinta dengan Shaklee, sebab set pantang ni lah..Masa tu, saya baru beranakkan anak sulung saya. Firas Ammar dilahirkan secara czer seberat 3.5kg.Dah balik rumah, kak ipar saya hadiahkan set pantang Shaklee ni. Tapi masa tu dia bagi VITALEA, ZINC, B COMPLEX dan VITA C je.
.
.
Memang sebenarnya saya tak beli apa-apa set pantang lagi pun masa tu. Rezekii...Hehe...Tanpa sebarang jamu, saya hanya bergantung kat set pantang Shaklee ni 100%..Saya tak join membership Shaklee lagi tau time ni, kak ipar saya je yang bergiat aktif dengan Shaklee. Dalam hati kata la jugak, ok ke Shaklee ni...Vitamin je pn...Selalu orang pantang amek jamu kan..huhu...
.
.
14 hari berpantang, berat saya turun, back to normal. Macam sebelum mengandung, 46kg...Sukaa sangat-sangat la..Dah bersalin czer, anak sulong pulak tu kan.Saya hanya bergantung sepenuhnya kepada set pantang Shaklee.
.
.
Yang anak kedua ni pun, saya amalkan set pantang Shaklee. (Vitalea, B Complex, Vita C Plus, Zinc, Ostematrix dan ESP) Walaupun bersalin normal, saya senang nak buang air besar. Seawal hari ke-3 berpantang, saya dah buang air besar. Ostematrix 
tu best, melembutkan najis dan sekaligus menyenangkan saya untuk ke toilet. Legaa sangat-sangat. 

.
.
Set pantang ni bukan je bagi luka bersalin saya cepat baik, tapi memberikan tenaga berpanjangan. Seriously saya cakap, set pantang ni memang best! Even malam-malam berjaga susukan baby, tapi bila siang tu, tak rasa sakit-sakit kepala pun..(B Complex hindar stress). ESP tu memudarkan strech marks tau..Tak la nampak perut tu hitam je dari kesan strech marks. 
.
.
Bila saya share cerita set pantang ni dengan kawan-kawan saya, mostly memang akan pilih set pantang ni sebagai pilihan mereka ketika berpantang. Alhamdulillah, apa yang saya kongsikan ni, saya dah lalui dan rasa sendiri kehebatan Set Pantang Shaklee.



Haa bestkan..paling seronok sebab takde masalah sembelit dalam pantang ni. yang pernah alami sembelit atau memang sukar membuang saya suggest sangat ambil Ostematrix seperti yang di maklumkan di atas. Pengalaman saya sendiri ambil, hari pertama kat wad lagi dah membuang..Tak perlu lagi nak tahan-tahan sakit ni. Perit tau sembelit ni..Kalau di biarkan boleh menjadi buasir lagi teruk jadinya.

Ibu-ibu yang masih mencari set berpantang mana yang sesuai, saya suggest cubalah set berpantang ni. Memang berbaloi beli dan guna. Bukan setakat dalam pantang perlu ambil malah sampai menyusu boleh makan tau. 

Best tak perlu risau anak kene demam kuning tetap boleh makan seperti biasa. Lagilah kalau bayi demam kuning ni kita perlu extra tenaga kerana perlu ulang alik pergi hospital ambil darah, perlu susu banyak (ESP boleh membantu) untuk cepat demam kuning turun. 


Jom baca lagi pengalaman ibu-ibu lain yang sudah mengambil set berpantang shaklee di link berikut:




Sekiranya ibu berminat untuk mendapatkan set bersalin shaklee ini boleh hubungi saya seperti berikut:






Sep 13, 2016

Set Kehamilan Shaklee Bantu Saya Bebas Masalah Darah Tinggi dan GDM

Pengalaman hamil dulu-dulu sering letih lesu sepanjang hari..berkerja sebagai programmer lagi menambahkan stress dan tekanan darah selalu tak stabil..selalu nurse geleng kepala dan perlu repeat ambik bacaan BP.

+ tetiba ada diabetes plak time preggy..haru sungguh nak kene p cucuk kat jari kat klinik ambik bacaan BSP 4 kali sehari..teringat memori ni memang serik sungguh.

Anak ke 3 saya start guna set Menyusu,anak lelaki memang hisap susu banyak. Alhamdulillah,dengan set Menyusu bajet #ESP + #alfafacomplex time tu dapat supply susu dgn cukup dan badan memang bertenaga.

Hamil anak ke 4 saya teruskan ambik set hamil sepenuhnya.Antara suplemen yang saya ambil adalah B Complex, Vitalea, Vitamin C, Ostematrix,Omegaguard dan ESP.



set kehamilan dan set berpantang shaklee



SET KEHAMILAN SHAKLEE BANTU LENGKAPKAN ZAT NUTRISI IBU


Bila doktor dah tahu saya makan shaklee, beliau minta saya teruskan makan je suplemen ni. Dah tak bagi dah pil vitamin klinik. Lagi bagus katanya. Dah lengkap set hamil awak makan ni.

Time checkup, doc juga puji HB cantik, bacaan BP stabil x naik macam dulu2 dan bestnya takde lagi bacaan gula tinggi atau masalah GDM sepanjang preggy.Alhamdulillah syukur sangat.

Selepas bersalin, dalam wad biasa saya ambil protein tinggi ESP untuk berikan tenaga selepas kepenatan melahirkan bayi dan saya telan 4 biji Ostematrix . Alhamdulillah, badan bertenaga sampai nurse pun tanya eh awak tak tido ke? Tak penat ke? Bestnya jugak dapat membuang pada hari pertama berpantang tanpa rasa takut-takut lagi.

Set hamil ni sebenarnya boleh consume sehingga berpantang dan menyusu, Manfaatnya sama untuk kesihatan menyeluruh. Bestkan?? Takdelah membazir.

Alhamdulillah,sekarang saya masih guna walaupun adik Hannah dah nak masuk 3 tahun. Suplemen memang penting bukat setakat untuk kehamilan,penyusuan atau berpantang malah lebih daripada itu!


Pemakanan seharian kita selalu tak seimbang. Zat nutrisi juga tak cukup. Bila badan lopong dengan zat nutrisi, cepat sangat penyakit nak singgah. Lagi zaman sekarang macam-macam virus ada, jadi sangat penting suplemen zaman ini.

Saya guna,saya rasa dan saya just share kepada ibu-ibu semua. Mungkin ada yang pernah serik dengan pengalaman hamil sebelum ni dapat merasai momen indah dengan set kehamilan shaklee ni.

Jom baca kisah Puan Najihah ni kenapa beliau meneruskan pengambilan set hamil dan set berpantang shaklee untuk bayi keenam beliau.


Pengalaman Puan Najihah Bebas Masalah Sembelit Teruk dan Kejang Kaki dengan Set Hamil Shaklee




Assalamulaikum. Saya nak kongsikan kisah benar saya menggunakan Set Kehamilan dan Set Berpantang Shaklee.
Saya sekarang adalah ibu kepada 6 orang anak berusia antara 5 bulan hingga 11 tahun termasuk sepasang kembar yang berusia 9 tahun. Saya mula kenal Shaklee pada penghujung tahun 2011 sebelum hamil anak ke-5. Saya mengambil keputusan untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee apabila saya disahkan hamil anak ke-5 dan lepas bersalin saya teruskan dengan Set Berpantang Shaklee.
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Complex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!
Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan.
Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan.
Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!
*****************************************************************************************************************


Momen indah menjadi ibu semestinya kenangan tidak boleh di lupakan seumur hidup. Bagi ibu-ibu yang sering alami masalah kesihatan tidak memuaskan sepanjang hamil,cubalah set hamil dan set berpantang shaklee ni. Insyaallah sangat membantu ibu-ibu semua.


Sebarang pertanyaan atau ingin dapatkan kehamilan dan berpantang ni boleh hubungi saya seperti berikut: