Nov 20, 2018

Cara Bayar U Mobile Secara Online (guna Maybank2u)

Kali ini saya nak share tutorial bagaimana untuk buat bayaran bil U mobile menggunakan Maybank2u. 
Pembayaran bil melalui online ini sangat mudah. Tak perlu lagi kita susah payah nak ke stokis atau agen berdekatan untuk buat pembayaran. Jadi jimat masa dan boleh buat pembayaran bila-bila masa sahaja
Kebiasaannya pihak umobile ni akan hantar reminder di sms untuk buat pembayaran. Jadi boleh semak sms takut-takut termiss kan. Zaman sekarang ni dah jarang sangat guna sms jadi kadang bila masuk message tu terlepas pandang.

Contoh sms yang di terima maklumkan untuk buat pembayaran. No akaun juga di sertakan bagi memudahkan kita isi nombor ni nanti

Langkah-langkahnya:
1) Login ke akaun Maybank2u. Jika baru pertama kali perlu daftar dahulu (Website Maybank2u). Sekiranya dah berjaya register, boleh login masukkan username dan password 
2) Kemudian, di ruangan atas akan nampak Pay & Transfer ( klik di sini) 
3) Di bawah tab Payee, di ruangan payee tu boleh type U Mobile, nanti dia akan keluar yang di cadangkan dan klik pada U Mobile tu


4) Popup Customer Account No akan muncul. 

Isi no akaun ( boleh refer pada sms yang di terima sebelum ni jika lupa)





5) Setelah no akaun di masukkan, nama yang di register tu akan muncul, so betullah no akaun yang di masukkan jika nama itu betul. Isikan jumlah bayaran dan No telefon anda. Kemudian klik pay






6) Anda akan terima TAC no di sms, masukkan no tac dan pembayaran sudah selesai sekiranya berjaya.

7) Anda akan menerima sms sekali lagi sebagai makluman bayaran sudah di jelaskan



Senang sahajakan. Jimat masa, mudah. Di mana-mana ada access internet, dah boleh buat pembayaran online ni.




Sekiranya bermanfaat, boleh share artikel ni di FB atau medium lain.

Terima kasih

===================================================================

Berminat untuk dapatkan suplemen shaklee boleh direct whatsapp di 016 358 9018 atau klik di sini




No comments:

Post a Comment