Jan 8, 2018

Tips Kecantikan Kulit: Rawat Jerawat dengan Buah Naga

Siapa suka buah naga? Haa ada warna putih dan juga warna garang ungu! Saya lebih suka warna ungu. Betul ke warna ungu atau korang panggil merah?





Harganya boleh tahan juga mahal di pasaraya.

apapun warnanya, buah naga ni sangat kaya dengan Vitamin C, B1,B2,B3 dan mineral seperti zat besi, kalsium dan fosforus. Maka tak hairanlah ia di gelar 'super fruits'

Banyak khasiat yang terkandung dalam sebiji buah naga ni. 

Ia sangat baik untuk memerangi penyakit kanser, mengurangkan risiko serangan jantung, mencegah diabetes dan sangat baik untuk pencernaan.

Kandungan seratnya juga tinggi. 

Kandungan Vitamin C yang tinggi dalam buah ini di katakan mampu merawat masalah jerawat.



Haa korang yang ada masalah jerawat tak segan-segan tiap bulan memang asyik keluar je tu boleh ambil buah ni.

Caranya mudah sahaja : 

ambil sedikit buah naga dan sapukan pada tempat berjerawat.
Bilas menggunakan air suam selepas 20 minit.
Ulangi langkah ni 2 kali seminggu untuk kulit bebas jerawat.


Haa senangkan..dah boleh jadikan lulur atau masker terus ni.


~ Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment