RASA letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung hingga mereka terlepas pandang dan menganggap ia perkara normal sehingga ia tidak diberikan perhatian serius.
Kebanyakan ibu hamil mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu adalah kesan akibat perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya bagi seorang daripada tiga wanita, masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya.
Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
Kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
Dianggarkan wanita memerlukan kira-kira 50 peratus lebih banyak zat besi ketika hamil iaitu pertambahan jumlah daripada 15mg/dl kepada 27mg/dl sehari.
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Kenapa HB rendah @ anemia sangat merbahaya bagi ibu dan bayi?
Ibu hamil yang mengalami HB rendah mudah mengalami sesak nafas,pening kepala dan mudah pitam.Jika semasa hamil atau semasa bersalin HB ibu rendah,ia boleh menyebabkan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran,kelahiran pramatang,bayi kecil dan paling membimbangkan boleh menyebabkan ibu meninggal dunia.
Bagi bayi pula kesan HB rendah dapat di lihat melalui usia kandungan kehamilan:
1. Kandungan kurang dari 5 bln (<20 minggu)
Pada masa ini bayi sedang melalui proses organogenesis i.e pembentukan organ2 seperti kepala, tangan, kaki, jantung, otak, dan anggota2 lain. Jika darah kurang pekat (<11g/dl), jika jantung tidak terbentuk dgn sempurna, bayi akan gugur. Jika jantung dpt dibentuk tetapi darah terlampau cair bayi mungkin hidup tetapi cacat(eg. tiada kaki & tangan dgn sempurna). Jika bayi sempurna sifat tetapi darah cair akan melambatkan pembentukan otak bayi, mungkin bayi akan selamat di lahirkan tetapi kurang pandai.
2. Kandungan 5 bulan ke 7 bulan (20-28minggu)
Ketika ini bayi kita telah sempurna pembentukan sifat dan anggota badan tetapi jika Hb terlalu kurang bayi tidak dapat berdenyut dengan baik dan akhirnya bayi boleh mati dalam kandungan.
3. Kandungan 7 bulan ke atas(28-40 minggu)
Sifat bayi telah sempurna dlm usia begini tetapi jantung bayi masih bergantung pada kepekatan darah (Hb). Jika Hb terlalu cair/rendah (<9g/dl), jantung tidak kuat dan ada risiko untuk bayi mati dalam kandungan. jika jantung mampu bertahan tetapi anggota badan lain dapat sedikit, bayi akan lebih kecil saiznya tetapi mungkin selamat dilahirkan.
Bacaan HB
Wanita hamil yang mempunyai kepekatan darah lebih 11g/dl adalah normal manakala yang mencatat 9 hingga 11g/dl menunjukkan masalah anemia ringan, 7 hingga 8.9g/dl pula anemia sederhana dan bacaan kurang daripada 7.0 mengalami masalah anemia tahap teruk.
Pemakanan seimbang
Zat besi juga amat penting untuk sesiapa sahaja yang merancang untuk memperoleh zuriat dan juga kepada ibu menyusu.
Golongan ini disarankan meningkatkan pengambilan makanan kaya zat besi seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, kekacang, tembikai, labu, bijan dan tauhu.
Untuk supplemen pula,kebiasaannya doktor akan membekalkan dengan pil zat besi.
Vitamin C tambahan disyorkan diambil bersama makanan kerana diketahui meningkatkan serapan zat besi manakala teh dan kopi mengurangkan serapan zat besi jika diambil satu atau dua jam sebelum mengambil zat besi tambahan.
Kalsium tambahan pula disyorkan diambil secara berasingan daripada zat besi, contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan zat besi.
Dalam Shaklee,Vita-lea with iron formula boleh membantu ibu hamil meningkatkan bacaan HB.Disamping pengambilan vita C 500mg ia juga dapat membantu meningkatkan serapan zat besi dalam badan.
Sepanjang pengalaman saya hamil,saya consume set kehamilan shaklee iaitu b complex,vitalea,vita c dan juga ostematrix.Alhamdulillah masalah HB rendah langsung tidak pernah ada tercoret dalam buku merah.
Malahan doktor yang check saya setiap bulan juga menyokong vitamin saya ambil ini.Jadi tidak perlu lagi untuk mengambil vitamin dari klinik.
Anda ingin mencuba?
jom dapatkan promosi vitalea pada bulan ini dengan harga super duper jimat.Setiap pembelian akan disertakan bersama konsultasi cara makan.
Hubungi saya seperti berikut
Suhaila
sms/whatsapp: 016 358 9018
FB page:impianz shoppe
Email:sufiyah44@gmail.com
COD area: Bangi,Kajang,Mines,Uniten
Pos laju seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment