Jul 9, 2013

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil untuk Kekal Cergas

Assalamualaikum..
Ahlan wasahlan ya Ramadhan..syukur alhamdulillah Allah pertemukan kita denga nbulan penuh keberkatan dan rahmat.

Bagi ibu-ibu hamil insyaallah saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh di amalkan sepanjang Bulan Ramadhan ni untuk kekal cergas dan sihat pada bulan mulia ini.

Amat penting bagi ibu untuk menjaga pemakanan terutama ketika bersahur dan berbuka.Pastikan ketika bersahur,anda menikmati hidangan lengkap yang boleh memberi tenaga pada siang hari.

Antara menu cadangan sahur:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh 
  • Banyakkan makan buah kurma yang kaya dengan serat dan zat besi
  • Makan oat/bubur gandum
  • Buah-buahan seperti pisang,betik
  • Jus minuman - oren dll
  • Air masak mencukupi
**Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda kekeringan/nyah hidrat




Antara cadangan menu berbuka yang sihat:
  • Elakkan pengambilan kuih-kuih yang manis yang banyak di jual di pasar ramadhan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah sembelit
  • Makanan berkarbohidrat seperti nasi,mee dan roti gandum
  • Sup ayam
  • Hidangan lengkap salad dan buah-buahan
  • Minuman jus,milo dan elakkan minuman berkafein
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Namun sekiranya ketika berpuasa,anda mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan bolehlah mengambil rukhsah dengan berbuka dan dapatkan nasihat doktor segera.

Sekiranya anda ingin mencari supplemen ketika hamil,pilihlah suplemen yang selamat dan semulajadi.

Antaranya adalah : set might3 gem - ESP,Mealshake dan Performance drink





Insyaallah gabungan ketiga-tiga set ni mampu memberi tenaga dan membuat anda kekal cergas di bulan puasa ni.

jika anda berminat boleh hubungi saya untuk konsultasi cara makan dan promosi jimat sempena bulan istimewa ini..


Saya doakan semoga ibu-ibu di luar sana akan kekal sihat dan cergas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna;-)







No comments:

Post a Comment