Jul 6, 2015

5 Cara Mengatasi Serangan Asma pada Anak supaya tidak kerap mengambil Inhaler


Asma boleh menyerang sesiapa sahaja bermula sejak kanak-kanak.Kebiasaan ia akan dikesan ketika berumur antara 2-5 tahun. Dalam kebanyakan kes, gejala asma hilang apabila kanak-kanak meningkat dewasa, tetapi ada juga yang berlanjutan sepanjang hayat terutama jika pesakit tidak diberi rawatan sewajarnya. 

Punca asma sukar ditentukan dengan tepat kerana ia disumbangkan banyak faktor seperti genetik dan persekitaran. Oleh kerana sehingga kini tiada ubat dapat menyembuhkan asma, ia dianggap penyakit sepanjang hayat. Ketiadaan serangan atau gejala bukan bermakna asma anda sembuh, tetapi ia dalam keadaan terkawal.






Tanda-tanda Serangan Asma:



  • Sering batuk
  • Bunyi kroh ketika bernafas
  • Dada merasa sesak
  • Sukar untuk bernafas
  • Cepat letih ketika melakukan aktiviti harian
  • Termengah-mengah apabila menaiki tangga
  • Sukar tidur malam
  • Lebih sensitif kepada allergi



Apa yang perlu ibu bapa lakukan jika ada anak penghidap asma?



  • Pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan serangan asma tidak menjadi semakin buruk.Nikmati pemakanan seimbang dengan melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu minyak ikan, penggunaan minyak zaitun, bawang merah dan putih serta pengurangan garam juga didapati boleh membantu mengurangkan gejala asma. 
  • Lakukan beberapa perubahan pada gaya hidup dan kediaman iaitu menjadikan senaman atau aktiviti cergas sebagai rutin keluarga
  • memastikan anak mengambil rawatan setiap hari, udara dalam rumah tidak terlalu lembap, rumah sentiasa bersih dan tiada haiwan peliharaan di dalam rumah. 

  • perkara paling penting ialah berhenti merokok sekiranya si ayah menghisap rokok. Pada sesetengah kanak-kanak, bau asap rokok yang melekat pada baju juga sudah boleh menyebabkan mereka sukar bernafas. Inilah sebabnya sesetengah pesakit kecil lebih kerap mendapat serangan walaupun ibu atau bapa tidak merokok di dalam rumah. 
  • mulakan aktiviti kecergasan untuk anda sekeluarga. Aktiviti mudah seperti berjalan cepat di taman, bermain badminton, berbasikal atau sekadar menari mengikut alunan lagu kegemaran juga boleh memberi kesan yang baik kepada anda sekeluarga khususnya pesakit asma. 

Encik Akmal tidak lagi bergantung kepada Inhaler


No comments:

Post a Comment