Wednesday, December 31, 2014

PROMOSI TERAKHIR VITAMIN SHAKLEE 2014

Hari ini hari terakhir tahun 2014! 

dan hari ini juga hari terakhir bagi anda yang ingin grab promosi yang di tawarkan oleh shaklee..







Beli 6 vita c Plus Sustained Release PERCUMA 1
Beli 6 Vitamin E PERCUMA 1
BEli 3 Collagen Powder PERCUMA 1

owh..banyak sangat penjimatan ni..Pulangan berganda-ganda..malah boleh dapat pulangan bonus/cashback semula bulan hadapan..

Boleh dapat keahlian percuma ( jimat RM65)


Untuk collagen Pwder,anda boleh beli hari ini sahaja..kerana collagen ini dihentikan penjualan selama setahun untuk pembaharuan lesen.Jadi sangat-sangat rugi kalau anda yang ingin kulit cantik mulus lepaskan peluang ni..lagi2 memang sangat jimat jika anda grab promosi ini!!



JOM GRAB!! Hanya tinggal HARI INI SAHAJA sehingga 11.59PM


untuk ketahui kebaikan dan faedah setiap supplemen ini boleh rujuk entry saya yang lepas:

PROMOSI SHAKLEE JIMAT HABIS

MANFAAT DAN KEBAIKAN VITAMIN C

PANDUAN MEMILIH VITAMIN E

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN COLLAGEN POWDER SHAKLEE


Ramai pengguna sudah mencuba suplemen-suplemen ini..Berikut adalah TESTIMONI pengguna yang telah menggunakannya:


TESTIMONI VITAMIN C

TESTIMONI VITAMIN E

TESTIMONI COLLAGEN POWDER



TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE
TESTIMONI VITAMIN C





JOM GRAB!! Hanya tinggal HARI INI SAHAJA sehingga 11.59PM


Hubungi saya segera untuk pertanyaan dan order:

SMS/WHATSAPP : 016 358 9018 (sue)
FB PAGE :https://www.facebook.com/impianzshoppe?fref=ts



Monday, December 29, 2014

INFO PENTING UNTUK MANGSA BANJIR YANG MEMILIKI KENDERAAN

INFO PENTING UNTUK MANGSA BANJIR...

Kebanyakan harta benda akan musnah jika “banjir” sudah mengetuk pintu rumah anda, termasuklah kereta. Malang sekali, hampir semua insurans kereta tidak memberi perlindungan jika kereta dilanda bencana alam, seperti ditimpa pokok, diterbalikan oleh ribut kencang, dan termasuklah kereta yang ditenggelami air banjir.

Apabila terkena banjir teruk, kereta yang ditenggelami separa atau sepenuhnya sering diklasifikasikan sebagai “totaled”, “gone case”, lalu terpaksa dilupuskan. Walau bagaimanapun, sesetengah kereta ini, berakhir di kedai kereta terpakai.

Pembeli perlu berhati-hati, kerana tidak semua peniaga akan berterus terang dengan anda apabila kereta tersebut pernah rosak disebabkan banjir, dan ia bakal menjejaskan kewangan anda suatu hari nanti. Walaupun kereta kelihatan baik dan seolah-olah berfungsi dengan baik , masalah yang bakal menelan belanja mahal boleh muncul kemudian hari disebabkan hakisan karat yang terus menjalar di dalam komponen kritikal. Selain daripada wang, kereta seperti ini boleh membahayakan pemandu dan mungkin boleh membawa maut.

Perkara Pertama Anda Perlu Lakukan Selepas Banjir - Apabila Kereta Tenggelam Semasa Banjir:
Apabila banjir telah surut, anda perlulah buat pemeriksaan ke atas kenderaan anda.
  • Jangan hidupkan atau cuba hidupkan enjin kereta seandainya kereta anda tenggelam semasa banjir.

Tindakan menghidupkan enjin akan menyebabkan kereta anda mengalami kerosakan lebih teruk. Pastikan pihak kereta penunda, atau ejen bengkel tidak berbuat tindakan serupa - satu taktik kotor untuk anda bayar lebih bagi ganti kerosakan.
Apabila enjin dihidupkan, aliran elektrik mengalir ke dalam semua sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer (untuk kereta suntikan elektronik) dan sekiranya masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, akan berlaku litar pintas yang mana alat tersebut akan alami kerosakan serius dan terpaksa diganti.
Kos untuk sebuah kotak komputer adalahlebih kurang RM1000 -- RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna. Tindakan di atas juga akan menyebabkan kesemua sensor yang biasanya akan beroperasi semasa kita menyalakan suis injin kita terbakar dan biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Contohnya, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak kotak gear mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak kotak gear tidak sekata dan paling lama kotak gear tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan kotak gear terpaksa diganti (harga untuk kotak gear baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).
Apabila sampai ke bengkel, periksa bahagian yang terkena air terutama bahagian elektronik dan rungkaikan semua kereta anda keseluruhannya termasuk kesemua penutup alat elektronik.

Periksa palam pencucuh kereta anda. Pastikan ianya tidak berair. Kalau berair maksudnya air telah masuk ke dalam enjin. Periksa juga minyak enjin. Pastikan minyak enjin tidak bercampur air. Dan tidak terkecuali periksa minyak petrol. Selepas semua peralatan elektronik telah dipastikan kering sepenuhnya (biasanya 2 atau 3 hari).
Boleh dihidupkan injin tetapi jangan cuba jalankan kereta kerana kotak gear belum diperiksa.periksa dulu benda benda ini
Sekiranya enjin boleh dihidupkan, murahlah belanja jika tidak mungkin akan mencecah ribu-ribu. Periksa minyak kotak gear, biasanya ia berwarna merah dan kalau bercampur air, warnanya akan bertukar menjadi warna air bandung (merah susu).

Jika bercampur air, tukar minyak gear, jalankan kereta untuk 2-5 minit dan periksa kembali minyak gear. Ulang tindakan ini sehingga minyak kotak gear menjadi betul-betul merah jernih atau tidak bercampur air.
Biasanya proses ini perlu diulang sehingga 7-8 kali dan akan menggunakan lebih kurang 15-20 liter minyak kotak gear. Sekiranya tiada kerosakkan yang melibatkan peralatan elektronik, kos cuma akan melibatkan upah, minyak enjin, minyak kotak gear dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air seperti penapis udara (original).
P/S : washing machine, peti ais n brg2 elektrik dan lain lain pun mcm tu.... jmur dulu bg kering pastu baru on..
credit:

[FB : Lai Fatt Chua]

Sunday, December 28, 2014

Tips solat ketika musim banjir

Salam takziah kepada semua mangsa banjir di Pantai Timur dan beberapa kawasan lain seperti Kuala Pilah,Johor dan Perak.Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka untuk
meneruskan kehidupan.

Berikut adalah tips untuk solat untuk seluruh mangsa banjir dan petugas yang membantu mangsa banjir di tempat-tempat terlibat.

Islam.itu sangat mudah.Namun solat sangat penting dan wajib dilaksanakan walau suasana genting dan sukar.Semoga Allah mudahkan semua urusan seharian kita.

Friday, December 26, 2014

GiveAway untuk Bloggers



Jom join..Ada rezeki boleh menang pelbagai hadiah menarik:-)

Click pada banner atas untuk join..

Thursday, December 25, 2014

bantuan mangsa banjir Pantai Timur

Jumlah banjir di Pantai Timur makin meningkat..Keadaan semakin membimbangkan berikutan kenaikan air sangat deras..Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul..


Ya Allah,sesungguhnya hanya Engkau sebaik-sebaik penolong.Semoga Engkau selamatkan semua mangsa banjir,petugas-petugas dan semua haiwan ternakan di sana..



Jom sama-sama kita hulurkan bantuan..Semoga sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka di sana..Saya tak dapat bayangkan tinggal atas bukit,bersesak-sesak dalam bangunan aras 4 tu..Allahu..Hanya Allah sebaik penolong..


Ni akaun alumni saya sekiranya tuan-puan mahu sama-sama menyumbang..boleh Like FB--PERSATUAN GENERASI PRIHATIN






Pihak GenP telah membelanjakan sebahagian daripada kutipan tersebut untuk barangan keperluan mangsa banjir. Antara barang yang telah dibeli:

1. Beras 20 kg
2. Meehun 2 beg besar
3. Mee segera 2 katon
4. Lampin bayi 2 beg
5. Tuala wanita 2 kotak besar








Barang-barang ini telah dihantar ke Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir kelolaan Pusat Khidmad ADUN Bangi, dengan kerjasama Persatuan Belia Prihatin, Gabungan Masjid dan Surau DUN Bangi, Masjid Al Hasanah, dan JabatanAmal Malaysia Kawasan Serdang di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Sekiranya anda tinggal berhampiran Bandar Baru Bangi bolehlah sama-sama turut menyumbang atau menghnatar sumbangan anda ke Masjid Al Hasanah Bandar Baru Bangi..

Semoga sedikit sebanyak sumbangan kita berikan dapat meringankan keadaan mangsa banjir dan semoga ia juga menjadi saham kita di akhirat nanti..

Wallahu'alam..

Wednesday, December 24, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Januari dan Februari 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 24 Disember 2014, iaitu tepat jam 10.30 pagi sehingga 10.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #12 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

HIKMAH DI SEBALIK HUJAN

Kekadang terdengar bebelan orang2 di sekeliling kita,
"Cuaca buruk je akhir2 ni ye..." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?

- Ish, tak kering la baju kalau asyik hujan je...
- Alahai, hujan lagi
- Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni
- Payah nak buat apa2 kalau hujan
- Tak boleh balik lagi, hujan!
Bukankah bebelan2 itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).
Hakikatnya, hujan itu RAHMAT.

"Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Untuk kegunaan manusia dan haiwan
Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.
Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram ni..?" Macam biasa dengar ayat tu kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.
Sedarkah kita ? Bila hujan turun, RAHMAT dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah menurunkan hujan

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)

Semoga ada iktibar untuk peringatan kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

source: FB

Tuesday, December 23, 2014

8 sebab Vitamin C (Sustained Release Vita C Plus) selalu habis stok

Promosi bulan ni memang sangat-sangatlah best..Ada 3 promosi sekaligus..Salah satunya Vitamin C (Vita C plus Sustained Release) - Beli 6 PERCUMA 1 @ beli 2 diskaun 5 %

Ramai sangat yang suka vitamin C ni..Anda patut miliki vitamin C ini untuk kesihatan diri dan keluarga..


KENAPA ANDA PERLU MILIKI VITA C PLUS??



  1. Vita c Sustained Release di perbuat dari ekstrak jagung dan tidak berasid.
  2. Ia mengandungi bioflovonoids yang membantu untuk serapan lebih baik dalam badan
  3. 1 biji vita c Sustained Release ni boleh bertindak selama 5 jam dan vitamin c dilepaskan secara perlahan-lahan setiap jam dalam badan
  4. Mudah larut dan tidak di simpan dalam badan jika berlebihan
  5. 1 biji vita c Sustained Release bersamaan 7.5 biji oren yang sebenar.
  6. TIADA bahan pengawet,pewarna @ perisa tambahan
  7. HALAL dan Approved KKM''
  8. 100% NATURAL dari bahan semulajadi







Vitamin C ini boleh di ambil dari usia 12 tahun ke atas , ibu hamil, ibu berpantang dan juga ibu menyusu.

Jom dapatkan PROMOSI hebat VITA C PLUS ni sehingga 31 DISEMBER ini sahaja!!

Anda boleh share dengan kawan-kawan untuk promosi bulan ni..

BELI 6 PERCUMA 1


Hubungi saya segera untuk dapatkannya

sms/whatsapp : 016 358 9018


Sunday, December 21, 2014

Tingkatkan pengetahuan nutrisi di Kelas nutrisi shaklee

Alhamdulillah..semalam saya sempat hadiri kelas.nutrisi di hq shaklee yang terletak di Pinnacle sunway subang Jaya..

Saya hadir bersama anakanda kecil hannah..program shaklee memang sangat best kerana anak-anak pun boleh masuk sekali join..apatah lagi di hq shaklee ni ada bilik khas untuk anak-anak bermain.

Kelas bermula tepat pada pukul 10 pagi.Kebetulan juga di kelas ini saya jumpa beberapa sideline shaklee yang saya kenal juga melalui group ekslusif RichFamily.

Kami di beri penerangan details oleh pakar nutrisi iaitu Pn Nurul Hidayah mengenai setiap produk shaklee.Ulasan terperinci setiap produk dan kebaikannya di jelaskan kepada kami.

Sesi game juga diselang seli dan diluar kelas juga disediakan air mealshake yang sangat sedap dan air performance drink yang boleh dibancuh sndiri berulang kali.

Untuk makanan tengahari,kami di bawa ke sebuah restoran arab berdekatan dan menikmati nasi arab yang sangat enak.

Saya juga sempat berkenalan dan beramah mesra dengan pengedar shaklee yang lain dan sempat mereka juga share pengalaman dalam business ini.

Selepas sesi penerangan oleh pakar nutrisi tersebut,kami perlu membuat 1 group presentation.mengenai produk yang diberi.kerjasama antara ahli group sangat baik.

Alhamdulillah,banyak ilmu saya timba di kelas ini.Mudah-mudahan saya dapat berkongsi ilmu dan kebaikan setiap suplemen ini kepada semua customer kesayangan saya:-)

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan atau berminat untuk mendapatkan suplemen shaklee ini boleh hubungi saya.setiap pembelian akan disertakan konsultasi terbaik dan anda juga akan mendapat peluang untuk promosi bulanan..

Jangan lupa hubungi saya di berikut

Sms/whatsapp 016 358 9018
Sufiyah44@gmail.com
Fb page: Impianz Shoppe


Friday, December 19, 2014

GIVEAWAY KUSARAH 2014

*klik banner untuk join

Syarat-syarat penyertaan;
  • Warganegara Malaysia
  • Seorang blogger sama ada lelaki atau perempuan
  • Patuhi semua syarat yang ditetapkan
Start : 25 November 2014
Deadline : 25 December 2014
Winner Announce : 27 December 2014 (My Birthday! Tick on your calendar :p)


PRIZES

Top Refferral; [ 1 Winner ]
  • Tribal Blouse
  • 2x Button Badge

Top Comment in your entry (more than 40 comment); [ 1 Winner ]
  • 2x Chiffon Shawl 

Random Winner; [ 5 Winner ]
  • 5x Mystery Gift

Wednesday, December 17, 2014

Vitamin E untuk kesihatan Prostat

PROSTAT adalah kelenjar seks lelaki. Saiznya adalah sebesar kacang walnut. Ia terletak di bawah pundi-pundi kecil di hadapan rektum. Prostat mengelilingi bahagian atas uretra iaitu saluran yang membawa air kencing dari pundi-pundi kencing. Untuk membolehkan ia berfungsi, prostat memerlukan hormon lelaki terutamanya testosteron yang dihasilkan oleh testis.

Kanser prostat ialah ketumbuhan berbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Ia merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki. Sesetengah kanser prostat membesar secara perlahan lahan dan mungkin tidak menyebabkan masalah dalam beberapa tahun.

Peringkat awal kanser prostat (juga dikenali sebagai kanser prostat setempat) terletak diantara prostat. Peringkat awal kanser tidak menghasilkan gejala dan mungkin tidak menjadi kanser dan tidak memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun sesetengah kanser prostat membesar dan merebak ke sekeliling prostat, ini dipanggil kanser prostat yang teruk.


Gejala dan Petanda Kanser Prostat:

  • Aliran air kencing yang tidak lancar.
  • Rasa hendak buang air kecil kerap kali pada waktu malam.
  • Sakit atau pedih semasa buang air kecil.
  • Sakit semasa ejakulasi (pancutan mani).
  • Darah dalam air kencing atau air mani.
Sekiranya anda mengalami gejala ini,cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor ya..

Vitamin E untuk suami


Berdasarkan artikel daripada iSIHAT, Vitamin E boleh mengurangkan risiko kanser prostat

- Terdapat kajian di lakukan di mana kesan jangka panjang terhadap pengambilan vitamin E mampu mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok.

- Vitamin E juga mampu meningkatkan pengeluaran air mani bagi sesetengah lelaki.Jadi Vitamin E ini sangat penting dalam kesuburan.



Terdapat pelbagai jenis vitamin E di pasaran. Pilihlah vitamin E yang lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.


Mengapa perlu memilih sumber asli? 


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan vitamin E shaklee ini bolehlah hubungi saya. Harga 1 botol adalah RM149 ( 120 BIJI) yang boleh bertahan selama 4 bulan.

Untuk harga yang lebih JIMAT,jom dapatkan PROMOSI bulan ini:

BELI 6 PERCUMA 1

BELI 2 DISKAUN 5%

Hubungi saya segera untuk dapatkannya..Tawaran PROMOSI ini SAH sehingga 31 DISEMBER 2014 sahaja!


SMS/WHATSAPP: 016 358 9018
Fb: Suhaila Johar / FB page: Impianz Shoppe


simple giveaway by Licha


Assalamualaikum..

Jom join GA by Licha ini..Ada hadiah best bakal dimenangi:-)

Klik Banner kat bawah untuk info details..




Hadiah Penyertaan 
RM 20 X 6 pemenang
1 blog review oleh setiap penganjur (4 pemenang)
3 hadiah misteri 
*hadiah mungkin bertambah dari masa ke semasa

Tarikh Penting
Tempoh GA berlangsung: 12.12.14 - 2.1.2015
Tarikh Pengumuman Pemenang : 5.1.2015.
Tarikh Pembayaran Hadiah : 5.1.15 - 10.1.15 (selewat-lewatnya)


*all the best*

Tuesday, December 16, 2014

Cadar Patchwork yang membuatkan tidur lebih lena

Haa..penuh FB wall saya dengan gambar-gambar cadar ni..aish geram pulak tengok berbagai jenis corak ada..Memang cantik-cantik..lagilah 100% cotton dan selesa.Jom cuci mata cadar pacthwork ni..
















CADAR 100% COTTON MENGANDUNGI:

● 1 CADAR QUILTED DAN 2 SARUNG BANTAL BERZIP
● UKURAN 230CM X 250CM
● SESUAI UNTUK KING/QUEEN

===========================================
8 KELEBIHAN CADAR PATCHWORK 100% COTTON
===========================================
★ BERKUALITI
★ JAHITAN KEMAS
★ TIDAK BERBULU
★ KAIN SEJUK
★ TIDAK BERKEDUT
★ TIDAK MUDAH BERGERAK SELEPAS DEBENTANGKAN DIATAS KATIL
★ BOLEH DICUCI DALAM MESIN BASUH
CADAR MELEKAP/ STATIK/KEMAS
MENJIMATKAN MASA MENGEMAS KATIL

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan cadar patchwork ni bolehlah hubungi saya..harga terbaik untuk anda semua:-)

SMS/WHATSAPP: 016 358 9018

Tips atasi rambut gugur

Ibu-ibu selepas bersalin sering mengalami masalah rambut gugur yang sungguh menakutkan.Mana taknya penuh rambut kat lantai bilik air dan sikat rambut..Mestilah risau kan..lagilah kalau yang berambut panjang..alahai susahnya nak jaga..Haa,ibu-ibu pernah mengalami masalah rambut gugur selepas bersalin ni? 




1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.


3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.


4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.


5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.


6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.


7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.


8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.


9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.




Punca rambut gugur selepas bersalin

  • Perubahan hormon

Sepanjang tempoh kehamilan, hormon progesteron dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi.  Kedua-dua hormon ini menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti dalam fasa anagen atau lebih dikenali sebagai fasa pertumbuhan.  Sebab itu, wanita hamil kelihatan lebih berseri-seri dan nampak cantik.  Rambut mereka kelihatan berkilat dan bersinar-sinar.
Tetapi, selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan, kesemua hormon akan kembali normal dan pada waktu ini, ibu-ibu akan mengalami semula masalah keguguran rambut.
Disebabkan sepanjang tempoh kehamilan tidak banyak rambut gugur, kali ini keguguran rambut berlaku dengan lebih banyak.  Rambut yang gugur berterusan menyebabkan ia tidak sempat tumbuh dan memanjang.  Akibatnya, rambut kelihatan semakin menipis dan jarang.

  • Tekanan

Selepas bersalin, wanita menjadi ibu sibuk menguruskan keperluan keluarga dan bayi yang baru lahir.  Lebih memburukkan keadaan apabila si ibu juga perlu bekerja.

Menghadapi pelbagai tekanan dalam mengendalikan kesemua tugas-tugas ini membatasi masa untuk ibu menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Jika tidak diberi perhatian, masalah keguguran rambut yang dialami setiap ibu selepas melahirkan akan menjadi semakin teruk. Namun, dalam tempoh setahun itu sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, masalah tersebut akan menjadi semakin serius sehingga akhirnya boleh menjadi keguguran rambut jenis wanita (female pattern baldness).  Masalah rambut ini adalah jenis kekal dan sukar untuk ditangani.

  •  Berusia dan memiliki ramai anak

Ibu yang semakin berusia dan telah mengandung lebih dari tiga kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda atau yang memiliki bilangan anak yang sedikit.  Masalah menjadi lebih rumit apabila ibu yang memiliki bilangan anak yang ramai serta tidak menjaga kebersihan rambut mereka akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Malah, semakin ibu berusia bermula pula masalah puncak kepala (crowning area) semakin menipis.  Ia bermula daripada bahagian tengah dan merebak ke bahagian tepi.  Sebab itu boleh dilihat pada kebanyakan orang tua, wanita terutamanya, rambut di bahagian tengah kepala amat nipis dan sedikit sehingga boleh dilihat kulit kepalanya. Ia berlaku bukanlah disebabkan masalah hormon semata-mata tetapi juga disebabkan penjagaan rambut selepas bersalin yang tidak betul.

  • Pola pemakanan tidak sihat

Selain itu, amalan pemakanan yang tidak sesuai boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius.  Seperti yang diketahui, kebanyakan ibu-ibu selepas bersalin mengawal pemakanan agar dapat mengembalikan semula bentuk tubuh langsing seperti sebelum hamil.  Hal ini sebenarnya boleh menyebabkan mereka banyak kekurangan nutrisi yang amat diperlukan oleh tubuh.

Berbanding lelaki, proses penuaan wanita berlaku dengan lebih cepat. Sebab itu, kulit kepala juga akan menjadi tua dengan lebih cepat berbanding lelaki.  Masalah penuaan ini menyebabkan liang-liang rambut menjadi kosong.  Liang-liang rambut yang kosong ini jika dibiarkan dan tidak diaktifkan bagi pertumbuhan rambut baru, ia akan tertutup dan terbenam.

Tips atasi rambut gugur:
  • Jangan berhenti dari pengambilan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut



Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Pemakanan untuk rambut yang sihat

Untuk memastikan rambut yang sihat, pemakanan yang seimbang adalah perlu. Makanan untuk rambut yang sihat adalah makanan yang kaya dengan protein, Vitamin B Complex, Zink dan Vitamin C. Dan jika mengamalkan supplemen, pengambilan vitamin-vitamin di atas dan multivitamin akan membantu menghasilkan rambut yang sihat. Namun, pengambilan vitamin haruslah konsisten selama sekurang kurangnya 90 hari kerana sel dalam tubuh hidup antara 90 hingga 120 hari. Maka perlu masa untuk sel menerima dan menyerap dengan baik semua vitamin yang kita ambil.

Set yang boleh di ambil ibu:
  • ESP
  • B Complex
  • Zink Complex



Untuk penjagaan rambut yang sihat,pilihlah syampoo yang bebas bahan kimia dan organik.Sekiranya ibu mengalami masalah rambut gugur ini juga boleh mencuba set syampoo Prosante yang bebas bahan kimia ini

Set penjagaan luar- Prosante 

set Prosante Shaklee


1.Revitalizing Syampoo
  • Humektan bertindak bagi melicinkan kutikel rambut dan melebatkan rambut
  • Sistem pembersih yang lembut dan berpaten
  • Menyegarkan dan menyeimbangkan kulit kepala dan rambut tanpa terlalu melembapkan atau mengeringkannya.
2.Lightweight Conditioner

  • Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menjadikannya terlalu melekit
  • Mengembalikan elemen struktur supaya rambut kelihatan lebat, berkilat dan sihat
  • Menghilangkan kesan statik agar rambut mudah digayakan dan diurus
3.Nourishing Scalp Treatment

Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSant√© ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi. Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
  • Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
  • Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
  • Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
  • Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak


Sekiranya ibu-ibu berminat untuk dapatkan set rangkaian rambut gugur ni (supplemen atau syampoo Prosante) bolehlah hubungi saya. Sekiranya ibu-ibu ingin membeli sendiri menggunakan kad debit/kredit bolehlah buat pembelian di bawah

atau hubungi saya seperti berikut untuk konsultasi dan cara pengambilan:

suhaila Johar
ID 889 806
SMS/WHATSAPP : 016 358 9018
FB page: https://www.facebook.com/impianzshoppe