Feb 13, 2018

Business Shaklee : Peluang Terbuka Luas Bersama Kami

Waduh waduh waduh..pepagi dah rekod video cite pasal suplemen untuk masukkan dalam YouTube..

Buat sekali tak jadi, 2x nak tergelak, tiga kali senyum jela dan set go...orang kata nak jadi perfect kena buat berkali2..haha, nanti kita editla apa patut pakai phone cap ayam ni... Bukan senang nak berjaya kan.. 





Gitulah diri, nak berjaya perlu semangat kental, hati sado kata orang..haa kalau tak sabar jangan berbusiness tau...

memang banyak liku, cabaran, dugaan dalam berbusiness ni..

kita tengok orang berjaya nampak mudah, happy, senang je kan.tapi proses nak sampai kejayaan tu, nak boleh senang tu dah tergolek terjatuh banyak kali, dah banyak air mata jatuh, dah banyak down, tapi up balik up balik up balik, kesat balik air mata, cakap kat diri benda positif dan semangat banyak kali. sebab apa? Sebab sayang sangat kat business dan diri nak berubah dan memberi nilai kepada orang lain.

Semoga hati ni tetap sado, kental, kuat dan sabar tempuhi apa jua cabaran lepas ni..dah 5 tahun dalam business shaklee ni, sayangla kalau berhenti separuh jalankan..#buatsampaijadi insyaallah.

Semoga dugaan, cabaran hadir akan meningkatkan lagi prestasi untuk lebih cemerlang..

Doakan saya dan team #championLegacy ye.


Nak jadi dan join team #ChampionLegacy saya? Jom whatsapp di sini



Feb 12, 2018

Inspirasi Untuk Terus Berjaya

Beri Inspirasi supaya diri pun terinspirasi 

Setiap orang tak di lahirkan jadi pakar motivasi, tapi boleh menjadi pencetus inspirasi kepada orang lain.

Pagi ni masak awal dan kemudian belajar sikit pasal video. Nak boleh buat sampai jadi bukan senang..tapi 'the big success start from small step' kata orang ganu:-) .haa buang jauh sikap malu tak bertempat yang boleh rugikan diri sendiri..

Orang lain dah lama belajar pasal video, update youtube channel dll, kita baru terhegeh-hegeh nak buat..takpe2 biar lambat asal selamat..eh better late than never :-)  jemputla subscribe di sini ya



Jemput like dan subscribe mychannel ya..Insyaallah akan tambah lagi video sedikit demi sedikit. Doakan saya konsisten dan istiqamah:-)







Teringat pernah baca,

Walau siapa pun kita, Allah lahirkan kita sebab kita hebat dan juara. Kita ada kemampuan, boleh menjadi orang hebat, boleh beri inspirasi dan contoh baik kepada sesiapa sahaja.

Lebih kurang la ayat dia..

Harapan diri supaya dapat jadi inspirasi kepada ibu2 , surirumah surihati semua supaya walau kita berada di rumah pun kita boleh berjaya, kita boleh berkongsi kebaikan, kita boleh jadi hebat, kita boleh sumbangkan sesuatu kepada masyarakat..itupun jika diri kita nak. Diri sendiri perlu ada kemahuan.

Dan semesti jua dalam business dapat beri inspirasi kepada anak didik untuk bangkit, semangat terus berusaha, terus berjuang untuk berjaya.

Orang biasa-biasa nak jadi luar biasa, tindakan dan perbuatan pun kena hebat kan..

Jom perbaiki diri dan berazam jadi lebih baik setiap hari.



Terima kasih sudi menonton dan subscribe channel saya : SJchannel

Peluang Business Shaklee 2018 Semakin Cerah

Saya kagum dengan semangat luar biasa seorang ustazah di kawasan saya ni. Usia dah menjangkau 70 an tapi masih kuat dan bersemangat berkongsi ilmu. 

Pagi mengajar kelas tafsir, petang kadang kelas bahasa arab, kelas feqah dan macam-macam lagi. Hujung minggu lagilah..ligat macam-macam kelas di adakan. Tak mengajar beliau panggil ustaz datang mengajar.Penuh program kalah orang muda. Ilmu yang ada memang diguna dan di manfaat sepenuhnya. Beruntungkan. Mentor ilmu agama kata orang.



Begitu juga nak berbusiness kata orang, kena cari mentor business.Yang bersemangat, sentiasa rajin mencari ilmu dan berusaha manfaatkannya dan berusaha membantu diri kita untuk berjaya.

Dalam business shaklee, nak business nampak mudah tapi tak senang. Prinsip pertama kena rasa dan jatuh cinta dulu produk dia. Once dah dapat manfaat kebaikannya senang untuk berkongsi dengan orang lain.

Duit akan datang dengan sendiri bila kita rajin berkongsi. Bukan duduk saja-saja tunggu orang datang, sale akan masuk.Tak! Usaha, usaha, usaha. Kejayaan pasti menyusul.

Saya nak jemput adik, kakak, ibu-ibu yang berminat nak bina legasi business ni, nak income tambahan bulanan, nak ada saving bulanan untuk bersama-sama dengan saya.


InsyaAllah dengan ilmu ada, pengalaman dan juga group sokongan saya akan bantu kalian.

Syarat mudah sahaja ; kemahuan diri sendiri, berdikari dan rajin. Saya hanya mencari 5 orang setiap bulan untuk saya kongsikan ilmu yg ada.

Anda mungkin calon-calonnya. Ya, jangan fikir banyak kali, nanti rugi. Masa pun tak tunggu kita.




Jom WhatsApp 016 358 9018

Feb 10, 2018

Detoks Parasit : Adakah Betul Cacing Boleh Keluar dari Dubur?

Detoks parasit🐛

Pertama kali kenal mengenali detoks ni dalam group shaklee..ramai duk berjemaah buat tak caya dan ambil port lagi! pastu lepas sebulan ramai duk share testimoni diri dan customer buat.teruja! 




Ramai yang rasa badan lebih ringan, craving makanan manis dah berkurang, lebih cergas dan bestnya berat badan boleh turun berkilo2

Tak boleh jadi ni! Diri nekad buat jugak.

Memang betulla orang kata nak start benda sihat ni kena ada group support dan sokongan..kalau tak memang hangat kejap je..alhamdulillah paksa diri dan cabar diri buat, berjaya turunkan berat badan 5 kg! Wow sangat rasa masa ni..bayangla berat statik bertahun2 kot. Pastu paling best memang betul tengok makanan /kuih manis dah takde nafsu. Bila makan manis, memang terasa sangat.

Dan time ni jugak berjaya STOP dari gula putih..dulu nak minum teh, masak ke mesti nak 1 sudu jugak. alhamdulillah lepas buat detoks ni minum tea o kosong tanpa gula nikmat sungguh..dengan che abe tersayang pun jangkit sama..kami ganti dengan lemon

Alhamdulillah, sikit sebanyak bila dah berjaya kurang benda manis, lifestyle pun nak berubah..malas nak ke taman berjogging, melompatla depan TV tengok YouTube exercise..dengan anak-anak pun follow sekali..kalau kita mengelat, diorang pulak tegur..eh umi buat salah! Eh umi tak buat pun..haaahaa memang tak boleh ngelat langsung😂

Usia semakin meningkat ni, memang penting nak kena balance semua..pemakanan , exercise dan suplemen. Moga2 hidup lebih sihat, cergas setiap hari tanpa penyakit.. InsyaAllah

Lepas ni nak try detoks kamben🐐 plak:-)

Haa korang pernah buat detoks parasit tak? Ada testimoni keluar cacxxx tau..ngeri tau..tapi bagus sebenarnya sebab ia detoks usus kita.


Details mengenai Detoks Parasit ni boleh baca di sini dan Testimoni Detoks Parasit boleh klik di sini

Nak tahu details cara nak buat? Boleh hubungi atau whatsapp saya di sini :-)





Tanda-tanda Sakit Jantung & Suplemen yang Baik untuk Kesihatan Jantung

Jantung memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan kita. Berhenti degupan jantung, berhentilah nyawa kita. Peningkatan kes serangan sakit jantung sangat membimbangkan di negara kita dan ia pembunuh no 1 di negara kita.



Sakit jantung sebenarnya boleh di cegah sekiranya menjalani kehidupan yang sihat , tidak merokok, bersenam dan juga menjaga pemakanan. Penyakit kolestrol tinggi, darah tinggi dan juga kencing manis juga perlu di elakkan bagi memastikan mendapat jantung yang sihat. Apabila penyakit-penyakit berangkai ini dapat di cegah, serangan jantung dan sakit jantung jika tidak akan berlaku,


Punca serangan sakit jantung berlaku?


serangan jantung berlaku akibat ‘kematian’ atau kerosakan otot jantung yang terjadi disebabkan saluran darah yang tersumbat secara tiba-tiba menyebabkan darah menjadi beku dalam salurannya yang sempit.

Fungsi saluran ini adalah untuk mengalirkan oksigen ke jantung. Jantung mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan melalui sistem peredaran darah.

Sakit jantung berlaku apabila salur darah jantung menjadi sempit. Penyempitan ini berlaku kerana dinding sebelah dalam saluran darah diselaputi lemak terutama kolesterol.
Biasanya proses penyempitan saluran darah ini berlaku sejak bertahun-tahun dahulu akibat risiko kolesterol tinggi, merokok, kencing manis, obesiti, menjalani kehidupan yang kurang aktif dan darah tinggi.

Sebab utama yang terjadinya serangan jantung ini adalah kerana darah membeku secara tiba-tiba akibat lapisan saluran sempit itu terkoyak yang menyebabkan serangan jantung berlaku.

Penyakit jantung koronari terjadi disebabkan saluran sempit tadi terdapat banyak lemak ( kolestrol yang menyebabkan inflamasi) yang menjadi punca jantung lemah.

Tanda-tanda serangan sakit jantung
  • terasa kurang selesa atau sakit di bahagian tengah atau keseluruhan dada seperti rasa terhimpit atau dihempap batu yang berat.
  • Kesukaran untuk bernafas 
  • berpeluh-peluh, rasa hendak pitam 
  • gejala penyakit jantung juga boleh jadi seakan-akan sama dengan penyakit gastrik kerana selain terasa kurang selesa di dada, terasa kembung di bahagian perut.


Untuk menjaga dan memastikan kesihatan jantung, paling penting untuk tidak merokok, bersenam ,menjaga pemakanan dan mengambil suplemen yang baik untuk jantung.

Coq10 atau coenzyme Q10 sangat baik di amalkan untuk kesihatan jantung. 

Apa Itu CoQ10? 

Koenzim Q10 (CoQ10) ialah sejenis jisim yang menyerupai vitamin dijumpai di dalam setiap sel dalam badan manusia. CoQ10 adalah perlu untuk mengeluarkan tenaga di peringkat selular. 

Menjana tenaga yang banyak tidak menjadi masalah semasa kita masih muda. Badan dapat mengeluarkan semua CoQ10 yang diperlukan oleh jantung, tetapi apabila kita semakin tua, badan akan mengeluarkan semakin sedikit CoQ10. Pada peringkat umur 50-an atau 60-an, jantung kita akan mengalami kebuluran tenaga. Sebaik sahaja keadaan ini berlaku, jantung tidak lagi mampu bekerja dengan cekap serta tidak berupaya untuk menyampaikan semua oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh organ dan tisu di seluruh badan. Akibatnya, kita akan berasa letih dan tidak bermaya. 






Pada tahun 1972, Dr. Karl Folkers (dikenali sebagai 'Bapa CoQ10' kerana kajian mendalam beliau mengenai CoQ10) dan Dr. Gian Paolo Littarru membuktikan mereka yang menghidapi penyakit jantung seringkali adalah mereka yang juga kekurangan CoQ10. Paras kekurangan CoQ10 telah pun dimantapkan dengan amat jelas dalam kes-kes kegagalan jantung kongestif dan kardiomayopati (otot jantung yang berpenyakit) yang merupakan penyakit yang melibatkan otot jantung itu sendiri. 

Apabila otot jantung lemah, ia tidak dapat mengepam semua darah yang diterima daripada badan. Juga, apabila otot jantung itu lemah, ia memerlukan lebih banyak jumlah nutrien yang mesti disalurkan ke sel-sel jantung supaya ia dapat mencipta tenaga.

Salah satu nutrien yang paling penting ialah CoQ10. Dengan mengambil suplemen CoQ10, maka otot jantung yang lemah itu dengan mudahnya dapat menambah semula simpanan CoQ10-nya. Ini membolehkan otot jantung menjana lebih banyak tenaga dengan itu memperbaiki keadaannya yang lemah itu. 




jom tonton video ni,apa yang terjadi kepada badan kita apabila mengambil coenzyme Q10




Dalam Shaklee terdapat suplemen coq10 ini yang di kenali sebagai CoQ-Trol Plus



Istimewa CoQ10 daripada Shaklee ini, ia  di gabung bersama Resveratrol ( Polifenol). 

Polifenol telah terbukti secara klinikal dapat membantu meningkatkan jumlah mitokondria , stesen penjana tenaga dalam sel badan kita.


Testimoni coQTrol-Plus


Berminat untuk dapat suplemen ini boleh hubungi saya melalui whatsapp 016 358 9018 atau melalui cara berikut:




kredit:






Feb 9, 2018

Cara membuat Homemade Sosej Ayam yang sihat

Sosej atau hotdog kegemaran hampir kebanyakan kanak-kanak.

Sosej di pasaran memang luar biasa sedap! Sebab tu jadi ketagih bila makannya. 

Namun, sosej di pasaran sudah tentu mempunyai bahan pengawet, dan tidak elok di amalkan selalu. Ada kajian yang di jalankan yang menunjukkan pengambilan sosej secara kerap menyebabkan risiko penyakit kanser dan sebagainya. 

Anak-anak dahla suka makan kan, so jomla kita belajar buat sendiri pula di rumah.

Homemade sosej 

Saya dapat resepi ni daripada perkongsian Puan Ummu Afraa ( FB Ummu Afraa Barakah)


Bahan-bahannya:


500g lebih kurang isi ayam
Sebiji telur
Sebiji bawang besar
Dua ulas bawang putih
Mix herbs
Karot kisar (ikut byk mana suka)
Serbuk lada hitam
Serbuk lada putih
1 sdb besar yogurt 
2 sdb Minyak zaitun organik
2 sdb tepung jagung. (Boleh campur dgn tepung ubi jika ada)
Gula perang dan garam secukup rasa.


Cara-caranya:

Blend je semua bahan-bahan di atas.

Kemudian sediakan plastik aiskrim malaysia.

Paipkan masuk ke dalam plastik aiskrim tersebut . Part ni kena tabah sikit. Untuk mudahkan isi ayam masuk, gunting belah yg lagi satu supaya angin tak terperangkap. pastu ikat menggunakan getah di bahagian hujung.



Masukkan dalam freezer dan keraskan.

Sebelum di kukus, boleh cabut plastiknya.  * Jangan rebus dengan plastik untuk mengelakkan bahan kimia pada plastik tu memudaratkan kita pulak.

Kemudian, bolehlah dibakar atau digoreng mengikut kesukaan.


** Plastik aiskrim malaysia boleh di gantikan juga dengan aluminium foil/ daun pisang / daun kunyit


Selamat mencuba.




Feb 8, 2018

Shaklee YOUTH SkinCare - Kulit Awet Muda & Berseri

YOUTH Skin Care

Dalam Shaklee terdapat skincare yang sangat bagus untuk kulit. Terbaru, Youth Skin Care akan di bawa masuk ke dalam pasaran Malaysia bulan mac nanti. Ia bagi menggantikan Skincare Nutriwhite yang sudah dihentikan penjualannya.



Ketika menghadiri  'health talk' bulan lepas, di adakan demo penggunaan YouthSkin Care ni..Fuhh calit2 sikit pun kulit dah lembap, rasa lembut sangat..nak pegang je pipi..tengok pulak kandungan bahannya, semua natural...wowww, ku jatuh cintan terus,

Apa yang best sangat pasal skincare ni?

🌻Kajian dihasilkan selama 8 tahun
🌻 Bebas 2500 bahan kimia merbahaya (dasyatkan, betapa banyak bahan kimia dalam kosmetik ni)
🌻100% ujian klinikal berkesan menjadikan kulit lebih muda. Ingat 💯 tau.
🌻Kaya dengan anti aging nutrien ( nampak awet muda)
🌻Gluten Free
🌻100% vegan
🌻Bebas Paraben
🌻Hipoallergenik
🌻Non Comedogenic ( tidak menyebabkan liang pori tersumbat)

100% bahan daripada tumbuhan,- apple stem cell extract, muscadine grape, lotus japonicus, vital Repair complex dll

DIBUKTIKAN SECARA KLINIKAL- keputusan Klinikal Tanpa Kompromi!

Kesan pengambilan YOUTH Skincare:

100% kulit LEBIH MUDA dengan penambahan baikan dalam masa 7 hari sahaja dan penggunaan berterusan , 2/3 telah mengubah usia kulit menjadi sedekad lebih muda... wowww

Memang best, best..semua best-best..uoolss yang mementingkan produk bebas bahan kimia, paraben free, natural , inilah yang di tunggu-tunggu dan terbaik untuk kulit.

YOUTH™ adalah sebuah revolusi. Ada 8 paten dan paten-diproses  ( haa bukan calang-calang ni tau). Takde orang boleh tiru inovasi dan teknologi di gunakan.

Di formulasi khas untuk TANGANI pelbagai Faktor penuaan , daripada cara hidup, kerosakan persekitaran & penuaan semulajadi

Bulan 3 nanti dah start di jual di pasaran..so kalau berminat, penuhkan tabung cepat2, buat preorder sekarang.

Memang berbaloi-baloi miliki Youth Skin Care ni untuk kulit yang di idam-idamkan.

Untuk preorder boleh whatsapp 016 358 9018.