Apr 19, 2017

Penderitaan Gout Berpuluh Tahun Akhirnya Tamat. Kaki tidak bengkak lagi

Gout atau asid uric tinggi. Penghidap gout sering takut untuk makan..Tersilap makan makin bengkak kaki. Nak berjalan pun sakit.

Gout terjadi apabila nerlaku keradangan yang menyebabkan kesakitan yang nyeri di bahagian tendon dan sendi dan kebiasaannya berserta bengkak. 




Pemakanan sangat penting untuk di kawal oleh pesakit gout.

 Antara makanan yang  perlu di elakkan oleh anda sekiranya mempunyai kadar asid uric tinggi:

1) Kurangkan makan daging merah. Sebaiknya berhenti dahulu ketika serangan gout berlaku.
2) Kurangkan pengambilan organ dalaman seperti hati dll
3) Makanan laut seperti udang, ketam, telur ikan dll perlu di kurangkan
4) Yis dan daging ekstrak yang tinggi kandungan purin


Antara makanan yang baik di ambil oleh pesakit gout:


  • Buah ceri kandungan anti oksidan polifenolnya yang tinggi membantu mengurangkan serangan bengkak sendi Gout
  • Kopi O tanpa GULA - kandungan anti oksidan polifenolnya yang tinggi mengurangkan risiko mendapat Gout
  • Serat - kajian menunjukkan pengambilan Serat yang tinggi dalam pemakanan akan membantu menurunkan paras asid urik dan mengurangkan risiko Gout. Contohnya seperti oat, kacang walnut, buah aprikot, pisang dll
  • Bahan makanan yang lain yang boleh membantu mengurangkan masalah Gout adalah kunyit, halia, lemon, limau, cili & nenas.





Antara suplemen yang baik untuk pesakit gout selain menjaga pemakanan dan ubat-ubatan lain:

1. Vitamin C - membantu dengan menghalang enzim Xanthine Oxidase yang menyebabkan pengumpulan asid urik yang berlebihan. Pengambilan dalam dose tinggi seperti 1000-2000mg sehari

2. Asid Folik atau Folate - kajian menunjukkan pengambilan asid Folik sekurang-kurangnya 51.5 mikrogram/sehari membantu mengurangkan risiko penyakit Gout sehingga 70%...

3. Resveratrol - membantu melindungi sel daripada serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan risiko semakin tinggi. Suplemen Resveratrol adalah seperti vivix


Testimoni Vivix yang membantu mengurangkan asid uric / Gout 










Dulu ambik painkiller sekarang tidak lagi. Resveratrol membantu mengurangkan paras asid uric dan kaki tidak bengkak lagi.

Alhamdulillah vivix minuman tinggi antioksidan ni dapat membantu pesakit gout semakin pulih.

Sekiranya anda atau insan tersayang mengalami masalah gout. cubalah amal pemakanan di atas dan ambil juga suplemen yang di maklumkan  untuk mengatasinya.





Apr 18, 2017

Tanda-tanda kolestrol tinggi dan Cara Mengatasinya

Kolestrol tinggi sangat bahaya dan boleh memberi kesan buruk kepada seseorang. Ia boleh menyebabkan risiko serangan sakit jantung, tekanan darah tinggi dan angin ahmar sekiranya tidak mengawalnya dengan baik.



Kolestrol tinggi kebiasaan tiada tanda-tanda. Untuk mengetahui samaada mempunyai kolestrol tinggi atau tidak adalah dengan membuat pengujian kolestrol di farmasi atau klinik.

Apa yang perlu kita semua tahu, kolestrol di bawa melalui salur darah akan bergabung bersama protein. Gabungan bersama protein dan kolestrol ni di panggil lipoprotein.



Mungkin anda semua pernah dengar mengenai jenis kolestrol iaitu LDL atau HDL

  • Low-density lipoprotein (LDL). LDL, atau turut di kenali sebagai ' kolestrol jahat' akan mengangkut partikel-partikel kolestrol ke seluruh badan. LDL kolestrol akan menyebabkan salur arteri semakin sempit dan keras. 
  • High-density lipoprotein (HDL). HDL, atau 'kolestrol baik' akan membawa kolestrol berlebihan dan bawa semula ke bahagian hati
Pemakanan yang tidak seimbang, kegemukan dan tidak menjalankan aktiviti yang aktif akan menyumbang kolestrol LDL meningkat


Faktor-faktor lain yang boleh meningkatkan kolestrol LDL ( kolestrol jahat) dalam darah adalah:


1) Diet tidak seimbang

Pengambilan makanan berlemak tinggi yang sering terdapat di dalam lemak haiwan dan lemak tepu seperti kek, biskut, kuih dan sebagainya boleh meningkat kadar kolestrol. Pemakanan tinggi kolestrol seperti daging merah, bahan tenusu tinggi lemak boleh juga meningkatkan kadar LDL kolestrol.

2) BMI 30 dan lebih lagi

 BMI melebihi 30 akan meningkatkan risiko mendapat kolestrol tinggi. Jaga berat badan supaya BMI mantain dan normal

3) Kekurangan exercise.

Exercise bantu boost Kolestrol baik dan membuatkan kolestrol jahat tidak dapat berfungsi dengan baik. Sangat penting untuk amalkan senaman setiap hari 

4) Merokok 

Tiada rokok yang boleh meningkatkan Kolestrol baik ye. Sebaiknya berhenti terus merokok dan amalkan gaya hidup sihat.

5) Diabetes

Bacaan gula dalam darah tinggi menyumbang kepada peningkatan kolestrol jahat dan merendahkan kolestrol baik. Bacaan gula yang tinggi juga merosakkan salur arteri di jantung.


Ada beberapa artikel yang saya baca memberitahu badan kita juga boleh menunjukkan tanda-tanda. Cuma kesahihannya anda perlulah membuat pengujian kolestrol  


Antara tanda-tanda yang menunjukkan kolestrol LDL tinggi:


1) Muncul bintik Kolestrol sekitar mata atau kulit wajah

Masalah yang di hadapi oleh ramai wanita dan lelaki sekarang ni. Bukan setakat golongan warga emas yang alami masalah ini, malah golongan awal 20 an juga tidak dapat lari masalah ini sekiranya pemakanan tidak di jaga dengan baik. Kurangkan makanan berlemak dan kolestrol tinggi seperti daging merah, kuning telu
r dll


2) Terasa berdebar-debar dan sakit di bahagian jantung

Kolestrol tinggi menyebabkan terjadinya penyempitan pembuluh darah pada salur darah. Jantung perlu berkerja lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang di hadapi menyebabkan dada sering berdebar-debar seperti orang panik dan kerap berpeluh

3) Muncul lebam di beberapa bahagian badan

Pengumpulan lemak biasanya terjadi dan boleh menyebabkan terbentuk ketulan di antara otot dan kulit. Ketulan ini kebiasaan muncul di kawasan leher,tangan,perut dan kaki.

4) Sering kebas-kebas di tangan dan mati rasa

Jari dan tangan kerap kebas-kebas dan paling kronik menyebabkan sel mati. 

5) Kerap migrain dan badan lesu

6) Sakit kaki apabila berdiri dan kerap kejang pada waktu malam

7) Berat badan berlebihan biasanya akan menunjukkan kolestrol LDL meningkat. Control berat badan supaya BMI normal dan lemak tidak terkumpul.


Selain menjaga pemakanan, exercise dan amalkan gaya hidup sihat, suplemen juga dapat membantu turunkan paras kolestrol LDL dan tingkatkan kolestrol baik HDL dalam salur darah.

Antara suplemen yang bagus di ambil secara konsisten adalah Omega-3 Omegaguard, Resveratrol seperti vivix dan Suplemen khas untuk menghalang penyerapan kolestrol daripada makanan dan bantu turunkan kolestrol LDL iaitu Phytocol-St




Set kolestrol tinggi amat sesuai untuk di ambil oleh lelaki dan wanita dewasa, yang mempunyai bacaan kolestrol tinggi, pesakit diabetes dan pesakit darah tinggi 

  1. VIVIX - adalah Antioksidan tinggi dan kaya resveratrol. Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Vivix juga melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.
  2. PHYTOCOL-ST - Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. jika lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh , lebih kurang kolestrol yang akan diserap didalam badan! Pengambilan phytocol juga membantu menghalang penyerapan kolestrol jahat daripada pemakanan masuk ke dalam salur darah.
  3. OMEGA GUARD - Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL.Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. 




Testimoni Set Kolestrol Shaklee










Setiap suplemen ni mempunyai kelebihan dan gabungan bersama yang dapat membantu tingkatkan kesihatan menyeluruh, melancarkan peredaran darah dan elak masalah arteri tersumbat

Pulangan berbaloi untuk kesihatan optimum. Setiap pembelian vivix ,phytocol dan omegaguard akan mendapat keahlian percuma, penghantaran percuma dan cash rebate 


Miliki set kolestrol hari ini untuk nyahkan kolestrol jahat dan untuk persediaan syawal nanti.

Untuk pesanan boleh hubungi saya seperti berikut:






Apr 12, 2017

Rahsia Ramuan Collagen Powder yang Membuatkan Ramai Mendapat Kulit Lebih Anjal dan Jelita

Collagen Shaklee sangat istimewa dan berbeza daripada collagen yang sedia ada di pasaran. Jika collagen lain mungkin berasaskan kekerangan semata-mata tetapi Collagen Powder ni mempunyai beberapa ramuan hebat yang sangat baik untuk kecantikan kulit dan kesihatan.


Ramuan Semulajadi di dalam Collagen Powder


1) Sisik Ikan Merah

Sisik Ikan Merah mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan penyerapan tinggi berbanding kolagen haiwan lain

2) Ekstrak Biji Camellia Japonica



3) Ekstrak Pfaffia


4) Kolagen Ikan yang mengandungi elastin 



5) Vitamin B dan C



6) Glucosamine Ekstrak Kekerang



7) Bakteria Baik Lactobacillus




Kesemua bahan-bahan aktif ini adalah daripada sumber semulajadi. selamat untuk kesan jangka masa panjang.

Shaklee Collagen Powder terbukti berkesan dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dalam masa 8 minggu dan penggunaannya berterusan dapat membantu kulit lebih sihat dan bebas jeragat serta masalah pori terbuka






Sekiranya anda berminat untuk memliki Collagen asli terbaik ni boleh contact saya di sini



Apr 10, 2017

7 Makanan Ini Dapat Bantu Kuatkan Badan dari Serangan Penyakit

Musim cuaca tak menentu sekejap hujan sekejap panas ni menyebabkan badan cepat letih, penyakit 3 serangkai demam, batuk dan selsema mudah menyerang. Dalam group whatsapp sekolah anak-anak hampir setiap hari persekolahan ada update daripada ibu atau bapa maklumkan anak tidak dapat hadir kerana kurang sihat.





Untuk kuatkan sistem imun badan, pemakanan dan suplemen juga memainkan peranan sangat penting.


Antara Makanan Yang Dapat Bantu Kuatkan Sistem Pertahanan Badan


1) Cendawan Butang


Haa sedap buat sup cendawan atau dalam apa jua masakan sayur anda.  Cendawan butang sangat kaya dengan mineral seperti Selenium dan Vitamin B ( riboflavin dan niacin). Sekiranya anda senang di jangkiti selsema, sebenarnya badan anda kekurangan Selenium. 


2) Tiram

Tahu tak pengambilan tiram dapat bekalkan sumber zink kepada badan yang sangat baik untuk menentang serangan virus. Zinc membantu mengalakkan dan aktifkan sel darah putih yang baik dan juga membantu dalam penyembuhan luka dengan cepat.


3) Tembikai

Cuaca panas sangat enak apabila mendapat jus tembikai. Tapi pastikan tanpa gula ya. Buah tembikai juga mengandungi banyak antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan seperti glutathione. glutathione dapat membantu kuatkan sistem pertahanan badan yang boleh menentang jangkitan.



4) Low-Fat Yogurt


Probiotik dalam yogurt sangat baik untuk kesihatan. Pastikan pilih minuman yogurt mengandungi 'live and active cultures'. Juga sangat baik untuk memilih yogurt yang mempunyai kandungan vitamin D. Ada kajian di jalankan menunjukkan pengambilan vitamin D yang rendah atau tidak cukup menyebabkan mudah untuk mendapat serangan selsema.


5) Bayam

Bayam sejenis sayuran 'superfood' - pelbagai nutriens boleh di perolehi apabila mengambilnya. Folate, salah satu zat yang membantu penghasilan sel baru dan memperbaiki DNA. Pengambilan bayam juga bantu untuk boost antioksidan seperti vitamin C dan pengambilan bayam dalam bentuk mentah lagi mempunyai banyak khasiat.


6) Keledek

Keledek mengandungi beta-carotene yang membantu melindungi badan daripada serangan radikal bebas. Ia membantu untuk boost immune sistem dan juga membantu melambatkan proses penuaan.


7) Brokoli

Brokoli mempunyai banyak khasiat . Ia mempunyai vitamin A , vitamin C dan antioksidan glutathione. Pelbagai nutrisi di dalamnya membantu melindungi badan daripada serangan radikal bebas dan daripada penyakit.


Credit: sumber webMD.com
Suplemen juga dapat membantu kuatkan sistem pertahanan badan dan melawan penyakit.





Set Immune booster mengandungi Nutriferon, Vitamin C, Garlic Complex dan Carotomax.


Set immune booster membantu melindungi  badan daripada serangan virus dan bakteria, menguatkan sistem pertahanan badan, sebagai antibiotik semulajadi dan melindungi badan daripada serangan radikal bebas.





Setiap pembelian set ini akan mendapat 2 paper bag shaklee seperti di atas


Sekiranya anda mengalami masalah immune badan rendah, sering jatuh sakit seperti demam, terkena serangan chicken pox, jangkitan virus, virus kencing tikus dan lain-lain sangat bagus untuk miliki set ini.


Untuk pesanan menggunakan kad kredit /debit anda boleh klik di sini atau whatsapp terus di sini:







Apr 5, 2017

Vitamin Penting ketika Demam,Batuk dan Selsema

Panas terik hari ini..Ramai juga mengadu anak demam,batuk dan selsema..saya sendiri pun dah mula sok sek sok sek dan sakit tekak jugak ni.
Kat KL sekarang ni cuaca tak menentu..Kadang panas terik sampai petang, malam hujan..Kadang pagi hujan, petang panas..Jadi perubahan cuaca ni boleh menyebabkan antibodi badan lemah dan cepat serangan virus bakteria menyerang


Baru-baru ni ada customer lama saya seorang ni PM..Beliau maklumkan terkena demam kencing tikus. Allahuakbar..Kesian sangat bila dengar..Dah 20 hari berkampung kat hospital. Macam-macam ubat doktor berikan..Beliau nak cuba suplemen Shaklee untuk kuatkan imuniti badan..
Malam tu sempatlah saya COD ke rumah beliau di Kajang walau dah lewat malam. Sebab esoknya beliau kena check in hospital balik.Sanggup bayar berapa sahaja untuk dapatkan malam tu jugak.

Saya hantarkan Nutriferon dan Performance Drink untuk beliau..Moga-moga ikhtiar ni dapat membantu menguatkan antibodi badan beliau dan membantu memberikan tenaga.
Nutriferon ni bukan ubat. Ia adalah suplemen immune booster yang dapat mengukuhkan kesihatan dalam masa 3 hari. Nutriferon di hasilkan daripada gabungan ramuan bahan semulajadi dan bebas daripada kandungan pengawet, bahan kimia dan sebagainya




Kebaikan dan manfaat Nutriferon boleh di baca di sini

Secara amnya, Allah jadikan badan kita ni ada 3 lapisan pertahanan. 
Lapis pertama adalah kulit dan rongga-rongga yang terbuka seperti mata, hidung dan mulut.
Lapisan kedua pertahanan badan kita adalah Interferon, Sel darah putih dan sel pembunuh semulajadi.

Jika kedua-dua lapisan pertahanan ni ditembusi, ada satu lagi lapisan yang yang kuat iaitu sel-sel badan kita.

Jadi sebagai langkah pencegahan, nak kuatkan sistem pertahanan badan boleh ambil Nutriferon ni.

Bekalkan bendalir dalam badan musim cuaca panas

Performance Drink pula adalah minuman elektrolit yang membantu membekalkan bendalir dalam badan dan elakkan dehidrasi dari berlaku. 


Musim cuaca panas ni cepat sangat terasa haus dan nak elak kekeringan badan bolehla minum Performance Drink ni..Walla..memang sedap dan lega sungguh lepas minum
Performance Drink ni sesuai untuk semua..Kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas pun boleh minum.
Performance Drink ni minuman sang juara sebenarnya..Para atlit sukan olimpik , angkasawan NASA memang ambil minuman ni..So boleh bayang tak power tak power Performance ni..
Ha adik kakak abang yang aktif bersukan pun sesuai sangat la ambik minuman ni.

Selain daripada 2 suplemen di atas, suplemen yang dapat membantu menguatkan antibodi badan dan boleh di ambil setiap hari juga adalah Garlic Complex dan Vitamin C Vita C Sustained Release.

Dua-dua vitamin ni pun saya pernah ambil semasa demam mengejut dan alhamdulillah tak berpanjangan. Boleh baca details info di sini

Sekiranya kawan-kawan selalu jatuh sakit, imuniti badan tak kuat, anak-anak selalu demam dan mudah berjangkit dengan kawan-kawan di sekolah bolehla berikan vitamin ini.
  • Vitamin Shaklee tiada bahan pengawet,pemanis dan pewarna.
  • Di sahkan halal dan lulus KKM


Untuk order dan pesanan boleh klik di SINI  atau boleh hubungi saya melalui
PM di FB Suhaila Johar @ Fb page Impianz Shoppe







Apr 4, 2017

Rahsia Bagaimana Lelaki ini boleh Bebas daripada Nephrotic Syndrome Atau Penapis buah Pinggang Bocor

Buah pinggang bocor atau nama saintifiknya Nephrotic Syndrome adalah sebuah penyakit berkaitan dengan buah pinggang. Ia berlaku apabila glomeruli sejenis penapis halus di dalam buah pinggang telah rosak atau bocor. Kesannya menyebabkan albumin ( sejenis protein) telah keluar melalui air kencing. 



Di dalam nephrotic syndrome, apabila penapis ni bocor,lebih daripada 3 gram protein terkeluar melalui air kencing di dalam masa 24 jam setiap hari daripada badan. Ini dipanggil PROTEINURIA. Ini menyebabkan badan kehilangan banyak protein.


Nephrotic syndrome lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. 

Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrome kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti syphilis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan Kencing manis.


Tanda-tanda Buah Pinggang Bocor

  • badan lemah dan tidak bermaya
  • Kencing menjadi berbuih-buih
  • Mata dan muka kelihatan bengkak pada waktu pagi selepas bangun tidur
  • Kaki kelihatan bengkak waktu petang apabila berdiri
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Cirit- birit

Kesan Komplikasi daripada Buah Pinggang Bocor

1. Tumbesaran boleh terbantut untuk kanak-kanak

2. Antibodi badan menjadi lemah. Pesakit mudah mendapat jangkitan kuman

3. Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan menjadi tempat pembiakan kuman. Ini menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.

4. Komplikasi yang menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang peringkat akhir atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.

5. Darah menjadi pekat kerana air keluar dari salur darah ke tisu berhampiran. Penyakit salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis) boleh berlaku.


Kebiasaan doktor akan berikan ubat steroid kepada pesakit dan kesan pengambilan ubat steroid juga boleh memberi banyak kesan sampingan lain dan kesan jangka masa panjang yang lebih berisiko.


Lelaki ini Menghidap Nephrotic Syndrome dan Rahsia Beliau bebas daripada penyakit ini




Terdapat suplemen yang tinggi antioksidan dan kaya resveratrol ini dapat membantu pesakit ini iaitu tonik VIVIX.

Resveratrol mempunyai pelbagai khasiat dan salah satunya ia dapat melindungi dan menjaga kesihatan buah pinggang.


Bagaimana Resveratrol dapat bantu untuk kesihatan buah pinggang? 




iaitu melalui 6 mekanisma berikut

●Mengurangkan penggumpalan platlet dalam buah pinggang

●Meningkatkan dan memelihara struktur dan bentuk buah pinggang normal

●Resveratrol adalah tinggi antioksidan. Oleh itu anti oksidan ini akan mengurangkan tekanan oksidatif pada sel-sel nephron buah pinggang sekaligus membantu mengurangkan kerosakan yang lebih teruk kepada buah pinggang

●Membantu mengembangkan salur darah pada buah pinggang pesakit

●Mengurangkan proses lipid peroksida

●Membantu mengurangkan kematian sel saraf pesakit

 
Kenali Antioksidan VIVIX
  • Vivix mengandungi 10 kali ganda daripada Resveratrol biasa
  • Kandungannya daripada bahan botani semulajadi
  • Halal
  • Lulus KKM
  • Tidak mengandungi pewarna,pemanis atau pengawet
  • Telah di paten dan ekslusif untuk shaklee sahaja.





Saya yakin vivix dapat membantu baikpulih kesihatan dengan lebih baik.

Untuk order dan dapatkan vivix boleh buat pembelian menggunakan kad kredit/ debit anda di link berikut



atau boleh hubungi saya untuk dapatkannya.

Setiap pembelian akan di sertakan panduan cara makan. Yang berada di sekitar Bandar Baru Bangi dan Kajang boleh dapatkan ready stok daripada saya.

Boleh Hubungi saya di www.wasap.my/60163589018