Showing posts with label Cara kuatkan sistem imun badan. Show all posts
Showing posts with label Cara kuatkan sistem imun badan. Show all posts

Apr 5, 2017

Vitamin Penting ketika Demam,Batuk dan Selsema

Panas terik hari ini..Ramai juga mengadu anak demam,batuk dan selsema..saya sendiri pun dah mula sok sek sok sek dan sakit tekak jugak ni.
Kat KL sekarang ni cuaca tak menentu..Kadang panas terik sampai petang, malam hujan..Kadang pagi hujan, petang panas..Jadi perubahan cuaca ni boleh menyebabkan antibodi badan lemah dan cepat serangan virus bakteria menyerang


Baru-baru ni ada customer lama saya seorang ni PM..Beliau maklumkan terkena demam kencing tikus. Allahuakbar..Kesian sangat bila dengar..Dah 20 hari berkampung kat hospital. Macam-macam ubat doktor berikan..Beliau nak cuba suplemen Shaklee untuk kuatkan imuniti badan..
Malam tu sempatlah saya COD ke rumah beliau di Kajang walau dah lewat malam. Sebab esoknya beliau kena check in hospital balik.Sanggup bayar berapa sahaja untuk dapatkan malam tu jugak.

Saya hantarkan Nutriferon dan Performance Drink untuk beliau..Moga-moga ikhtiar ni dapat membantu menguatkan antibodi badan beliau dan membantu memberikan tenaga.
Nutriferon ni bukan ubat. Ia adalah suplemen immune booster yang dapat mengukuhkan kesihatan dalam masa 3 hari. Nutriferon di hasilkan daripada gabungan ramuan bahan semulajadi dan bebas daripada kandungan pengawet, bahan kimia dan sebagainya




Kebaikan dan manfaat Nutriferon boleh di baca di sini

Secara amnya, Allah jadikan badan kita ni ada 3 lapisan pertahanan. 
Lapis pertama adalah kulit dan rongga-rongga yang terbuka seperti mata, hidung dan mulut.
Lapisan kedua pertahanan badan kita adalah Interferon, Sel darah putih dan sel pembunuh semulajadi.

Jika kedua-dua lapisan pertahanan ni ditembusi, ada satu lagi lapisan yang yang kuat iaitu sel-sel badan kita.

Jadi sebagai langkah pencegahan, nak kuatkan sistem pertahanan badan boleh ambil Nutriferon ni.

Bekalkan bendalir dalam badan musim cuaca panas

Performance Drink pula adalah minuman elektrolit yang membantu membekalkan bendalir dalam badan dan elakkan dehidrasi dari berlaku. 


Musim cuaca panas ni cepat sangat terasa haus dan nak elak kekeringan badan bolehla minum Performance Drink ni..Walla..memang sedap dan lega sungguh lepas minum
Performance Drink ni sesuai untuk semua..Kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas pun boleh minum.
Performance Drink ni minuman sang juara sebenarnya..Para atlit sukan olimpik , angkasawan NASA memang ambil minuman ni..So boleh bayang tak power tak power Performance ni..
Ha adik kakak abang yang aktif bersukan pun sesuai sangat la ambik minuman ni.

Selain daripada 2 suplemen di atas, suplemen yang dapat membantu menguatkan antibodi badan dan boleh di ambil setiap hari juga adalah Garlic Complex dan Vitamin C Vita C Sustained Release.

Dua-dua vitamin ni pun saya pernah ambil semasa demam mengejut dan alhamdulillah tak berpanjangan. Boleh baca details info di sini

Sekiranya kawan-kawan selalu jatuh sakit, imuniti badan tak kuat, anak-anak selalu demam dan mudah berjangkit dengan kawan-kawan di sekolah bolehla berikan vitamin ini.
  • Vitamin Shaklee tiada bahan pengawet,pemanis dan pewarna.
  • Di sahkan halal dan lulus KKM


Untuk order dan pesanan boleh klik di SINI  atau boleh hubungi saya melalui
PM di FB Suhaila Johar @ Fb page Impianz Shoppe







Jul 1, 2015

Cara Menguatkan Sistem Imun supaya Badan Bebas Serangan Penyakit


Sistem Imun badan kita sangat penting untuk kita jaga bagi memastikan ia sentiasa kebal daripada risiko-risiko serangan virus,perubahan cuaca,serangan bakteria dan pelbagai lagi.Kini pelbagai jenis virus dan bakteria muncul di dunia dan risiko jangkitan serangan kepada sesiapa sahaja.

Dalam satu artikel di Yahoo memuatkan tulisan seorang pakar pemakanan yang bernama Arielle Kamps.Beliau menasihatkan agar sistem imun di perkuatkan dan diperkasakan dengan pengambilan zat nutrisi yang mengcukupi dan seimbang.




Bagi memastikan sistem imun sentiasa kuat,beliau menyarankan agar pengguna banyakkan pengambilan pemakanan berikut:


1. Ambil lebih banyak vitamin C. Asid askorbik atau vitamin C dikatakan dapat merangsang sistem imun bagi melawan serangan sel-sel berpenyakit yang menyerang tubuh badan. Malahan dengan penambahan suplemen vitamin C boleh meningkatkan jumlah antibodi yang memainkan peranan penting dalam melindungi tubuh daripada bakteria dan virus.



2. Dapatkan Zinc yang mencukupi. Katanya, Zinc boleh ditemui dalam banyak jenis makanan, justeru kita tidak perlu risau kecuali mereka yang hanya mengambil sayuran dan buah-buahan (vegetarian) dalam pemakanan. Mereka ini memerlukan suplemen Zinc. Bagaimanapun, setiap seorang dewasa lelaki disarankan mengguna 11 mg zinc sehari, sementara seorang dewasa perempuan harus mendapatkan 8 mg of zinc sehari.

Selain pemakanan yang kaya zink,anda boleh mencuba mengambil supplemen yang membantu menguatkan sistem imun dan antibodi setiap hari.


Supplemen ini elok di amalkan setiap hari bukan ketika sakit demam,selsema dan sebagainya.

Antara supplemen yang dapat membantu menguatkan sistem imun badan adalah set immune booster yang terdiri daripada Garlic Complex,Vita C Plus,Zinc Complex dan Nutriferon.

set immune booster shaklee

1) Garlic Complex

  • Bertindak sebagai antibiotik semulajadi yang melindungi badan daripada serangan virus dan bakteria
  • Melegakan batuk dan selsema
  • Bertindak sebagai detoks
  • Membantu peredaran darah yang baik

2) Zinc Complex

  • Meningkatkan sistem imun
  • Membantu pengeluaran T-cells untuk meningkatkan kekebalan sel badan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Menyingkirkan toksin dalam badan

3) Vita C Plus Sustained Release

  • Vitamin C Sustained Release kaya dengan bioflavonoids yang membantu serapan vitamin C lebih baik dalam badan
  • Menguatkan antibodi
  • Agen antioksidan
  • Mempercepatkan penyembuhan luka
  • Mengelakkan pendarahan

4) Nutriferon

  • Nutriferon sangat istimewa kerana ia di cipta khas oleh Dr Yasuhiko Kajima dari Jepun untuk menguatkan sistem pertahanan badan
  • Membantu menguatkan sistem imun dalam masa 3 hari
  • Menentang kanser dan tumor
  • Melindungi daripada serangan influenza


Set Immune Booster ini sangat bagus ada disetiap rumah..Sekurang-kurangnya jika kita mula rasa mahu selsema,batuk atau demam,boleh cepat-cepat mengambil set ini.


Petua lain untuk kuatkan sistem imun badan

  • Amalkan kebersihan diri,sentiasa basuh tangan selepas melakukan pekerjaan kerana kuman ada dimana-mana
  • elakkan pengambilan makanan yang kaya bahan pengawet.Pemakanan baik sangat penting demi memastikan diri kita bebas dari jangkitan kuman.
  • Kurangkan pengambilan kafein
  • Berhenti merokok
  • Amalkan gaya hidup sihat seperti kerap bersenam
  • Pengambilan makanan sunnah seperti Habbatusauda,madu yang boleh ditambah dalam minuman dan masakan
  • Elakkan berada di tempat-tempat berisiko jika tiada urusan penting seperti hospital,pasar dan lain-lain

Antara testimoni pengguna yang mengambil set booster immune ini




Kesihatan amat berharga dan tidak ternilai pentingnya buat kita semua.Jagalah amanah tubuh badan di beri dan makanlah pemakanan yang baik-baik yang menolong kita hidup lebih sihat.


Kesihatan yang baik adalah satu anugerah. Jagalah dan jangan mensia-siakan kerna ianya adalah harta yang sangat bernilai. Tiada gunanya kejayaan dalam pekerjaan, keuntungan dalam perniagaan jika kita jatuh sakit dalam usaha mengerjarnya. 'Health is wealth'.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan set immune booster ini,jangan berlengah-lengah lagi untuk hubungi saya seperti berikut: