Oct 20, 2016

Bebas Masalah Resdung atau Bersin Waktu Pagi Tanpa Sengaja

Dilema bangun pagi je bersin tak henti..

Haccummm..hacuuummm..tah apa masalah hidung ni..pantang terkena air,mulala bersin tak boleh berhenti..





Kalau sejuk menyapa juga alami syndrome sama..pernah sekali musim hujan dan kipas berpusing ligat tengah malam..Boleh hacccuumm tanpa henti di pagi hening sampai kejutkan mak ayah mertua yang lena..Heehe malu saja..

Kekadang che abe saje menyakat..haa mulala tu..sambil  buat gaya orang bersin..

Memang saya alah dengan habuk dan cuaca sejuk..Cepat beno hidung berair..Tapi saya tidak ingat sampai bila masalah ini berakhir..Sehinggalah saya mengambil set penyusuan Shaklee ada Alfafa Complex, B Complex dan SR Vita C Plus (vitamin C).



set resdung shaklee


Sejak saya konsisten set ni, bukan sahaja bantu kuatkan imun badan dan bantu dalam penyusuan, malah masalah bersin saya dah semakin berkurang dan hilang.

Husband pun perasan eh sekarang bangun pagi takde 'alarm' dah:-)

Eh eh, bila husband tegur saya baru perasan.Yerlah, walau sejuk aircond rasa sampai ke tulang,alhamdulillah takde dah bersin setiap pagi.

Alhamdulillah, tak perlu la nak cari ubat resdung kat klinik, tak perlu la nak perasap lilin.

Hehe,teringat zaman kecil dulu abang saya suka pakai lilin berasap tu kat muka..katanya boleh keluarkan hama dan ulat kalau ada..erkkk saya tak pernah buat tapi nampakla muka penuh putih abang buat dulu.


Apapun, setiap masalah dan penyakit insyaallah ada penyelesaiannya. 

Macam saya sendiri pun tak sangka..Ambil set penyusuan ni untuk badan bertenaga dan banyakkan susu tapi dapat sekali hilangkan masalah resdung dan alahan ni.

alhamdulillah.



alhamdulillah, resdung teruk dah hilang dengan set resdung shaklee


Saya hanya berkongsi apa yang pernah saya lalui. Jika kawan-kawan juga alami masalah sama seperti saya, cubalah konsisten set ini..Insyaallah ia baiki kesihatan dalaman kita. Paling penting kene konsisten dan sabar ya.

Set ni boleh di ambil oleh remaja, ibu menyusu, perempuan dan lelaki wanita dewasa. 


Sekiranya kawan-kawan nak cuba dan berminat dengan set resdung ni boleh klik link di bawah untuk pembelian atau boleh hubungi saya seperti berikut:



BELI SET RESDUNG SEKARANG 

atau boleh Whatsapp saya : 016 358 9018







10 Tips Bantu Anak Khatam Al Quran di Usia Kecil

Sedikit perkongsian dan tips oleh sahabat dan junior saya untuk bantu anak-anak kita khatam alquran di usia kecil.

Jom baca perkongsian menarik ini☺





Mahasuci Allah Yang Maha Baik! Tak terfikir dek akal kami yang terbatas. 
3 Oktober 2016, tarikh yang ibu dan ayah syukuri sebagai satu pencapaian untuk anakanda sulung kami pada usianya 7 tahun. Genap 5 bulan setengah, Allah berikan kemudahan untuk anakanda kami mengkhatamkan Al Qur’an buat kali pertama dalam hidupnya. Biasa untuk orang lain, tapi luar biasa untuk kami orang biasa-biasa.
.
Kami bukan lulusan sekolah ugama, bukan anak ustaz/ustazah, juga bukan hafiz/hafizah. Ayahnya khatam Al Quran pertama kali pada umur 8 tahun. Dan ibunya jauh ketinggalan, khatam Al Quran pada umur 12 tahun. Anak kami juga anak kecil yang biasa-biasa, bukan juga belajar di sekolah tahfiz. Dan yang paling pasti, kami masih bertateh lagi belajar mengaji.
.
Jadi perkongsian ini khusus untuk orang yang sama seperti kami. Orang biasa-biasa yang berusaha mencari cara untuk anak mereka merasa khatam Al Quran buat kali pertama dalam hidup mereka. Saya mengambil keputusan menulis dengan niat untuk berkongsi. Bukan nak mengajar-ngajar, bukan nak menunjuk-nunjuk.
.
Ceritanya begini, bagaimana kami menjalani fasa ini bersama-sama dengan anakanda kami;
.
1. UKUR KEMAMPUAN

Ukur baju di badan sendiri.

Kami sedar anak kami bukan jenis yang laju. Sewaktu kanak-kanak lain pada usia 6 tahun sudah huffaz Al Quran dan pandai bertaranum, anakanda kami masih lagi belajar Iqra. Ada masa rajin, ada masa liat. Ada masa dapat pujian, ada masa kena rotan.
Masuk darjah 1 pun masih belum habis Iqra. Tapi dia mula baca mukaddam merangkak-rangkak. Alhamdulillah, dia mengenal huruf dan boleh baca. Di sekolah pula dia belajar kaedah Qiraati. Kami redha saja cikgu mahu masukkan dia ke kelas mana mengikut tahapnya.
Bulan Januari sehingga Mac memang kami habiskan untuk baca Iqra dan Juzuk 30 saja. Tak laju tapi berterusan baca. Tidak paksa-paksa.
.
2. NIAT & SASARAN

Bermula bila dia masuk darjah 1, kami pasang  niat agar setiap hari ada peruntukan untuk basahkan hati dengan baca ayat suci Quran walaupun sedikit. Niat kecil saja ikut kemampuan kami dan anakanda. Yakin niat yang baik Allah mudahkan.

Sekitar bulan Mac, kami mula buat kira-kira. Al Quran ada 604 muka surat. 604/2 = 302. Kalau ikut formula ini, setahun boleh khatam Al Quran jika konsisten baca 2 muka surat setiap hari. Memandangkan anak kami biasa-biasa saja, jadi kami target baca 2 muka surat minimum sehari. Sepakat, sasaran kecil kami untuk bantu anakanda khatam Al Quran dalam masa setahun.
.
3. DISIPLIN WAKTU MENGAJI

Mula-mula, kami  tetapkan waktu untuk mengaji bermula selepas solat Maghrib berjemaah. Tapi, lama-kelamaan anakanda kami mula suka dan sayang nak tinggalkan kuliyah Maghrib di Surau Al Ikhlas. Bila balik dari kuliyah, dia mengantuk dan terus tertidur. Maka, rugilah untuk malam itu tak dapat mengaji Al Quran. Percubaan pertama kami gagal.
Kemudian, kami cuba pula untuk tetapkan masa mengaji usai solat Subuh berjemaah. Niatnya, supaya kami mulakan awal pagi dengan ‘sarapan’ ayat-ayat Al Quran. Kaedah ini tak bertahan lama sehingga kami sedar, waktu ini pun tak praktikal untuk kami. Dan kebanyakan waktu kami terkejar-kejar ke sekolah dan ofis. Percubaan kedua gagal lagi.

Akhirnya, kami cuba pilihan waktu ketiga. Jarak rumah kami ke sekolah anakanda dalam 4 km. Waktu normal, 8 minit boleh sampai ke sekolah. Hari persekolahan, 20-25 minit baru boleh sampai. Untuk kurangkan rasa stres terperangkap dalam kesesakan trafik, kami mula baca Al Quran dalam kereta. Dan alhamdulillah, baru kami sedar ini waktu terbaik dan praktikal untuk kami mengaji.  Tiada alasan untuk ‘skip’ mengaji kerana setiap hari memang wajib ke sekolah.
.
4. KATA SEPAKAT

Selepas pilih waktu wajib untuk mengaji dan berapa muka surat yang pelu dibaca setiap hari, kami mula terangkan pada anakanda. Tujuannya supaya dia faham dan bersedia untuk capai sasaran akhir bersama-sama. Dia setuju dan bersemangat, alhamdulillah. Jadi, setiap kali masuk dalam kereta, hari persekolahan mahupun hari cuti, dia tahu apa disiplin yang dia perlu lakukan selepas baca doa naik kenderaan. Walaubagaimana pun, waktu mengaji kami mungkin praktikal untuk kami, tapi mungkin tidak untuk orang lain. 
.
5. BERJEMAAH

Cabaran mengaji secara berjemaah bermula April 2016. Ini cara cetuskan motivasi untuk anak suka mengaji. Anakanda baca, ibu baca. Ayah dengar, ayah betulkan. Mahu anak mengaji, ibu ayah kena lebih dulu mengaji. Dia nampak, dia buat. Dalam kereta wajib ada 3 naskah Al Quran. Satu anakanda punya, satu ibu punya dan satu lagi untuk umum guna. Ini untuk mendorong sesama pencinta Al Quran dan memudahkan anakanda mengaji. Biar dia tak kekok dan tak malu kelek Al Quran.
.
6. VARIASI

Kanak-kanak cepat bosan. Perlu selalu pelbagaikan cara supaya dia suka nak mengaji. Umur 6 tahun, anakanda dibiasakan dengan rutin 1 hari 1 tazkirah semasa dalam perjalanan ke sekolah. Bila dia mula mengaji, kami letak target mudah-mudah dulu. Bermula dengan baca 1 muka surat sahaja. Kemudian tambah, 1 muka surat baca mushaf, 1 muka surat baca terjemaah. Bila dia bertambah baik, mula tambah 2-3 muka surat pula.

Baca terjemahan lebih seronok untuk anak-anak. Terutama bila dia sendiri faham maksud bahasa arab. Pernah satu ketika dia sebut, “Abang dah jumpa 5 nama neraka. Jahannam, hutomah, jahim, hawiyyah dan sair”. Sama juga bila dia jumpa nama buah-buahan dan warna-warna dalam Al Quran. Anakanda nampak lebih bersemangat dan seronok untuk baca dan baca lagi.
Prosesnya bertahap-tahap. Perlahan-lahan. Sehinggalah dia sendiri suka mengaji, boleh separuh juzuk sekali baca dan di akhir-akhir bulan September sudah boleh baca 1 juzuk sehari.
.
7. SOKONGAN

Sokongan ahli keluarga elemen penting yang banyak membantu. Waktu kami tiada, ada adik-adik ipar yang akan bantu dia mengaji. Bila di kampung, tok maa temankan dia mengaji. Bila atok datang, atok betulkan dia mengaji. Di sekolah pula ada ustazah yang akan pantau dia mengaji. Jadi dia seronok dan bersemangat untuk mengaji. Kami selalu tekankan minta doa dan restu dari atok, mak tok, tok maa dan tok abah sepanjang perjalanan mengaji ini. Kita tidak tahu doa siapa yang Allah pandang, mungkin kemudahan ini datangnya dari doa mereka.
.
8. PANTAUAN

Walaupun dia sukarela mengaji, namun tak boleh tinggalkan dia mengaji seorang diri. Ada waktu kami tersilap, terlepas pandang. Jadi banyak kali dia mengaji mengulang tempat yang sama sebab tersilap tanda. Ada waktu dia tak tahu baca, ada masa dia nak faham sebutan bila jumpa hukum-hukum tajwid tertentu, ada ketika dia nak tahu maksud perkataan. Itu semua perlukan bimbingan orang dewasa. Ini proses kami belajar bersama-sama. Setiap Khamis kami semak, capai atau tidak target 1 juzuk bagi setiap minggu. Jika tidak pantau, susah untuk ukur kemampuan sebenar anakanda dan diri kita sendiri.
.
9. HADIAH & HUKUMAN

Bila dia berjaya capai sesuatu target lebih awal dari jangkaan, kami belajar beri hadiah. Penghargaan untuk pencapaiannya. Jadi dia lebih bersemangat. Buktinya target asal kami untuk dia khatam Al Quran dalam masa 1 tahun, tapi dia berjaya lakukan dalam masa 5 bulan setengah sahaja dengan izin Allah.

Kadang-kadang, kami bagi ‘suprise’ walau pun dia tak minta. Ada waktu dia boleh pilih apa dia suka. Lego atau makan di tempat yang dia suka. Tapi perlu selalu murnikan niat, mengaji bukan untuk dapat hadiah atas dunia, mengaji kerana Allah.

Ada masa anakanda penat. Ada ketika dia mengantuk atau malas-malas. Kalau dia tak capai target pun ada hukumannya. Hukuman ringan saja. Ganti (qada) baca lebih banyak muka surat untuk hari berikutnya. 
.
10. DOA

Perjalanan ini tidaklah mudah. Ada masa kami lemah. Jangan mengalah, terus baiki diri. Ini semua adalah proses tarbiyah untuk kami dan anak-anak. Semuanya tidak akan berjaya melainkan dengan izin Allah Ta’ala. Jadi, sebaik-baik tempat meminta, hanyalah pada DIA. Doa jangan putus-putus. Sedikit demi sedikit cuba belajar untuk menjadi lebih ‘indah’ di mata Allah.
.
Kesimpulannya, jika anak kita tak pandai, kita buat cara tak pandai. Jika anak kita tak laju, kita buat cara tak laju. Ini proses belajar. Usah tunggu pandai baru mahu mengaji. Jangan pernah berhenti mengaji. Kami pun tak pandai dan masih belajar dan terus belajar lagi.
.
Mengaji Al Quran bukan satu perlumbaan. Jangan bandingkan anak kita dengan anak orang. Kalau tak mampu berlari, kita berjalan. Kalau tak mampu berjalan, kita merangkak. Yang pasti jangan berhenti pimpin tangan mereka untuk sampai ke garisan penamat bersama-sama. Pencapaian ini bukan penamat tapi titik permulaaan untuk perjalanan seterusnya yang jauh lebih panjang dan berliku. Doakan istiqomah.
.
‘Mereka yang mahir membaca Al-Quran akan bersama malaikat yang mulia lagi taat. Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala’.
(Hadith Riwayat Muslim)
-
Sekadar berkongsi pengalaman tidak seberapa bagaimana anak kecil yang biasa-biasa boleh sebenarnya untuk khatamkan Al Quran seawal umur 7 tahun. Satu kerugian besar bagi kami jika tidak memanjangkan ilmu yang boleh membawa kebaikan kepada orang lain yang sangat memerlukan. Apa yang kami pelajari hakikatnya datang dari ilmu Allah Ta’ala juga.
Semoga Allah memelihara niat kami dan mengampunkan segala kecatatan dalam perkongsian ini. 

Wa’alam, bukan pandai cuma ibu setahun jagung yang banyak kekurangan.
Jika baik, amal. Jika buruk, tinggal.
.
Saya doakan semua yang membaca penulisan ini menjadi teman karib Al Quran, dan Al Quran juga menjadi sebaik-baik peneman kita di alam kubur sana!
Amin ya Robbal Alamin.

Credit : FB Nur Haslaily

Oct 19, 2016

Jana Pendapatan dengan Business Shaklee

Dulu2 masa memula buat business shaklee memang niat utk tambah side income..tapi bila dah selalu share rasa seronok untuk bantu org lain dapat juga kesan produk baik ni.tak nak rasa kesan ni sorang- sorang.. So alang-alang dah guna dan dapat kesan baik why not sharing jugak dgn orang lain.




Seronok bila dpt bantu selesaikan masalah orang lain..macam2 customer ada. Dan tentunya tumpang happy bila mereka ucapkan terima kasih dan rasai #shakleeEffect ni.

  • Ada yang bebas gdm masa hamil
  • Ada yang turun bacaan kolestrol tinggi
  • Ada yang dapat menyusu SI smpai 2 tahun
  • Ada yang turun berat badan dan dh slim
  • Ada yang hilang biji kolestrol
  • Ada pesakit kanser lebih bersemangat dan bertenaga.
  • Ada yang hadapi rabun dan turun power spek. 

Ermm banyak lagi sebenarnya.. Dah 4 tahun guna dan sharing.. Alhamdulillah semua dengan izinNya.

Dulu ingat lagi projek manager kt opis lama pernah nasihatkan kami, niatlah buat kerja kita sebagai ibadah, time tu saya berkerja sebagai programmer..Selalu stress nak siapkan sistem Application untuk sebuah badan kerajaan.Buat web application untuk pendaftaran,renew lesen dan lain-lain. Bila time nak demo mesti balik selewat 12 malam. Huhu,stress mak time tu.Harap ada bibik banyak membantu jaga anak-anak.



Kata boss saya lagi, bila kita jalankan amanah dengan baik dan dan beri manfaat kepada orang lain, kita pun dapat saham pahala selagi ia digunakan. Alhamdulillah,mudah-mudahan.

Sebenarnya bukan setakat kerja di pejabat, cikgu, dan nurse yang boleh bantu org lain.Dalam business pun banyak peluang untuk gandakan pahala dengan syarat niat betul dan jujur.

Misi saya berbusiness juga nak bantu lebih ramai rakyat Malaysia dapat kesihatan lebih baik, dapat side income bulanan melalui business ini tanpa perlu modal ribuan ringgit, dapat bantu suri rumah mempunyai income sendiri melalui bussiness ini. Insyaallah.

Business bersama Shaklee bukan business cikai. Sudah ramai yang berjaya mendapat 4,5 angka sebulan dalam business ini.


dan ia juga tidak mengkayakan orang atas atau menindas orang bawah. Jika ada usaha, ada jualan, jualan itu untuk diri sendiri. Jika jualan 0 walau orang bawahan mempunyai sale banyak, tetap tidak mendapat apa-apa. Siapa usaha insyaallah akan ada hasil untuknya.

Sama juga seperti business lain. Jika capai target sale, syarikat akan berikan bonus mengikut pencapaian.


Man jadda wa jadda. 

Register keahlian hanya RM68. 90 sahaja dan dah layak untuk mulakan business ni bila2 masa sahaja. Ada banyak kelas kesihatan, kelas nutrisi, group support yg ohsem dll yg bantu untuk sama2 berjaya dalam business ni.  Memang sungguh rugi jika tidak rebut peluang yang ada di zaman kemelesatan ekonomi ni.


Nak belajar bebila masa sahaja boleh. Tak reti business boleh belajar. Tak reti sharing boleh belajar. Yang penting ada kesungguhan dan komited.



Bulan ini pihak Shaklee menawarkan vitamin PERCUMA kepada ahli baru yang layak. Bagi yang membuat pembelian cukup syarat ( melebihi 100 points (uv) ) akan mendapat 1 botol Lecithin secara PERCUMA. Manakala pembelian dengan keahlian melebihi 200UV akan mendapat 1 botol ALFAFA COMPLEX L secara PERCUMA.



HANYA untuk OKTOBER ini sahaja ya.

Jika anda memang makan sendiri suplemen ini dan masih belum menjadi ahli boleh grab cecepat vitamin percuma ni tau . Memang jimat.





Jika anda berminat untuk dapatkan suplemen shaklee, nak join ahli atau ingin mulakan business shaklee , boleh hubungi saya seperti berikut. 









Oct 18, 2016

Stress Punca Muka Cepat Tua?

Sape pernah dengar , Jauhi stress supaya muka tak cepat tua!

Haa..bahaya tau stress ni..Bukan sahaja muka cepat tua tapi jerawat cepat naik, badan pun lesu je sebab aura negatif duk mengalir dalam badan.



So,kalau muka ketat je tu kene cepat-cepat cari jalan nak bagi senyum balik.

Tapikan memang saya akui jadi WAHM ,jaga sendiri anak-anak ni memang tak boleh nak lari dari stress! Bukan orang keje pejabat je stress tau. Duk rumah pun boleh stress..dah namanya kita manusia kan.


Kerenah Anak-Anak

Sorang kuat mengusik sorang suka menangis.. Lagi sakanla yang suka mengusik tu.. Dah menangis yang mengusik tu dia buat muka tak bersalah je:-)

Haa stress jugak tau kalau dengar suara tangisan budak.Lagi2 sekuat hati kan. Kalau cakap sekali pujuk sekali tak dengar jugak memang mau berangin jugak..haha.


Kadang ajak keluar ke taman, stress plak tak moo balik.. Ajak keluar ke shopping complex tantrum plak nak mainan.. 

Hee cool jela.. Senyum seindah suria jela ketat2😀😀 



Kawal Stress dengan Sebaiknya

Setiap hari memang kene kawal stress.. Stress ada di mana2..

Saya ada kongsikan tips kawal stress dalam perkongsian yang lepas. Boleh baca di sini 


Bahaya stress juga boleh menyebabkan sakit kepala, risiko tekanan darah tinggi,serangan jantung dan juga paling bahaya boleh menyebabkan stroke.



Apa korang buat bila stress?


Saya kalau stress dengan anak-anak atau serabut dengan sesuatu,saya suka ajak suami keluar jalan-jalan. Dapat keluar makan-makan,pusing-pusing pergi shopping complex pun dah lega. Paling best mestilah balik kampung jumpa mak abah..Memang confirm hilang stress.Dapat bawak mak mertua belanja cari barang kat kedai, p pasar pun dah release tension.

Paling baik juga dekatkan diri dengan sang Pencipta. Banyakkan berzikir dan juga baca alquran.

Ada orang suka makan aiskrim, masak-masak,nyanyi karoke, pergi shopping dan macam-macam lagi.

Yang suka makan tu kene alert jugak karang naik pulak berat badan..hehe

cara mudah juga boleh telan B Complex. 



B Complex ni sangat baik di ambil selepas breakfast. Bantu kurangkan stress, lancarkan peredaran darah, tingkatkan stamina dan mencegah kelesuan. 


Vitamin B ni sangat penting tau ambil setiap hari. Ia juga bantu tukarkan makanan kepada tenaga dan sudah pasti memberikan tenaga sepanjang hari.


Jom jaga kesihatan selalu. Handle stress dengan baik. Semoga Allah anugerahkan kesihatan baik untuk kita semua.



Nak dapatkan B Complex? Hanya RM 53.75 harga bagi sebotol (120 biji ). Boleh makan sehingga 4 bulan tau..Memang sungguh menjimatkan.






Oct 17, 2016

Penyakit Genetik Kencing Manis: Adakah Ia boleh di Elakkan?

Kata orang, jika ada sejarah keluarga yang mempunyai masalah diabetes,kanser, atau athma; penyakit ini akan 'menurun' kepada anak-anak atau cucu cicit.

Bagi gen yang mempunyai keturunan diabetes di katakan akan menurun kepada anak-anak dan waris sebanyak 75%.






Dulu arwah mak saya ada genetik penyakit keturunan ni. Kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi. Hampir kesemua adik beradik arwah mak ada penyakit ini dan di jemput ilahi asbab penyakit ini.

Dulu masa arwah mak sakit, saya selalu tengok arwah makan ubat-ubat hospital segenggam setiap hari. Banyak tau.

Saya tanya sampai bila nak kene makan ubat2 ni mak?

sampai mati kate arwah. 


Time tu saya masih belajar di form 5, Saya terfikir jugak, takde ke pemakanan yang lebih baik dan berkesan selain ubat? pengambilan ubat dalam tempoh lama mesti ada kesan bahaya dan boleh merosakkan buah pinggang. 

Ingat lagi arwah mak bagitahu.

Mak dah bosan makan ubat ni la..dah tak nak makan tapi kene makan jugak.

Sampailah arwah dah bosan dan jemu dengan ubat-ubat hospital ni..

Arwah mak di jemput Ilahi pada hari Jumaat selepas seminggu di ICU dan komplikasi masalah diabetes,darah tinggi dan buah pinggang.

Bila tengok masalah sama berlaku kepada makcik, pakcik dan adik- beradik yg sekarang juga mendapat tempias penyakit keturunan ni ( darah tinggi dan kencing manis), saya terfikir sanggupkah saya utk hadapinya jua kelak. Nauzubillahi min zalik..Tapi saya juga darah sama seperti arwah mak dan kemungkinan besar untuk menghadapinya jua pasti ada.


Teringat juga 1st kehamilan ada masalah gdm ( kencing manis ketika hamil) , banyak kali doc pakar pesan jaga pemakanan, jaga pemakanan, jaga pemakanan. Padahal saya makan seperti biasa. Tidak makan makanan manis, masak pun tawar.



Ulang kali doc ni pesan setiap kali checkup. Mulai daripada itu saya faham saya perlukan 'sesuatu' utk merubah hidup saya supaya dapat jaga kesihatan selalu dan kesihatan lebih baik.


Kenapa Mengambil Suplemen Shaklee?

Inilah antara faktor kenapa saya serius membuat business berasaskan makanan kesihatan semulajadi Shaklee.

Saya tidak mahu bergantung seumur hidup dengan ubat-ubatan kelak. Saya tidak menyalahkan keturunan saya yang ada penyakit ini.

Penyakit keturunan mungkin tak dapat nak elak tapi kata doc dengan pemakanan yg sihat dan gaya hidup sihat insyaallah kita boleh mengurangkan risiko hadapinya.

Saya yang perlu ubah cara hidup dan pemakanan daripada sekarang.

Saya mula serius dalam dunia pemakanan Shaklee selepas menyusukan anak ketiga. Ketika ini saya ambil set penyusuan Shaklee dan saya nampak kesan positif hasil pengambilannya. 


Badan bertenaga, susu meriah , stok susu dapat buat banyak-banyak.

Kemudian hamil anak keempat saya teruskan pengambilan set hamil Shaklee.
Alhamdulillah, badan bertenaga semasa hamil, tiada masalah GDM lagi,darah tinggi pun tiada,berat badan terkawal. dan selepas sahaja bersalin saya mengambil set bersalin+ menyusu. Masa ni langsung tiada masalah sembelit ketika berpantang, susu memang meriah sampai boleh buat stok susu banyak,badan bertenaga walau berpantang sendiri dan bestnya berat badan kembali ke asal. 



Orang kata jika kita nak jadi orang baik,berkawanlah dengan orang baik-baik dan alim ulama ,jika nak bau wangi berkawanlah dengan penjual minyak wangi.


Begitu juga nak jaga kesihatan maka lagi baik jika ceburkan diri dalam dunia kesihatan nutrisi dan berkawan dengan orang-orang yang mementingkan kesihatan. 


Apa kita makan akan jadi darah daging. Pemakanan hari ini mengundang penyakit atau masalah 10 tahun akan datang.




Sebab tu,saya bersungguh-sungguh dalam business shaklee ni di mana secara tak langsung dapat bantu saya jaga kesihatan diri dan keluarga. 


Dengan shaklee saya berpeluang menimba banyak ilmu kesihatan. Setiap bulan,ada kelas kesihatan yang di adakan oleh pihak Shaklee. Ada kelas nutrisi, ada talk kesihatan, ada geng2 detoks super ohsem. Ada grup support yg ingatkan tentang pentingnya menjaga kesihatan dll. 


Suplemen Shaklee bukan suplemen biasa yang di hasilkan ala kadar. Ia di hasilkan begitu teliti oleh saintis-saintis terkemuka. Bukan sahaja mendapat kelulusan KKM , malah produk ini juga mempunyai Landmark Studies yang di sokong oleh para doktor dan saintis seluruh dunia.


Ketahui apa itu Landmark Studies di sini

Shaklee sudah berada hampir lebih 50 tahun di Malaysia. Alhamdulillah sudah ramai pengguna produk kesihatan ini dan sudah ramai juga mendapat kesihatan positif dengannya.









Saya yakin pencegahan awal dapat membantu mengelak penyakit kritikal seperti ini dan mudah-mudahan usaha kecil ini dapat bantu saya bebas daripada penyakit keturunan ini suatu hari nanti.. Biiznillah.. 

Insyaallah . Semua dgn izinNya.



Oct 10, 2016

Singkirkan Parasit dalam Badan dengan Detoks Parasit

Assalamualaikum..Selamat hari Isnin..Senyum ceria selalu..

Hari ni dah masuk fasa bulan penuh - fullmoon kata orang putih.

Bulan penuh ni di kaitkan dengan time parasit mengawan..haa percaya tak? Cuba korang cek time ni ada tak rasa gatal-gatal kat badan,sakit kepala, anak-anak soleh/ah dah super active macam-macam idea keluar, sakit-sakit badan dan sedikit moody dan stress.



Parasit ni bukan setakat cacing yang boleh duduk dalam usus kita tau malah macam-macam lagi ada. Ada kuman,bakteria,syaitan pun boleh berumahtangga dalam badan kita tau.

Dulu-dulu masa kecik rajin kan makan ubat cacing..setahun makan 2x..tapi dah besar ni pernah ambik tak? 

Haa..cacing membiak-biak la dalam badan kita ni kalau dah tak makan lagi..lagi-lagi cacing ni boleh berada dalam organ-organ kita seperti pari-paru,hati,pankreas,mata dll.

Sebab tu kene rajin  amalkan detox. Pernah dengar pasal detox kan? kebiasaan orang detox untuk turunkan berat badan tapi sebenarnya kita boleh buat detox parasit nak nyahkan segala jenis atuk nenek parasit dalam badan kita.

Detox ni ibaratnya kita nak nyahkan toksin la dalam badan kita. Kita bukan setakat nak buang kerak-kerak,kuman tapi segala makhluk menumpang dalam badan kita pun kita nak buang.

Eh kenapa nak simpan lama-lama parasit ni.Cukuplah bertahun-tahun duduk dalam badan kan.

So,elokla time parasit mengawan ni kita bunuh semua yang ada. Camna caranya?

langkah pertama untuk elak parasit ni dari masuk ke tubuh badan adalah dengan mengambil makanan yang sihat dan bersih.

  1. Cuci buah-buahan dan sayura-sayuran bersih sebelum makan.
  2. Elakkan makan makanan yang diragui tahap kebersihannya.
  3. Cuci tangan setiap kali masuk keluar tandas dan sebelum menyediakan makanan.
  4. Mandi dan bersihkan anggota badan dengan bersih terutama selepas menggunakan kolam mandi awam.
  5. Amalkan makanan pembunuh parasit.
  6. Puasa sunat isnin khamis atau pada hari putih (13,14 dan 15hb dalam bulan islam)
  7. Ambil set vitamin penghapus parasit
  8. Kurangkan atau berhenti ambil makanan pembiak parasit seperti:-
  • Gula putih
  • Gandum dan sumber gluten
  • Makanan yang diproses
  • Makanan yang tidak dimasak dengan baik
  • Makanan ringan
  • Makanan bergula

Haaa PALING MUDAH meh buat detox parasit.

Caranya kene STOP pengambilan makanan berikut ketika musim parasit mengawan ni:

- Makanan berasaskan gandum
- gula putih
- Caffeine
- Segala jenis roti

Pengambilan gula putih,segala jenis roti,kuih manis perlu dihentikan sementara waktu ketika proses detoks parasit

Haa sanggup?? makanan di atas ni boleh menyebabkan parasit makin membiak..

 eh nasi ada nasi?? nasi boleh makan ke?

hee nasi still boleh makan tau..haaa suka tak?

BAHAN PERASA , SOS CILI, SOS TOMATO, KICAP, AJINOMOTO, SOSEJ NI KEBANYAKKAN TAK BOLEH sebab ada gula putih!

Kalau korang sanggup nak berpantang sementara 4 bende atas ni,insyaallah boleh buat detoks ni.


dan paling penting perlu ada suplemen Set parasit ni..Paling bagus ambik semua, kalau tak boleh ambik yang asas dulu kalau ada kekangan bajet.Yang penting tetap boleh buat detoks parasit okeh.


Set Detox Parasit




Paling penting 3 vitamin atas ni untuk singkirkan parasit dan kuatkan imuniti badan




Setiap bulan ada waktu tertentu untuk lakukan detox ni. Ini jadual detox untuk bulan Oktober ini.


Paling lama 14 hari dan paling sedikit 5 hari ( soft detox). 

So kalau korang nak cuba dulu boleh buat soft detox dulu selama 5 hari ikut fasa 2 di atas. 

Best ke best buat detox ni?? Haa mestilah best lepas buat detox kan..

Mana tak best kalau parasit dalam badan dah berkurang..hepii sangat kan kalau dapat tarik cacing keluar...errkkkk ada ke...


Haa meh baca testimoni pengguna parasit detox ni..macam-macam pengalaman best diorang dah rasa.




Korang yang belum pernah cuba detox ni buatlah..serius syok sangat..Lagi-lagi kalau selalu tak sihat tu..Tak lama pun..mula-mula je rasa terseksa sikit nak biasakan tak minum caffeine,tak ambik gula putih..tapi lepas 2,3 hari dah ok pun.


Ok, saya stop dulu.jika ada yang berminat nak try buat detox ni dan nak saya bantu boleh pm/whatsapp saya bebila je..saya sudi berkongsi menu makanan, apa yang boleh apa yang tak boleh..dan macam-macam lagila.

Ok, boleh PM/whatsapp saya kt no di bawah ya.

Terima kasih sudi baca sampai habis":-)







Oct 9, 2016

Tak Jadi Cucuk Insulin Selepas Mengambil Vivix

Vivix untuk Kencing Manis📌

Diabetes antara penyakit pembunuh no 1 di Malaysia. Komplikasi diabetes sangat menakutkan dan merbahaya kerana ia boleh menyebabkan risiko kaki di kerat, kegagalan buah pinggang berfungsi dengan baik, masalah jantung dll.

Pernah dengar suplemen vivix? 

Vivix ni tonik terbaik antioksidan tinggi daripada gabungan bahan botani. Salah satu kandungannya adalah buahan syurga iaitu buah anggur.. Bukan anggur biasa ye tp anggur muscadine yang sebesar bola golf dan berharga rm100 sebiji.. Hanya boleh di dapati di kawasan EROPAH, dan memang takde kat Malaysia. 


Kandungan lain adalah Knotweed Jepun yang kaya dengan RESVERATROL yang banyak sangat khasiatnya. Selain itu, ramuannya juga daripada Purple Carrot yang mana ia mengandungi anthocyanins yang bertindak sebagai anti radang,anti mikrob dan Asid klorogenik di dalamnya bertanggungjawab mengurangkan diabetes.





Kenapa special sangat vivix ni??

Pengalaman pertama saya jual vivix kepada ahli keluarga terdekat yang mempunyai masalah diabetes tinggi sehingga doc bagitau nak cucuk insulin.

Hoho, bayangkan jarum pun dah 'serung' apatah lagi bila fikir kene inject sendiri 
insulin setiap hari

Saya terus poslaju sebotol vivix kepada kakak dan bagi panduan makan.. Alhamdulillah tak sampai seminggu bila pergi checkup, beliau maklumkan bacaan gula dah turun dan tak perlu buat injection insulin.. Alhamdulillah lega sangat saya dengar.. Dia risau saya pun risau.. Dan bestnya bila beliau maklumkan badan lebih bertenaga dan rasa cergas sepanjang hari.

Saya faham perasaan orang yang ada diabetes ni.. Memang mudah penat, rasa tak larat je badan.. Teringat dulu arwah mak ada penyakit ni selalu terbaring cepat penat.

Penyakit kencing manis atau diabetes ni mungkin penyakit biasa je sebab dah selalu kita dengarkan.. Penyakit no 1 di Malaysia.. Namun jika tidak di rawat dan dijaga sebaiknya memang boleh menyebabkan risiko komplikasi lebih teruk seperti masalah buah pinggang, jantung, stroke, kene potong kaki dll. 





Bagaimana vivix dapat membantu pesakit diabetes?

 

Vivix bukanlah ubat tetapi Vivix adalah supplemen yang membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah pesakit.



1. Vivix Mengurangkan Sindrom Rintangan Kepada Insulin

Antioksidan yang terkandung di dalam vivix dapat membaiki sel yang bermasalah dan dalam masa yang sama menjadi pelindung kepada sel di dalam tubuh. Pengambilan vivix secara konsisten membantu mencegah sindrom metabolik kepada mereka yang berisiko menghidapi diabetes sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung dan kencing manis daripada menjadi semakin parah.

2. Polifenol Dalam Vivix Membantu Mengawal Kadar Kepekatan Gula Di Dalam Darah.


Pengambilan makanan yang mengandungi karbohidrat dan gula yang tinggi (tinggi Glisemix Index) akan menyebabkan peningkatan kandungan gula dalam darah sekaligus meninggikan risiko untuk diabetes. Polifenol di dalam Vivix akan memperlahan proses pencernaan dan mencegah penyerapan karbohidrat dalam darah pada kadar yang cepat.

3. Vivix Mengurangkan Pembentukan Protein AGE
Gula yang berlebihan di dalam tubuh akan membentuk Protein AGE (Advanced Glycation End Products) yang akan mengakibatkan sel tubuh menjadi mati, rosak dan meningkatkan risiko diabetes. 


Vivix juga bertindak sebagai tonik anti penuaan utama di dunia dengan memperlahan pembentukan protein AGE ini di dalam tubuh.


Jaga Kesihatan Selalu


Jaga pemakanan, kurangkan makanan manis dan amalkan gaya hidup sihat.. Ambil tonik vivix insyaallah mudahan2 membantu mengurangkan komplikasi diabetes yang di alami.

Sekiranya anda atau insan tersayang mempunyai masalah diabetes, cubalah alternatif dengan vivix ni.. Insyaallah tonik terbaik untuk kesihatan sel dan keseluruhan badan






Sekiranya anda berminat untuk dapatkan vivix boleh daftar keahlian. Pembelian 1 botol vivix dengan keahlian akan mendapat 1 botol Lecithin secara PERCUMA manakala pembelian twinpack vivix sehingga 15hb ini akan mendapat 1 botol vitamin c secara Percuma, keahlian percuma dan cashback tunai RM38 bulan berikutnya.






Maklumat lanjut mengenai vivix boleh SMS /whatsapp :