Nov 7, 2016

Bagaimana ingin mengurangkan risiko berlakunya Kanser Payudara?

Hari sabtu lepas, berkesempatan untuk hadiri kelas kesihatan anjuran Shaklee bertajuk " Breast Health Awareness Talk' di HQ Shaklee, Sunway Subang. Kelas ini hanya untuk SID terpilih dan perlu buat pendaftaran sebelum menghadirinya.




Alhamdulillah en suami setuju tolong drive ke sini.Hari minggu kalau ke sini memang jem la..so keluar la awal tapi sejam jugak nak sampainya..Sementara tunggu saya habis kelas, sempat beliau buat meeting dengan clientnya kt HQ shaklee ni..Haa 2 in 1. Takdela bosan nak menunggu walau sebenarnya boleh je masuk dengar sekali cerita pasal topik penting ni kan..hehe..takpe bagi can big bos settlekan jugak keje-keje dia yang selalu tak pernah habis..

Anak-anak enjoy bersukaria dalam bilik 'playroom' kat HQ shaklee.Memang mesra kanak-kanak..Seronokla anak bersukaria dengan kawan-kawan baru dalam tu...Best buat business Shaklee ni anak-anak tak perlula nak tinggal kat pengasuh ka,taska ka..boleh angkut sekali cuma pepandaila manage dan jaga supaya diorang takdela di luar kawalan dan buat bising.


Topik Breast Cancer ni di sampaikan oleh Pakar Bedah, Dr Normayani Bt Kitan dari Hospital Putrajaya.




Menurut beliau,semakin maju sesebuah negara itu, penghidap breast cancer juga tinggi. 
Tetapi kematian akibat breast cancer di negara kurang maju atau negara membangun lebih ramai berbanding di negara maju. Ini kerana akses kepada teknologi perubatan dan kos perubatan itu sendiri.

Kurang kesedaran dan lambat tindakan juga menyebabkan penyakit ini menjadi semakin meruncing.Lebih ramai wanita Melayu didapati mengidap stage advanced barah payudara, berpunca daripada keengganan mendapat rawatan awal atau tidak mengesan dengan lebih awal. Jadi buatlah pemeriksaan segera sekiranya mendapati ada sesuatu keganjilan pada breast anda.

Daripada setiap 14 wanita bangsa Cina, 1 orang ada breast cancer
Daripada setiap 20 wanita bangsa Melayu, 1 orang ada breast cancer

Ia berkemungkinan kerana wanita Melayu mempunyai lebih ramai anak.

Faktor yang mempengaruhi breast cancer:
  • Wanita yang datang haid lebih awal
  • Terlebih hormon ESTROGEN sebab ambil terapi hormon
  • Wanita obesity sebab ada banyak sel lemak. Makin banyak lemak. Makin tinggi paras hormon estrogen dalam badan
  • Wanita yang cenderung kepada gaya hidup barat ~ Westernizing lifestyle ~ ada risiko tinggi untuk dapat breast canser
  • Pemakanan yang terlalu banyak daging dan mengabaikan pengambilan buah buahan dan sayur-sayuran 

Cara mengurangkan risiko Breast Cancer:
- menyusukan bayi melebihi 6 bulan
- hamil anak pertama kurang daripada usia 30 tahun
- active lifestyle - berkebun,exercise
- melahirkan ramai anak
- banyak pengambilan sayuran2 dan buah-buahan ( kurangkan pengambilan daging)

Kegemukan / obesity boleh menyebabkan risiko untuk mendapat breast cancer tinggi. Jadi jaga pemakanan, ubah gaya hidup dan jaga berat badan supaya tidak berlebihan.

Bila Masa terbaik untuk Cek Sendiri Payudara?

Masa TERBAIK untuk cek sendiri kanser payudara : 2 minggu selepas hari pertama period.

Sekiranya ada family history yang ada breast cancer,susur galur rapat ( mak,nenek,adik beradik dll), usia 40 tahun perlu buat ujian screening. Jika tidak boleh lakukan pada usia 50 an

Tahukah anda?
Lebihan lemak di perut bagi wanita yang dah melahirkan anak lebih 5 orang ada gunanya.
Lemak-lemak di perut boleh di gunakan untuk gantikan kulit payudara yang dah dibuang untuk seimbangkan bentuk payudara selepas pembedahan membuang payudara.

Nutrisi yang baik untuk Kesihatan Payudara



Siapa kata soya punca cancer?
Di Jepun makanan ruji mereka adalah soya.dan terbukti Jepun antara negara yang rendah risiko kanser.
Soya antara vitamin yang bantu memelihara kesihatan payudara selain dari Resveratrol, Omega 3, Omega 6, Calcium, Vitamin D, Vitamin dan Mineral.

Namun pastikan anda mengambil soya non GMO untuk mendapat khasiat dan manfaatnya seperti protien non gmo ESP.
Resveratrol boleh di dapati daripada VIVIX.
Sumber Omega 3 daripada Omegaguard
Omega 6 daripada GLA Complex
Vitamin D daripada Ostematrix
Vitamin dan mineral daripada Alfafa Complex

'Breast cancer is a systemic diseases'
Sel kanser boleh pergi ke sel organ lain. Oleh itu, perlu jalani treatment untuk kawal ia.

Sekiranya ada sebarang tanda yang menunjukkan sakit atau perubahan pada payudara,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.Pemeriksaan awal dapat mencegah daripada risiko semakin kritikal dan dapat mengelakkan risiko lebih buruk.

Apapun,semoga Allah pelihara kita dan kita semua bebas daripada penyakit kanser ini dan penyakit merbahaya lain..ameen..insyaallah







Nov 6, 2016

32 Tips Kejayaan dan Kebahagiaan Dalam Kehidupan oleh Pakar Sakit Puan Terkenal

Assalamualaikum..selamat berhujung minggu..

Hari ni nak share sikit perkongsian yang saya baca daripada penulisan seorang Dr Pakar Sakit Puan terkenal di negara kita iaitu Dr Hamid Arsyat mengenai tips kebahagiaan kejayaan dalam kehidupan.

Mudah-mudahan yang baik ini dapat kita praktis dan amalkan dalam kehidupan seharian.






Tips Kebahagiaan dan Kejayaan dalam Kehidupan:

1. Tidur awal.

Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur.

Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar dan selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur.
Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari.
Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang.

3. Bangun awal.

Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak.
Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri.
Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah.
Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain

3. Sarapan saperti raja.

Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja.
Saya makan buah2 dulu buasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug.
Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam.

4. Supplemen vitamins dan lain2.

Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari. Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut.


4. Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan.

Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain.
Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar.Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan.Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak.

5. Amalkan exercise 30 minit setiap hari.

Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah.
Saya pilih berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.

6. Exercise paru2, mata dan kaki.

Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. 
Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk.
Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka.Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung.

7. Amalkan catit dalam buku jernal dan diary.

Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan  kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar.
Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2.
Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil  saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan.

8. Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat.

Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai.
Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar.
Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek.
Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2.

9. Amalkan baca dan terus membaca.

Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia.
Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya  dan  hobby kita.

10. Uruskan masa dengan bijak.

Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2.
Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka.
Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat.
Ingat jangan jadi hamba kerja.
Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul.Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games.

11. Banyak minum air.

Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ.
Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam.
Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi.
Minum air halia atau cuka apel debgan madu.

12. Bertindak, Berusaha dan Berkerja. 

Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa.
Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja.

13. Sangka baik terhadap orang lain. 

Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain.
Fikirkan mereka ada niat baik.
Fikir positif.

14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain.

Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.

15. Cakap lunak dan sedap didengar.  

Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah.
Jauhkan cakap2  negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan.

16. Senyum dan ucap salam selalu. 

Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress.
Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan.

17. Beristighfar ,taubat dan bermaafan. 

Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali.
Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri.
Jangan buang tenaga membenci orang lain.
Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.

18. Terima teguran dan pendapat orang lain.

Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. 
Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju.
Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik.

19. Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. 

Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.

20. Kawal kemarahan.  

Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang.

21.  Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. 

Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat.

22. Biarkan apa orang fikir tentang diri kita.  

Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.

23. Muhasabah diri.  

Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya.
Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif.
Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui.

24. Kegagalan tangga kepada kejayaan.  

Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.

25. Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah.  

Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal.

26. Jadi seorang pemberi dan pemurah.
  
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.

27. Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong.  

Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak.
Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.

28. Mengetahui had diri.  

Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko.
Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.

29. Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat.  

Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam.
Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.

30. Janji mesti ditepati.  

Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati.
Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

31. Bijak mengurus kewangan.  

Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB.Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu.
Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded.
Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi.
Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai.
Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun.
Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.

32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa.  
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting.

Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.

RUMUSAN  

Untuk capai kejayaan dan kebahagian  hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.

Credit : Dr Hamid Arshat

Nov 5, 2016

Manfaat dan Kebaikan Vitamin E yang perlu anda tahu

Ramai mungkin tidak tahu selain vitamin C, vitamin E juga sangat penting untuk kesihatan kita. Ia adalah vitamin larut lemak dan bersifat antioksidan dan anti keradangan yang sangat baik untuk kesihatan jantung. 



Mungkin kita selalu dengar Vitamin E untuk kulit yang cantik dan bebas parut. Tapi sebenarnya khasiat vitamin E lebih daripada itu!


Manfaat dan Kebaikan Vitamin E 

1) Vitamin Cinta Suami Isteri

Tahu tak vitamin E ni dapat bantu tingkatkan dan eratkan hubungan suami-isteri. Ia di kenali sebagai vitamin cinta. 

Dalam group business saya baru ni ada kawan-kawan share bila makan vitamin E ni husband rasa lebih bertenaga dan  feel rasa macam 'bercinta balik' macam awal-awal perkahwinan dulu. Haa camna tu? kenalah cuba dan ambil baru boleh fahami perasaan tu:-)

  • Untuk suami: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), ereksi lebih lama, lebih mudah terangsang, libido yang kuat, orgasma yang lebih kerap dan bersemangat, meningkatkan pengeluaran air mani dan jumlah sperma lelaki. Sebab itu ia dicadangkan untuk kesuburan lelaki.
  • Untuk isteri: Lebih tenaga (termasuk untuk seksual), lebih mudah terangsang, libido lebih kuat, menstabilkan hormon 'cinta' dan kewanitaan, terutama bg ibu menyusu yang mempunyai hormon prolaktin lebih tinggi (Hormon prolaktin tinggi boleh menyebabkan keinginan seksual agak kurang)

2) Mengurangkan Nyanyuk

Membantu Pesakit Alzheimer memperlahankan simptom yang dialami.


3) Kulit Bebas Parut Jerawat atau Luka Kecederaan

Impian semua wanita dan lelaki mahukan kulit cantik tanpa parut jerawat..Haa salah satu vitamin perlu ambil sekiranya anda ada masalah kulit berparut ni bolehlah amalkan vitamin E kaya antioksidan ni. Boleh sapu minyak vitamin E ni pada parut luka.

4) Pencegahan daripada Penyakit Kanser

Tahu tak vitamin E ni vitamin antioksidan yang sangat baik untuk menghalang pembentukan sel kanser. Vitamin antioksidan membantu menghalang radikal bebas sekeliling kita menyerang sel-sel badan yang boleh menyebabkan risiko terjadinya kanser yang semakin menular sekarang ini


5) Mengurangkan Strechmark ibu selepas bersalin

Ibu hamil atau sesiapa yang mempunyai berat badan berlebihan sering alami masalah strechmark di kawasan perut dan peha. Amalkan secara konsisten vitamin E dapat bantu mengurangkan dan memudarkan kesan strechmark ini.


6) Sesuai bagi ibu yang sering mengalami keguguran untuk persediaan sebelum hamil seterusnya.

7) Menyokong kesihatan jantung

8) Anti aging ( Anti penuaan)


Bagaimana Ingin Memilih Vitamin E yang baik?

Terdapat pelbagai jenis vitamin E di pasaran namun pastikan sekiranya anda ingin membeli vitamin E, pilihlah daripada sumber semulajadi iaitu kandungannya bebas daripada bahan kimia yang bahaya serta daripada bahan semulajadi. 

Vitamin E semulajadi lebih mudah di serap berbanding vitamin E sintetik. Bahaya mengambil vitamin sintetik ni menyebabkan toksin boleh terkumpul dan boleh mewujudkan sel abnormal dalam tubuh badan. 

 Jika vitamin E yang anda beli adalah semulajadi, kod 'd'  akan digunakan, jika ianya vitamin sintetik atau buatan, ia akan menggunakan kod 'dl' pada bahan yang digunakan.


Keistimewaan Vita-E Complex Shaklee

Vita-E Complex® mengandungi vitamin E (d-alfatokoferol) asli daripada minyak sayuran serta lengkap dengan selenium yang berperanan melengkapi aktiviti vitamin E dan memberi kesan terbaik kepada badan.



Setiap kapsul sofgel menyediakan:

  • 400IU vitamin E semula jadi dan 65mcg selenium.
  • Membantu mengekalkan kesihatan yang baik
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet.

1 botol vitamin E mempunyai 120 biji dan boleh tahan sehingga 4 bulan penggunaannya.





Nak dapatkan vitamin E shaklee boleh click di sini atau hubungi saya seperti berikut:






Tips Turunkan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil

Tekanan Darah Tinggi kerap terjadi kepada ibu hamil dan ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja samada ibu yang pertama kali hamil atau hamil anak seterusnya.




Tanda ibu mengalami masalah darah tinggi adalah apabila bacaan tekanan darah yang di ambil menunjukkan bacaan 140/90 mmHg atau lebih tinggi lagi.


Ada 2 jenis tekanan darah tinggi:
  1. Essential Hypertension – sebelum kandungan berusia 20 minggu. Ini bermaksud ibu mungkin memang telah ada darah tinggi dalam keadaan tidak mengandung.
  2. Gestational Hypertension – berlaku selepas kandungan berusia 20 minggu. Inilah disebut sebagai darah tinggi semasa mengandung.
Pengalaman ngeri saya ada tekanan darah tinggi semasa hamil anak sulong. Memang terasa letihnya nak kene ulang-alik pergi klinik. Kata doktor sebab perubahan hormon, sebab sejarah family dan mungkin juga pemakanan.

Sebenarnya ada beberapa sebab mengapa ibu mendapat tekanan darah tinggi tetiba semasa hamil..Masa tak hamil ok je tekanan darah normal,kenapa pula time hamil boleh ada?

Menurut Dr Zubaidi, punca utama tekanan darah tinggi semasa hamil boleh di sebabkan beberapa faktor:

Antaranya:

1. Wanita yang berusia kurang 20 tahun
2. Wanita yang berusia lebih 40 tahun
3. Wanita yang mempunyai sejarah kakak atau ibu juga mengalami masalah ini semasa hamil
4. Wanita yang hamil kembar
5. Pertama kali hamil
6. Mempunyai masalah buah pinggang sebelum hamil


Komplikasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Mengandung

Hamil dengan tekanan darah tinggi pastinya memiliki risiko dan boleh menyebabkan beberapa komplikasi lain berlaku. Antaranya.
  1. Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  2. Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utama placental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  3. Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang. Bila pra matang ni kita tahu akan dipantau rapi oleh doktor sejurus selepas lahir.
  4. Preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.


Tekanan darah tinggi ini akan mula menurun dalam tempoh 12 minggu selepas kelahiran.  Jadi sangat penting untuk melakukan pemeriksaan ujian tekanan darah ini setiap kali checkup. Ikut saranan doktor ,jaga pemakanan dan kawal stress dengan baik.


Tips Lain yang dapat Bantu Turunkan Tekanan Darah Tinggi

1. Minum air kosong secukupnya - 8 gelas sehari
2. Elakkan makanan proses dan makanan segera yang tinggi kandungan garam
3. Elakkan makanan rapu dan makanan segera yang tidak baik untuk kesihatan dan juga kandungan
4. Kawal stress sebaiknya setiap hari
5. Senaman ringkas 
6. Amalkan makanan seimbang dan cukup zat
7. Rehat secukupnya dan tidur yang cukup





Selain pemakanan,suplemen juga dapat membantu ibu mendapat kesihatan optimum dan cukup zat nutrisi bagi menampung kekurangan zat sepanjang kehamilan.


Bagi ibu yang alami masalah tekanan darah tinggi, pengambilan Omega 3 sepanjang hamil dapat membantu turunkan tekanan darah tinggi yang di hadapi dan mengawal tekanan darah.

Omega-3 asid lemak dalam  ikan "boleh meredakan saluran darah dan melindungi daripada kesan tekanan darah tinggi dan mengurangkan keradangan," kata Dr. Holtorf.

Antara suplemen yang baik di ambil semasa hamil untuk mengurangkan risiko berlakunya masalah tekanan darah tinggi ini adalah seperti berikut:






  • Omega Guard – Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala.

  • Omega 3 juga membantu merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Omegaguard bebas merkuri dan bahan merbahaya lain dan bergred farmasi. Melalui proses penyulingan 3 peringkat bagi memastikan ia benar-benar bebas daripada unsur logam berat.

Sesuai di ambil oleh ibu hamil dari awal kehamilan sehingga minggu 32 kehamilan.



  • Ostematrix – Ostematrix membantu meringankan stres dan tekanan yang dihadapi oeh ibu. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.Amat baik juga untuk menghilangkan lenguh-lenguh,sakit pinggang dan masalah sembelit yang sering berlaku kepada ibu hamil.
Ostematrix bukan sekadar pil kalsium biasa. Kaya dengan zat kalsium,magnesium dan bahan mineral lain untuk penyerapan terbaik dalam badan.


Pengambilan set hamil juga amat baik bagi membekalkan cukup zat nutrisi untuk ibu dan bayi serta memberi kesihatan lebih baik.




Suplemen ini sesuai dan selamat di ambil oleh ibu semasa hamil. Tiada bahan pengawet,pewarna dan pemanis. Halal dan Lulus KKM.


Sekiranya ibu menghadapi masalah ini,jangan panic jangan stress. Jaga pemakanan, minum air kosong secukupnya dan ikut pesanan doktor. Insyaallah semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan.



Sekiranya ingin mencuba alternatif suplemen semulajadi boleh hubungi saya seperti berikut:












Nov 2, 2016

Promosi Mega Shaklee November Bantu Kuatkan Sistem Imun Badan & Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum..Welcome November:-)

Kita sudah menghampiri penghujung tahun. Tak lama lagi cuti persekolahan anak-anak pun akan bermula. Misi untuk habiskan cuti-cuti tahunan bagi yang berkerja.

Walau apapun, semoga Allah permudahkan apa jua urusan kita dan memberkatiNya.

Seperti biasa, saya nak share promosi bulanan daripada Shaklee untuk rakyat Malaysia semua. Bulan ni ada beberapa promosi hebat dan menarik.

Bukan 1
Bukan 2
Bukan 3

Haa ada 4 promosi hebat bulan ni..WAH!!! memang Shaklee nak bantu rakyat Malaysia untuk dapat kesihatan optimum dengan harga lebih jimat:-)

Promosi Shaklee :  November 2016
Promosi Beli 3 Percuma 1


--Lecithin
--Alfafa Complex
--Vitalea for Children

Promosi Beli 6 Percuma 1 @ Beli 2 diskaun 5%

-- Nutriferon











TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE : 






Untuk dapatkan promosi bulan ini jangan malu jangan segan, jom hubungi saya segera seperti berikut:







Nov 1, 2016

Modal Serendah RM80 untuk Mula Business Shaklee

Ada orang tanya untung ke join shaklee?
Dah ramai yang jual Shaklee, laku lagi ke?
Saya tak reti nak business ni, boleh berjaya ke?





Dik, Sifir dia senang je.

Semua business semua nak untung dan kalau buat main-main,hasilnya pun nampak tak nampak je

Orang jual nasi lemak sebelah menyebelah lagikan ada customer dan rezeki masing-masing. Kedai pisang goreng pun ada sebelah-menyebelah,,Tak usah takut untuk bersaing dalam business Shaklee. Rezeki Allah dah tetapkan untuk masing-masing,cuma perlu rajin berusaha sahaja.

Sesama kami dalam group Shaklee pun kami tak pernah cemburu dengan sale masing-masing. Malah ada yang offer berikan customer sekiranya customer nak COD dan diri tak mampu nak hantar. Rezeki sama berkongsi..Insyaallah hari ini kita memberi,esok kita akan menerima.

Tak reti business boleh belajar dik.Macam-macam cara marketing ada..Nak online boleh guna FB, Instagram,Tweeter dan Blog. Nak offline pun boleh.Yang penting ada usaha dan tindakan.




Seronok saya berada dalam business ini. Kalau tidak masakan saya mampu bertahan dah nak masuk tahun keempat. Kalau tidak memberi kesan positif dan lebih baik untuk kesihatan,mungkin dah lama saya bertukar ke business lain dan ambil suplemen lain.

Nak mula business ni pun tak perlu modal ribu-riban,tak perlu buat pinjaman loan pun. Cukup RM80 harga keahlian dan postage untuk semenanjung, dah boleh start business ni dengan syarat miliki hati kental.




Kelebihan menjadi ahli shaklee



Jangan sesekali putus asa

Jangan sesekali malas berusaha

Jangan sesekali putus harap dengan sang pencipta


Tips murah rezeki yang selalu di kongsi:

Banyakkan mengambil hati sang pencipta. 

Bangunlah di sepertiga malam

Banyakkan zikir sebut namanya

Banyakkan bersedekah

Banyakkan berdoa

Banyakkan membaca al quran

Bersikap positif

Usaha sehabis baik dan serahkan semuanya kepadaNya.

Tips ni masih saya amalkan dan insyaallah sebagai reminder untuk diri sendiri.

Bila kita business sendiri,Boss kita adalah DIA. Jadi ambillah Hati DIA..Insyaallah rezeki mencurah-curah tak di sangka-sangka.

Nak Jana Pendapatan Partime dan Fulltime secara Online untuk Bayar Sewa Rumah?  Jom tonton video ni.




Sekiranya adik kakak berminat untuk join business shaklee dan ada sebarang pertanyaan mengenainya boleh hubungi saya seperti berikut: