Aug 5, 2013

OMEGA GUARD SHAKLEE : A Must Have Vitamin Sepanjang Musim Raya.

27 Ramadhan telah kita lalui..Betapa cepat  masa berlalu.Entah kita mampu untuk terima kehadirannya lagi atau tidak tahun hadapan..Ya Allah,sangat sedih rasanya..Apapun,semoga masa-masa baki yang tinggal ini kita manfaatkan sepenuhnya dengan beribadah,zikir,membaca al-quran dan sebagainya..
_______________________________________________________________________________
Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku 

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Rahmat melimpah
Damainya ku rasakan

Ramadan bulan al-Quran
Mendidik jiwaku
Menyuburkan iman 

Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

Sememangnya kau ku nantikan
Hadirmu hidupkan suram di jiwaku
Dan ku berjanji
Akan ku teruskan
Semangatmu itu
Sepanjang hidupku
Oh Ramadan

Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi

_____________________________________________________________________________

Apapun,syukur Alhamdulillah..semoga Allah panjangkan usia kita dan Khamis ni 1 syawal bakal menjengah tiba..Pasti ramai dah balik kat kampong sekarang ni dan dah bergembira bersama ibu-bapa dan ahli keluarga..

Terbayang sudah ketupat,rendang,lemang,dodol,bihun sup,nasi dagang,nasi minyak sebagai juadah di pagi syawal..owh enaknya…Siapa boleh tahan dengan juadah-juadah enak ni kan?al-maklum dah berpuasa sebulan dan menahan rasa dan nafsu..Tak campur lagi dengan aneka kuih raya yang manis-manis,kerepek,rempeyek sebagai pencuci mulutJ



Namun AWAS!!! Makanan-makanan terhidang semua ni mengandungi kalestrol dan lemak yang sangat tinggi ye..


Jom cek jumlah kalori setiap hidangan ini:

                                      Karbohidrat

Ketupat
1 Biji (80g)
88
Lemang
1 Potong (Sederhana)
82
Nasi Putih
1 Genggam Tangan
150
Nasi Briyani
1 Pinggan (2 genggam)
487
Nasi Himpit
5 Potong
150
Mee-hun Goreng
1 Pinggan kecil
295
Laksa
1 Mangkuk
550
Protein
Rendang, Ayam
1 ketul dgn kuah
148
Rendang, Daging
2 potong
112
Serunding, Beef (Daging)
55g (1 genggam kecil)
200
Serunding, Ayam 
55g (1 genggam kecil)
180

Sumber: Kalori juadah raya


kita tengok pulak kalori kuih-muih hari raya:

  1. Tart nenas/ strawberi/ epal = 70 kkal .
  2. Almond London = 110 kkal
  3. Biskut cornflakes = 80 kkal
  4. Biskut Arab/ makmur = 50 kkal
  5. Biskut kacang/badam = 90 kkal
  6. Biskut suji = 40 kkal
  7. Kuih Semperit = 40 kkal
  8. Biskut kelapa = 60 kkal
  9. Bahulu = 60 kkal
  10. Dodol = 70 kkal
  11. Kek buah = 130 kkal
  12. Kek lapis Sarawak = 160 kkal
  13. Muruku = 120 kkal
  14. Agar agar buah = 30 kkal
  15. Kerepek pisang = 40 kkal
  16. Rempeyek = 70 kkal
  17. Wajik = 50 kkal
Ingat: Kalori di sini berdasarkan 1biji/1potong/1keping dan ini hanyalah sebagai panduan. Jumlah kalori sebenar bergantung kepada saiz dan cara penyediaan biskut.


Wah..mau naik balik berat berkg2 ni lepas dah berpuasa sebulan..Apatah lagi  raya ni rumah terbuka sana-sini..Kawan-kawan buat open house,opis pun ada open opis kanJ

Tapi anda jangan risau..Untuk membantu mengatasi masalah pembakaran lemak dengan segera adalah anda boleh mencuba OMEGA GUARD SHAKLEE..

Apa itu Omega Guard Shaklee?



Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA. 




Apakah fungsi Omega-Guard?

ü  Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
ü  Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
ü  Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
ü  Mengurangkan risiko strok
ü  Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
ü  Merendahkan tekanan darah
ü  Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
ü  Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari


Bagaimana Omega Guard Membantu dalam Proses Pecahan Lemak?


Omega (minyak ikan) mengandungi asid lemak Omega 3, yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan. Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar. Semakin rendah paras leptin, semakin cepat anda akan berasa lapar.

 
Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar. Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3!


Omega 3 dan Manfaat kepada Berat Badan:

  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak badan
  • Omega 3 minyak adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan anda) dan meningkatkan kadar metabolik anda, jadi anda membakar lemak badan lebih cepat
  • Omega tiga asid lemak menyekat pengeluaran kortisol, hormon yang berkaitan dengan tekanan lemak simpanan yang juga menyebabkan anda menyimpan vs membakar kalori tambahan
  • Asid lemak omega-3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekali gus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak omega-3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Asid lemak omega-3 meningkatkan fungsi hati - organ lemak pengurusan anda

Tips untuk anda:

So raya nanti,parking jauh2 sikit dari rumah kawan atau sedara mara then jalanlah ramai2.So bolehla exercise sikitkan sambil-sambil tengok pemandangan indah kampung tu:-)

So,jangan lupa sediakan sebotol omega guard untuk bekalan sepanjang syawal nanti.Pastikan anda memilih omega 3 yang betul dan mnegandungi khasiat yang mengcukupi.




Jom dapatkan segera sementara stok masih ada..Jangan lupa ye Omega guard mesti ada dalam beg pakaian anda bila pulang ke kampung nanti..

Berminat untuk omegagurd?Hubungi saya segera untuk nikmati tawaran harga jimat sempena Ketibaan syawal:-)




Akhir kata,saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua kenalan,kawan-kawan dan saudara mara.Pulanglah berhari raya dengan penuh kesyukuran dan semoga syawal ini juga lebih mengeratkan silaturahim sesama kita..










Aug 2, 2013

Atasi masalah sakit sendi dengan Joint Health Tablet

AWAS!!jangan mengambil ringan dengan masalah sakit sendi..Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk menghadapi masalah ini.Warga emas terutama ibu bapa dan atuk nenek kita lebih berisiko memandangkan tulang-tulang mula makin lemah,kekurangan zat kalsium dalam pengambilan seharian serta masalah usia yang makin lanjut.


Berikut adalah tanda-tanda sakit sendi:




Golongan yang aktif bersukan juga tidak lari daripada masalah sendi.Jika anda mengalami masalah ini,jangan biarkan ia berlarutan..Kelak anda akan merasa makin sakit dan menderita.

Sempena bulan OGOS,shaklee menawarkan promosi istimewa untuk mengatasi masalah ini ..Beli 6 botol PERCUMA 1 botol untuk Joint Health Tablet ni..

Photo: Grab the promotion of the month now!

Advanced Joint Health Tablet Buy 6 FREE 1... The natural way to keep you moving!


Apa itu Joint Health Tablet?
Anda boleh baca lebih details mengenai vitamin ini di sini: Joint Health Tablet



Jika ibu-bapa anda mengalami masalah sakit sendi,bolehlah hadiahkan mereka vitamin ni..Sangat istimewa kerana kandungannya berasaskan sayur-sayuran..

Testimoni yang telah mengambil JHT ini:



Cepat grab sebotol untuk insan yang anda sayangi..TAk rugi jika mencuba kan..Insyaallah semoga ibu ayah kita lebih sihat dan cergas lepas ini.

Untuk harga promosi JIMAT

hubungi saya segera pengedar shaklee yang sah..





Jul 25, 2013

Amalan Rasulullah ketika keluarga bagimda sakit

Hadis Aisyah r.a katanya: Rasulullah s.a.w biasanya apabila ada salah seorang anggota keluarga baginda yang sakit, baginda meniupnya dengan membaca bacaan-bacaan. Sementara itu, ketika baginda menderita sakit yang menyebabkan baginda wafat, aku juga meniup baginda dan mengusap baginda dengan tangan baginda sendiri, kerana tangan baginda tentu lebih banyak berkatnya daripada tanganku. (Sahih Muslim, No. 4065)

Apa nak dibaca?

Bacalah ayat-ayat al-Muawwizat (3 Qul)

Waktu yang disarankan Nabi SAW untuk mengamalkan 3 Qul ini ialah:

1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)
2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)
3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali) dan sapu muka dan badan.
4) Baca ketika merukyah orang sakit.

1) Baca setiap kali lepas solat (1 kali)

Uqbah bin ‘Amir membawakan hadis dari Rasulullah shalallahu’ alaihi wasallam, bahawa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Bacalah Al-Muawwizat pada setiap kali selepas solat.” (HR. Abu Dawud no. 1523, disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Ash Shahihah no. 1514)

2) Baca setiap pagi dan petang (3 kali)

Pada waktu pagi dan petang, kita dianjurkan membaca ‘Surah Al-Muawwizat’ sebanyak tiga kali. Keutamaan yang diperolehi adalah, akan dijaga dari segala sesuatu (segala keburukan). “Al-Muawwizat juga dijadikan wirid / zikir di waktu pagi dan petang. Sesiapa yang membacanya sebanyak tiga kali diwaktu pagi dan petang, nescaya Allah SWT akan mencukupinya dari segala sesuatu.” (HR. Abu Dawud no. 4419, An Naasaa’i no. 5333, dan At Tirmidzi no. 3399)

3) Baca setiap kali sebelum tidur (3 kali)

“Demikian juga disunahkan membaca Al-Muawwizat sebelum tidur. Caranya, membaca ketiga Surah ini lalu meniupkan pada kedua-dua telapak tangannya, kemudian diusapkan ke kepala, wajah dan seterusnya ke seluruh anggota badan, sebanyak tiga kali.” (HR. Al-Bukhari 4630)

Diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa Rasulullah SAW pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas, Ditiupkan pada kedua-dua tapak tangan kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala Baginda.

Katanya: “Nabi SAW ketika berada di tempat tidur di setiap malam, Baginda mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan ’Qul huwallahu ahad’ (surah Al-Ikhlas), ’Qul a’udzu birobbil falaq’ (surah Al-Falaq) dan ’Qul a’udzu birobbin naas’ (surah An-Naas). Kemudian Baginda mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota tubuh yang mampu dijangkau dimulai dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Baginda melakukan yang demikian sebanyak tiga kali.” (HR. Bukhari no. 5017)

4) Baca ketika merukyah orang sakit.

Daripada Aisyah radiallahu ‘anhaa; “Bahawasanya Rasulullah sallaLlahu-’ alaihi-wa-sallam apabila sakit baginda membaca sendiri Al-Muawwizat (Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Naas), kemudian meniup padanya. Dan apabila rasa sakitnya bertambah aku yang membacanya kemudian aku usapkan ke tangannya mengharap keberkahan dari surah-surah tersebut.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Jul 24, 2013

Bakteria baik untuk ibu hamil

Ketika hamil ibu-ibu dinasihatkan mengambil banyak makanan berkhasiat termasuk susu.
SEBAGAI seorang wanita, impian bergelar ibu adalah naluri semula jadi yang tidak dapat dinafikan.
Disebabkan itulah, sebaik sahaja disahkan mengandung, bakal-bakal ibu pastinya mengambil berat akan pemakanan mereka sepanjang sembilan bulan agar kesihatan diri serta anak yang dikandung sihat.

Untuk itu, bagi menjamin kesihatan bakal-bakal ibu, mereka digalakkan mengambil produk pemakanan berkhasiat yang baik khusus untuk keperluan pemakanan wanita mengandung.
Di samping pemakanan berkhasiat yang lazim dinasihatkan oleh para doktor, kini ibu-ibu mengandung turut disarankan agar mengambil makanan yang mengandungi probiotik untuk menjamin kesihatan anak yang dikandung.

Dalam masa yang sama, pemakanan yang berkhasiat amat digalakkan agar ia dapat menampung kesihatan bayi sebaik dilahirkan sehingga menjangkau 1,500 hari.

Dipercayai sepanjang tempoh ini merupakan masa kritikal untuk pembentukan serta tumbesaran anak-anak dan ia perlu diberi perhatian serta tumpuan oleh ibu bapa.
Oleh yang demikian, menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe, yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.


Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing tidak lawas dan sebagainya.

Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.
Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa mengandung akan menurun.

“Ibu-ibu yang mengandung digalakkan mengambil makanan yang kaya dengan probiotik melalui diet harian dan memakan suplemen dalam bentuk kapsul, pil atau susu ibu mengandung yang terdapat probiotik.
“Pengambilan probiotik bukan sahaja memanfaatkan kepada ibu malah ia turut memberi kebaikan kepada anak yang dikandung.

“Secara tidak langsung, kebaikan probiotik yang diambil semasa mengandung akan berterusan sehingga anak yang dilahirkan mencecah 1,500 hari," ujarnya ketika ditemui di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, baru-baru ini.

Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan. 

Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.

Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem ketahanan, gejala alahan dan obesiti.

Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika Isolauri.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.

Jul 14, 2013

Alfafa Complex Shaklee- mengatasi masalah bau badan dan keputihan

Alfafa adalah sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan nutrisi dan zat galian.Ia juga digelar
raja tumbuhan yang dapat memberi penawar kepada pelbagai jenis penyakit insyallah.

Istimewanya Alfafa Complex shaklee adalah kerana:

1. Sumber terbaik dari daun alfafa ( tanpa akar dan batang)
2. Di tanam tanpa semburan bahan kimia,pestisid,racun kulat,hormon sintetik.
3. Tiada perasa tiruan,pemanis,pewarna dan pengawet tiruan.


Di Benua Amerika,Alfafa adalah milk booster yang telah sekian lama di amalkan.selain itu,ia juga bagus untuk wanita kerana dapat membantu mengatasi masalah keputihan,dapat mengelakkan sembelit dan juga dapat merapatkan kembali faraj wanita terutama bagi wanita yang lepas bersalin.Ia bertindak sebagai kacip fatimah kepada isteri.



Apakah keistimewaan Alfafa Complex?

  • Dapat mengawal kolestrol
  • Dapat mengatasi sembelit
  • Dapat mebantu mengatasi masalah keputihan wanita
  • Berindak sebagai kacip fatimah
  • Mengandungi sifat anti radang yang dapat mengurangkan masalah asma
  • Merawat exzema/masalah kulit
  • Merawat masalah bau badan
  • Bagus sebagai Milk Booster kepada ibu-ibu menyusu bayi
  • Merawat sinus/resdung





Apakah perbezaan Alfafa Complex Shaklee dengan alfafa di pasaran?

Perlu di ketahui, Alfafa yang berada di pasaran adalah alfafa sprout (biji cambah).Alfafa lain juga mungkin tidak di tanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau.


Siapa yang TIDAK BOLEH mengambil Alfafa?
  1. Pesakit SLE
  2. Mereka yang menghidap diabetes yang mengambil insulin untuk menurunkan tahap gula
  3. Mereka yang mempunyai penyakit berkaitan imuniti
PANTANG LARANG Alfafa

Alfafa juga perlu di ambil berasingan dengan vitamin lain seperti vitamin E,zat besi,Potassium kerana ia boleh mengurangkan keberkesanan badan untuk menyerap zat berkenaan.


Testimoni sendiri - Alfafa membantu untuk penyusuan Bayi

Sekiranya anda menyusu bayi,alfafa sangat bagus sebagai milk booster.Ini telah saya alami ketika mengambil alfafa ketika menyusu anak ketiga.Alhamdulillah susu terhasil lebih cepat dan pekat.Alhamdulillah juga saya dapat mengumpul stok susu hampir 300 oz sebelum naik kerja.

Malahan badan menjadi lebih bertenaga dan juga membantu melawaskan pembuangan.

Jika ibu-ibu yang mengalami alahan ketika mengambil vitamin ini seperti timbul ruam dan alergi kepada bayi,ibu hendaklah menghentikan pengambilan alfafa.Ibu boleh menggantikannya dengan ESP (soya non-gmo dan ostematrix untuk milk booster.








Harga Alfafa Complex adalah sangat berpatutan dan boleh dimiliki semua.Dengan harga semurah RM 52.50 sebotol untuk 330 biji boleh bertahan sehingga ke 5,6 bulan..

Anda patut mencuba.Sangat berbaloi untuk kesihatan diri.Rasailah perubahan dengannya..Anda pasti berpuas hati.

Untuk mendapatkannya dengan harga lebih istimewa boleh hubungi saya ye








Jul 13, 2013

Set Bersalin Shaklee- Badan Sihat Luka Cepat Sembuh

Pelbagai set bersalin boleh ibu-ibu pilih di pasaran..pastikan set yang anda beli berbaloi dengan pulangan yang di keluarkan..ada set yang mengandungi herba yang tidak sesuai di ambil ketika anak terkena jangkitan kuning.Jadi pastikan pilihan ibu tepat ye sebab kita tak tahu nasib anak adakah terkena jangkitan kuning atau tidak.

Saya just nak share 1 set bersalin shaklee yang sangat popular di kalangan ibu-ibu di Malaysia.
Set ini juga sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal dan juga pembedahan.

Kenapa set ini patut menjadi pilihan anda:

1. Lebih selamat kerana mendapat kelulusan KKM dan juga HALAL digunakan
2. Istimewa boleh digunakan terus 2 jam selepas bersalin
3. Boleh di makan ketika anak terkena jangkitan kuning..Jika anda mengambil jamu lain,hanya jarakkan pengambilan 2 jam sebelum makan vitamin ini
4. Luka cepat sembuh dan badan lebih segar dan bertenaga walau kerap berjaga malam



Jom baca apa kata ibu yang menggunakan set ini:







Jika anda berminat untuk mendapatkan set bersalin ini,anda boleh hubungi saya seperti no berikut ye..HARGA PASTI LEBIH JIMAT DARI PASARAN tau ..jika anda berada sekitar kajang,seri kembangan dan juga Bangi,saya boleh cash of delivery dan kita akan buat temujanji untuk proses penghantaran barang segera.

Penghantaran juga akan di buat keseluruh Malaysia dengan kos pos RM 10 sahaja.





Jul 9, 2013

Tips Berpuasa Bagi Ibu Hamil untuk Kekal Cergas

Assalamualaikum..
Ahlan wasahlan ya Ramadhan..syukur alhamdulillah Allah pertemukan kita denga nbulan penuh keberkatan dan rahmat.

Bagi ibu-ibu hamil insyaallah saya akan kongsikan beberapa tips yang boleh di amalkan sepanjang Bulan Ramadhan ni untuk kekal cergas dan sihat pada bulan mulia ini.

Amat penting bagi ibu untuk menjaga pemakanan terutama ketika bersahur dan berbuka.Pastikan ketika bersahur,anda menikmati hidangan lengkap yang boleh memberi tenaga pada siang hari.

Antara menu cadangan sahur:
  • nasi beras perang dan roti bijian penuh 
  • Banyakkan makan buah kurma yang kaya dengan serat dan zat besi
  • Makan oat/bubur gandum
  • Buah-buahan seperti pisang,betik
  • Jus minuman - oren dll
  • Air masak mencukupi
**Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda kekeringan/nyah hidrat




Antara cadangan menu berbuka yang sihat:
  • Elakkan pengambilan kuih-kuih yang manis yang banyak di jual di pasar ramadhan yang boleh menyebabkan obesiti dan masalah sembelit
  • Makanan berkarbohidrat seperti nasi,mee dan roti gandum
  • Sup ayam
  • Hidangan lengkap salad dan buah-buahan
  • Minuman jus,milo dan elakkan minuman berkafein
Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.


Namun sekiranya ketika berpuasa,anda mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan bolehlah mengambil rukhsah dengan berbuka dan dapatkan nasihat doktor segera.

Sekiranya anda ingin mencari supplemen ketika hamil,pilihlah suplemen yang selamat dan semulajadi.

Antaranya adalah : set might3 gem - ESP,Mealshake dan Performance drink





Insyaallah gabungan ketiga-tiga set ni mampu memberi tenaga dan membuat anda kekal cergas di bulan puasa ni.

jika anda berminat boleh hubungi saya untuk konsultasi cara makan dan promosi jimat sempena bulan istimewa ini..


Saya doakan semoga ibu-ibu di luar sana akan kekal sihat dan cergas dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna;-)