Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Feb 22, 2018

Tawaran Istimewa Shoppe : Nikmati 18% Pulangan Wang Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee

Shopee buat sale besar-besaran lagi!!! 

Waahh...Kelabu mata kalau korang pergi ke website Shopee ni. Macam-macam ada. Dahla murah-murah dan barang pun berkualiti. Setiap hari macam-macam sale kat Shopee ni. 

Tapi kali ni lagi special sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26 hingga 28 Febuari ini. 3 hari sahaja ye! Jangan lupa 'save the date'!  Kempen ini adalah satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji.




Bila dapat gaji ni macam-macam keperluan harian dan bayaran kita perlu settlekan dan saya pasti ramai daripada kita menyediakan sedikit 'reward' untuk diri sendiri selepas berpenat lelah berkerja dan mencari rezeki. Jadi masa inilah yang terbaik untuk berbelanja di Shopee kerana korang akan dapat potongan harga lebih murah dan menikmati pelbagai tawaran hebat.

Pengguna Shopee juga  boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini termasuklah pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syiling Shopee. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan korang lebih ganjaran dan penjimatan.




Kempen Hari Gaji ini dilancarkan kerana pihak Shopee mendapati bahawa jumlah transaksi meningkat sebanyak 25% sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Jadi, pihak Shopee dengan berbesar hati ingin memberi pulangan tunai sebanyak 18% supaya pengguna boleh berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli belah ini. 


Antara produk popular yang ramai suka berbelanja ketika dapat gaji ni adalah:


Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung, Audio, Bank Kuasa & Bateri

Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit, Makanan Tambahan, Berus & Peralatan Solek

Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak, Permainan & Pendidikan, Perkakas untuk Makan & Penyusuan

Pakaian Wanita 
Baju, Pakaian Dalam & Pakaian Tidur, Gaun

Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman, Tempat Menyimpan untuk Dapur, Kelengkapan Bilik Tidur


Haa, seronok sangat shopping online ni kan..Kekadang tengok semua berkenan..Ish ish ish..


Shopee akan mulakan jualan pra-kempen ni bermula dari 21 Februari dan paling best pelbagai  jenama terkemuka di tawarkan seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. 

Sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) ini juga, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 


Shopee juga turut berkerjasama dengan produk kecantikan lain seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. 





Pada masa yang sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Woowww!!


Baca juga: CNY SALE di Shopee 
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.


Wah,menarik sangat-sangat ni. Korang jangan lupa tau download secara percuma aplikasi Shopee ni menerusi App Store atau Google Play.


Untuk maklumat lanjut boleh layari laman Shopee : https://shopee.com.my/


Nak murah, nak jimat jom shopping di Shopee:-)

Feb 15, 2018

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Yeaay...raya..raya..Mood raya datang lagi..

Bestkan..Meriah sungguh musim perayaan kat negara kita ni..Time ni lah syok nak cuti panjang bersama ahli keluarga dan insan tersayang. Paling best jugak musim perayaan ni, semestinya banyak sale sana-sini...Murah woo..macam-macam jenis sale dan banyak diskaun menanti. Haa korang dah selamat shopping apa? 






Tahu tak mengenai Shopee Malaysia ? Dengar-dengarnya ramai shopping sakan kat Shopee ni sempena perayaan Tahun Baharu Cina ni. ni fakta bukan auta ye. 


Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini dan trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ini. Kempen Wang Bersama Shopee yang dilancarkan sejak 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% dan hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta!!! 



" Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” 
- Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 


Korang dah shopping apa? Haa, kita-kita kaum wanita ni memang pantang tengok ada sale...hehe, tengok ni, carian paling paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah Pakaian Wanita; Mobil & Gajet; Permainan, Kanak-kanak & Bayi; Kasut Wanita dan Beg Wanita. 


No
Kategori
Carian Tertinggi Menggunakan Kata Kunci
1
Pakaian Wanita
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam
2
Mobil & Gajet
iPhone, Samsung,Jam Pintar, Xiaomi
3
Permainan, Kanak-kanak
 & Bayi
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee
4
Kasut Wanita
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal
5
Beg Wanita
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas



Pembelian paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang musim perayaan ini:

No
Kategori
Produk Paling Popular Terjual
1
Kasut Wanita
Kasut Terbuka
2
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Set Pakaian Bayi
3
Perhiasan Rumah
Set Hadiah Tupperware
4
Kesihatan & Kecantikan
Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina
5
Runcit & Haiwan Peliharaan
KitKat Edisi Khas


Wah,syoknya shopping.


Potongan harga dan promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee ini berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia dan korang  boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.


Woowwww!!! 


Jom muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play masing-masing. Selepas ini Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari dengan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuklah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell dan Lenovo.





Nak shopping sakan?

Nak jimat berganda?

Jom shopping di Shopee


Laman Web : www.shopee.com.my

Facebook : shopeeMY

Instagram : shopee_MY


#WangWithShopee



Mengenai Shopee

Shopee adalah platform e-Dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.

Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.

Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shopee.com.my